Anda di halaman 1dari 28

BINA INSAN GURU

(BENCH MARKING)
Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan
kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah
pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru
harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani
cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri
(real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh
ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.
Program sebegini dijalankan dalam melahirkan guru-guru yang memiliki
kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di
samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.
Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan,
.pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan
komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang
berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh
penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

1 | BINA INSAN GURU

PENGENALAN
Program Bina Insan Guru Semester 6 berfokus kepada memberi kesedaran dan
kefahaman terhadap aspek-aspek yang berkaitan mandat, perundangan dan peraturan
pendidikan yang perlu dipatuhi dan dijadikan panduan dalam pelaksanaan tugas dan
tanggungjawab profesional keguruan. Di samping itu, saya juga akan dengan institusi
pendidikan yang lain dan dapat mengenal pasti fungsi seperti Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD), Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan
seumpamanya.
Program Bina Insan Guru dalam Semester 6 melibatkan lawatan penanda aras
(benchmarking). Aktiviti benchmarking menjurus kepada pendidikan secara langsung
dalam memahami dan mengenal pasti bentuk-bentuk pengurusan cemerlang di
samping memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang, dan mengaplikasikannya
dalam pengurusan pendidikan seharian.

2 | BINA INSAN GURU

TUJUAN PROGRAM
Program Bina Insan Guru (BIG) Semester 6 berfokus kepada memberikan
kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang cemerlang,
inovasi pedagogi, amalan pengajaran dan pembelajaran, ciri-ciri profesionalisme dan
komitmen Guru Cemerlang ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.
Melalui lawatan penanda aras (benchmarking) ini, diharapkan guru pelatih akan
dapat:
i.

Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah.

ii.

Memahami

dan

mengenalpasti

komitmen

kerja

yang

tinggi

dalam

menjayakan konsep inovasi pedagogi Guru Cemerlang.


iii.

Memahami dan menghayati komitmen kerja yang tinggi dalam amalan


pengajaran dan pembelajaran Guru Cemerlang.

iv.

Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan


dalam pengurusan pendidikan seharian.

LAPORAN REFLEKSI LAWATAN KE SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 6, SUNGAI


BESAR , 45300 SABAK BERNAM, SELANGOR

3 | BINA INSAN GURU

PENGENALAN
Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan
kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.
Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan. Jawatan yang
dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan.
Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru
daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.
Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan
berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.
Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai
1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru cemerlang yang
tidak meninggalkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

MATLAMAT DAN TUJUAN

4 | BINA INSAN GURU

Antara matlamat dan tujuan kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan


adalah seperti berikut:
1. memberikan pengiktirafan kepada guru cemerlang dalam mata pelajaran atau
bidang pengkhususan masing-masing.
2. meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
3. menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
4. meningkatkan motivasi guru.
5. meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan
kemahiran Guru Cemerlang.
6. memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
7. membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar
atau bertukar ke jawatan pentadbiran.

HASIL DAPATAN
Inovasi Pedagogi Guru Cemerlang
Guru yang cemerlang mestilah mempunyai inovasi pedagogi yang tersendiri dan
dapat mengenal pasti komitmen kerja yang tinggi dalam menjayakan konsep pedagogi
5 | BINA INSAN GURU

Guru Cemerlang. Mereka juga berupaya berfikir secara kritikal, analitik dan kreatif
dalam membuat perancangan dan pelaksanaan aktiviti. Guru cemerlang haruslah dapat
mewujudkan persekitaran untuk perkembangan kreativiti dan sentiasa berfikiran positif
dalam apa jua yang dilaksanakan.
Seterusnya mereka juga dapat menggalakkan perkembangan idea dan pendapat
semasa perbincangan dalam kumpulan dan boleh menerima pendapat ahli-ahli yang
lain. Sebagai seorang Guru Cemerlang, mereka seharusnya lebih yakin dan berilmu
pengetahuan dalam semua perkara berkaitan teknik mengajar dan pengajaran di dalm
kelas yang dijalankan. Ini akan membantu guru tersebut semasa pengaliran dan
kebebasan memperoleh maklumat untuk mendorong kreativiti dan inovasi dalam
pengajaran di bilik darjah dari semasa ke semasa.
Di samping itu, Guru Cemerlang juga dapat membina suasana dan iklim
organisasi tempat kerja yang menggalakkan kreativiti. Salain itu, guru juga dapat
membentuk struktur kreatif dalam penyelesaian masalah terutama berkaitan dengan
sikap dan kelakuan murid dalam kelas. Guru merupakan orang yang paling rapat dan
menghabiskan masa yang banyak bersama-sama murid. Oleh itu, sewajarnya guru
lebih mengenali sikap anak murid mereka. Malah, dalam perkembangan pemikiran
kepada tindakan dalam membuat sesuatu perkara.

Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Cemerlang


Pendahuluan. Peranan guru bukan sekadar memindah ilmu kepada muridmuridnya tetapi dalam konteks yang lebih luas iaitu sebagai muallim, murabbi, muaddib,
mursyid, pendidik, pembimbing, pengajar, pengurus, pengarah, penyelia, pengelola,
penyelidik, pengkaji, pakar rujuk, agen perubahan, agen sosialisasi, dan pembina masa
6 | BINA INSAN GURU

depan negara dan sebagainya, bertujuan membina murid menjadi modal insan yang
berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara serta agama.
Perancangan Awal. Perancangan strategik lima tahun dan tahun semasa perlu
diadakan supaya apa yang dicadangkan untuk dilaksanakan sebagai panduan
pelaksanaan sepanjang tahun dan strategi masa hadapan.
Perancangan strategik perlu dimasukkan target atau pelunjuran yang hendak
dicapai, biasanya target itu adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya. Perkara
yang lebih penting untuk diutamakan dalam perancangan itu ialah aktiviti-aktiviti yang
hendak dilaksanakan bagi mencapai target. Aktiviti-aktiviti tersebut merangkumi
program-program pengajaran dan pembelajaran berkesan, kelas tambahan, kelas
pemulihan, kelas pengukuhan dan pengayaan, projek-projek akademik dan kegiatan
ko-korikulum.
Perancangan awal yang perlu dilakukan iaitu penyediaan bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran selain daripada buku teks seperti nota-nota tambahan,
bahan-bahan power points, CD, DVD, dan bahan bantuan mengajar bagi
memudahkan murid memahami pelajaran bagi satu-satu tajuk. Guru sepatutnya
membuat pengukuran masa bagi sesuatu topik yang hendak diajar, ada topik yang
diselesaikan dalam satu masa dan ada yang perlu lebih dari satu masa.
Perancangan kemudahan pembelajaran murid, seperti keadaan kelas yang lebih
kondusif, kemudahan peralatan kegunaan pelajar. Jika tiada masalah kertas-kertas,
pelbagai jenis pen yang dakwatnya pelbagai warna, yang boleh memberi keseronokan
kepada murid untuk belajar disediakan oleh guru, kemungkinan peruntukan kewangan
sekolah boleh digunakan untuk tujuan ini atas budibicara pentadbir sekolah.
Perancangan pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun seharusnya
mengikut agihan yang telah ditentukan dan guru boleh mengambil daya anisiatif supaya
sukatan pelajaran dapat diselesaikan lebih awal. Guru boleh menggunakan masa-masa
7 | BINA INSAN GURU

baki untuk tujuan pengayaan, pengukuhan, pemurnian, pemulihan, peningkatan


kemahiran menjawab dan sebagainya sebelum tiba masa peperiksaan yang sebenar.
Siapa Guru Di Hati Murid. Usaha menarik minat murid mendampingi guru
adalah satu langkah yang cukup berkesan untuk menarik mereka menyukai mata
pelajaran yang diajar. Guru yang memiliki penampilan diri yang baik akan memberi
bonus kepadanya kerana secara tidak langsung ia menjadi idola kepada murid
terutama murid di kelas yang diajar oleh beliau.
Pandangan pertama iaitu pakaian yang sentiasa kemas pada setiap hari
persekolahan, kesungguhan dalam pekerjaan, dedikasi dalam menyampaikan ilmu,
bersikap adil kepada semua murid, sentiasa bertimbang rasa dan penyayang, mesra
dan sentiasa nampak periang, sentiasa tenang dan berhati-hati dalam tindakan supaya
tidak tersalah langkah, beretika dan boleh diteladani, berwatak tegas tetapi amat
berhemah dalam tindakan, sentiasa memelihara disiplin diri, bersifat cekal dan sabar,
berprinsip tetapi bersifat terbuka untuk menerima berbagai-bagai pandangan, berilmu
dan mahir dalam bidang kerjayanya, sentiasa mengharga masa, komited dengan tugas,
memiliki idea-idea yang bernas, kreatif dan inovatif, berwibawa, sedia berkorban masa
dan wang ringgit serta berketerampilan adalah antara ciri-ciri personaliti Guru
Cemerlang yang boleh menawan hati murid-murid.
Kekemasan tempat atau bilik guru sebagai tempat untuk guru melaksanakan
kerja-kerja rutin juga menjadi perhatian murid. Mereka begitu gemar datang berurusan
dan berjumpa untuk menyelesaikan berbagai masalah atau meminta guru menilai tahap
pencapaiannya jika tempat itu kelihatan kemas dan tersusun yang mencerminkan
perwatakan guru yang sebenar.
Buku rekod sebagai buku penting yang perlu disediakan dengan kemas dan rapi
serta lengkap menjadikan guru berkenaan mendapat keyakinan yang di hati pentadbir
dan murid-muridnya. Begitu juga dengan kekemasan kerja-kerja yang lain yang boleh
dinilai baik oleh murid, rakan sejawatan dan pentadbir sebagai guru yang memiliki
8 | BINA INSAN GURU

komitmen yang tinggi. Guru Cemerlang juga boleh menjalankan pelbagai program di
luar bilik darjah yang bertujuan merapatkan diri dengan mereka. Antaranya, membuat
jamuan makan sekali atau dua kali setahun, membawa mereka ke tempat rekreasi
melalui program panitia, lawatan ke tempat-tempat tertentu, berkunjung ke rumah salah
seorang murid, terutama yang sakit, program menelaah bersama di waktu petang dan
sebagainya.
Kebijaksanaan berkomunikasi dengan murid-murid, memahami perasaan
mereka melalui pendekatan kesedaran emosi seperti mengambil berat tentang
permasalahan mereka, bersimpati dan empati, cuba penyelesaian kekusutan yang
berlaku ke atas mereka, dan sebagainya akan mendekatkan lagi mereka dengan guru.
Melalui cara ini murid mudah mematuhi segala yang dihajati guru.
Gerak kerja guru yang menampakkan kecemerlangan dalam melaksanakan
tugas juga dapat mempengaruhi minat murid terhadap guru. Guru sewajarnya memiliki
keperibadian yang tinggi, berpengetahuan luas tentang tajuk yang hendak diajar, serta
berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran, kemerlangan dalam mengurus bilik
darjah, dan menampakkan personaliti sebagai guru yang berwibawa. Oleh itu
kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan, bijak
mengurus masa secara optimum, berupaya meningkatkan prestasi murid, dan bijak
mengawal disiplin akan meningkatkan keyakinan murid terhadap kemampuan guru.
Pengajaran Dan Pembelajaran. Objektif pengajaran dan pembelajaran akan
tercapai apabila murid mengetahui dan memahami tajuk yang diajar, kemudian mampu
menganalisis dan membanding beza serta membuat penilaian serta mampu untuk
mengaplikasi dalam situasi yang tertentu. Guru perlu memahami modul pengajaran dan
pembelajaran yang bermula dengan set induksi, perkembangan isi mengikut aras serta
menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai, rumusan, tugasan dan ulasan kendiri.
Guru memulakan pelajaran dengan menunjukkan sesuatu, atau menceritakan
satu cerita pendek atau apa sahaja sebagai set induksi. Apabila sesuatu tajuk disentuh,
9 | BINA INSAN GURU

guru cuba bertanya tentang beberapa pengalaman mereka yang ada kaitan dengan
tajuk berkenaan. Murid-murid membuka buku teks bagi tajuk berkenaan, nota
tambahan yang disediakan guru sebagai hand out, dan kertas A4 untuk dibuat peta
minda. Guru juga mempamerkan bahan maklumat melalui slide yang ditayang dengan
bantuan LCD atau menggunakan teknik-teknik yang lain.
Guru berbincang dengan murid secara bersahaja, tentang tajuk yang dipelajari,
murid berbincang sesama mereka, membuat peta minda, bersoal jawab, guru memberi
persoalan untuk diselesaikan oleh murid sendiri, murid membuat aktiviti kumpulan, guru
membuat penilaian mengikut aras, dan berbagai-bagai aktiviti lain yang boleh
merangsangkan minat murid. Di samping itu, guru berjenaka sekali sekala dan memberi
perangsang serta memuji sebagai penghargaan bagi semua kerja yang sedang mereka
lakukan.
Guru sepatutnya tidak menyampaikan ilmu secara sehala, dari awal hingga akhir
kerana teknik ini ternyata membosankan murid. Peranan otak kiri dan otak kanan perlu
diseimbangkan. Otak kiri memberi penekanan kepada bahasa, rumusan matematik,
logik, urutan, nombor, analisis dan lirik lagu. Otak kanan memberi penekanan kepada
bentuk dan corak, maipulasi ruang, imiginasi, angan-angan, dan rentak lagu. Maka
peranan guru adalah untuk kedua-dua otak itu berfungsi dan digunakan dengan baik.
Latihan, Penilaian Dan Pentaksiran. Aspek yang diberikan penekanan ketika
membuat latihan dan menjawab peperiksaan ialah keikhlasan dalam melaksanakan
tanggungjawab, bukan kerana terpaksa atau dipaksa atau melaksanakan sekadar
melepas batuk di tangga, tidak menipu dengan cara meniru rakan secara menyalin
semula jawapannya, belajar menerima hakikat iaitu menyatakan kemampuan sebenar
supaya guru boleh membuat penambahbaikan, tidak malu untuk menyatakan
kelemahan, sedia mendapatkan pertolongan rakan bagi meningkatkan kemahiran dan
kefahaman. Akhirnya murid-murid dapat mendengar nasihat guru dan melaksanakan
tugasan dengan baik.

10 | B I N A I N S A N G U R U

Sebaik-baiknya, setiap tajuk yang dipelajari diberikan latihan untuk dilaksanakan


pada minit-minit terakhir dan menyambung tugasan itu di luar kelas atau di rumah
sebagai kerja rumah. Guru menggalakkan murid menjawab latihan mengikut teknik
jawapan yang betul dan jawapan yang dikemukakan itu adalah betul. Caranya, murid
diminta berbincang dengan rakan-rakan sekiranya tidak yakin dengan jawapan yang
diberikan itu. Nasihatkan mereka secara ikhlas supaya mereka tidak menyalin terus
daripada jawapan rakannya itu. Berikan penekanan bahawa murid yang ikhlas dan
yakin dengan pekerjaan akan mudah mencapai kejayaan dan keberkatan.
Menjawab soalan-soalan yang diberi oleh guru melalui perbincangan kumpulan
juga satu teknik yang boleh membantu murid yang lemah. Setelah mendapat jawapan,
masing-masing murid menulis jawapan tersebut. Kemudian ketua kumpulan akan
menyemak semula jawapan setiap ahli kumpulan. Guru menunjukkan teknik dan
kaedah menjawab soalan yang berkesan diperingkat awal lagi. Guru melatih sehingga
mereka faham, kemudian latihan demi latihan mengikut teknik peperiksaan sebenar.
Bagi kelas yang lemah, guru perlu memperbanyakkan soalan-soalan pencapaian
rendah dan cuba memberi satu jawapan contoh supaya mereka berminat untuk terus
menjawab soalan-soalan itu sehingga selesai. Galakan dan pujian harus diberikan
terutama murid yang lemah jika ada sedikit pencapaian, guru perlu membuat
pembetulan perkara-perkara yang salah dan berikan sedikit markah bagi jawapan
tersebut, supaya murid berkenaan merasakan ada peningkatan dalam diri mereka.
Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan. Bagi memastikan pencapaian murid
terus meningkatkan prestasi, maka perlu diadakan program pemulihan, pengukuhan
dan pengayaan. Program ini boleh dilaksanakan di masa pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah, guru perlu mengenal pasti murid yang masih tidak menguasai topik
berkenaan kemudian diberi pemulihan segera, jika tiada kesempatan, program itu perlu
dilanjutkan di luar bilik darjah iaitu semasa lapang atau di luar waktu persekolahan.

11 | B I N A I N S A N G U R U

Program pengukuhan dan pengayaan boleh dilaksanakan dari semasa ke


semasa melalui kelas-kelas tambahan atau tugasan tambahan yang diberikan kepada
murid untuk diselesaikan secara individu atau kelompok. Penekanan secara lebih
intensif dilaksanakan sebulan sebelum peperiksaan percubaan. Selepas peperiksaan
percubaan guru membuat analisa keputusan untuk melihat kelemahan dan kekuatan
murid kemudian tindakan susulan dijalankan bagi membantu meningkatkan kemahiran.
Penutup. Kejayaan seseorang guru dalam usaha untuk meningkatkan prestasi
murid tidaklah semata-mata bergantung kepada kemahiran menggunakan teknik dan
kaedah pengajaran yang pelbagai sahaja. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah juga berkait rapat dengan kefahaman guru tentang peranan mereka
yang sebenar, personaliti, keperibadian, kewibaan dan kesungguhan yang ditonjolkan,
kebijaksanaan menawan hati budi murid, sikat pengorbanan dan keikhlasan, di samping
perancangan yang teliti dan menyeluruh.

Ciri-Ciri Profesionalisme Dan Komitmen Guru Cemerlang


1. Murid
a. mempunyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain
(iaitu anak didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil
daripada segi afektif dan kognitif.

12 | B I N A I N S A N G U R U

b. menghubungkan mata pelajaran dengan kehidupan murid-murid.


c. mengenali, menghormati dan mempercayai murid-murid.
d. mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisis dan
berfikir secara kritis.
e. menjanakan idea-idea baharu dan menarik supaya murid-murid berfikir
mengenainya.
f. menggalakkan murid-muird bertanyakan soalan mengenai pelajaran.
g. menghadiri dalam aktviti lain yang mana murid-murid terlibat seperti
sukan, persembahan muzikal dan kebudayaan.
2. Mengajar
a. melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme
seorang guru.
b. berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada
pengalaman.
c. adil dalam menilai dan menggred.
d. fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
e. bersemangat mengajar murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran.
f. seorang komunikator dan fasiliator yang cemerlang.
g. mampu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami, dengan itu
murid-murid dapat memahami dan menghargainya.
h. sentiasa mengukur kemajuan dan memberikan maklum balas kepada
murid-murid.
i. merancang pengajaran terlebih dahulu, memberikan masa yang cukup
bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran.
j. secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi
memastikan kurikulum yang sentiasa 'baru dan segar' serta relevan.
13 | B I N A I N S A N G U R U

k. menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah,


jabatan atau dirinya sendiri.
3. Disiplin
a. seorang yang pakar dalam bidang yang diajar.
b. seorang yang 'laparkan' ilmu.
c. sentiasa up to date dalam bidangnya dengan membaca, menghadiri
konferens, konvensyen, bengkel dan seminar, dan mengikuti kursuskursus dalam perkhidmatan.
d. seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya.
e. aktif dalam petubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat
menyertainya.
f. menjadi ahli kepada komuniti yang belajar.
g. membina dan mengekalkan perhubungan profesional.
h. bekerja dalam organisasi sekolah yang luas.

14 | B I N A I N S A N G U R U

REFLEKSI KENDIRI
NAMA : IFFAH BINTI ABDUL HALIM
KUMPULAN : PISMP 6A
Melalui lawatan yang telah diadakan ke Sekolah Kebangsaan Parit 6, Sungai
Besar, Sabak Bernam ini, banyak perkara baharu yang telah saya pelajari. Antaranya,
iklim dan budaya sekolah, sistem pentadbiran yang diamalkan, komuniti sekolah,
persekitaran dan infrastruktur sekolah.
Sesi temuramah bersama beberapa orang guru banyak memberikan input
baharu berkaitan guru cemerlang, pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan, dan
ciri-ciri profesionalme dan komitmen Guru Cemerlang. Aspek pengurusan pendidikan
ditekankan sebagai langkah awal membina perwatakan (karektor) guru pelatih ke arah
menjadi guru yang lebih berkualiti semasa menjawat jawatan guru kelak.
Berkaitan

tugasan

yang

perlu

dilaksanakan

(Guru

Cemerlang),

dalam

pemerhatian yang telah dijalankan, saya dapati bahawa terdapat beberapa guru yang
boleh saya kategorikan sebagai cemerlang, bermula daripada guru besar (yang
merupakan Guru Besar Cemerlang) sehinggalah guru penolong, yang sentiasa
menunjukkan komitmen kerja yang tinggi dalam menjayakan konsep inovasi pedagogi
Guru Cemerlang. Penguasaan guru terutamanya dalam Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) berupaya mendedahkan murid dengan pelbagai ilmu dan
pengetahuan yang baharu. Kebanyakan guru di sini berupaya berfikir secara kritikal,
analitikal dan kreatif dalam membuat perancangan dan pelaksanaan aktiviti.

15 | B I N A I N S A N G U R U

Pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan di sini amat baik. Pendedahan


pengaplikasian gajet teknologi dalam kalangan murid perlu saya gunakan sebagai
medium pengajaran yang mana anak-anak murid ini lahir dalam dunia digital dan
mereka amat berminat dalam meneroka maklumat, menghasilkan bahan yang
berasaskan pengaplikasian teknologi maklumat. Dalam memberikan komitmen kerja
dalam pengajaran dan pembelajaran, setiap guru harus menjaga nama baik institusi
dan prefesion keguruan sepanjang pelaksanaan aktiviti.
Selain itu, saya juga dapat melihat ciri-ciri kepimpinan yang diamalkan di
sekolah. Ternyata sistem kepimpinan yang diamalkan di sekolah ini (enam pentadbir
utama di sekolah ini; Guru Besar, GPK Kurikulum, GPK Hal Ehwal Murid, GPK
Kokurikulum, GPK Petang dan GPK Pendidikan Khas) memberikan impak yang positif
dari segi pencapaian akademik dan kokurikulum. Budaya yang diamalkan di sekolah ini
sangat berguna untuk dijadikan sebagai panduan pada masa hadapan andainya dapat
dijalankan di sekolah yang ditempatkan kelak.
Berkaitan sistem pentadbiran dan kepemimpinan sekolah ini, saya mengetahui
perjalanan pentadbiran sekolah berada dalam keadaan sangat baik. Dalam masa yang
sama, saya dapat mengetahui sistem pengurusan yang sistematik yang diamalkan di
sekolah. Saya juga dapat mengetahui sejauh mana visi dan misi sekolah yang
diamalkan dapat dicapai. Oleh itu, saya telah menilai dan mengkajinya berdasarkan
pemerhatian, soal selidik dan temu bual yang saya lakukan bersama guru-guru dan
murid sekolah.
Kesimpulannya, lawatan ini amat berguna dan bermakna kepada saya. Pelbagai
ilmu dan pengalaman dapat saya timba dan peroleh dalam bidang pengurusan dan
pengajaran di bilik darjah. Dalam masa yang sama, saya ingin merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dalam menjayakan lawatan
penanda aras ini terutamanya warga Sekolah Kebangsaan Parit 6, Sungai Besar,
Sabak Bernam.

16 | B I N A I N S A N G U R U

NORHANIZA A/P JAMALUDIN


900309-06-5034

Pada semester enam ini, kami dikehendaki membuat Bina Insan Guru

iaitu

memdapatkan maklumat tentang seorang guru cemerlang di sekolah kami praktikum.


Pada pendapat saya, perkara ini sangat penting bagi kami yang bakal bergelar seorang
guru kelak. Hal ini demikian kerana, banyak perkara atau ilmu baharu yang kami
peroleh dan boleh kami aplikasinya setelah kami bergelar seorang guru kelak.
Pertamanya, perkara yang saya peroleh setelah mendapat maklumat guru
cemerlang yang kami temuramah ialah sahsiah diri atau personaliti diri yang ada pada
guru tersebut. Maksudnya, dari pemerhatian saya, guru tersebut mempunyai sahsiah
diri yang baik iaitu sikap terhadap kerjaya sebagai guru yang disandangnya beliau tidak
mengambil mudah. Beliau sangat komitmen terhadap tugasan yang dipegangnya.
Selain itu, personaliti yang dimiliki oleh guru tersebut juga sangat menarik yakni beliau
sangat menjaga imej seorang guru dengan berpakaian kemas dan bertutur dengan
sopan. Maka, untuk menjadi seorang guru yang baik kita perlulah menjaga sahsiah diri
dan personaliti dengan baik.
Kedua,saya dapati ialah startegi yang digunakan oleh beliau semasa mengajar di
dalam kelas. Beliau menggunakan startegi yang berkesan semasa mengajar, semua
murid memberikan sepenuh perhatian terhadap pengajaran yang diajarnya dan murid
mudah memahami setiap pelajaran yang disampaikannya. Oleh itu, perkara seperti ini
sangat penting sebagai seorang guru untuk membentuk murid yang cemerlang.
seterusnya, saya dapati guru tersebut aktif dalam semua aktiviti yang dianjurkan
oleh pihak sekolah mahapun pihak luar. Setiap kali, ada aktiviti beliau pasti akan
17 | B I N A I N S A N G U R U

melibatkan dirinya. Katanya, perkara seperti ini penting bagi seorang guru kerana
banyak ilmu baharu yang akan diperoleh dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan
seorang guru. Maka, sebagai seorang guru kita haruslah menjadikan perkara ini
sebagai contoh untuk menjadi seorang guru.
Kesimpulannya, kesemua yang dimiliki oleh guru tersebut menepati sebagai ciriciri seorang guru. Saya berharap, pada masa akan datang saya dapet megaplikasikan
kesemua perkara yang dimiliki olh guru tersebut setelah saya bergelar seorang guru.

18 | B I N A I N S A N G U R U

SITI NURFATIMAH BT SAHARI


901204-02-5364
ASSALAMUALAIKUM WBT...
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan Bina Insan Guru ini. Tugasan ini
memerlukan saya dan rakan-rakan yang lain menemubual seorang guru cemerlang dan
mengumpul seberapa banyak

maklumat tentang guru cemerlang di sekolah yang

menjadi tempat saya menjalani praktikum selama dua bulan.

Cikgu cemerlang di

sekolah tersebut bernama Pn Rodzita Johari. Beliau merupakan guru panitia bahasa
Melayu di sekolah tersebut. Beliau berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam. Semasa
menyiapkan tugasan ini kerjasama yang diberikan oleh beliau amat baik sekali.
Menjadi seorang guru yang cemerlang dan seimbang, memerlukan beberapa
perkara yang penting. Guru merupakan satu pekerjaan yang mulia. Bukan semua orang
boleh menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang. Apa yang penting, keikhlasan
dalam menjalankan tugas mendidik anak-anak murid itu sendiri. Kualiti dan sikap
profesional seorang guru adalah sangat penting untuk ditonjolkan. Bukan sahaja
semasa waktu sekolah, masyarakat akan sentiasa memandang tinggi guru-guru.
Pembelajaran yang berlangsung itu, bukan hanya di dalam kelas, sebailknya, ia juga
boleh terjadi secara tidak langsung di luar kelas. Buktinya, murid akan melihat gaya
seorang guru itu di dalam kehidupan bermasyarakat, bagaimana pertuturan mereka,
personaliti, dan kesantunan mereka. Ia akan sentiasa mejadi contoh. Ini secara tidak
langsung, akan menjadi ejen kepada perubahan di kalangan masyarakat.
Cikgu Rodzita tidak lokek untuk berkongsi maklumat apa yang perlu dilakukan
beliau untuk mendapatkan anugerah Guru Cemerlang. Pertama, mestilah menjadi guru
19 | B I N A I N S A N G U R U

sekurang-kurangnya 5 tahun tempoh perkhidmatan. Selain itu, guru juga mestilah


memiliki beberapa buah buku yang pernah ditulis dan yang paling utama ialah apa yang
guru lakukan di sekolah. Misalnya yang dilakukan beliau di sekolah ialah mewujudkan
stesen-stesen mengikut subjek di mana murid dapat berdikari untuk ke kelas masingmasing, menyediakan buku di setiap stesen pengajaran dan pembelajaran dan
membawa murid mengikuti pelbagai aktiviti luar. Dalam proses mengumpul dan mencari
maklumat tentang guru cemerlang ini tidak banyak halangan yang ada.

Segala

maklumat sangat mudah untuk diperolehi. Hal ini kerana kerjasama yang diberikan
amat memuaskan.
Menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman memainkan peranan yang
sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sediri dan dipersekitaran dirinya.
Kerohanian dan akhlak keguruan itu menjadi titik permulaan untuk perkara tersebut.
Apa yang penting, seseorang yang melalui proses menjadi guru hendaklah memahami
domain pembangunan diri yang seimbang, seperti yang dinyatakan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, memahami konsep, nilai dan etika keguruan, memahami citra
diri sebagai seorang insan guru dan membina pemikiran yang positif dan motivasi yang
tinggi terhadap profesion keguruan itu sendiri.
Secara kesimpulannya, tugasan Bina Insan Guru in memberikan saya banyak
ilmu pengetahuan dan meningkatkan jati diri seorang guru. Selain itu, pengalaman
yang diperoleh semasa melakukan tugasan ini amat bermakna buat diri saya yang akan
bergelar seorang guru pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.

20 | B I N A I N S A N G U R U

NASRULLAH AIMAN BIN AHMAD NORDIN


901018-10-5643
Bersyukur kepada Allah s.w.t yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kerana
dengan izin-Nya saya dan rakan seperjuangan telah berjaya menamatkan salah satu
komponen wajib yang mesti dilalui semasa kursus perguruan bagi semester 6 ini iaitu
menjalani program Bina Insan Guru (BIG).
Melalui sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak input baru
mengenai proses proses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang. Antara proses
yang perlu dipelajari ialah seseorang guru tersebut mestilah berkhidmat sekurang
kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai guru. Kemudian, guru boleh
memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi borang guru
cemerlang dalam talian.
Seterusnya, guru mestilah mendokumentasikan kajian tindakan, lembaran kerja,
refleksi pembelajaran, senarai pelajar, markah dan pencapaian pelajar ( akademik
ataupun kokurikulum ) untuk memudahkan proses apabila dinilai oleh jemaah nazir
nanti. Seorang guru cemerlang mestilah menyumbang kepada pihak sekolah dalam
bidang yang ingin dimohon dan juga memberi sumbangan kepada pihak luar sekolah
bagi kecemerlangan subjek tersebut.
Dalam proses pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang,
memerlukan beberapa perkara yang penting. Guru merupakan satu pekerjaan yang
mulia. Bukan semua orang boleh menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang. Apa
yang penting, keikhlasan dalam menjalankan tugas mendidik anak-anak murid itu
sendiri.

21 | B I N A I N S A N G U R U

Kualiti dan sikap profesional seorang guru adalah sangat penting untuk
ditonjolkan. Bukan sahaja semasa waktu sekolah, masyarakat akan sentiasa
memandang tinggi guru-guru. Pembelajaran yang berlangsung itu, bukan hanya di
dalam kelas, sebailknya, ia juga boleh terjadi secara tidak langsung di luar kelas.
Buktinya, murid akan melihat gaya seorang guru itu di dalam kehidupan bermasyarakat,
bagaimana pertuturan mereka, personaliti, dan kesantunan mereka. Ia akan sentiasa
mejadi contoh. Ini secara tidak langsung, akan menjadi ejen kepada perubahan di
kalangan masyarakat.
Terdapat pelbagai etika sosial dan protokol dalam proses menjadi guru yang
cemerlang. Ia termasukah semasa proses pengucapan awam ataupun semasa proses
pengajaran dan pembelajaran, kesantunan bahasa dalam menyampaikan isi dan
kemahiran mendengar secara efektif. Selain itu, guru juga hendaklah tidak boleh
melupakan tertib di meja makan, terutamanya semasa majlis-majlis formal dan rasmi,
dan juga etika pemakaian, di mana guru hendaklah mengikut tertib dan pakaian yang
betul mengikut tema majlis.
Guru juga hendaklah mempunyai kemahiran pengurusan dan perubahan diri.
Seperti contoh, guru boleh menyesuaikan diri dan mengadaptasi diri dalam budaya
masyarakat yang baru apabila dihantar untuk mengajar ke tempat yang baru kelak.
Guru juga boleh melakukan perubahan pada diri sendiri jika berhadapan dengan
masalah yang baru, dan sentiasa mencari jalan penyelesaian dengan fikiran yang
positif dan rasional.
Seorang guru yang cemerlang juga dapat mengenali dan menilai diri sendiri
dengan baik. Merefleksi semua perkara dan akitiviti yang telah dilakukan agar boleh
mencari sebarang kelemahan untuk dibaik pulih. Guru juga dapat mengenali potensi diri
yang ada pada mereka agar guru dapat merebut semua peluang yang ada dalam
meningkatkan potensi yang baik dan cemerlang dalam kerjaya mereka dibidang
pendidikan itu sendiri. Ini secara tidak langsung dapat membantu melahirkan guru yang
seimbang dari semua bidang, dan seterusnya dapat memberikan yang terbaik kepada
anak-anak murid mereka.

22 | B I N A I N S A N G U R U

Berikutnya, kelemahan yang dilihat sepanjang Bina Insan Guru adalah semua
guru pelatih pada awalnya kelihatan segan dengan Puan Rodzitaa Bt Johari Semua
guru pelatih kelihatan malu malu untuk bertanya soalan semasa sesi soal jawab
dijalankan. Namun, selepas itu, semua guru pelatih bersemangat untuk bertanyakan
soalan. Masing masing tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan tips dan
info berkenaan dengan guru cemerlang ini.
Kelemahan lain ialah guru pelatih dilihat kurang memberikan perhatian semasa
guru cemerlang sedang menyampaikan ucapan. Masing masing asyik bersembang
sehingga kadang kala menyebabkan bunyi bising. Namun begitu, mereka mula fokus
dan komited dengan pengajaran guru cemerlang selepas sedar akan keadaan tersebut.
Oleh itu, program Bina Insan Guru pada semester ini banyak membantu saya
meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan profesion keguruan dan juga memberi
pendedahan kepada kami untuk melengkapkan diri dengan semaksimum mungkin
untuk memberi kepuasan semasa bekerja sebagai guru. Kepuasan seorang guru tidak
terletak pada gajinya tetapi apabila melihat kejayaan pelajarnya memahami sesuatu
perkara yang diajar.

23 | B I N A I N S A N G U R U

MOHAMAD KHAIRIL AZLI BIN MOHAMAD YUSOFF


910129-01-5995
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya
berjaya menyiapkan dan melaksanakan tugasan Bina Insan Guru Fasa Enam ini. Pada
semester ini, kami dikehendaki Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan
kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah
pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru
harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani
cabaran era globalisasi.
Pada semester ini, saya dikehendaki mewawancara seorang guru cemerlang di
sebuah sekolah yang saya laksanakan praktikum fasa dua ini yang merupakan
tugasan yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 6 di bawah Program
Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6
Perkara yang utama bagi kali ini adalah saya perlu menemu bual salah seorang
guru yang cemerlang di sekolah saya. Saya telah menemubual Puan Rozitaa yang
telah dianugerahkan guru cemerlang. Puan Rozitaa telah berkhidmat sebagai guru
selama 25 tahun. Jelas yang pengalaman mengajar bagi seorang guru adalah satu
kelebihan yang besar. Beliau telah memberi saya begitu banyak maklumat dan nasihat
kepada saya sebagai seorang bakal guru.
Antara pesanan beliau kepada saya adalah dalam kehidupan seorang guru, kita
mestilah tidak sentiasa tidak berputus asa dalam mencurahkan bakti dan ilmu
pengetahuan kepada pelajar kerana pelajar itu nanti akan memberikan kebahagiaan
kepada kita dengan kejayaannya. Setiap guru bukan hanya berfungsi untuk mengajar di
dalam kelas tetapi sebagai sumber nasihat kepada orang ramai. Sebagai bakal guru,
potensi yang ada di dalam diri kitalah yang akan mencorakkan pelajar-pelajar pada
24 | B I N A I N S A N G U R U

masa hadapan. Moral pelajar haruslah sentiasa tinggi untuk menjadi pelajar yang
berguna kepada nusa dan bangsa. Perkara sebegini akan saya ingat agar mampu
untuk menjadi guru yang baik dan cemerlang seperti beliau.
Pada pendapat saya, guru inovatif adalah amat diperlukan untuk
meningkatkan amalan kreativiti dan inovasi serta daya tahan kendiri. Maksud daya
tahan kendiri ialah usaha yang sistematik iaitu mengembangkan tindakan
menyelesaikan masalah dan samada kita boleh menyelesaikan masalah. Sebagai
seorang guru, terdapat banyak masalah yang harus kita tempuhi. Semuanya
mestilah diselesaikan oleh kita sendiri dengan memikirkan cara penyelesaian yang
berkesan.

Sebagai

contoh,

apabila

menjadi

seorang

guru,

kita

mestilah

menyelesaikan masalah moral murid-murid dengan membantu mereka samada


memberi nasihat ataupun menunjukkan contoh-contoh yang perlu dicontohi oleh
mereka. walaupunbegitu, terdapat beberapa cabaran ketahanan kendiri seperti
emosi, fizikal, isu ataupun kehendak semasa dan persekitaran.
Guru-guru mestilah mengatasi cabaran ketahan diri dengan mengadakan
perbincangan, rancangan dan mendapat sokongan-sokongan yang lain. Guru-guru
mestilah menggunakan ciri-ciri kreativiti dan inovatif dalam menyelesaikan sebarang
masalah, pengajaran dan pembelajaran, perlaksanaan program, persekitaran dan
sosial dan memantapkan proses pengajaran.
Sebagai bakal guru saya mestilah mempersiapkan diri kita dengan ilmu
pengetahuan di dada supaya dapat melepasi halangan dan rintangan pada masa
hadapan dalam profesion keguruan. Saya juga berharap mampu untuk menjadi guru
yang bersemangat tinggi, mempunyai daya saing yang tinngi yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Terdapat beberapa ciri etika kerja cemerlang iaitu niat yang betul, perlakuan
yang baik, penggerak kearah kebajikan dan permuafakatan. Saya sebagai bakal
guru mestilah sentiasa menjadi seorang guru yang disukai murid-murid dan pihak
sekolah. Sebagai contoh, kita mestilah saling menghormati antara satu sama lain
dan sentiasa sayang murid-murid. Apabila kita sayang murid-murid, maka mereka
akan belajar dengan tenang. Malah masalah sosial di kalangan mereka akan
menurun. Keinginan mereka untuk belajar akan bertambah-tambah. Bukan itu

25 | B I N A I N S A N G U R U

sahaja, guru adalah merupakan insan yang penting di sekolah. Jadi, segala perihal
anak-anak mereka akan dipertanggungjawabkan oleh guru.
Guru mestilah mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa. Melalui
cara ini, guru-guru akan dapat menyelesaikan masalah dengan cepat kerana
mereka akan berbincang untuk menyelesaikan masalah yang dilanda masingmasing. Setiap guru mestilah mempunyai integriti individu dalam diri masing-masing
iaitu selaras dengan apa yang dikatakan individu dan dengan apa yang dilakukan
oleh individu masing-masing. Sebagai contoh, guru-guru mestilah berusaha untuk
bersungguh-sungguh mengajar anak muridnya.
Bukan itu sahaja, guru-guru juga mestilah sentisa pemurah dengan orangorang lain. Sebagai contoh, seorang guru itu akan berkongsi ilmunya dengan guruguru yang lain dengan membincangkan masalah yang dihadapi dalam subjek-subjek
yang diajar. Sifat pemurah mendatangkan keberkatan hidup kerana orang yang
menerima akan berasa bersyukur dengan orang yang memberi.
Selain itu, beliau juga menekankan mengenai kepentingan menguruskan
masa. Pengurusan masa yang baik dalam sistem pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di sekolah akan menjadikan sesebuah sekolah tersebut dapat menjalankan
segala perancangan yang dibuat oleh pihak kerajaan. Apabila seseorang guru itu
berjaya menguruskan masanya dengan baik maksudnya dia telah berjaya
mendisiplinkan dirinya. Pendidik yang menepati masa mampu untuk menunjukkan
kesungguhan seorang pendidik dalam meyampaikan ilmu pengetahuan sekali gus
dihormati murid-murid.
Kesimpulannya, Bina Insan Guru (BIG) pada kali ini telah memberikan
saya satu pengalaman yang cukup bermakna dalam diri saya. Begitu banyak
maklumat saya peroleh dengan hanya menemu bual seorang guru yang cemerlang.
Saya berharap dapat mempraktikkan ilmu pengetahuan yang saya perolehi ini pada
masa hadapan. Untuk menjadi seorang guru adalah tidak mudah kerana terdapat
pelbagai cabaran yang mestilah kita tempuhi.
Sekian terima kasih.

26 | B I N A I N S A N G U R U

PENUTUP

Program Bina Insan Guru ini telah berjaya memberikan kesedaran dan
kefahaman tentang aspek-aspek yang berkaitan mandat, perundangan, prosedur dan
peraturan pendidikan yang perlu dipatuhi oleh guru-guru dan murid-murid. Selain itu,
program ini juga berjaya membantu guru pelatih untuk mengetahui pembentukan iklim
dan budaya serta kepemimpinan yang berkesan dalam sesebuah sekolah.
Secara keseluruhannya, banyak ilmu dan pengalaman baharu yang telah saya
peroleh sepanjang mengadakan lawatan penanda aras di Sekolah Kebangsaan Parit
Enam, Sungai Besar ini. Aktiviti Bina Insan Guru amat berguna kepada guru-guru
pelatih sebagai platform kecil untuk menimba pengetahuan sebagai persediaan
menghadapi suasana sebenar sekolah kelak.

27 | B I N A I N S A N G U R U

28 | B I N A I N S A N G U R U

Anda mungkin juga menyukai