Anda di halaman 1dari 3

Aktiviti Pengajaran Matematik (Nilai Tempat)

Tahap 2

Tajuk: Mengajar murid nilai tempat dengan menggunakan kaedah sandwich


Langkah:
1. Murid ditunjukkan papan yang terdiri daripada beberapa keping roti dan bahan-bahan
lain seperti sayur-sayur, ayam, daging , telur dan juga keju.
2. Bahan-Bahan seperti sayur-sayuran, daging dan keju dilabelkan mengikut rumah
masing-masing. Contohnya ayam mewakili rumah sepuluh ribu, daging mewakili rumah
ribu, telur mewakili rumah ratus, sayur-sayuran mewakili puluh dan keju mewakili rumah
satu.
3. Seorang murid diminta menjadi pelanggan manakala seorang lagi murid diminta
menjadi pembuat sandwich. Pelanggan akan mengedar pembuat sandwich sebuah kad
nombor.
4. Pembuat sandwich perlu menyediakan sandwich tersebut berdasarkan nombor yang
ditunjukkan dalam bentuk expanded form. Simbol tambah diletakkan pada setiap
bahagian sandwich dan dua keping roti diletakkan di atas dan di bawah bahagian
sandwich tersebut.
5. Kemudian, pelanggan diberikan roti sandwich yang telah siap. Pelanggan diminta
mengasingkan bahagian-bahagian sandwich tersebut mengikut rumah masing-masing.

Bahagian atas
Bahagian bawah

Nilai Rumah
puluh ribu
ribu

ratus

puluh

satu

Contoh: kad nombor yang ditunjukkan : 11111

+
pu ri

+
ri

ra

pu
sa

Anda mungkin juga menyukai