Anda di halaman 1dari 7

ALIRAN DAN TOKOH

TATABAHASA MELAYU
Tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undang-undang sesuatu
bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan atau hukumhukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru yang
dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifatnya dinamik, hidup dan
berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya.
Tatabahasa merupakan satu cabang daripada linguistik umum yang
menerangkan peraturan-peraturan penggabungan kata-kata untuk menghasilkan
bunyi dan frasa menggunakan formula-formula tertentu. Cara kajian tersebut
dilakukan secara saintifik dengan mengikut rumus-rumus tertentu. Kajian tatabahasa
bermula daripada unsur-unsur yang membina perkataan, proses pembentukan
perkataan dan proses penyusunan perkataan dalam membentuk ayat-ayat gramatis.
Lazimnya tatabahasa bersifat preskriptif, iaitu terdiri daripada peraturan-peraturan
dan undang-undang bagi pengucapan dan penulisan bahasa yang betul.
Dalam bidang tatabahasa, historiografi linguistik Melayu menampilkan
beberapa banyak ahli tatabahasa yang menghasilkan tulisan tentang tatabahasa
Melayu. Bermula dengan tulisan A. C. Ruyl, Spiegel van de Maleische Tale (1612)
yang merupakan buku pelajaran bahasa Melayu yang pertama, kita mengenal karya
G. H. Werndly, iaitu Maleische Spraak Kunst (1889). Di Malaysia, kita mengenal
karya W. Marsden, A Grammar of the Malay Language (1812) dan karya R.O.
Winstedt, Malay Grammar (1914). Selain itu, kita ingat juga akan nama ahli
tatabahasa Melayu yang besar sumbangannya dalam meletakkan dasar tatabahasa
Melayu, misalnya Ch. Van Ophuysen, C.A. Mees, Madong Lubis, Raja Ali Haji,
Sasrasie-ganda, Sutan Mohd. Zain, Sutan Takdir Alisyahbana, Slametmuljana, Zaba
dan lain-lain. Hasil usaha mereka dengan jelas memperlihatkan persamaan dalam
hal-hal dasar tentang tatabahasa Melayu, sehingga buku tatabahasa di Indonesia,
misalnya, dapat juga diterima di Malaysia. Hal ini dengan mudah dapat difahami
kerana semua ahli tatabahasa itu mendasarkan tatabahasa yang disusun itu pada
karya-karya besar dalam bahasa Melayu seperti Sejarah Melayu dan sebagainya.

Rajah 1: Definisi Tatabahasa Melayu

Rajah 2: Kesimpulan Tentang Tatabahasa

Rajah 3: Empat Aliran Tatabahasa

Rajah 4: Tokoh dan Ciri Tatabahasa Aliran Tradisional

Rajah 5: Tokoh dan Ciri Tatabahasa Aliran Struktural

Rajah 6: Tokoh dan Ciri Tatabahasa Aliran Transformasi Generatif

Rajah 7: Tokoh dan Ciri Aliran Tatabahasa Dewan


Perkembangan Aliran Tatabahasa
Setelah muncul ilmu linguistik moden, penghuraian tatabahasa sebelumnya
yang kesemuanya mengikut acuan tatabahasa Yunani-Latin digolongkan sebagai
tatabahasa tradisional atau tatabahasa nasional, termasuk tatabahasa Zaba. Dari
kaca mata linguistik moden, Pelita Bahasa Melayu (1940) yang digolongkan sebagai
tatabahasa tradisional asas penghuraian item tatabahasa ini mengikut kriteria
semantik. Perubahan yang berlaku dalam sejarah penulisan tatabahasa Melayu di
Malaysia daripada tatabahasa tradisional kepada tatabahasa formal (moden)
bermula pada tahun 1960.
Perkembangan sejarah penghuraian tatabahasa Melayu mengikut acuan atau
pola tatabahasa formal atau moden yang berlandas ilmu linguistik yang bermula
pada dekad 1960-an, tidak berhenti begitu sahaja. Seiring dengan perkembangan
teori linguistik yang terkemudian daripada itu penghuraian tatabahasa Melayu juga
mengikut linguistik struktural bagi menghasilkan karya tatabahasa mereka. Tetapi
menjelang dekad 1970-an, teori linguistik TG pula mendapat perhatian ahli bahasa
tempatan yang menerapkan teori ini dalam penulisan dan penghuraian tatabahasa
Melayu. Contohnya, Tatabahasa Dewan karya Nik Safiah Karim et. al (1994) yang
diguna secara meluas di Malaysia kini, merupakan salah satu contoh acuan teori TG.
Seterusnya pada dekad 1980-an, pemerian tatabahasa Melayu mengikut teori

tatabahasa wacana mula mendapat popularitinya di Malaysia. Buku yang bertajuk


Discourse-Syantax of Yang in Malay yang asalnya disertasi doktor falsafah Azhar M.
Simin (1983) kemudian diterbitkan oleh DBP pada tahun 1988 adalah contoh karya
yang mengaplikasi teori tatabahasa wacana bagi menghuraikan bahasa Melayu. Di
samping itu, karya Sanat Mohd. Nasir berjudul Tautan Dalam Wacana Bahasa
Melayu Akhbar (2002) merupakan sebuah hasilan yang cenderung terhadap
tatabahasa wacana.

RUJUKAN
1.

Kamus Dewan Edisi Baharu (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

2.

Ismail Hussein, 1966. Sejarah Pertumbohan Bahasa Kebangsaan Kita, Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood
(2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

4.

James T Collins, 1998. Malay, World Language: A Short History,. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

5.

Ibrahim Ahmad 1994. Perkamusan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

6.

Gazali Dunia(1992). Sastera Melayu Lama. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.:Kuala


Lumpur.

7.

Asmah Haji Omar, 1985. Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada
perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8.

B. Mallikarjun Globalization and Indian languages. Language in India, Vol.3: 2


Februari 2003.

9.

A.Aziz Deraman, 2000. Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Malaysia.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10. Abdullah Hassan, 1997. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-Esei
Lain. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
11. Awang Sariyan, 2004. Teras Pendidikan Bahasa Melayu. Asas Pegangan Guru,
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
12. Hashim Bin Hj. Musa, 2004. Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia:
Menghadapi Globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
13. Siti Hajar Abdul Aziz (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
14. Harimurti Kridalaksana (1983). Tradisi dan Inovasi dalam Penyelidikan Bahasa
Melayu. dalam Jurnal Persatuan Linguistik Malaysia.