Anda di halaman 1dari 33

1.

PENGENALAN

Di dunia ini, tidak dapat kita elakkan diri kita untuk mengutarakan pelbagai
persoalan yang boleh dianggap sebagai soalan yang tidak masuk akal.
Namun, persoalan-persoalan sebegini sering kita akan dapat jawapannya
melalui kajian bidang falsafah. Namun, bidang falsafah itu sendiri perlu kita
kaji dan dalami sebelum pelbagai persoalan menarik lain yang perlu kita
jawab.
What do you do?; people sometimes ask me. I am a philosopher. If I
am lucky, the conversation ends there, but often it continues: Well, I
suppose we are all of us philosophers in our different ways; I mean we
all have our own ideas about the purpose of life. Now what I think O
r else: A philosopher: I envy you in these difficult times. To be able to
take things calmly, to rise above the petty vexations that trouble us
ordinary men, Or again: That must be fascinating: really to
understand people, to be able to reach their souls. I am sure you could
give me some good advice. Or, worst of all: What is philosophy?1
Kenyataan yang diatas ini dipetik daripada sebuah buku yang bertajuk An
Introduction To Metaphilosophy yang mana daripada kenyataan tersebut
sering kali berlaku keadaan dimana orang ramai musykil dengan bidang
falsafah yang mana kebanyakan orang tahu setiap manusia akan ada
falsafah hidup masing-masing daripada keadaan tersebut akan berlakunya
satu lagi situasi dimana sesorang pasti akan bertanyakan soalan-soalan
seperti maksud falsafah.
Dari situ jelas menunjukkan falsafah merupakan sebuah bidang yang
dianggap kurang penting oleh masyarakat sehinggakan mereka tidak tahu
tentang maksud falsafah. Kebanyakan masyarakat kurang menceburkan diri
dalam bidang ini mungkin disebabkan oleh faktor bidang itu sendiri yang
1 Soren Overgaard, Paul Gilbert, Stephen Burwood, An Introduction To
Metaphilosophy, Cambridge University Press, United Kingdom, 2013, hlm 1
1

mana persoalan-persoalan falsafah sering kali susah untuk diterima akal


apabila persoalan tersebut dikeutarakan. Soalan-soalan yang menyentuh
tentang dunia misalnya seperti mengapa dunia ini berbentuk bulat dan
bukannya berbentuk empat segi, apakah tujuan manusia hidup di dunia ini,
apakah yang mendorong seseorang manusia untuk melakukan sesuatu
perbuatan itu dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung, persoalan tersebut
memberikan kepayahan kepada kita untuk menjawabnya.
Bidang falsafah yang ada amatlah luas dan pelbagai sehinggakan
disesetengah universiti mereka akan menggunakan nama subjek mereka
seperti Philosophy of Science, Philosophy of Religion, Philosophy of
Mathematics, Philosophy of Art, Philosophy of Technology, Philosophy of
Life dan macam-macam lagi. Di situ dapat dijelaskan bahawa sememangnya
bidang falsafah amat luas pembahagian bidangnya. Disebabkan keadaan
tersebut, para sarjana dalam bidang falsafah sendiri turut tidak bersetuju
diantara satu sama lain apabila membincangkan tentang skop yang sesuai
bagi bidang falsafah ini, apakah cara yang sesuai mempelajarinya dan
pelbagai lagi perkara-perkara pokok tentang falsafah. Jika dilihat dari sudut
lain pula, falsafah boleh dipelajari jika kita memahami tentang sesuatu
permasalahan itu terlebih dahulu kerana dengan adanya permasalahan
tersebut, kita dapat pastikan apakah yang kita ingin cari daripada
permasalahan tersebut. Dari situ, falsafah mula dapat dipelajari dengan
mudah.
Kita sedari dalam dunia ini, pemikiran falsafah sering kali dimulakan
dengan adanya permasalahan yang berkaitan. Teknologi seperti radio,
televisyen, kapal terbang, dadah dan sebagainya. Dengan kemunculan
pengetahuan baru ini muncul pula cabaran baru untuk menghasilkan
perkara-perkara sebegitu. Hasilnya, persoalan seperi bagaimana teknologiteknologi tersebut dapat dihasilkan mula timbul. 2 Oleh itu, bidang falsafah
2 James K. Feibleman, Understanding Philosopy, Horizon Press, New York, 1973, hlm
11
2

mula memainkan peranannya dalam menjana jawapan yang diperlukan.


Perkara-perkara tersebut merupakan perkara asas dalam bidang falsafah dan
melalu bahagian ini, akan dihuraikan tentang takrifan falsafah agar mudah
untuk kita fahami tentang apakah itu falsafah dan juga mengapa kita
sebagai manusia perlu mempelajari pemikiran falsafah itu sendiri.
2.0TAKRIFAN FALSAFAH
Secara amnya, falsafah merupakan cantuman 2 ayat berasal daripada
perkataan Greek iaitu Philos dan Sophia yang mana Philos itu membawa
maksud cinta atau sayang

dan Sophia pula membawa maksud ilmu

pengetahuan atau kecerdikan. Hasilnya, apabila kedua-dua perkataan ini


dicantumkan dan munculah perkataan falsafah yang bererti cintakan
kepada ilmu pengetahuan.3 Jika dilihat dari sudut sejarahnya, perkataan ini
mula-mula digunakan oleh ahli falsafah Greek kuno dalam bidang matematik
dan juga ahli agama iaitu Pythagoras. Mereka jugalah yang telah menemui
perkataan ini dan menjadikan perkataan tersebut sebagai terma bagi bidang
falsafah. Bagi Pythagoras, falsafah bukan semata-mata sebagai sebuah
pemikiran berkaitan dunia yang digunakan di dalam bidang pendidikan
sahaja, tetapi falsafah merupakan sebuah bidang yang jauh lebih luas
daripada pemikiran tersebut. Ia berfungsi sebagai alat untuk mengenali diri
sendiri dan juga merupakan cara untuk mendapatkan kesempurnaan diri.
Sebagai contoh, bagi diri Pythagoras sendiri, beliau merupakan individu yang
telah menghasilkan formula Pythagoras Theorem yang merupakan formula di
dalam bidang M=matematik yang telah dihunakan di dunia ini secara
meluas. Pythagoras telah menaikkan reputasi dirnya sendiri untuk menjadi
seorang manusia yang bijak dan besar pengaruhnya. Dari situ, falsafah telah
membentuk dirinya untuk menjadi lebih sempurna.

3 The Path of Philosophy, Truth, Wonder and Distress, Wadsworth, Cengage


Learning, United State of America, 20012, hlm xxiii
3

Di dalam buku The Concept System of Philosophy: The Case of Jacob


Bruckers Historiography of Philosophy ada menyatakan tentang pandangan
daripada sesorang ahli pengkaji sejarah falsafah tentang maksud atau
takrifan falsafah itu sendiri. Menurut beliau, perkataan falsafah yang asalnya
adalah daripada perkataan Greek iaitu Sophia telah digantikan kepada
perkataan asal daripada bahasa Latin iaitu Sapientia yang mana ia tetap
membawa maksud yang sama iaitu cinta akan ilmu pengetahuan. Dalam
kajian Jacob Brucker, beliau menyatakan yang perkataan Sapientia merujuk
kepada disiplin ilmu yang mampu membuatkan akal manusia (ingenium)
menjadi lebih sempurna. Oleh itu, berdasarkan dapatan daripada kajian
beliau itu, beliau menyatakan bahawa maksud falsafah adalah menjadikan
akal manusia lebih tetap dan sempurna mengikut peredaran waktu.4
Selain itu, falsafah turut membawa maksud yang lain seperti yang telah
dinyatakan oleh tokoh seperti Socrates. Beliau menyatakan bahawa falsafah
merupakan perasaan ingin tahu (curiosity) dalam bidang intelektual.
Perasaan ingin tahu tersebut tetap aka nada di setiap fikiran manusia yang
mana perasaan tersebut akan mendorong mereka untuk mencari jawapan
tentang sesuatu perkara. Bagi Socrates, beliau memikirkan bahawa tidak
gunanya beliau atau manusia lain hidup di dunia ini dengang hanya
menjalani hidup setiap hari seperti biasa tanpa mempersoalkan dan
memikirkan jawapan mengapa mereka hidup di dunia ini. Sekurangkurangnya mereka perlu mempersoalkan tentang hal-hal kehidupan mereka.
Oleh itu, sekiranya mereka tidak mengkaji tentang hal-hal kehidupan,
Socrates mempercayaai bahawa hidup orang-orang sebegitu adalah sia-sia
dan tidak layak untuk terus hidup.5

4 Leo Catana, The Concept System of Philosophy: The Case of Jacob Bruckers
Historiography of Philosophy, Wiley and Wesleyan University, 2005, hlm 75
5 Abraham Kaplan, In Persuit of Wisdom: The Scope of Philosophy, Glencoe Press,
Canada, 1977, hlm 3
4

Falsafah turut boleh dianggap sebagai alternatif sekular kepada komponen


bagi kebijaksaan tuhan. Ini bermakna, kebijaksanaan atau pemikiran yang
diperolehi oleh manusia itu hanyalah hasil daripada pemberian tuhan. Setiap
apa yang difikirkan oleh manusia di dunia ini adalah merupakan kuasa
daripada tuhan. Oleh itu, pemikiran manusia yang diberikan oleh tuhan
adalah semata-mata untuk memahami tentang kehidupan di dunia. Apa
yang pasti, falsafah atau ilmu pengetahuan bukanlah merupakan satu sistem
pemikiran yang tinggi (high thinking) tetapi ia lebih menjurus kepada
pemikiran tentang sesuatu perkara dengan cara yang betul (right thinking).
Selain itu, falsafah turut mengetengahkan tentang melihat sesuatu perkara
dengan jelas. Dengan adanya falsafah ini, kebanyakan tokoh pemikir tidak
lagi hanya memandang atau memikirkan perkara yang tersurat atau sudah
nyata tetapi melalui falsafah, mereka akan memikirkan dan menyiasat sebab
atau akibat disebalik sesuatu perkara tersebut.
Wisdom excels folly as far as light excels darkness. Now we see
through a glass, darkly, says Paul; now I know in part; then I shall
understand fully. What James said about metaphysics applies, I think,
to all branches of philosophy: it is nothing but an unusually obstinate
effort to think clearly.6
3.0BIDANG-BIDANG FALSAFAH
Apabila bercerita tentang bidang falsafah, terdapat banyak sub-bidang yang
berada di dalamnya. Kesemua sub-bidang ini mempunyai kepentingannya
yang tersendiri di mana ia mempunyai dan memainkan peranannya yang
tersendiri. Sub-bidang falsafah tersebut adalah aesthetic, epistemologi,
etika, falsafah sejarah, logic, metafizik, falsafah bahasa, falsafah minda,
falsafah agama, falsafah politik dan pelbagai lagi. Jika dilihat secara sepintas
lalu, kita akan dapat mentakrifkan bahawa sub-bidang seperti falsafah
6 Abraham Kaplan, In Persuit of Wisdom: The Scope of Philosophy, Glencoe Press,
Canada, 1977, hlm 16
5

bahasa pasti akan menceritakan tentang bahasa-bahasa yang ada yang


digunakan di dalam bidang falsafah. Bagi sub-bidang logik pula, pastinya ia
akan menyentuh tentang perkara-perkara yang difikirkan oleh akal secara
rasional dan begitu juga dengan sub-bidang yang lain. Oleh itu, di dalam
bahagian ini, akan dihuraikan tentang sub-bidang falsafah yang telah
digunakan oleh kebanyakan tokoh pemikir di dunia ini.
3.1

Metafizik

Dalam bidang falsafah ini, sub-bidang Metafizik ini dianggap sebagai subbidang yang sering mengutarakan pelbagai soalan yang hebat dan susah
untuk diterima oleh akal fikiran manusia dan susah juga untuk mencari
jawapannya. Disaat sesuatu soalan dikeutarakan, tidak akan ada jawapan
yang dapat dikeluarkan dengan mudah. Para pengkaji falsafah berpendapat
bahawa mereka inginkan untuk melihat sesuatu perkara itu dengan jelas dan
memahami walau sekecil mana pun masalah tersebut. Untuk memudahkan
pemahaman kita terhadap sub-bidang Metafizik ini, di bahagian ini akan
diterangkan apakah yang dikaji melalui sub-bidang ini dengan kata yang
mudah.
Metafizik memperlihatkan para pengkaji ataupun manusia mencari dan
memahami tentang sifat fizikal dunia ini secara khusus. Persoalan-persoalan
berkaitan dunia akan dikaji melalui bidang ini yang mana soalan seperti
bentuk dunia ini, cirri-ciri dunia ini dan sebagainya. Di awal kemunculan
pemikiran

falsafah,

sememangnya

dunia

para

pengkaji

adalah

diliputi

ini

mempercayai

dengan

air

bahawa

dan

dunia

beransur-ansur

berubahkepada keadaan yang lain. Terdapat juga daripada pemikiran mereka


yang menyatakan bahawa dunia yang mereka duduki ini adalah pusat
kepada alam semesta ini dan mereka memperlihatkan bahawa matahari dan
bulan yang mengelilingi dunia ini. Begitu juga yang berlaku kepada planetplanet yang lain turut mengelilingi dunia yang mereka duduki.

Terdapat contoh soalan yang melibatkan dunia ini iaitu perkara yang
paling asas yang sentiasa kita perlukan iaitu masa. Di dalam buku Four
Philosophies And Their Practice In Education And Religion, terdapatnya
pernyataan yang ditulis berkaitan soalan yang telah ditanya oleh seorang
kanak-kanak kepada bapanya yang berbunyi What is time? atau apakah itu
masa?7 Soalan tersebut memberi kepayahan kepada si bapa untuk
menjawabnya walaupun pada hakikatnya di dunia ini, manusia saling hidup
di dunia ini dengan masa. Namun, hakikatnya manusia tidak dapat
menjawab dengan betul apakah itu masa. Jawapan yang telah diberikan oleh
bapa kanak-kanak tersebut adalah sesuatu yang kita dapat lihat bergerak ke
hadapan. Pada dasarnya berkemungkinan jawapan tersebut adalah betul dan
dapat memuaskan hati anaknya tetapi para pengkaji falsafah menyatakan
terdapatnya jawapan lain yang lebih tepat. Masa dalam bahagian kosmologi,
ia dianggap sebagai suatu perkara objektif dan bersifat luaran dan ia akan
dialami oleh setiap manusia sebagai sebuah peristiwa.
Selain itu, metafizik juga menyentuh tentang kajian berkaitan manusia.
Perkara ini boleh juga dianggap seperti kajian berkaitan dunia yang mana
kita sebagai manusia turut tidak tahu tentang cirri-ciri dia kita sendiri. Para
pengkaji falsafah mempercayai bahawa kajian manusia ini adalah penting
memangdangkan manusia mempunyai komposisi diri yang unik. Jika
difikirkan secara mudahnya, melalui falsafah, manusia mengkaji tentang diri
mereka sendiri. Contoh persoalan yang muncul dalam fikiran pengkaji
melalui bidang metafizik ini adalah seperti:
What am I? Just a body, a physical organism, a machine? Or am I a soul, a
spirit, a mind? Or, perchance, am I both soul and body?8
7 J. Donald Butler, Four Philosophies and Their Practice In Education and Religion,
Harper & Row, Publishers, Incorporated, New York, 1968, hlm 16
8 J. Donald Butler, Four Philosophies and Their Practice In Education and Religion,
Harper & Row, Publishers, Incorporated, New York, 1968, hlm 18
7

Soalan tersebut memperlihatkan bahawa manusia mempersoalkan ciri-ciri


diri mereka sendiri. Antara jawapan yang muncul adalah pengkaji menjawab
yang manusia adalah organism fizikal atau pun sebuah mesin. Ada juga
jawapan yang menyatakan manusia adalah merangkumi roh di dalam badan
dan akhirnya ada juga yang menjawab mereka iaitu manusia lebih dianggap
sebagai sesuatu yang wujud dalam sifat spiritual berbanding dalam bentuk
fizikal.

3.2Epistemologi
Sub-bidang yang seterusnya adalah Epistemologi. Dengan kata mudahnya,
epistemologi

adalah

persoalan

tentang

ilmu

pengetahuan.

Bila

membincangkan tentang epistemology dalam bidang falsafah ini, manusia


pasti akan mempunyai 2 kebarangkalian keadaan yang akan berlaku iaitu
mampu memahami atau pun tidak mampu untuk memahami tentang
sesuatu perkara. Di dalam bidang bidang ini, terdapatnya 3 tahap persoalan
tentang ilmu pengetahuan iaitu agnosticism, skepticism dan affirmation of
knowledge.9 Ketiga-tiga tahap ini mempunyai cirri yang berbeza di antara
satu sama lain. Bagi agnosticism, kata mudahnya ialah manusia tidak
mampu untuk memahami sesuatu ilmu tersebut atau not being able to
know. Skepticism pula satu perasaan curiga terhadap ilmu dan affirmation
of knowledge adalah suatu keadaan yang mana kepastian kewujudan
sesuatu ilmu itu masih diragui.
Selain itu dalam bidang epistemology ini, perkara yang menjadi keutamaan
ialah bagaimana manusia boleh mendapatkan ilmu pengetahuan. Dalam
bahagian

ini,

sekurang-kurangnya

terdapat

cara

untuk

manusia

mendapatkan ilmu pengetahuan iaitu melalui cara pengalaman deria rasa,


sebab, gerak hati, kuasa dan juga wahyu. Bagi mereka yang menggunakan
9 J. Donald Butler, Four Philosophies and Their Practice In Education and Religion,
Harper & Row, Publishers, Incorporated, New York, 1968, hlm 122
8

cara

melalui

deria

rase,

cara

tersebut

boleh

didistilahkan

sebagai

empiricism. Untuk cara yang kedua iaitu melalui sebab, cara ini diistilahkan
sebagai rationalism, gerak hati pula satu cara yang muncul hasil daripada
kesedaran secara serta merta. Cara keempat iaitu kuasa atau dikenali
sebagai authoritarianism dan yang terakhir ialah wahyu yang mana ia lebih
bersangkut paut kepada aspek agama.
Namun melalui bahagian ini, kebanyakan ilmu penegtahuan yang
dimiliki oleh para pengkaji falsafah adalah berkisar tentang deria rasa. Ini
bermakna

bahawa

ilmu

pengetahuan

yang

dimiliki

oleh

manusia

kebanyakannya dimiliki melalui cara deria rasa. Memang tidak dinafikan


bahawa 4 lagi cara yang lain turut memainkan peranan masing-masing
tetapi teras kepada pengumpulan ilmu pengetahuan tersebut adalah melalui
rasa dan melalui pandangan mereka.

3.3

Logik

Sub-bidang yang seterusnya ini adalah logic. Logik dikatakan mempunyai


persamaan dan perkaitan dengan sub-bidang yang sebelum ini iaitu
epistemologi. Bagi memudahkan pemahaman tentang apakah itu logik,
maka ayat yang mudah digunakan untuk menerangkan tentang bidang ini
ialah logik menyentuh tentang kajian berkaitan kesimpulan sesuatu ilmu
pengetahuan yang dimiliki oleh manusia yang mana kesimpulan tersebut
akan

mempengaruhi

cara

pendekatan

manusia

untuk

mendapatkan

pengalaman. Atau dengan kata lainnya, pengalaman yang lepas akan


mempengaruhi sesuatu pendekatan manusia untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan. Selain itu, dalam bidang falsafah logik, terdapat juga perkara
lain yang termasuk di dalam bidang ini seperti ciri-ciri prinsip tentang
sesuatu penyataan yang kukuh, apa yang menyebabkan ia menjadi salah
dan sebagainya.

Sebagai contoh, di dalam sebuah rumah yang dihuni oleh sepasang


suami isteri, mereka ingin menukar sudut atau kedudukan perabot yang ada
di dalam rumah. Mereka telah memikirkan tentang kedudukan-kedukan yang
mungkin mereka boleh dibuat oleh mereka dan ada juga kedudukan yang
dipikirkan oleh mereka tidak sesuai dan tidak mampu dibuat. Dari keadaan
tersebut,para pengkaji falsafah logik merumuskan bahawa terdapatnya
beberapa idea tentang kombinasi kedudukan perabot yang boleh disusun
dan ada pula diantaranya tidak masuk akal untuk dibuat.

Disebabkan

terdapatnya banyak idea yang ada, tidak ada konklusi yang boleh dibuat
berdasarkan keadaan tersebut yang mana hanya ada 2 sahaja cadangan.
Secara tidak langsung, ini telah menerangkan tentang pemikiran para
pengkaji falsafah logik terhadap pemikiran sebegitu.
Walau bagaimanapun, terdapat juga ahli falsafah yang menggunakan
cara melalui sebab, deria rasa dan eksperimen. Kenyataan dan pemikiran
ahli falsafah mengenai falsafah logic ini adalah berbeza di antara satu sama
lain. Francis Bacon menyatakan bahawa logik adalah mengenai pemerhatian
terhadap fakta sesebuah pengalaman yang mana beliau mempercayai
dengan menggunakan cara pemerhatian, manusia mampu mendapatkan
ilmu pengetahuan. Bagi John Dewey pula, beliau menyatakan dengan
adanya pembangunan teknik dan formulasi yang di masukkan ke dalam
usaha

untuk

membuat

hipotesis,

ia

merupakan

suatu

cara

untuk

mendapatkan pengalaman.
4.0 FALSAFAH ILMU
Dalam kajian Falsafah Ilmu ini aspek Epistemologi (sumber ilmu)
merupakan

persoalan

yang

sangat

utama.Malah

sesetengah

sarjana

mentakrifkan yang epistemologi itulah yang merupakan falsafah ilmu atau


lebih terkenal dengan nama Theory of Knowledge (Nazriyatul Ma'rifah)
iaitulah "teori pengetahuan".Sebenarnya Istilah epistemologi berasal dari
perkataan Yunani "episteme" yang bererti pengetahuan.Ada dua persoalan
10

utama dalam epistemologi iaitu sumber ilmu pengetahuan dan kebenaran


atau

hakikat

ilmu

pengetahuan

itu

sendiri.

Timbul satu persoalan apakah kebenaran dalam mencapai hakikat


pengetahuan ini? Sebenarnya epistemologi bermaksud membahaskan tabi'at
untuk mencapai makrifat hingga mampu membantu ketahap mengetahui
hakikat kewujudan (ontologi) dan nilai ilmu (aksiologi).Epistemologi ini juga
membahaskan tentang kaedah-kaedah dan perkembangan serta sumber
pengetahuan melalui penggunaan akal dan pancaindera serta segala yang telah
diberikan.

Pertama sekali mengenai masalah sumber ilmu pengetahuan ini.Antara


yang terpenting ialah sumber rasionalisme yang menekankan kepercayaan
kepada kemampuan dan autoriti akal fikiran untuk menyingkap ilmu dan
kebenaran.Aliran ini menekankan bahawa manusia mempunyai kekuatan
sendiri

untuk

mengetahui

dengan

pasti

tentang

berbagai-bagai

perkara.Yakini ianya bersifat fitrah dimana idea tentang kebenaran dikatakan


sudah ada dalam diri setiap orang tanpa perlu mencarinya melalui
pengalaman dan pengamatan terlebih dahulu.Dalam erti kata yang lain
rasionalisme ialah kepercayaan bahawa manusia mempunyai kemampuan
untuk mengetahui sesuatu.Bahkan rasionalisme berpendirian bahawa hanya
melalui sumber akal sahajalah kita dapat memperolehi pengetahuan malah
paling benar.Boleh dikatakan begitu pentingnya sumber hingga seseorang
yang cacat pancainderanya pun masih boleh mendapat pengetahuan melalui
renungan
Yang

akal

dan

kedua

adalah

matahatinyayang
kaedah

yang

seharusnya

mementingkan

diyakini.
pengalaman

pancaindera atau deria sebagai sumber pengetahuan.Ia juga disebut sumber


empirisisme (al-hissi wat tajribi) Secara ringkasnya beberapa contoh aliran
yang menjadikan impirisisme ini sebagai satu kaedah dan ikutan diera
kemuncaknya falsafah khususnya dibarat.Antaranya seperti eksistensialisme
11

(wujudiyah)

materialisme

(maddiyah),positivisme

(wad'iyyah).Hampir

kesemua aliran ini menganggap bahawa manusia dilahirkan dengan


selembar akal yang kosong yang baru dicorakkan oleh pengalaman indera
kemudianya.Positivisme

yang

diasaskan

oleh Augustus

comte(gambar)

mendukung teori tiga proses sejarah manusia yang bermula dengan tahap
teologi diikuti tahap metafizik dan akhirnya tahap positif.Pada tahap positif
inilah membawa kepada keingkaran manusia terhadap metafizik dengan erti
kata yang lain manusia tidak lagi memerlukan kepada agama sebaliknya
lebih meyakini ilmu pengetahuan yang berasaskan pengalaman positif iaitu
melalui pancaindera semata.

5.0 PERKEMBANGAN FALSAFAH


5.1 SEJARAH AWAL EROPAH
Sejarah awal Eropah dikatakan bermula dengan wujudnya tamadun
Aegean iatu tamadun yang terawal dalam Eropah yang berkembang sekitar
2000 S.M-1200 S.M.di mana di sekitarnya dikelilingi oleh Laut Aegean.
Tamadun ini mempunyai 2 peringkat pengembangan iaitu pertama dari 2000
S.M-1450 S.M sebagai zaman kegemilangan dan kedua pula dari 1450 S.M1200 S.M sebagai zaman kemerosotan. Tahap pertama tamadun ini dikenali
sebagai minon iaitu bersempena dengan nama lagenda Crete iaitu raja
Minos. Crete adalah pusat bagi tamadun Minoan yang juga merupakan pulau
terbesar Greek. Kemudian tamadun ini telah berkembang ke Kepulauan
Aegean,Troy di Asia Kecil dan Greek. Selepas 1450 S.M, tamadun ini
mengalami kemerosotan di peringkat kedua apabila pusat kuasa politik dan
kebudayaan Aegean berpindah ke Tanah Besar Greek yang dinamakan
Mycenaean yang bertempat di Mycenae.10

10 Sivachandralingam Sundara Raja. Siri Sejarah Fajar Bakti. Tamadun Eropah.


FAJAR BAKTI SDN. BHD. 1996. Shah Alam. hlm 1
12

5.2 ZAMAN PERTENGAHAN DI EROPAH


Zaman pertengahan di Eropah boleh dibahagikan kepada tiga tahap
iaitu Zaman Pertengahan Awal yang dikatakan bermula pada (500-1050
Masihi),kedua iaitu Zaman Kemuncak Pertengahan yang bemula dari (10501270 Masihi ) dan ketiga pula ialah Zaman Pertengahan Akhir bermula
(1270-1520 Masihi ).11
Zaman Pertengahan secara amnya dianggap sebagai zaman yang dikuasai
oleh agama Kristian melalui institusinya iaitu gereja. Boleh dikatakan seluruh
nilai kehidupan dan kandungan keilmuan serta asas-asasnya telah dikuasai
oleh agama tersebut dan juga gerejanya
Zaman Pertengahan Awal di Eropah dikatakan bermula dari tahun
500 Masihi dan berlanjutan hingga tahun 1050 Masihi apabila orang-orang
Gasar mula menyerang wilayah Eropah Barat. Serangan ini kemudian telah
mengheret Eropah ke dalam dunia kemerosotan. Serangan orang Gasar
hanya berlaku di Rom Barat, manakala Byzantium ataupun Rom Timur masih
bediri teguh dan kekal hingga 1453 Masihi.12
Pembahagian empayar Rom ini bermula sewaktu Empayar Rom berada
di ambang kemerosotan semasa pemerintahan Maharaja Rom iaitu maharaja
Diocletion (284-305 T.M ). Maharaja Diocletion membahagikan kepada dua
wilayah iaitu Timur dan Barat. Wilayah Timur dikenali sebagai Empayar
Byzantium manakala Barat pula dikenali sebagai Empayar Rom Barat. 13
Serangan orang Gasar telah menyebabkan Eropah menempuh keadaan
zaman gelap yang digelar Zaman Belenggu ataupun Dark Ages. Pada zaman
ini keadaan menjadi kucar-kacir kerana berlaku peperangan, kebuluran dan
11 Ibid . hlm. 97
12 Ibid. hlm. 54
13 Ibid ..
13

penyakit yang menjadi lumrah. Hampir 500 tahun lamanya masayarakat


Eropah

mengalami

kemerosotan

dalam

perkembangan

pendidikan,

kehidupan yang bercorak perbandaran, perdagangan dan pentadbiran pusat


yang baik.

Semasa pemerintahan Costantine pada (323-337 Masihi) yang menjadi


Maharaja Rom, beliau memindahkan ibu kotanya dari Rom ke Constantinople
pada 330 Masihi. Oleh kerana empayar Rom yang begitu luas, penggantipengganti selepas Costantine membahagikan kepada dua wilayah iaitu
pertama yang berpusat di Rom dan satu lagi di Constantinople.
Zaman Kemuncak Pertengahan juga disifatkan sebagai medieval
ataupun perkembangan satu bentuk tamadun. Zaman ini menyaksikan
pergelutan yang panjang antara empayar dan gereja, pertumbuhan kuasa
diraja di Perancis dan Norman England, permusuhan yang berkekalan antara
Kristian dan Islam, perluasan Kristian Eropah ke tanah-tanah Slavic di Timur
dan ke

atas tanah-tanah Islam di Sepanyol. Sesungguhnya zaman ini

menyaksikan kehidupan riang yang diwujudkan dalam lingkungan suatu


masyarakat yang diintegrasikan. Lebih daripada ini, ia adalah zaman agung
Respublica Christiana apabila semua negara Eropah Barat membentuk
sebahagian daripada Kesatuan Dunia Kristian ataupun Commonwealth of
United Christendom.14
6.0 SEJARAH ISTILAH FALSAFAH
Istilah falsafah tidak dapat diberikan takrif yang tunggal, tepat, muktamat
dan mutlak. Falsafah sejarah adalah suatu istilah yang kompleks yang
dikelilingi dengan berbagai-bagai persoalan. Barnes misalnya mengimbaskan
bahawa seolah-olah falsafah sejarah dapat disamakan dengan melakukan
spekulasi tentang masa lalu ataupun berfalsafah tentang perjalanan
14 Ibid. hlm. 98
14

manusia.15 Pandangan Walsh tentang bentuk falsafah sejarah yang muncul


pada akhir abad kelapan belas dan berkembang sehingga pertengahan abad
yang berikutnya adalah mirip sepeti pandangan Barnes. Collingwood pula
iaitu ahli falsafah sejarah Inggeris tahun tiga puluhan yang sangat
berpengaruh hinggalah ke saat ini , menerima hakikat adanya bentuk
falsafah sejarah yang demikian (spekulatif dan seterusnya ketakdiran sejarah
atau historicism). Beliau mengatakan bahawa bentuk yang spekulatif adalah
mengkhayalkan manakala bentuk ketakdiran adalah sesuatu yang telah
tersedia dan kemungkinan berbentuk teologi.
Collingwood juga mengatakan bahawa falsafah sejarah ialah kajian terhadap
pemikiran sejarah; bukan sahaja analisis psikologi terhadap tatacaranya
yang sebenar, tetapi analisis terhadap adicita yang telah dirangkakannya.
Pemikiran sejarah itu adalah antara beberapa sikap yang diwujudkan oleh
akal dalam menghadapi dunia yang objektif; ia adalah sikap yang
menganggap dunia yang objektif; ia adalah sikap yang menganggap bahawa
alam fakta-fakta itu wujud bukan hukum-hukum yang umum, tetapi faktafakta tersendiri. Falsafah sejarah mestilah perbincangan tentang sikap ini,
andaian dan implikasi-implikasinya iaitu suatu percubaan untuk mengetahui
kedudukannya dalam keseluruhan pengalaman manusia, hubungannya
dengan bentuk-bentuk pengalaman yang lain, asal-usul dan keabsahannya.16
Pada Zaman Pertengahan Awal menurut St. Augustina, beliau melihat
sejarah sebagai suatu takdir daripada Tuhan Yang Maha Berkuasa dan
manusia wujud dalam alam bukan untuk mencipta sejarah tetapi untuk
menjalani takdir tersebut. Keadaan ini berterusan sehinggalah kira-kira awal

15 H. E Barnes. A Historical Writing, 2nd rev. ed. (New York: Dover Publications, Inc ,
1963). hlm. 192
16 R.G. Collingwood. Essays in the Philosophy of History. 2nd print. Edited with an
Introduction by William Debbins (Austin: University of Texas Press, 1967). hlm.44
15

abad kelima belas apabila muncul Zaman Pembaharuan yang telah berusaha
menimbulkan dan menggunakan semula konsep sejarah dari Zaman Klasik. 17
St.Augustina telah menghasilkan karya beliau yang berjudul De Civitas Dei
iaitu The City of God antara T.M 413-426 iaitu pada saat-saat Empayar
Rumawi sedang menghadapi zaman keruntuhannya. Kejatuhan Bandar Rome
menyebabkan amalan keagamaan pada zaman pra-Kristian muncul dan
berkembang semula dengan pantasnya. Mereka mengatakan bahawa
kejatuhan Bandar Rom adalah disebabkan oleh perbuatan orang Kristian
yang telah mengetepikan dan tidak menyembah dewa-dewa purba yang
dianggap telah sekian lama menjaga kesejahteraan Bandar tersebut. 18 Dari
sudut keamanan pula, St. Augustina adalah seorang paderi agama Katolik
Rumawi yang alim dan terkenal. Beliau memeluk agama itu sejak berumur
kira-kira tiga puluh dua tahun lagi. Setelah dilantik menjadi paderi di Hippo,
beliau

telah

menumpukan

usahanya

untuk

mengajar

dan

memperkembangkan agama tersebut.19


Menurut karya beliau yang terdiri daripada 22 jilid ini, karya beliau
menceritakan tentang hal-ehwal manusia yang tinggal dalam dua bentuk
kota yang bertentangan antara satu sama lain itu yang dinamakan kota
tuhan

yang melambangkan kelompok manusia yang taat mengerjakan

suruhan Tuhan manakala kota syaitan adalah sebaliknya. 20 Secara amnya,


perbezaan antara kedua-duanya ialah, yang satu iaitu kota tuhan terdiri
17 R.G.Collingwood. Idea Sejarah. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1985, Kuala Lumpur.
hlm. 59-60
18 Ferdinand Scheville. Six Historians, The University of Chicago Press. 1996.
Chicago. hlm. 47
19 G. L.Keyes. Christian Faith and the Interpretation of History (Lincoln: University of
Nebraska Press, 1996). hlm. 85
20 H.E. Barnes. A History of Historical Writing. hlm. 43
16

daripada manusia yang hidup dengan kerohanian, manakala yang satu lagi
ialah tahap nafsu yang berbentuk kecintaan terhadap diri, walaupun
kecintaan itu akan menghina Tuhan tetapi yang satu lagi akan kekal
terbentuk kecintaan yang kekal bertakhta dengan tuhan. Sedangkan yang
satu lagi menerima seksa yang kekal bersama sama dengan Iblis. 21Begitu
juga sebaliknya penghuni kota syaitan, mereka adalah manusia yang
ingkar teradap ajaran agamanya dan hidup dengan penuh maksiat serta
dalam kekejian.
Dalam proses pergerakan sejarah, perjuangan kosmik pula mempunyai
tahap-tahap ataupun zaman-zaman yang tertentu yang bergerak secara
mendatar iaitu tidak berkitar atau berulang-ulang, berlaku terus menerus
sehinggalah ia sampai ke peringkat terakhirnya iaitu hari akhirat. 22 Ini
bermakna sejarah secara amnya adalah suatu proses yang mempunyai
tahap permulaan dan pengakhiran yang bermuktamad. Sejarah manusia
menurut beliau adalah sejarah yang menjalani proses permulaan dan
seterusnya pergerakan yang mendatar menuju matlamat terakir bagi semua
sejarah iaitu alam akhirat ataupun kerajaan Tuhan
Sesungguhnya

karya

St.

Augustina

bukanlah

bermaksud

untuk

menghasilkan karya pensejarahan yang bertujuan mencari kebenaran


sejarah semata-mata. Tujuan sebenar beliau adalah untuk kepentingan
keagamaan sama ada dari sudut peribadi, masyarakat mahupun sudut ilmu.
St . Augustina juga telah menganalisa tentang pergerakan sejarah manusia
menurut pandangan serta keyakinan agama Kristian yang telah dianutinya.
Hasilnya sebuah karya yang dianggap sebagai satu percubaan untuk

21 Trygve R. Tholfsen. Historical Tinking. Harper and Row Publishers. 1967. New
York. hlm. 62-63
22 Hans Meyerhoff (ed). The Philosophy of History our Times,Double Day Anchor
Books. 1959, New York. hlm. 3
17

mengemukakan

suatu

bentuk

falsafah

sejarah

agama

telah

berjaya

dihasilkan.23
Analisis yang dilakukan oleh St. Augustina dianggap sebagai bentuk falsafah
sejarah yang pertama bagi Eropah yang telah mewarisi agama Kristian dan
pensejarahan.24 St Augustina sendiri juga telah dianggap sebagai tokoh yang
paling terkemuka dalam bidang pensejarahan agama malah sebagai ahli
fikir yang teragung dalam kesusasteraan Latin satu-satunya tokoh Rumawi
yang disamakan dengan Plato.25 Beliau berpegang teguh serta yakin
terhadap

kebenarannya

kerana

bagi

beliau

falsafah

sejarah

adalah

melambangkan kekuasaan dan kebenaran Tuhan Yang Maha Berkuasa.


Sebagai sebuah penulisan yang bertujuan mempertahankan agamanya
daripada serangan tomahan golongan bukan Kristian, sudah pasti karyanya
itu menimbulkan kesan serta pengaruh yang meluas, khususnya di kalangan
masayrakat seagamanya yang berpendidikan pada ketika itu. Malah kesan
serta pengaruhnya boleh menjangkau waktu dan khalayak masyarakatnya.
Sesunguhnya penulisan St. Augustina yang berjudul De Civitas Dei telah
menggariskan falsafah sejarah agama Kristian dan seterusnya menguasai
pensejarahan masyarakat Eropah pada Zaman Pertengahan mereka, iaitu
suatu jangka waktu yang menjangkau lebih daripada seribu tahun.26
Ianya

mula

tercabar

dengan

munculnya

Zaman

Pembaharuan

dan

seterusnya dianggap tersingkir apabila tokoh-tokoh Zaman Kesedaran atau


23 Colin Brown. Philosophy and the Christian Faith. Inter-Varsity Press. 1974.
London. hlm. 15
24H .E. Barnes. A History of Historical Writing. hlm. 42
25 Frederick B. Artz. The Mind of te Middle Ages. Alfred A. Knoff, 1967. New York.
hlm. 84
26Hans Meyerhoff (ed). The Philosophy of History our Times. hlm. 3
18

para philosophy, berjaya memperjuangkan dalam menyingkirkan kekuasaan


dan cengkaman agama tersebut terhadap masyarakat Eropah.
Menurut Edward Gibbon pula melalui karyanya yang berjudul Sejarah
Kemerosotan dan Kejatuhan Empayar Rumawi (The History of the Decline
and Fall of Roman Empire) yang telah ditulis oleh Hans Mayerhoff dalam buku
beliau yang bertajuk The Philosophy of History our Times telah menganggap
Empayar Rumawi sebagai suatu lambang bagi peradaban yang terpaksa
mengalah kepada serangan bersama oleh kebiadaban dan agama, iaitu
Kristian.27 Tetapi anggapan yang dilontarkan oleh St. Augustina ternyata
berbeza

kerana

beliau

mempertahankan

agamanya

dan

mengatakan

bahawa kejatuhan empayar tersebut bukanlah disebabkan oleh ajaran-ajaran


agama, tetapi adalah kerana ditakdirkan demikian akibat tindakan dan
perbuatan mereka yang dianggapnya sebagai penghuni kota syaitan itu.
Tokoh-tokoh seperti Vico, Voltaire, Rousseau, Herder, Kant dan Condorcet
telah menghasilkan teori-teori pada abad kelapan belas mempunyai tujuan
yang

sama

iaitu

membebaskan

sejarah

dan

masyarakat

daripada

cengkaman agama Kristian dan menggantikannya dengan asas-asaas


sejarah dan kehidupan yang baru. Teori mereka iaitu antara lain telah
sepenuhnya membebaskan sejarah daripada agama dan menjadikannya
suatu bidang yang sekular dan rasional.28 Dengan tersingkirnya falsafah
sejarah St. Augustina, maka suatu era baru dalam pemikiran sejarah telah
muncul di Eropah. Aliran itu berbentuk sekular dimana tidak melihat sejarah
serta pergeraknnya dari sudut ketuhanan. Oleh itu manusia Eropah mencari
suatu landasan ataupun asas titik tolak yang baru bagi sejarah dan falsafah
sejarahnya.

27 Ibid, hlm. 4
28 Ibid. , hlm. 5-6
19

Kemunculan

falsafah

sejarah

berlaku

kerana

disebabkan

kurangnya

keyakinan terhadap falsafah sejarah yang sekular itu yang semata-mata


bergantung

kepada

manusia,

alam

semula

jadi

dan

rasional

pada

kemanusiaan sahaja. Jika ditinjau secara amnya, karya-karya pensejarahan


yang dihasilkan pada Zaman Pertengahan kebanyakkan terdiri daripada
babad-babad, sejarah kegerejaan dan riwayat-riwayat hidup.
Paulus Orosius (1k 380-420 T.M) iaitu paderi kanan St. Augustina telah
memadankan karya sejarahnya dengan St. Augustina yang telah melihat
proses pergerakan sejarah sebagai suatu ciptaan ataupun rencana Tuhan
sedangkan manusia hanya menjalaninya sahaja. Kemudian pada abad
kelapan Masihi, seorang lagi paderi yang berbangsa Inggeris iaitu Bede telah
menulis Sejarah Kegerejaan Bangsa Inggeris (Ecclesiastical History of the
English Nation). Dalam karya itu, beliau telah menulis tentang sejarah awal
suku kaum Anglo-Saxon di Britain sejak akhir abad yang terakhir sebelum
Masihi hinggalah kira-kira pada akhir abad keenam selepas Masihi, iaitu
apabila wilayah Canterbury mendapat biskop besarnya yang pertama,
bernama St. Augustina.
Terdapat juga percubaan untuk menghasilkan karya yang berupa
falsafah sejarah seperti Otto dan Freisingen iaitu paderi yang mempunyai
hubungan yang rapat dengan keluarga diraja Jerman. Penulisan beliau
berupa Chronican (atau Babad) dihasilkam anatara T.M. 1143-1146 telah
dikatan sebagai satu-satunya penulisan Zaman Pertengahan yang cuba
membicarakan falsafah sejarah.29 Percubaan beliau adalah lebih kepada
kepada usaha yang memaparkan suatu tesis tentang teologi Kristian melalui
pembicaraan terhadap perkembangan sejarah. .Malahan beliau masih
berpegang teguh kepada konsep dualisme falsafah sejarah St. Augustina

29 R. Flint, History of the Philosophy of History. Introduction. Charles Scribners


Sons. 1894. New York. hlm. 72
20

iaitu konsep manusia di kota Tuhan dan kota syaitan serta pertentangan
antara kerajaan manusia dengan kerajaan Nabi Isa A.S.30
Tidak hairanlah jika ada penulis mengatakan bahawa zaman Eropah
Pertengahan tidak menghasilkan sebarang penulisan yang wajar dinamakan
falsafah sejarah. Hakikat ini mengingatkan kembali kepada Zaman Klasik
bahawa keadaan yang sama dimana kedua-dua zaman ini didapati tidak
menghasilkan sebarang penulisan yang berupa falsafah sejarah walaupun
kedua-duanya memang sedikit sebanyak menyedari akan kepentingan
sejarah. Walau bagaimanapun persamaan sekadar diluar sahaja. Zaman
Klasik

dikatakan

tidak

menghasilkan

penulisan

yang

khusus

dalam

membincangkan atau melihat sejarah dari sudut pengertian yang sama ada
berupa semantik mahupun falsafah yang asli. Manakala pada Zaman
Pertengahan pula melihat dari sudut sejarah keagamaan.
Walau bagaimanapun jika ditinjau dari sudut Zaman Pertengahan dan
agama Kristian, pemikir sejarah seperti St. Augustina dan Bede merupakan
bentuk falsafah sejarah yang telah mewakili zamannya. Antara kedua-dua
tokoh itu, St. Augustina dan ideanya tentang falsafah sejarah keagamaan
termuat dalam karyanya iaitu De Civitas Dei merupakan seorang tokoh yang
unggul.

Beliau bukan sahaja unggul dalam bidang falsafah sejarah tetapi

unggul dalam bidang ilmu seperti psikologi, pemikiran politik dan etika.31
Oleh kerana pengaruh beliau adalah kuat terutama dalam bidang falsafah
sejarah dan teologi, jika idea-ideanya dicabar ia seolah-olah mencabar
agama Kristian itu sendiri. Dengan perkataan lain, suatu falsafah sejarah
baru yang ingin dikemukakan bukan sahaja terpaksa mengambil kira
kedudukan falsafah sejara St. Augustina tetapi agama Kristian itu sendiri.
30 Ibid., hlm. 71-72
31Frederick B. Artz. The Mind of te Middle Ages. Alfred A. Knoff. 1967, New York.
hlm. 85
21

Pada

zaman

Kemuncak

Pertengahan

ini

juga

menyaksikan

perkembangan falsafah pemikiran yang digelar Summa Theologica oleh


Thomas Aquinas pada (1225-1274). Theological ialah raja kepada sains di
Zaman Pertengahan yang menerangkan tentang agama dan menunjukkan
manusia ke arah jalan keselamatan. Perkembangan falsafah ini berkait
dengan peranan pengajar-pengajar di university yang digelar Scholastic
theologians.32
Hal ini menyebakan beberapa ahli teologi berminat terhadap Kitab Injil
ataupun gereja yang mempunyai autoriti utama. Perkembangan kuasa akal
berpunca

daripada

penyingkapan

falsafah

Greek

yang

kemudiannya

berkembang berdasarkan lojik akal. Akan tetapi peringkat falsafah awal tidak
menggalakkan pemecahan masalah, hal ini demikian kerana mereka terikat
dengan ketetapan anjuran Augustine.
Thomas Aquinas berpendapat falsafah dan teori perlu diasingkan
dalam menyelesaikan konflik antara kuasa akal dan wahyu. Perkara-perkara
yang ditekankan oleh Aquinas ialah kuasa akal dan kepercayaan adalah cara
yang berbeza dalam menemui kebenaran. Beliau juga menambah iaitu
konflik tidak harus ada di antara kedua-duanya kerana kebenaran semuanya
adalah datang dari tuhan.33
Falsafah yang dianjurkan oleh Aquinas ini menekankan gabungan nilainilai agama dan duniawi dalam pentadbiran. Dalam pada itu, beliau
menegaskan bahawa kuasa akal tidak harus mengatasi kepercayaan.
Menurutnya lagi, jika hal ini berlaku akan menjejaskan perkembangan
kemajuan.

32 Sivachandralingam Sundara Raja. Siri Sejarah Fajar Bakti. Tamadun Eropah. hlm.
108-109
33 Ibid..
22

Kesimpulan daripada aspek perkembangan falsafah sejarah pada Zaman


Pertengahan di Eropah memperlihatkan pergelutan yang berlaku antara
kuasa gereja yang mahu menguasai keseluruhan aspek kehidupan manusia.
Akan tetapi

kemunculan tokoh-tokoh seperti Vico, Voltaire, Rousseau,

Herder, Kant dan Condorcet telah mengubah persepsi di mana mereka


semua mahu membebaskan kehidupan masayarakat mereka daripada
belenggu agama Kistian yang boleh menyekat perkembangan tamadun
mereka. Sesungguhnya perkembangan daripada Zaman Pertengahan kepada
Zaman

Pembaharuan

telah

mengubah

seluruh

aspek

kehidupan

masayarakat Eropah menjadi lebih menyerlah sehingga hari ini.

7.0 KEPENTINGAN FALSAFAH


Kebanyakan mahasiswa apabila menyebut mengenai falasah akan
berasa pendidikan ini merupakan suatu mata pelajaran yang sungguh berat
dan susah. Apabila perkataan falsafah ini disebut, ramai individu yang akan
mejauhi dan mengelakkan perbincangan mengenai topik ini. Walhal, falsafah
adalah satu ilmu pengetahuan yang penting serta terlalu beharga bagi insan
yang mempelajarinya. Falsafah hanya akan wujud serta difahami oleh
individu yang mempunyai cintakan ilmu pengetahuan serta kuat akal
pemikirannya. Sama ada

sedar atau tidak, kita sering terdedah kepada

falsafah kita sendiri. Malah, secara tidak sedar juga, kita kadang-kadang
menganuti salah satu dari beberap aliran pemikiran/falsafah yang telah
wujud dalam dunia pada hari ini. Falsafah secara ringkasnya, merupakan
aliran pemikiran yang wujud dalam dunia pada hari

ini.

Terdapat banyak kepentingan apabila seseorang insan itu mempelajari


apa itu falsafah. Antara kepentingan falsafah ialah seseorang itu mampu
untuk memahami idea idea dan pemikiran yang pernah muncul
dalam sejarah kemanusiaan dan dunia sekaligus memantapkan
23

seseorang individu. Ilmu falsafah menuntut pelajarnya untuk sentiasa


melakukan aktiviti berfikir yang mendatangkan kebaikan serta peningkatan
akal fikiran. Falsafah tidak boleh dipelajari seperti mana perkara lain.
Falsafah memerlukan persediaan yang cukup dari segi mental, fizikal, rohani
dan juga jasmani.
Persediaan yang cukup serta mapan ini akan menjadikan seseorang itu
bersedia untuk menggarap segala macam pemikiran yang ada serta
membuat perhitungan yang sewajarnya terhadap sesuatu pemikiran yang
melanda masyarakatnya. Menurut Russell(1991, 14) dalam Ahmad Sunawari
Long, 2006 mengatakan bahawa nilai yang ada pada sesebuah falsafah
adalah keadaan ketidaktentuan (uncertainty) yang dibawanya kepada
seseorang individu.
Mereka

yang

tidak

mempunyai

rasa

falsafah

dalam

diri

akan

mengalami suatu kehidupan yang terpenjara hasil pengaruh coomon sense.


Kenyataan beliau adalah relevan apabila melihat sumbangan falsafah yang
menyediakan suatu bentuk penilaian yang jitu bagi setiap hujah yang
dikemukakan

dalam

mencari

kebenaran,

menyediakan

bukti

dan

menjelaskan perkara yang dicari dan membuat beberapa spekulasi terhadap


hasil yang bakal dihadapi berdasarkan ketaakulan.
Dalam hal ini, Socrates menjelaskan bagaimana falsafah sebenarnya
dapat memandu seseorang individu kepada hikmah dan meningkatkan
ketaakulan dan keupayaan yang ada pada dirinya. Hikmah terhasil apabila
diketahui

kapasiti

roh

atau

ketaakulan

yang

berupaya

memberikan

kehidupan yang baik. Seorang yang bijak(wise man) adalah seorang yang
kenal dirinya, yang mengetahui kapasiti, batasan dan kekurangan yang ada
pada dirinya. For I do nothing but go about persuading you all, old and young
alike, not to take thought for your persons or you properties, but first and
chiefly to care about the greatest improvement of the soul. I tell you that
virtue is not given by money, but that from virtue comes money and every
24

other good of man, public as well as private. This is my teaching


(Apology,30).
Selain itu, dengan mempelajari falsafah, seseorang individu itu
mampu untuk mengetahui kebaikan dan kelemahan sesebuah idea
pemikiran yang diutarakan. Pada masa yang sama, individu itu dapat
memahami apakah dasar dan asas sesebuah idea pemikiran itu dibuat.
Dengan mengetahui dasarnya, ia dapat membuat kesimpulan dan keputusan
sama ada idea tersebut mampu memberikan kesan dalam kehidupannya
atau pun tidak.
Menurut

Sunawari

Long,

2006,

kehidupan

seharian

manusia

dipengaruhi oleh falsafah sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Hal ini bergantung sejauh manakah dia terlibat dengan aktiviti falsafah atau
sejauh mana pemikirannya dipengaruhi oleh corak pemikiran falsafah di
sekelilingnya seperti falsafah masyarakat atau negara yang didiaminya.
Pemikiran bersifat falsafah tersebar melalui ucapan pemimpin, karya sastera,
akhbar dan tradisi lisan sehingga mempengaruhi pandangan dunia secara
keseluruhan.
Wittgenstein menjelaskan bahawa falsafah bermula dengan wonder,
doubt and curiosity. Hal ini bermula daripada kesedaran manusia tentang
kehidupannya dan masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Manakala,
Thoreau menjelaskan hubung kait antara falsafah dengan kehidupan. To be a
philosopher is not merely to have subtle thoughts, not even to found a
school, but to love wisdom as to live, according to dictates, a life of
simplicity, independence, magnaminity and trust.
Dengan ini, dapat ditafsirkan bahawa kehidupan manusia sama ada
daripada aspek perundangan, sains, seni, sosial, dan politik dipengaruhi atau
didorong oleh falsafah. Umpamanya, dalam bidang undang undang
(jurisprudence) falsafah yang bertindak untuk memahamkan maksud undang
undang bagi rakyat biasa, peguam dan juga hakim. Ia juga mengemukakan
25

etika kehakiman dan guaman supaya dapat dipatuhi oleh pengamal undang
undang.
Dalam konteks sains, falsafah bukanlah sesuatu yang terasing
daripada penerokaan sains. Teori sains diasaskan oleh ahli falsafah yang
berminat dalam bidang tersebut. Hasil budaya berfikir dan kajian akal
mereka

menghasilkan

penemuan

baru.

Selain

itu,

falsafah

juga

mempengaruhi persepsi seorang ahli seni. Falsafah seni atau dikenali juga
sebagai estetika mampu menggerakkan pancaindera individu. Seseorang
yang mempelajari falsafah seni akan mempunyai perasaan yang lebih
mendalam

dan

pengalaman

yang

berbeza

dan

kesannya

mendapat

kehidupan yang lebih bermutu.


Manakala dalam aspek sosial, falsafah berperanan membentuk dan
mempengaruhi perkembangan organisasi sosial. Dalam perkembangan
politik dunia moden pula, falsafah Jean Jacques Rousseau (1712-1778)
berperanan melahirkan kebangkitan Revolusi Perancis pada tahun 1789.
Falsafah Eksistentialisme yang diperkenalkan oleh Jean-Paul Sartre (19051980) telah menjadi penggerak utama kepada rakyat Perancis yang
ditewaskan oleh Jerman semasa perang Dunia Kedua dan banyak lagi
falsafah yang digunakan dalam politik.
Tambahan

lagi,

dengan

mempelajari

falsafah

dapat

memandu

seseorang individu itu untuk mencari kebenaran atau hikmah


sesuatu

kejadian.

Kebenaran

atau

hikmah

yang

dicari

ini

adalah

bersesuaian dengan kemampuan akal manusia itu sendiri. Kebenaran yang


cuba dicapai itu adalah bersifat umum dan bukannya bersifat khusus.
Pada peringkat awal perkembangan falsafah terutamanya pada zaman
pra-Socrates, manusia berusaha mencari hakikat sesuatu kerana memikirkan
di sebalik zahir sesuatu itu tersembunyi rahsia yang perlu diselongkari. Pada
peringkat tersebut terdapat golongan atomis seperti Democritus(460370S.M),

Epicurus(341-270S.M),

dan

Lucretius(99/94-55/51S.M)

yang
26

mendakwa bahawa di sebalik objek yang ditangkap pancaindera akan


kewujudannya terhasil daripada gabungan beberapa atom yang sangat kecil
yang gagal dilihat oleh mata kasar. Pada zaman moden, sains cuba
menjelaskan bahawa objek alam yang diangkap pancaindera adalah
gabungan daripada pelbagai atom dan molekul tergabung oleh sub-atom.
Selepas beberapa tokoh Yunani atas cubaan mencari hakikat di sebalik
kepelbagaian objek, Socrates beralih kepada membuat perbezaan dengan
apa yang diungkapkan dan diterima umum kepada pengertian sebaliknya.
Beliau mengajak masyarakat Yunani berfikir bahawa manusia bukan sahaja
bersifat pancaindera, sebaliknya mereka dibekalkan pelbagai kelebihan
seperti akal, sifat self-conscious kritis dan mempunyai ilmu pengetahuan.
Kehidupan yang tidak menyelidiki hakikat sebenar manusia adalah tidak
bermakna.
Pemikiran yang ingin mencari di sebalik zahir manusia diteruskan
kemudiannya oleh ahli falsafah lain seperti Plato, Karl Marx, dan Sigmund
Freud. Mereka menegaskan walaupun manusia cerdik, sebenarnya mereka
mungkin melakukan kesilapan sama ada dari segi psikologi, kehendak,
keseronokan, kesakitan, kebahagiaan dan kesengsaraan, cinta, benci dan
sebagainya.
Selain itu, falsafah juga mampu menerangkan fenomena metafizik.
Kehidupan manusia dilingkungi oleh fenomena fizik dan metafizik. Perkara
berkaitan alam fizik boleh dijelaskan melalui kajian sains di makmal. Namun
demikiantiada satu makmal sains dapat menunjukkan manusia mempunyai
roh, alam ini mempunyai tujuan atau tidak, adakah manusia itu bebas atau
sebaliknya, kemungkinan hidup selepas mati dan sebagainya. Oleh itu, bagi
menyelesaikan persoalan di luar alam empirical ini, maka falsafah cuba
membantu untuk mencari jawapannya. Dalam konteks ini, falsafah bukan
bermakna boleh menyelesaikan kesemua perkara yang berkaitan alam

27

metafizik, tetapi sekurang- kurangnya ia cuba menghuraikan atau mencari


reality yang sebenar
Pada masa yang sama, tujuan mempelajari falsafah adalah untuk
mengelakkan diri dari kejahilan, berdiri di atas kebenaran dan
menyingkap

tabir

kebatilan

yang

menutup

kelemahan

fikiran.

Dengan mempelajari falsafah, ia akan membuatkan kita berfikir, berfikir


secara

radikal,

sistematik

dan

universal.

Radikal

berasal

daripada

perkataan radix (bahasa Yunani) yang bererti akar. Berfikir radikal ialah
berfikir sehingga ke akar umbi atau sehingga ke peringkat paling dasar.
Berfikir sebegini bukanlah hanya dengan imbasan sahaja atau seperti
hangat-hangat tahi ayam semata-mata. Tiada yang tahu, tiada yang suci dan
tiada yang terlarang bagi berfikir secara radikal. Seterusnya, berfikir
sistematik ialah berfikir logik dan tersusun dengan bergerak selangkah demi
selangkah dengan penuh kesedaran dan urutan yang bertanggungjawab dan
saling berhubungan secara teratur. Akhir sekali, adalah berfikir universal
ialah

berfikir

secara

umum

dan

mencakupi

keseluruhan

perspektif

atau worldview. Berfikir sebegini tidak khusus atau terbatas pada bahagianbahagian tertentu sahaja. Oleh yang demikian, secara ringkasnya, falsafah
ialah ringkasan dari pemikiran manusia yang berusaha untuk memahami
hakikat alam sekelilingnya.
Jikalau kita cuba bayangkan, kalau hendak bina badan atau kekalkan
kesihatan, kita akan pergi ke gym, minum tongkat alia tau kacip Fatimah,
ada yang bersukan dan sebagainya. Bagaimanapula dengan fikiran? Maka
itu, untuk fikiran tiada jalan lain melainkan dengan melalui mempelajari ilmu
falsafah. Falsafah sendiri adalah untuk exercise the brain. Ilmu falsafah ini
dapat memastikan minda kita sentiasa fokus dan berfirikir secara radikal.
Segala ilmu yang kita pelajari jugal melingkungi dalam kadungan falsafah
tersebut. Ilmu-ilmu itu termasuklah dari segi etika, moral, sains dan
matematik.

Mungkin

kita

tidak

sedar

kerana

ilmu-ilmu

itu

akan

28

menggerakkan semua sel-sel otak kita untuk sentiasa berfungsi dengan


cerdas.
Menurut Plato, falsafah dapat membentuk untuk menjadi seorang
pemimpin.

Kerana

untuk

menjadi

seorang

pemimpin,

kita

haruslah

mempunyai fikiran yang serius yang hanya diperolehi melalui latihan dan
aktiviti

falsafah.

Seorang

pemimpin

mempunyai

kebolehan

untuk

menyimpulkan masalah-masalah dengan satu ungkapan mudah yang


akhirnya dapat mencari jalan penyelasain dan itulah falsafah. Masalah yang
dihadapi seseorang itu akan membuatkan seseorang itu mengambil sikap
tertentu dalam menghadapi masalah yang dihadapi. Dengan sikap itu, ia
akan

menentukan

kaedah

atau

cara

untuk

menyelesaikannya

atau

menghadapinya. Seterusnya, Ia akan mengambil tindakan atau melakukan


kegiatan/aktiviti yang selaras dengan kaedah yang telah difikirkan dan
sikapnya terhadap masalah tersebut hasil daripada kesimpulan masalah,
sikap, kaedah dan kegiatan tadi. Kemudian, hasil dari itu akan memberi
kesan. Inilah peranan ilmu falsafah itu yang mana dalam menghadapi
masalah-masalah

kehidupan

seperti

persoalan

Ketuhanan,

Kebenaran,

Kebahagiaan dll akan memberi impak terhadap sikap, kaedah, kegiatanaktiviti- kesimpulan dan kesan yang bakal diambil dalam kehidupan seorang
manusia. Sebagai contoh, kita boleh lihat bekas perdana menteri kita yang
keempat, DatuK Sri Dr Mahathir. Beliau merupakan pemimpin yang
berwibawa dan sentiasa berfikiran tegas. Beliau mempunyai pendirian
sendiri dalam menjalankan tugas. Beliau telah mempelajari pelbagai ilmu
falsafah dengan lebih dalam dan itu memang jelas terbukti mengapa beliau
merupakan Perdana Menteri Malaysia yang paling disayangi serta paling
disanjungi.

8.0

PENDAPAT

GOLONGAN

MUDA

TERHADAP

SUBJEK

PEMIKIRAN FALSAFAH

29

Apabila bercerita tentang subjek pemikiran falsafah, kita sebagai


masyarakat pada hari ini semestinya tidak akan dapat lari daripada
memikirkan tentang beberapa nama tokoh besar di dalam bidang ini. Nama
seperti Plato, Socrates, Aristotles, Kungfu Tze, Niccolo Machiavelli dan
pelbagai lagi sering menjadi sebutan dikalangan para pelajar tidak kira
pelajar sekolah mahupun pelajar di IPTA dan jika ingin dikhususkan lebih
merujuk kepada golongan muda pada hari ini. Namun, kebanyakan daripada
golongan muda ini mereka sering menganggap bahawa bidang pemikiran
falsafah ini merupakan suatu bidang yang amat leceh untuk dipelajari
memandangkan

ianya

merupakan

bidang

pelajaran

yang

menyentuh

tentang cara-cara pemikiran seseorang tokoh falsafah itu sendiri. Ini


sekaligus telah memberikan tamparan besar kepada dunia pendidikan pada
hari ini yang mana kebanyakan pelajar merasakan bidang ini merupakan
bidang yang susah untuk dipelajari ditambah pula terdapatnya pelbagai jenis
pemikiran yang dibawa oleh tokoh-tokoh falsafah ini. Ia terus diburukkan lagi
dengan adanya ramai tokoh pemikir yang sebegini.
Tidak dapat dinafikan bahawa bidang pemikiran falsafah ini merupakan
suatu bidang yang agak susah untuk dipelajari. Para pelajar memerlukan
konsentrasi dan daya pemikiran yang tinggi bagi memahami setiap
pemikiran yang dibawa oleh tokoh-tokoh pemikir tersebut. Ditambah lagi,
kebanyakan cara pemikiran tokoh-tokoh falsafah boleh dianggap seperti
pemikiran yang tidak mengambil peduli tentang agama. Ini sekaligus telah
menyebabkan para pelajar atau golongan muda meragui tentang apa yang
mereka pelajari melalui bidang falsafah ini. Bidang pemikiran falsafah juga
banyak mengajar golongan muda untuk berfikiran di luar kotak atau
berfikiran secara kreatif dan kritis kerana kebanyakan tokoh pemikir falsafah
adalah merupakan golongan yang cerdik pandai. Secara tidak langsung, ini
dapat memberikan satu latihan kepada golongan muda untuk berfikir
dengan skala yang lebih tinggi.

30

Walau bagaimanapun, ada juga golongan muda yang menyedari


bidang pemikiran falsafah ini turut memberikan kebaikan kepada diri mereka
sendiri yang mana pemikiran falsafah mengajar mereka tentang kehidupan
yang mana pelbagai tokoh banyak menghuraikan tentang kehidupan di
dunia ini melalui pemikiran falsafah. Dengan itu, berdasarkan pemikiran
falsafah golongan muda dapat mempelajari tentang aspek-aspek kehidupan
di dunia ini dari sudut pandangan yang berlainan. Bukan itu sahaja,
pemikiran berkaitan manusia, kejadian alam semesta dan pelbagai lagi
dapat dipelajari melaluinya.
9.0 KESIMPULAN
Falsafah adalah satu bidang ilmu yang banyak mengemukakan
masalah dan menunjukkan jalan penyelesaian untuk faedah individu,
masyarakat, negara dan tamadun. Bangsa yang mementingkan falsafah
terbukti telah membina tamadun dunia, seperti pembentukan tamadun
Yunani sekitar 500S.M 300S.M, zaman kecemerlangan Islam pada Zaman
Pertengahan di Semenanjung Tanah Arab serta era kebangkitan Renaissance
dan zaman falsafah moden di Barat. Kejayaan Tersebut terhasil daripada
kepentingan yang ada pada falsafah.
Menurut Bahm, 1977, falsafah juga mempunyai bidang kajian yang
begitu luas serta mencakupi keseluruhan bidang kehidupan manusia.
Maksud sebenar hikmah yang diketengahkan dalam falsafah lebih terserlah
kerana ia sebenarnya merangkumi beberapa komponen atau subjek utama,
iaitu masalah, sikap, metodologi, aktiviti, kesimpulan dan kesan falsafah.
Kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang boleh diperoleh
dengan

mempelajari

falsaafah

antaranya

ialah,

falsafah

membawa

kebahagiaan, menjelaskan fenomena metafizik, memantapkan keperibadian


individu, dan falsafah juga dapat membezakan kehadiran sesuatu yang zahir
dan sesuatu yang batin.

31

Walaupun muncul pelbagai ilmu sejajar dengan perubahan zaman,


namun perbincangan dan sifat falsafah masih tersirat dalam pelbagai bidang
ilmu.

10.0 RUJUKAN
Abraham Kaplan. 1977. In Persuit of Wisdom: The Scope of Philosophy.
Glencoe Press. Canada
James K. Feibleman. 1973. Understanding Philosopy. Horizon Press. New York
J. Donald Butler. 1968. Four Philosophies and Their Practice In Education and
Religion. Harper

& Row Publishers Incorporated. New York

Leo Catana, 2005. The Concept System of Philosophy: The Case of Jacob
Bruckers

Historiography of Philosophy. Wiley and Wesleyan University

Soren Overgaard, Paul Gilbert, Stephen Burwood. 2013. An Introduction To


Metaphilosophy. Cambridge University Press. United Kingdom
The Path of Philosophy, Truth, Wonder and Distress. Wadsworth, Cengage
Learning. United State of America. 2012
Ahmad Sunawari Long, 2006, Sejarah Falsafah.
R.G Collingwood, Idea Sejarah, Terjemahan Muhd Yusof Ibrahim (Kuala
Lumpur, Dewan

Bahasa & Pustaka, 1985), h. 84

B.A Haddock, An Introduction to Historical Thought ( London : Eduaard Arnold


Ltd., 1980,h.79
Hons Meyerhoff, ed. The Philosophy of History in Our Time, An Antology (New
York : Double

Dan Anchor Books, 1959), Introduction, h. 5

32

Abdul Rahman Hj. Abdullah (2005). Wacana Falsafah Ilmu : Analisis Konsepkonsep Asas

Falsafah dan Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur :

Utusan Publications.
Abdul Rahman dan Zakaria Kasa (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan
(Edisi Ketiga).

Serdang: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

33