Anda di halaman 1dari 5

CABARAN BAHASA MELAYU DALAM ERA

LEDAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN


LANGKAH UNTUK MENGATASINYA
Malaysia telah melangkah ke alaf baru empat tahun lalu. Pada tahun 2020
Malaysia dijangka menjadi sebuah negara maju, meninggalkan tarafnya sebagai
negara membangun. Perhitungan ini banyak disandarkan kepada pembangunan
fizikal dan terlalu sedikit kepada asas-asas jiwa dan penjiwaan, kualiti hidup dan jati
diri bangsa.
Negara sedang diterap dan dicorakkan oleh nilai-nilai dan amalan dunia
global dengan hebatnya. Segala macam ilmu pengetahuan akan lebih pantas
diperolehi. Cara berfikir, cara bertindak dan cara hidup, semuanya akan berubah.
Banyak penyakit yang tidak terubat pada masa ini mungkin beroleh penawar yang
mujarab di zaman itu. Atau sebaliknya, masyarakat Malaysia, khususnya orang
Melayu, akan lebih terdedah kepada unsur-unsur baru.
Kesan kemajuan global telah banyak mengubah cara hidup lama. Satusatunya yang baru ialah hidup dengan komputer dan internet. Orang kini mengirim
berita pantas melalui e-mail dan sms, dua istilah yang sudah pun menjadi
sebahagian perbendaharaan kata kita, dan sehubungan itu ramai yang berurus niaga
melalui internet. Perkataan terbaru sering memasuki perbendaharaan kata bahasa
Melayu, kadangkala tanpa perlu ditapis atau dihalusi terlebih dahulu. Istilah
Infotenmen, misalnya, yang menimbulkan kontroversi dalam penggunaan istilah
bahasa Melayu juga merupakan satu istilah baru yang dipertikaikan walaupun
Menteri

Penerangan

telah

menghujahkan

alasan-alasan

penggunaannya

di

Parlimen. Hiburan, berita dan maklumat, kebanyakannya disajikan oleh media


sampai terus ke bilik tidur dengan nisbah yang lebih ketara daripada yang disajikan
secara tempatan. Alat-alat canggih pengguna dipasarkan secara meluas lalu
menggantikan peralatan lama. Bahasa Melayu dituturkan separuh Melayu separuh
Inggeris, di kalangan sektor swasta pertuturan adalah lebih kurang 70% dalam
bahasa Inggeris dan hanya 30% dalam bahasa Melayu, itu pun adunan bahasanya
dalam keadaan lintang-pukang seolah-olah sekerat ular sekerat belut. Dan secara
ketara, pendidikan negara mulai disalut dengan kaedah-kaedah baru dengan
perantaraan media baru iaitu bahasa Inggeris.

Bahasa (kata istilah dan konsepnya) cukup penting dalam mengungkapkan


tahap-tahap ilmu yang tertentu. Dalam hierarki mempelajari sesuatu ilmu, wujud
empat tahap keilmuan. Ilmu yang terbawah ialah ilmu empirikal (misalnya - ilmu
sains dengan berbagai-bagai cabang ilmunya), diikuti tahap yang paling tinggi iaitu
ilmu rasional (ilmu falsafah dan ilmu pemikiran kreatif), ilmu laduni (intuitive
knowledge) iaitu ilmu terus daripada Allah SWT dan ilmu tertinggi ialah ilmu makrifat
yakni ilmu tentang Ilahi yang merupakan ilmu yang tertinggi dalam hierarki ilmu.
Setiap tahap ilmu mempunyai kata, istilah dan konsepnya yang tersendiri. Misalnya
bahasa yang diungkapkan pada tahap ilmu empirikal adalah bahasa saintifik. Bahasa
saintifik membawa pengertian bahasa yang logik, yakni yang berfungsi dan bersifat
tersendiri tetapi yang melibatkan erti tepat. Dalam konteks inilah sayang sekali
konsep tepat pengertian dan tepat penghasilan tidak didalami sebelum kita mengaku
kalah, lalu bahasa Melayu tidak mampu menjadi wahana sains dan matematik.
Bahasa merupakan alat untuk berhubung antara anggota masyarakat.
Komunikasi ini dilakukan secara meluas, baik secara rasmi atau tidak rasmi.
Masyarakat pada hari ini perlu menerima hakikat bahawa perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) berkait secara langsung dengan kemampuan
menjana idea, kreativiti dan inovasi bagi memantapkan penggunaan Bahasa Melayu.
Kesantunan berbahasa semakin luntur dalam kalangan masyarakat Malaysia
terutamanya dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Secara
amnya, budaya kesantunan berbahasa diwarisi oleh kita sejak turun temurun kerana
masyarakat Malaysia kaya dengan kesopanan, keluhuran, ketertiban, hormat,
merendah diri, serta penggunaan suara yang baik dan menyenangkan.
Pada era ledakan teknologi ini, keutamaan tidak diberikan lagi kepada
kesantunan berbahasa. Penggunaan bahasa yang suka membangga diri, memaki
hamun, memfitnah, memprovokasi, mengejek dan merendahkan orang lain sedang
berleluasa. Perkara ini jelas menunjukkan penghakisan budaya ketimuran dan
kesantunan berbahasa selain menggambarkan citra dan peribadi bangsa yang
negatif. Sepatutnya, bahasa diangkat sebagai medium yang menggabungkan
pemikiran, kesopanan, keintelektualan dengan budaya masyarakat Melayu.
Perkembangan era globalisasi memberikan cabaran baru kepada Bahasa Melayu.
Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) melahirkan
unsur baru yang dikenali sebagai bahasa rojak. Bahasa rojak semakin berkembang

luas dalam kalangan pengguna bahasa iaitu penggunaan Bahasa Melayu yang
bercampur aduk dengan Bahasa Inggeris. Kelahiran K-Ekonomi pula telah
membawa perubahan besar kepada semua bentuk perlakuan dan pemikiran
manusia.
Penggunaan Bahasa Melayu dalam internet juga perlu dipertingkatkan agar
seiring dengan penggunaan bahasa-bahasa utama lain di dunia. Penggunaan
Bahasa Melayu dalam ruang siber ini menyebabkan berlakunya perubahan yang
ketara khususnya ruang sembang siber yang memperlihatkan unsur bahasa yang
unik dan tersendiri yakni Bahasa Melayu internet. Muncul perkataan seperti kang
(nanti), akum (assalamualaikum), tipon (telefon), persal (mengapa), nko (engkau)
dan lain-lain. Fenomena ini merupakan unsur perubahan yang dikhuatiri akan
mencemarkan nilai-nilai asli dalam Bahasa Melayu. Ayat-ayat yang terbentuk juga
tidak mematuhi hukum tatabahasa Bahasa Melayu dan kelihatan janggal. Inilah yang
perlu disedari oleh pengguna internet yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai
wadah komunikasi agar tidak menggunakan Bahasa Melayu sesuka hati tanpa
mengambil kira soal peraturan yang sedia ada.
Penggunaan bahasa yang tidak sopan juga berpunca daripada pengaruh
media massa. Bahasa yang digunakan dalam majalah terutamanya, sering kali
ditemukan bahasa yang tidak elok seperti kau dah gila?, bodoh betullah kau ni,
bengap betul budak ni dan sebagainya. Bukan sahaja dalam medium teknologi
maklumat dan komunikasi sahaja tidak mementingkan budaya kesantunan
berbahasa malahan media khususnya saluran radio masih menampakkan kegagalan
untuk mempraktikkan unsur kesopanan berbahasa dengan baik. Gagal mengenal
pasti penggunaan kata ganti diri yang tepat. Misalnya, terdapat iklan mempromosi
pakaian yang menggunakan kata ganti diri kamu yang tidak sesuai . Hal yang sama
terjadi dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi di mana aspek usia, taraf
pendidikan dan status gelaran tidak diambil perhatian . Contohnya, dalam laman
sosial , kata ganti nama kau selalu digunakan dalam artikel rasmi yang dimuat naik
untuk makluman semua pihak. Dalam konteks ini, orang dewasa yang membaca
artikel sebegini berasa seolah-olah tidak dihormati.
Bahasa rojak dikatakan lebih santai dan tidak begitu formal, sama seperti
penggunaan Bahasa Melayu pasar. Justeru, penekanan terhadap penggunaan
Bahasa Melayu yang betul harus diutamakan khususnya dalam laman sesewang
yang dikendalikan oleh anak Malaysia, walaupun menggunakan dwibahasa. Amalan

berbahasa yang baik dan betul perlu dipupuk dan dibajai daripada peringkat sekolah
lagi dan secara menyeluruh mencapai segenap anggota masyarakat. Hanya dengan
cara ini sahajalah, Bahasa Melayu akan mendapat tempat yang sewajarnya dalam
dunia teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

RUJUKAN
1.

Kamus Dewan Edisi Baharu (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

2.

Ismail Hussein, 1966. Sejarah Pertumbohan Bahasa Kebangsaan Kita, Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood
(2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

4.

James T Collins, 1998. Malay, World Language: A Short History,. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

5.

Ibrahim Ahmad 1994. Perkamusan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

6.

Gazali Dunia(1992). Sastera Melayu Lama. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.:Kuala


Lumpur.

7.

Asmah Haji Omar, 1985. Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada
perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8.

B. Mallikarjun Globalization and Indian languages. Language in India, Vol.3: 2


Februari 2003.

9.

A.Aziz Deraman, 2000. Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Malaysia.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10. Abdullah Hassan, 1997. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-Esei
Lain. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

11. Awang Sariyan, 2004. Teras Pendidikan Bahasa Melayu. Asas Pegangan Guru,
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
12. Hashim Bin Hj. Musa, 2004. Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia:
Menghadapi Globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
13. Siti Hajar Abdul Aziz (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
14. Harimurti Kridalaksana (1983). Tradisi dan Inovasi dalam Penyelidikan Bahasa
Melayu. dalam Jurnal Persatuan Linguistik Malaysia.