Anda di halaman 1dari 24

Why Commitment For

Teaching And
Commitment To The
Organization Can Be
Considered As One Of The
Important Factor In The
Effectiveness Of The
School
Azrein Julaihi 805255
Chin Boon Shin 805262
Henry Ak Mihin 805267
Simong Ak Ambak 805310
Zamli Toti 805325

Komitmen Mengajar
Gaya guru dalam mengajar di kelas, pada
umumnya dipengaruhi oleh persepsi guru
itu sendiri tentang mengajar
Jika seorang guru bepersepsi bahawa
mengajar adalah menyampaikan ilmu
pengetahuan, maka dalam mengajar guru
tadi cenderung menempatkan pelajar
sebagai wadah yang harus diisi oleh guru
Begitu juga, jika guru bepersepsi lain,
maka gaya mengajarnya pun akan lain.
Gaya guru mengajar sangat berpengaruh
terhadap hasil belajar pelajar

Fox (2008), seorang ahli pendidikan dari Inggeris, menemukan bahawa


guru-guru mendefinisikan tujuan mengajar berbeza-beza. Dia
mengelompokkan definisi-definisi itu ke dalam empat kategori, yaitu:
transfer, shaping, travelling, dan growing (dalam Celdic, 1995:23). Berikut
adalah penjelasannya:
Transfer. Dalam model ini, mengajar dilihat sebagai proses pemindahan
pengetahuan (process of transferring knowledge) dari seseorang (guru)
kepada orang lain (pelajar). Pelajar dipandang sebagai wadah yang kosong
(empty vessel), dan jika pengetahuan tidak berhasil ditransferkan
masalahnya cenderung dilihat sebagai kekurangan pelajar.
Shaping. Pengajaran merupakan proses pembentukan pelajar kepada
bentuk-bentuk yang ditentukan. Di sini pelajar diajar keterampilanketerampilan dan cara-cara bertingkah laku yang dianggap bermanfaat
bagi mereka
Travelling. Dalam model ini pengajaran dilihat sebagai pembimbingan
pelajar melalui mata pelajaran.
Growing. Model ini memfokuskan pengajaran pada pengembangan
kecerdasan, fizikal, dan emosi pelajar. Tugas guru adalah menyediakan
situasi dan pengalaman untuk membantu pelajar dalam perkembangan
mereka

Komitmen organisasi adalah sebagai suatu keadaan di


mana seseorang memihak organisasi tertentu serta tujuan
tujuan dan keinginannya untuk mempertahankan
keanggotaan dalam organisasi tersebut
Menurut Stephen P. Robbins (2006), didefinisikan bahawa
keterlibatan pekerjaaan yang tinggi bererti memihak pada
pekerjaan tertentu seseorang individu, sementara
komitmen organisasional yang tinggi bererti memihak
organisasi yang melatih individu tersebut
Dalam organisasi sekolah guru merupakan tenaga
profesional yang berhadapan langsung dengan pelajar,
maka guru dalam menjalankan tugasnya sebagai pendidik
mampu menjalankan kebijakan-kebijakan dengan tujuantujuan tertentu dan mempunyai komitmen yang kuat
terhadap sekolah tempat dia bekerja

Menurut Griffin (1992) komitmen organisasi (organisational


commitment) adalah sikap yang mencerminkan sejauh mana
seseorang individu mengenal dan terikat pada organisasinya.
Seseorang individu yang memiliki komitmen tinggi kemungkinan
akan melihat dirinya sebagai anggota sejati organisasi.
Menurut Fred Luthan (1995), komitmen organisasi didefinisikan
sebagai :
keinginan kuat untuk tetap sebagai anggota organisasi
tertentu;
keinginan untuk berusaha keras sesuai keinginan organisasi;
dan
keyakinan tertentu, dan penerimaan nilai dan tujuan
organisasi.
Dengan kata lain, ini merupakan proses berkelanjutan di mana
anggota organisasi mengekspresikan perhatiannya terhadap
organisasi dan keberhasilan serta kemajuan yang berkelanjutan .

Komitmen dan induksi


Komitmen merujuk kepada usaha dan kerja
keras yang ditunjukkan oleh seseorang
pekerja (Asri Marsidi & Hamrilla Abdul Latif,
2005).
Program induksi merupakan sebahagain dari
aspek yang boleh mempengaruhi komitmen
guru terhadap tugas dan organisasinya.

Induksi
Induksi merupakan usaha untuk membantu anggotanya
menyesuaikan diri dengan mudah dan berkesan
Membantu para pengurus / pemimpin organisasi dalam
memastikan bahawa pekerja baru dapat melalui peralihan
perana mereka di dalam organisasi dengan lancar.
Sebagai satu program orientasi kepada guru permulaan
Artikel Developing Best Practices of Teacher Induction
menghuraikan tentang enam kriteria yang harus ada bagi
memastikan keberkesanan program induksi guru.
Memberi gambaran kepada guru-guru permulaan dalam
memupuk rasa kecintaan dan kesetiaan terhadap profesion
yang diceburi.
Komitmen itu memerlukan individu memahami nilai-nilai
dan etika yang berkaitan terhadap bidang yang diceburi.

Komitmen dan induksi


Namun dalam konteks profession perguruan di Malaysia
empat kriteria dikenalpasti amat membantu menjayakan
induksi seperti
(1) guru permulaan adalah dinilai dan dilihat sebagai
professional yang akan menunjukkan peningkatan prestasi
dan tanggunjawab, di mana ekspektasi terhadap
kemampuan mereka tidak sama seperti guru
berpengalaman tanpa ada sokongan sewajarnya,
(2) guru permulaan harus dipupuk termasuk pendedahan
terhadap interaksi maksimum dengan guru lain,
(3) Induksi guru adalah mempunyai tujuan dan aktiviti
yang bernilai dan
(4) sekolah harus mempunyai budaya berkongsi
tanggungjawab dan sokongan terhadap guru permulaan
(L.moore & G. Swan, 2008)

Komitmen dan induksi


Mampu memupuk komitmen seorang guru
melalui kursus induksi.
Induksi memain peranan yang penting dalam
memupuk jati diri guru sama seperti kursus Biro
Tata Negara yang dianjurkan oleh Kementerian
Dalam Negeri terhadap semua penjawat awam.
Induksi mampu memberi gambaran terhadap
organisasi baru, polisi dalam pendidikan,
prosedur pekerjaan, pengharapan dalam sesuatu
prestasi yang ditunjukkan dan maklumat khusus
yang berkaitan (L.moore & G. Swan, 2008).

Cadangan-cadangan
Induksi untuk
meningkatkan Komitmen
Perlaksanaan Rancangan Orintasi Sekolah sebagai
seorang guru pelatih perlu diperluaskan kepada
guru-guru yang baru memulakan tugas sebagai
guru tetap.
Cara penerimaan guru baru harus diberi
penekanan.

Pembangunan staf dalam


meningkatkan komitmen guru
Salah satu faktor yang mempengaruhi komitmen
guru terhadap pengajaran dan profesionnya
adalah pembangunan staf ( staff development).
Pembangunan staf adalah satu proses untuk
merangka program pembangunan sumber
manusia dalam mencapai matlamat dan objektif
organisasinya (Swanson & Holton III, 2001).

Dalam bidang pelajaran, program perkembangan


guru perlu dilaksanakan secara sistematik dan
teratur supaya guru dapat memberi komitmen
yang tinggi terhadap profesion keguruan.
Seseorang pengetua akan memupuk suasana
kondusif yang mana guru mampu
mengembangkan sekolah dalam mencipta banyak
kejayaan. Dalam pada itu, pengetua adalah
kunci utama dalam menyemai kepercayaan, nilai
dan pemahaman misi dan visi sekolah. ( Fielding
& Schalock, 1985,p.14)

Dalam artikel The Principal as staff developer


oleh Richard Du Four & Timothy Berkey (1995)
(volume 16, no.4 ) menjelaskan beberapa
cadangan supaya pengetua menggalakkan
pembangunan staf. Di antaranya ialah;
1. Menggalakkan Sistem Kolaboratif di amalkan di sekolah. Seseorang
pengetua perlu memastikan kolaboratif sebagai norma di dalam sekolah.
Contohnya, panitia boleh merancang dan melaksanakan aktiviti/program
dalam panitia subjeknya seperti mengadakan pertandingan bercorak
akademik, mengiktrafkan kejayaan pelajar, menganjurkan seminar,
bengkel dan sebagainya. Semua guru dalam panitianya memainkan
peranan masing-masing dalam merangka dan mengatur aktiviti yang
dijalankan. Sebagai pengurus sekolah, pengetua perlu menunjukkan
sokongan secara lisan dan verbal terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh
panitia dan memuji kejayaan yang dicapai dalam program tersebut.

2. Pengetua mengadakan pencerapan guru. Walaupun


perkembangan staf biasanya melibatkan aktiviti kumpulan,
seseorang pengetua boleh mengambil peluang untuk
meningkatkan perkembangan profesional guru melalui
perbincangan bersemuka dengan gurunya secara
pencerapan. Dalam artikel ini, contoh pencerapan adalah
daripada model The Clinical supervision oleh Morris Cogan
( 1961). Pencerapan merupakan cara berkesan dalam
meningkatkan profesionalisme guru dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru akan bertambah komitmen terhadap
profesion keguruan kerana pengetua memberi panduan
yang berkesan dan jelas dalam aspek menyampaikan ilmu
kepada pelajar.

Penilaian Prestasi
Definasi
Satu proses untuk menilai mutu kerja
kakitangan pada masa dulu dan
semasa, berdasarkan kepada faktor
persekitaran kerja ataupun potensi kerja
dalam piawaian yang ditetapkan

Bagaimana
LNPT (Laporan Nilaian Prestasi Tahunan)
PTK (Penilaian Tahap Kecekapan)

Kesan
Guru yang dinilai dengan baik secara tidak
langsung mempunyai komitmen yang
tinggi terhadap pengajaran serta sekolah
dan berupaya mewujudkan sekolah yang
berkesan (Rahman, 2006)
Bertujuan memotivasikan guru untuk
melaksanakan mutu kerja dengan lebih
sempurna lagi

Guru berupaya melaksanakan tugas


dengan lebih berkesan lagi
Guru merancang dengan rapi
sebelum menjalankan aktiviti
Penglibatan yang maksimum dalam
semua aktiviti sekolah

Cadangan Dalam Penilaian


Prestasi Untuk Meningkatkan
Komitmen
Menjelaskan dengan terperinci
tentang kekuatan yang dinilai
Ketua bidang memantau potensi
agar mutu kerja terjamin

Iklim Sekolah

Halpin dan Croft (1963), menerangkan


iklim sekolah menggambarkan
personaliti seseorang individu sendiri dan
bagaimana guru tersebut berusaha
untuk mencapai tahap organisasi sekolah
berkesan. Beliau menerangkan ciri
sekolah brkesan mesti mempunyai ciriciri seperti berikut:
Guru-guru berasa selamat, berpuas hati
dan berkeyakinan, guru tidak berasa dan
mengambil perhatian tenteng kemajuan
murid, pengetua merasa penuh yakin
terhadap kerja dan pelajar berasa
selamat untuk belajar bersungguhsungguh.
Manakala, Pusat prkembangan kurikulum
1981 mendefinisikan iklim sekolah
sebagai suasana sekolah yang baik
dimana keadaan persekitarannya
dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang
dengan pembelajaran yang lepas.

Bagaimana iklim sekolah


mempengaruhi komitmen kerja
Iklim sekolah yang selamat
memberi kesan kepada
tingkahlaku dan emosi pelajar
dan guru (kupermine et
al;1997.)
Ahmad (1991) menerangkan
ketua hendaklah menunjukkan
kemampuan bekerjasama dalam
mengurus organisasi untuk
menuju matlamat sekolah. Oleh
itu, komitmen guru yang tinggi
terhadap sekolah memberi kesan
kepada keberkesanan iklim
sekolah.
Ahmad Zaidi (2006)
menerangkan komitmen guru
yang tinggi dan ditambah dengan
kemahiran perguruan akan
mewujudkan suasana
pembelajaran yang sentiasa
bersemangat

Taylor dan Tashakkori 1995


mendapati iklim kerja positif
meningkatkan kepuasan kerja
individu di sekolah. Ini kerana
warga organisasi
berkerjasama mencapai
matlamt sekolah kearah
sekolah berkesan.
Apabila wargaorganisasi
bekerjasama meningkatkan
keberkesanan sekolah, guruguru akan membantu satu
sama lain untuk meningkatkan
prestasi akademik sekolah.
Oleh itu, ketua jabatan perlu
peka terhadap keperluan
warga organisasi untuk
mencapai matlamat yang
ditetapkan oleh pihak sekolah.

Jonson et al; 1997


mengariskan beberapa factor
mempengaruhi komitmen
guru dan organisasi sekolah
iaitu peghormatan,
kepercayaan, peluang input,
mengambil perhatian,
cohesiveness, dan
pembelajaran berterusan
serta pertumbuhan sosial
yang baik.
Oleh itu, kejayaan sesebuah
sekolah mencerminkan
kejayaan iklim sekolah yang
kondufsif dan selamat dan
sering dikaitkan dengan
kerjasama organisasi di dalam
sesebuah jabatan.

Induksi

Pembangunan Staf

Sangat Mempengaruhi Komitmen


Mengajar Dan Terhadap Organisasi

Penilaian Prestasi

Iklim Sekolah