Anda di halaman 1dari 1

MOTIF PENGLIBATAN DALAM SUKAN DAN PENGARUH ORIENTASI

MATLAMAT TERHADAP PENCAPAIAN DALAM SUKAN LONTAR PELURU


1. Penyelidikan ini ialah mengenalpasti motif penglibatan dan corak orientasi matlamat di
kalangan atlet lontar peluru . Perhubungan antara kedua-dua pembolehubah dan perbezaannya
terhadap pencapaian dalam kejohanan tersebut. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal
selidik Purpose of Sport Qustionnaire (POSQ) dan Task Ego Orientation Sport Questionnaire
(TEOSQ).
2. Hasil analisis menunjukkan atlet yang menyertai lontar peluru ini memilih motif bermain untuk
mencapai prestasi yang tinggi dengan bekerja keras dan menghormati undang-undang sebagai
motif utama penglibatan mereka berbanding motif untuk menjadi kaya dan.
3. Orientasi matlamat mereka pula lebih berorientasikan tugasan , berbanding ego. Hasil
analisis ujian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara corak orientasi matlamat
ego di kalangan atlet yang berbeza tahap pencapaian.
4. Atlet yang berpencapaian tinggi iaitu berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir didapati
lebih mempunyai orientasi matlamat ego berbanding dengan atlet yang gagal ke peringkat
separuh akhir.
5. Hasil analisis korelasi Pearson Product Moment pula mendapati wujud perhubungan yang
signifikan antara orientasi matlamat tugasan dengan motif penglibatan bekerja keras, hormat,
6. Kesimpulannya, atlet lontar peluru ini mempunyai corak orientasi matlamat tugasan yang
tinggi dan akan lebih bermotivasi melibatkan diri dalam sukan olahraga lontar peluru sekiranya
latihan dijalankan dengan bersungguh-sungguh serta mematuhi segala undang-undang
olahraga.
Last edited by rin yu mei on 2008-05-04, 03:12:45 am, edited 1 time in total.