Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN A

Setiap soalan diikuti dengan pilihan A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang betul bagi setiap
soalan. Jawab setiap soalan dengan menghitamkan ruangan yang pada kertas jawapan
objektif.
1

Apakah yang dimaksudkan dengan identiti diri?


A Individu yang dikenali banyak orang.
B Individu yang mempunyai cara hidup sendiri.
C Suatu gambaran tentang individu yang berjaya dalam kehidupannya.
D Suatu gambaran keseluruhan tentang matlamat hidup seseorang terhadap apa yang
ingin dicapainya.

Mengapakah potensi diri perlu kepada setiap individu?


A Untuk membentuk akhlak yang mulia.
B Untuk memudahkan masyarakat mengenalinya.
C Untuk memudahkan individu mencapai apa yang diingini.
D Untuk membolehkannya mencapai kejayaan dan kesejahteraan dalam kalangan
masyarakatnya.

Mengapakah setiap orang mempunyai identiti yang berbeza?


A Kerana setiap orang mempunyai latar belakang yang berbeza.
B Kerana setiap orang berasal dari keluarga yang berlainan.
C Kerana setiap orang mempunyai kehidupan yang berbeza.
D Kerana setiap orang mempunyai peluang untuk membina identiti sendiri.

Pernyataan berikut merupakan langkah-langkah mengembangkan potensi diri, kecuali


A mengasah bakat yang ada.
B yakin akan kebolehan diri.
C mengabaikan peluang yang diberikan.
D sentiasa berusaha untuk mencapai cita-cita.

Yang manakah antara berikut menunjukkan individu itu berfikiran positif?


A Sentiasa mencari kesilapan orang lain.
B Sentiasa melahirkan perasaan tidak puas hati.
C Sentiasa meminta bantuan daripada orang lain.
D Menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin.

Antara pernyataan berikut, yang manakah menunjukkan seseorang itu mempunyai


identiti diri yang positif?
A Jason cepat berputus asa apabila dia gagal dalam peperiksaan.
B Aiman tidak hadir ke sekolah kerana dia tidak menyiapkan kerja sekolah yang
diberikan oleh gurunya.
C Syamir memarahi adiknya kerana telah menggunakan raket badmintonnya tanpa
meminta izin daripadanya.
D Wai Ling tidak berasa malu walaupun dia cacat, sebaliknya dia tetap berusaha
dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Setiap individu perlu ________ untuk mengubah nasib diri supaya menjadi seorang
yang disegani dan berjaya pada masa akan datang.
A berdikari
B bertolak ansur
C bertanggungjawab
D mementingkan diri

Apakah kesannya jika seseorang murid itu sentiasa meminta bantuan orang lain untuk
menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru?
A Dapat menyelesaikan semua masalah yang dihadapi.
B Dapat mengeratkan hubungan antara satu dengan yang lain.
C Dia tidak akan mempunyai keyakinan diri dan maju dalam bidang yang diceburi.
D Dia akan berjaya mencapai cita-citanya dan maju dalam apa jua bidang yang
diceburinya.

Mengapakah kita perlu menjaga maruah orang lain terutama maruah ahli keluarga?
I Untuk mengelakkan pergaduhan.
II Untuk mengelakkan individu tersebut daripada dikenali.
III Untuk mengelakkan individu itu dikenali oleh orang lain.
IV Untuk mengelakkan individu itu daripada mendapat malu.
A
B
C
D

I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV

10

Pilih situasi yang menunjukkan seseorang itu sentiasa menjaga maruah diri.
A Didi menceritakan keburukan Zahid kepada Murugan.
B Jason mengajak rakan-rakannya melepak di pasar raya.
C Wahida membuka radio dengan kuat semasa ketiadaan ibu bapanya di rumah.
D Aina memakai pakaian yang sesuai untuk ke majlis rumah terbuka rakannya.

11

Rakan Zatul mengajak Zatul menonton wayang selepas waktu sekolah. Zatul
sepatutnya
A memarahi rakannya itu.
B menerima pelawaan rakannya itu.
C bersetuju dan ponteng kelas tuisyen.
D menolak pelawaan rakannya dan menasihatinya.

12

Mengapakah kita perlu berhati-hati apabila memilih rakan?


A Supaya dapat menolong kita pada bila-bila masa.
B Supaya kita dapat mengadu masalah kepada rakan.
C Supaya kita tidak terpengaruh dengan aktiviti negatif.
D Supaya kita boleh mengambil kesempatan terhadap rakan.

13

Antara berikut ialah rakan-rakan yang perlu dielakkan, kecuali


A rakan yang selalu ponteng kelas.
B rakan yang selalu melanggar peraturan sekolah.
C rakan yang selalu melapak di kompleks membeli-belah.

D rakan yang selalu menghabiskan masa di perpustakaan.


14

Rakan sebelah tempat duduk kamu di dalam kelas asyik berbual-bual dengan kamu
ketika guru sedang mengajar. Apakah tindakan kamu?
A Melayani perbuatan rakan supaya dia tidak berkecil hati.
B Memberitahu guru bahawa rakan kamu asyik mengganggu kamu.
C Memarahi rakan dengan suara yang kuat supaya didengari oleh guru.
D Menegur rakan dengan baik supaya menumpukan perhatian kepada guru.

15

Apakah peranan utama rakan sebaya?


A Untuk menggembirakan rakan.
B Untuk menghindari daripada gejala negatif.
C Untuk berkongsi kegembiraan dan kesedihan.
D Untuk meminta bantuan apabila diperlukan.

16

Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk mengelakkan daripada terlibat
dengan perkara negatif?
A berhati-hati apabila memilih rakan.
B memilih rakan yang lebih tua daripada kita.
C tidak menjalinkan hubungan dengan orang lain.
D berkawan dengan rakan-rakan di dalam kelas sahaja.

17

Andaikan kawan baik kamu mengajak kamu menemaninya membeli-belah di bandar.


Pada ketika itu, kamu sedang sibuk mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan
tinggal beberapa hari sahaja lagi. Apakah tindakan kamu?
A Bersetuju sahaja untuk menemaninya.
B Menolak ajakan tersebut dengan baik.
C Menyuruhnya mengajak orang lain dengan suara yang kasar.
D Memarahinya kerana mengganggu kamu yang sedang belajar.

18

Yang manakah antara berikut bukan ciri-ciri asertif yang perlu ada pada setiap orang?
A Senang dipengaruhi.
B Berfikir dengan matang.
C Tidak mementingkan diri.
D tegas apabila membuat keputusan.

19

Apakah akibatnya jika kita tersalah memilih rakan?


A Kita akan cepat kehilangan rakan.
B Kita akan dipandang serong oleh orang lain.
C Kita akan dikeji oleh rakan-rakan yang lain.
D Kita akan terpengaruh dengan aktiviti negatif.

20

Mengapakah kita perlu menjauhi perkara-perkara yang negatif?


A Perbuatan negatif akan merosakkan diri sendiri.
B Perbuatan negatif akan menyebabkan kita didenda.
C Perbuatan negatif akan meyebabkan kita kehilangan rakan.
D Perbuatan negatif akan menyebabkan kita dipulaukan oleh keluarga.

21

Bagaimanakah kita hendak menunjukkan bahawa kita menghormati ibu bapa?


A Memberi wang yang banyak kepada mereka.
B Melakukan sesuatu tanpa meminta izin daripada mereka.
C Memberi hadiah yang mahal-mahal terhadap mereka.
D Tidak melawan apabila mereka menegur perbuatan kita.

22

Mengapakah kita perlu menghormati kedua-dua orang ibu bapa kita?


A Kerana mereka lebih tua daripada kita.
B Kerana mereka membesarkan dan mendidik kita.
C Kerana mereka menghabiskan banyak wang untuk kita.
D Kerana mereka menyediakan tempat tinggal untuk kita.

23

Apakah tindakan yang perlu kita lakukan apabila dimarahi oleh ibu bapa kita?
A Memarahi ibu bapa kembali.
B Berjanji akan membalas dendam.
C Merajuk dan mengurungkan diri di dalam bilik.
D Mendiamkan diri, kemudian meminta maaf daripada mereka.

24

Apakah yang patut dilakukan sekiranya ahli keluarga ditimpa masalah?


A Bertanyakan masalahnya dan mencuba membantunya.
B Menceritakan masalah ahli keluarga kepada orang lain.
C Mengetawakan ahli keluarga yang menghadapi masalah.
D Membiarkan ahli keluarga menyelesaikan sendiri masalahnya.

25

Andaikan kamu sedang menonton rancangan kegemaran kamu di televisyen. Tiba-tiba


ayah kamu memanggil kamu untuk membantunya. Apakah yang patut kamu lakukan?
A Merungut kerana mengganggu.
B Menjawab panggilan ayah dengan kasar.
C Menutup televisyen dan segera membantu ayah.
D Menyuruh ayah menunggu sehingga rancangan tersebut tamat.

26

Hari Ibu akan disambut tidak lama lagi. Apakah yang perlu dilakukan oleh ahli
keluarga?
A Membiarkan hari tersebut berlalu begitu sahaja.
B Membeli hadiah yang mahal supaya mendapat pujian daripada ibu.
C Menyuruh ibu menyediakan makanan yang lazat untuk ahli keluarga.
D Mengadakan majlis bersama-sama ahli keluarga yang lain untuk meraikan hari
ibu.

27

Apakah yang perlu diamalkan dalam sesebuah keluarga untuk mengekalkan


keharmonian keluarga?
A Setiap keluarga perlu berdikari.
B Setiap keluarga perlu bersikap adil.
C Setiap keluarga perlu mementingkan diri sendiri.
D Setiap keluarga perlu merahsiakan hal masing-masing.

28

Nenek Manjit yang sering sakit-sakit telah tinggal bersama-sama keluarga Manjit.
Manjit sepatutnya
A menjaga neneknya dengan baik.
B menyuruh neneknya berbaring sahaja di dalam bilik.
C membiarkan neneknya melakukan apa yang disukainya.
D merungut kepada ibu bapa kerana nenek menyusahkan mereka.

29

Apakah yang akan berlaku terhadap keluarga yang tidak mengamalkan kasih sayang
terhadap keluarga mereka?
A
B
C
D

30

Keluarga tersebut akan porak-peranda.


Keluarga tersebut akan hidup dalam keadaan harmoni.
Keluarga tersebut akan menjadi buah mulut orang lain.
Keluarga tersebut akan gagal dalam kehidupan mereka.

Mengapakah setiap orang perlu mengamalkan pemakanan seimbang?


A Supaya mereka dapat menjimatkan belanja.
B Supaya mereka sentiasa sihat dan cergas.
C Supaya mereka tidak boros sewaktu berbelanja.
D
Supaya mereka dapat menambahkan berat badan.
JAWAPAN MURID
1

2
3
4

A
A
A

B
B
B

C
C
C

D
D
D

6
7
8

A
A
A

B
B
B

C
C
C

D
D
D

10
11
12

A
A
A

B
B
B

C
C
C

D
D
D

13

14
15

A
A

B
B

C
C

D
D

16

17
A
B
C
D
BAHAGIAN
BB
18
A
C
D
A
B situasi
C yangD diberikan, nyatakan tindakan yang akan kamu lakukan
119 Berdasarkan
20 apabila
A berhadapan
B
C dengan
D situasi tersebut.
21
A
B
C
D
(a) Rakan kamu mengajak anda ke pusat membeli-belah selepas pulang dari sekolah.
22
A
B
C
D
23
A Tindakan:
B
C
D
24
A
B
C
D
25
26
27

A
B
C
D
A
B
C
D
[ 2markah]
A
B
C
D
28 (b)A RakanB kamu Cmemberi
D kamu sebatang rokok sedangkan kamu tidak pernah
merokok sebelum ini.
29
A
B
C
D
30
A Tindakan:
B
C
D

[ 2markah]
(c)

Rakan kamu menunjukkan majalah yang tidak sepatutnya murid seusia kamu
baca.
Tindakan:

[ 2markah]
2

Lengkapkan.
(a)

Nyatakan empat ciri rakan yang baik.


(i)
(ii)

(iii)
(iv)
[ 4markah]

(b) Jelaskan nilai-nilai murni yang harus kamu lakukan untuk melahirkan keluarga
harmoni.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
[ 5 markah]
3

Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
tata susila
(a)

nutrien

pengorbanan

harmoni

kasih sayang

Sebagai anak, setiap orang perlu berterima kasih atas _____________ yang
dilakukan oleh ibu bapa.

(b) _____________ merupakan asas kebahagiaan dalam sesebuah keluarga.


(c)

Sebagai anak, kita bebas berbincang dengan ibu bapa asalkan tidak melanggar
_____________, iaitu menggunakan bahasa yang sopan.

(d) Anggota keluarga yang mempunyai hubungan yang erat akan dapat melahirkan
keluarga yang _____________.
(e)

Makanan yang diambil mestilah mengandungi _____________ yang diperlukan


untuk menjamin kesihatan sepanjang hayat.

[ 5 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT