Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN A

Baca artikel yang bertajuk

Amalan Berkesan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa

Melayu , oleh Profesor Datin Juriah Long.


a) Nyatakan tujuan dan rasional kajian.
b) Jelaskan hasil dapatan kajian yang diperoleh daripada artikel. Berikan pendapat anda tentang
hasil dapatan kajian penulis.
c) Berikan implikasi dapatan kajian dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah.

1.0 TUJUAN DAN RASIONAL KAJIAN


Artikel bertajuk Amalan Berkesan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu yang
ditulis oleh Profesor Datin Juriah Long. Setiap artikel yang ditulis pasti ada tujuan dan
rasionalnya.

Begitulah juga dengan artikel ini bertujuan untuk mengetahui asas teoritis dan

konsep-konsep asas pengajaran berkesan yang boleh dijadikan prinsip serta panduan pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Dalam kajian ini membincangkan lebih
mendalam yang tertumpu kepada aliran teori huraian dan pembelajaran bahasa serta
implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran termasuklah konsep-konsep asas, matlamat
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan amalan pengajaran berkesan. Penulis telah
membuat kajian tentang penulisan hasil kajian sarjana tempatan terdahulu membuktikan terdapat
beberapa amalan berkesan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Dalam kajian ini membincangkan antara pendekatan-pendekatan yang dapat dipraktikan
di dalam bilik darjah iaitu pendekatan komunikatif di mana guru memainkan peranan penting ke
arah pelaksanaan pelbagai aktiviti untuk membentuk murid dalam kumpulan komunikasi yang
aktif dan responsif. Menurut Hymes 1971, di dalam buku Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
oleh TuanJah Tuan Yusof PHD dan Faridah Nazir PhD, kaedah komunikatif terbentuk
berlandaskan teori huraian bahasa fungsian dan teori kecekapan komunikatif. Hal ini demikian
kerana kaedah komunikatif mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang
melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Oleh itu,kaedah ini menitik beratkan pengajaran
kecekapan bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar
dan bertutur. Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna

terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu.
Dalam proses melaksanakan aktiviti, guru boleh memberikan situasi dan soalan tugasan kepada
murid. Situasi yang pelbagai dan boleh diberikan kepada murid supaya murid dapat
berkomunikasi menggunakan bahas amengikut konteks yang sesuai.
Selain itu, strategi pembelajaran koperatif STAD merupakan satu kaedah yang boleh
digunakan untuk menggalakkan murid berfikir secara aktif. Murid digalakkan berfikir sendiri
kemudian berbincang secara berkumpulan. Murid-murid juga diminta memberi pendapat atau
pandangan dan banyak bertanyakan soalan mengenai topk pembelajaran yang telah dipelajari.
Secara tidak langsung, murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

2.0 PENDAPAT TENTANG HASIL DAPATAN KAJIAN PENULIS.