Anda di halaman 1dari 2

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA GURU DISIPLIN

1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada


tahun berikutnya.
2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian
dalam bidang akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam
bidang sukan dan permainan.
3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan
pengalaman, sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil kira
pandangan dan sokongan para guru. Pemilihan akhir dilakukan oleh
para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai dan boleh
dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru.
4. Pemilihan calon dilakukan
dicalonkan oleh pelajar.

oleh

guru-guru

sendiri

dan

tidak

5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru


penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain.
6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari
semasa ke semasa di sekolah.
7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang
hari persekolahan.
8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala
langkah dan tindakan yang sesuai.
9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa
dipatuhi oleh para pelajar sekolah.
10.
Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di
papan-papan kenyataan dan di dalam bilik darjah.
11.
Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan
kesalahan-kesalahan besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh
membawa kepada penggantungan sementara atau pembuangan
sekolah.
12.
Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang
dijatuhkan kepada pelajar di sekolahnya.
13.
Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk
menyelesaikan masalah pelajar.
14.
Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau
mingguan untuk menguruskan kawalan terhadap pelajar pada hari

perhimpunan, upacara dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak


sekolah.
15. Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap

minggu dan mengumumkan kelas yang paling kotor.

Anda mungkin juga menyukai