Anda di halaman 1dari 7

SKRIP MAJLIS PERSARAAN

GURU BESAR SK PERIANG


17 JUN 2014
Perarakan masuk GB
dan tetamu jemputan

Mengumumkan ketibaan perarakan masuk yang diraikan


Tn Hj. Rosani Tamrin bin Rasid Ali, diiringi dif-dif kehormat
masuk ke dalam dewan.
(paluan kompang)
Mengumumkan dan mempersilakan Yang diraikan Tn. Hj
Rosani Tamrin untuk naik dan duduk di singgahsana yang
telah dikhaskan ini.
Dipersilakan.
Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Budi disanjung, terukir
di bintang
Sempena persaraan Tuan Haji Rosani Tamrin bin Rasid Ali,
Guru Besar Sek. Keb. Periang.

Nyanyian Negaraku

Sebagai tanda cinta akan negara, majlis dimulakan


dengan nyanyian lagu Negaraku. Para hadirin diminta
berdiri
..... lagu.......
Terima kasih diucapkan kepada hadirin atas nyanyian itu
tadi.

Kata-kata aluan

Bismillahi Rahmanirahim
Assalammualaikum wbt
Yang Berusaha
Tn. Hj. Jamaluddin b. Mat Isa
Guru Besar Sek. Keb. Periang
Yang Berusaha
En. Mohd. Fathil b. Bahari
Guru Kanan Pentadbiran
Sek. Keb. Periang
Yang Berusaha
Ustaz Ahmad Nazri b. Md Daud
Guru Kanan HEM

Yang Berusaha
Pn. Nor Azalina bt. Abu Hassan Saari
Guru Kanan Kokurikulum
Yang dihormati
En. Adnan b. Rejab
Pegawai Pendidikan Daerah
Kuala kangsar
Yang dihormati
Barisan Guru Besar
Daerah Kuala Kangsar
Yang dihormati
En. Noor Adham b. Nasir
Yang Dipertua YDP PIBG Sek. Keb. Periang
Yang dihormati
En. Mohd. Fathil b. Bahari
Pengerusi Jawatankuasa
Majlis Budi Disanjung, Terukir Di Bintang
Dan seluruh ahli jawatankuasanya
Yang diraikan,
Tn. Hj. Rosani Tamrin b. Rasid Ali
Guru Besar Sek. Keb. Periang
Seterusnya,
Barisan guru, murid-murid, hadirin hadirat yang dirahmati
Allah sekalian.
Selamat datang ke
Majlis Budi Disanjung, Terukir Di Bintang
Sempena persaraan Tn. Hj. Rosani Tamrin b. Rasid Ali
Guru Besar Sek. Keb. Periang

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah seri
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati

Bacaan doa

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang


penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Al Fathil Ustaz Ahmad Hafiz b. Amran.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
......bacaan doa.....
Amin amin Ya Rabbal Allamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Ustaz Ahmad Hafiz atas bacaan doa
itu tadi.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti
dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan Tn Hj
Rosani Tamrin b. Rasid Ali sepanjang perkhidmatan beliau
di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru
Besar di Sek. Keb. Periang.

Ucapan wakil murid

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,


Tak molek jika alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada wakil murid
iaitu adik Megat Ameer Hamzah b. Megat sabri.
Dipersilakan.
.....ucapan.....
Terima kasih diucapkan kepada adik Megat Ameer
Hamzah b. Megat Sabri atas ucapan itu tadi.

Ucapan Guru Besar


(Baru)

Hadirin dan hadirat sekalian,


Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha
En. Mohd. Fathil b. Bahari , Guru Kanan Pentadbiran Sek.
Keb. Periang.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
......ucapan.....
Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd. Fathil b. Bahari,
Guru Kanan pentadbiran Sek. Keb. Periang atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan YDP PIBG

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan


kepada Yang dihormati En. Noor Adham b. Nasir, Yang
dipertua PIBG Sek. Keb. Periang untuk menyampaikan
ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
.....ucapan.....
Terima kasih diucapkan kepada En. Noor Adham b. Nasir
atas ucapan beliau itu tadi.

Ucapan Wakil PPD

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan


kepada Yang Berusaha ............................................, tuan
Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar untuk
menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
.....ucapan.....
Terima kasih diucapkan kepada .............................atas
ucapan beliau itu tadi.

Ucapan GB

Hadirin sekalian, bakti dan jasa Yang diraikan Tn Hj Rosani


Tamrin b. Rasid Ali terbukti sudah, kehadirannya
merupakan sebutir permata yang menyinari dunia
pendidikan. Kata nasihat tidak pernah putus dari mulut
beliau,bersama-sama dengan khidmat beliau yang tidak
pernah kenal erti lelah. Hari ini kita bertuah kerana
berpeluang untuk mendengar ucapan dan kata-kata
nasihat dari beliau.
Marilah kita bersama-sama hayati barisan ucapan terakhir
beliau di sekolah ini pada hari ini dan ketika ini.
Majlis dengan syahdunya menjemput dan mempersilakan
Yang Diraikan Tn Hj Rosani Tamrin b. Rasid ali untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
.....ucapan...
Malam hari berlagu unggas,
Memecah kesunyian di dalam hutan,
Walaupun terpisah tempat dan tugas,
Budi mu tuan dalam ingatan.
Demikianlah ucapan menyentuh hati yang disampaikan
oleh yang diraikan Tn Hj Rosani Tamrin sebentar tadi.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada beliau atas ucapan itu tadi.

Bacaan Biodata
Persembahan
multimedia

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Dengan itu, marilah kita perdengarkan bacaan biodata
dan menyaksikan persembahan multimedia sempena
persaraan Yang diraikan Tn. Hj. Rosani Tamrin b. Rasid Ali.
........tayangan video....
Begitulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan
multimedia sempena persaraan Tn Hj Rosani Tamrin.
Mudah-mudahan ianya dapat menggamit kenangan manis
kita selama berkhidmat bersama-sama dengan beliau.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, persembahan
multimedia ini telah disediakan
oleh........................................

Persembahan murid

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang , berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah
sama-sama kita saksikan persembahan daripada muridmurid Tahun 4,5 dan 6 yang akan mempersembahkan dua
buah lagu iaitu Terukir di bintang dan Big big world.
Dipersilakan.
.....persembahan....
Begitulah sebentar tadi persembahan yang cukup
istimewa daripada anak-anak didik Sek. Keb Periang yang
ditujukan khas buat Guru Besar yang tersayang.

Penyampaian watikah

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


Seterusnya, adalah acara penyerahan watikah persaraan
yang akan disampaikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan
Daerah K. Kangsar, ............. diiringi oleh GK
Pentadbiran..............

Majlis dengan sukacitanya, mempersilakan Yang diraikan


Tn Hj Rosani Tamrin b. Rasid Ali untuk naik ke pentas bagi
menerima watikah tersebut.
Dipersilakan.
....................................................
Terima kasih diucapkan kepada tuan PPD atas
penyearahan watikah tersebut.
Penyampaian
cenderahati

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian
cenderahati daripada pihak sekolah sebagai tanda
kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari
ini iaitu Tn Hj Rosani Tamrin b. Rasid Ali.
Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya ingin
menjemput dan mempersilakan En. Mohd. Fathil b. Bahari
, Guru Kanan Pentadbiran, Sek. Keb. Periang untuk
mengiringi Yang diraikan iaitu Tn Hj Rosani Tamrin b. Rasid
Ali menerima cenderahati kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
.................................
Itulah tadi upacara penyampaian cenderahati kenangkenangan khusus untuk Yang diraikan iaitu Tn. Hj Rosani
Tamrin.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang
Diraikan Tn Hj Rosani Tamrin atas kesudian beliau
menerima cenderahati itu tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang
Berusaha, ................... Guru Kanan Pentadbiran SK
Periang atas kesudian beliau mengiringi Tn Hj Rosani
Tamrin sebentar tadi.

Penutup

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,


Umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Para hadirin sekalian,
Kita telah pun sampai di penghujung acara.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Yang Diraikan, Tn Hj Rosani Tamrin b. Rasid Ali
kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh
bermakna ini dan kami semua mendoakan agar beliau
bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada
semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan Majlis Budi disanjung,
Terukir Di bIntang ini.
Penutup
Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya
mengacarakan majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa bali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali.
Sekian sahaja, salam hormat, Wabillahi taufik walhidayah
wassalammualaikum w.b.t.
Tuan-tuan dan puan-puan, barisan tetamu jemputan
diminta ke khemah untuk menjamu selera.. Dipersilakan

Lambaian kasih

Majlis mempersilakan tuan PPD, barisan guru besar


,barisan guru kanan, YDP PIBG dan tetamu kehormat
untuk mengiringi yang diraikan Tn Hj Rosani Tamrin b.
RAsid Ali bagi menyempurnakan lamabaian terakhir. Majlis
dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai