Anda di halaman 1dari 5

Masuk Islam Tak Boleh Keluar, Macam Kongsi Gelap ?

Saturday, 27 June 2009 02:50

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Kerap kali saya mendengar, membaca dan melihat tulisan yang mengelirukan berkenaan hukuman murtad. Saya pernah
menulis sebuah artikel berkenaannya di web ini, namun mungkin akibat artikel itu bersifat ilmiah, dipenuhi dalil dan
istilah-istilah arab, menyebabkan kurang ramai yang berminat atau mampu untuk memahaminya. Khususnya di
kalangan pembaca awam atau layman.
Sekarang, timbul lagi persoalan seperti berikut :"Adakah Islam ini seperti MAFIA dan ahli kongsi gelap yang mana sekali orang telah memasukinya, ia tidak boleh keluar
sama sekali. Hanya boleh keluar dalam keadaan mati ?"
Mereka berkata lagi:
" One would not realise the truth till one has dwell deeply into it and could not escape alive! As joining a mafia or
Islam?"
Sudah tentu ada yang berkata demikian dengan niat jahat dan prejudis, namun tidak dinafikan ada juga yang termakan
dengan persoalan itu lalu ingin mencari jawapan secara ikhlas atau sincere.
Mereka memerlukan jawapan logik ringkas serta mudah, tanpa istilah arab, nama kitab dan dalil panjang lebar. Mungkin
terdapat sebahagian ulama yang telah menulis berkenaannya dengan logic, ringkas lagi mudah, namun tidak sampai ke
pengetahuan kita. Jika ada sekalipun, teknik menjawab perlu dikemaskini dan diupdate sesuai dengan minda dan aqal
manusia di zaman ini.
Jadi, bagaimana jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada mereka? Menerusi tulisan ini, saya cuba untuk
menyediakan sedikit panduan jawapan. Namun amat dialukan buah fikiran para ilmuan Syariah yang lain untuk
menokok tambah bagi melahirkan sebuah respon terbaik buat yang bertanya. Semoga nanti, semua ilmuan yang belum
berfikir mendalam tentangnya dapat memanfaatkan panduan jawapan kita ini.
POKOK PERSOALAN
Pertamanya, tentu umat Islam tidak bersetuju sama sekali untuk disamakan Islam dengan kumpulan MAFIA, sebuah
kumpulan penjenayah dan kongsi gelap, malah seluruh pergerakannya juga dipenuhi rahsia. Maklumat berkaitan Islam
tidak sama sekali rahsia. Justeru, perbandingan itu amat tidak adil, bersifat penghinaan dan amat tidak tepat kerana
Islam bukan sebuah kumpulan penjahat dan pembunuh seperti kedua-dua kumpulan itu. Islam adalah sebuah agama
yang suci, amat menyeru kepada kebaikan dan kemakmuran berteraskan panduan Pencipta alam semesta. Namun itu
bukanlah yang ingin dibaca oleh yang bertanya dan bukan pula isu yang ingin saya ulaskan di sini, mungkin lain kali.
Keduanya, isu utama dalam pertanyaan atau pertikaian pada hemat saya ada dua iaitu :

Masuk Islam dan tidak boleh keluar

Nak faham sesuatu serta merasai kebenarannya dengan perinci, perlu masuk atau sertai dahulu, hanya selepas
itu baru boleh mendapat keputusan, sama ada ia benar atau tidak. Tapi dalam hal Islam, tiada ruang itu kerana sekali
masuk, tidak boleh keluar sama sekali, kecuali MATI.

NAK KAJI ISLAM KENA MASUK DULUKAH?


Saya ingin bertanya kembali terlebih dahulu, adakah kebenaran dan perincian berkenaan Islam sememangnya tidak
boleh dikaji KECUALI setelah masuk Islam?
Jawapan ringkas saya : TIDAK !
Sesuatu kebenaran sebenarnya, khususnya kebenaran Islam masih boleh dikaji daripada luar dan dalamnya tanpa perlu
menyertainya terlebih dahulu. Apa yang perlu adalah kajian berdisplin, keinginan mengkaji dan keikhlasan
mendapatkan kebenaran.
Apa yang perlu dan mesti dikaji adalah fakta-fakta Islam yang sohih dan bukan melihat gelagat penganutnya serta
menganggapnya sebagai sebahagian dari Islam. Kelemahan penganut tidak boleh sama sekali dibebankan ke atas sistem
dan ajaran Islam.
Semua maklumat berkenaan Islam boleh didapati dengan mudah dari dua sumber asal Islam iaitu al-Quran dan Al-Hadis,
jika sekiarnya terdapat kekeliruan untuk bermula dari mana, itu adalah masalah metodolgi si pengkaji dan bukan
sesuatu yang timbul dari Islam.
Lihat sahaja berapa ramai professor dan sarjana barat yang mengkaji Islam, malah berkemungkinan jauh lebih hebat
ilmu Islam berbanding umat Islam, seperti Prof. John L. Esposito dengan bukunya bertajuk "Islam, The Straight Path",
Karen Armstrong dengan bukunya "Islam, a Short History", dan Muhammad: Prophet for Our Time (Eminent Lives) dan
Muhammad: A Biography of the Prophet' dan ramai lagi penulis dan pengkaji termasuk sebahagiannya telah memeluk
Islam seperti Dr. Gary Miller dan lain-lain.
Cuma adalah kurang tepat mengkaji Islam dari hasil penulisan sarjana bukan Islam semata-mata. Rujuklah buku dan
rujukan yang ditulis oleh para sarjana Islam juga, kebanyakannya telah diterjemah ke bahasa Inggeris atau Melayu,
Kesimpulannya, bagi orang bukan Islam, intipati dan kebenaran ajaran Islam amat boleh dikaji dari luar. Tiada benar
alasan perlu untuk masuk terlebih dahulu.
Malah, jika inginkan lebih feel dalam setiap kajian khususnya melibatkan hal ehwal ibadah seperti ingin mengkaji serta
melihat cara solat yang sebenar, selain dipelajari dari buku, pengkaji juga boleh melihat sendiri bagaimana tatacara
dan displin solat masjid atau surau. Namun jangan pelik jika mendapati perbezaan fakta buku dengan amalan harian
umat Islam, kerana terlalu amat ramai orang Islam yang dilahirkan sebagai Islam tanpa ilmu, menyebabkan ibadah
mereka turut dikerjakan tanpa ilmu yang tepat. Mereka ini kerap menjadi penghalang kepada kesucian dan kebenaran
Islam. Moga dijauhi Allah SWT.
Jika ingin mengkaji ibadah puasa, si pengkaji boleh cuba menahan diri dari lapar dan dahaga serta mengawal mulut dan
mata dari sebarang kejahatan. Untuk mengkaji berkenaan ibadah Haji, tontonlah rancangan dokumentari lengkap
National Geographic. Namun, kegagalan untuk pergi merasai sendiri ibadah haji bukanlah satu alasan masih belum
dapat menyelami kebenaran Islam kerana ibadah Haji hanyalah satu kewajiban ke atas mereka yang berkemampuan.
Ini bermakna masih ramai orang Islam tidak mengerjakan haji kerana kurang mampu, dan mereka masih tetap terus
Islam.
MASUK DAN TIDAK BOLEH KELUAR ?
Isu pokok kedua adalah seperti di atas. Adakah benar dan apa alasan jika ia benar?

Sekali lagi diingatkan, saya tidak akan menyatakan apa-apa rujukan, dalil dan pendapat sarjana Islam dalam tulisan ini
bagi mengelakkan sebarang redundansi. Walaupun begitu, sebahagian isi tulisan ini adalah hasil kesimpulan para
sarjana Islam juga, manakala sebahagian yang lain adalah isu khilaf di kalangan ulama.
Maka dengan itu, berikut adalah ulasan dan kesimpulan ringkas saya:Sebagai pendahuluan, ibaratkan anda sedang ingin membuat keputusan untuk menjalankan sebuah bisnes atau
menetap di luar negara, anda sedang memilih beberapa buah negara yang sesuai. Anda sememangnya bebas untuk
memilih, namun sejurus anda memilih dan telah menetap di sesebuah negara, anda TERPAKSA sama ada suka atau
tidak untuk tunduk dan patuh kepada undang-undang di negara tersebut.
Itu asas pertama yang perlu difahami, jika keadaan seperti di atas dirasakan logik dan boleh diterima oleh minda dan
aqal sihat, sepatutnya boleh juga menerima undang-undang Islam yang dikenakan ke atas penagnutnya, Islam ada
undang-undangnya yang khusus buat mereka. Sebahagian dari undang-undang ini adalah MELARANG PENGANUTNYA
UNTUK KELUAR MASUK Islam sewenang-wenangnya. Persoalan adakah mesti dibunuh jika keluar? baca selanjutnya
tulisan ini untuk mengetahui.
Islam sememangnya tidak memaksa sesiapa untuk masuk ke dalamnya, ia perlu dibuat secara sukarela dan kefahaman
sendiri. Namun sejurus ia telah masuk ke dalam Islam, semua kewajiban SELAKU UMAT ISLAM, MESTI dilakukan tanpa
culas. Jika culas, sebahagiannya membawa dosa di antara si pelaku dosa dengan Allah swt, pembalasannya adalah di
akhirat. Sebahagian jenis dosa yang melibatkan manusia lain seperti membunuh, merompak, menyeksa, berzina dan
lain-lain, hukumannya ada diperuntukan di dunia juga, tetapi ia hanya akan dijalankan setelah proses penghakiman
yang adil dijalankan.
Nah, sekarang apa pula ulasan untuk tidak boleh keluar dari Islam setelah masuk ? . Ini dia :1. Hal Agama Bukan Perkara Kecil
Larangan Islam untuk penganutnya keluar dari Islam memberikan indikasi kepada semua yang ingin menukar
agamanya menganuti Islam bahawa sebarang keputusan di dalam bab agama bukanlah satu keputusan kecil
seperti pembelian kereta dan rumah atau lain-lain barangan komoditi. Ia melibatkan satu hal yang amat penting.
Ini adalah nota awal yang ingin diberikan kepada mereka yang ingin menganut Islam, jika mesej ini difahami oleh
orang bukan Islam, tatkala itu mesej dikira sudah sampai tetapi terdapat perinciannya dan ia bukan hanya satu
fakta ringkas sebegitu sahaja.
Oleh itu, jika ada sesiapa yang menganggap agama sebagai candu, permainan, barang murah seperti baju yang tidak
perlukan fokus berlebihan semasa memilih, mereka dinasihatkan agar berfikir panjang sebelum memasuki Islam.
Itulah satu jenis pembelajaran Islam kepada seluruh bakal penganutnya hatta sebelum mereka menjadi Islam.
Dengan demikian, kuranglah para penganut agama secara main-main' yang berani untuk keluar masuk ke dalam
agama Islam. Semua orang mungkin boleh sesuka hati keluar dan masuk Kristian, Hindu, Budhha tetapi mereka tidak
boleh berbuat demikian dengan Islam. Dengan undang-undang ini, Islam lebih terjaga.
2. Sifat Islam Sebagai Agama Atas Asas Ilmu
Oleh kerana Islam adalah sebuah cara hidup atau agama yang amat mementingkan ilmu. Islam mengarahkan semua
individu yang ingin mendekati atau menganuti Islam agar mendekatinya dengan ilmu dan kefahaman yang jitu,
bukan dengan emosi dan kehendak semata-mata. Perlu dibezakan pemilihan agama dengan pemilihan sesuatu yang
lain. Justeru keputusan memasukinya adalah beserta tanggngjawab kefahaman yang jitu tentang Islam itu sendiri.
3. Menjaga Kesucian Dari Digugat

Kewujudan undang-undang larangan keluar Islam (murtad) juga amat relevan jika dilihat dari sudut logik demi
survival dan kesucian sebagai sebuah agama. Dengan itu ia akan mengelakkan perancangan licik man-mana gerakan
musuh Islam, yang merancang untuk menganut Islam dan kemudiannya keluar beramai-ramai dengan niat mencemar
imej Islam.
Sebagai contoh logik, lihat apa yang dilakukan oleh George Soros kepada matawang Malaysia, dia membeli
matawang Malaysia sebanyak-banyaknya dan kemudian menjualnya sekaligus, menyebabkan nilai matawang
Malaysia jatuh teruk serta tergugat. Benar, agama tidak seperti matawang tetapi sesebuah agama yang boleh keluar
masuk dengan mudah, tanpa displin dan undang-undang adalah bukan sebuah agama yang bernilai.
4. Kaunseling Proses Penting
Bagi mereka yang benar-benar ingin keluar dari Islam bukan kerana dengki dan rancangan jahat terhadap Islam,
mereka akan mendapat privilege untuk berbincang dengan ilmuan Islam yang berkelayakan, untuk benar-benar
menyemak semula sebab-sebab yang mencetus keinginannya untuk keluar dari Islam. Ini adalah satu proses
kaunseling yang dinamakan istitab'. Tempohnya boleh mencecah 3 hari sehingga seumur hidup bergantung kepada
keadaan dan keputusan pemerintah Islam dalam menilai seseuatu kes dan individu.
Namun tidak dinafikan berkemungkinan sewaktu tempoh kaunseling itu, individu itu telah pun keluar dari Islam,
walaupun begitu tidak semestinya hukuman bunuh serta merta akan dilaksanakan, khususnya jika tiada sebarang
kempen memburukan Islam. Sepanjang tempoh itu, kaunseling boleh terus berjalan. Usaha membawa dirinya untuk
kembali yakin dengan Islam berterusan.
5. Keluar Islam Secara Senyap' & Bising'
Bagi yang tetap pendirian walau apa juga jenis kaunseling yang diberi, pemerintah Islam juga tidak akan mengambil
tindakan ke atas mereka jika keluarnya mereka secara senyap sunyi tanpa kempen dan memperlecehkan Islam.
Hakikatnya di Malaysia sudah amat ramai yang keluar dari Islam dengan cara ini. Adakah mereka dihukum bunuh!?
Tidak !, ini disebabkan tiadanya pelaksanaan hukum hudud di Malaysia dan malah jika ada sekalipun, dia tetap tidak
dihukum kerana ia berlaku di luar pengetahuan pemerintah. Hukuman tatkala itu hanya akan bermula di alam
kuburnya sehingga akhirat.
Tindakan hukuman (dalam sesebuah Negara yang melaksanakan hukum Islam) hanya akan pasti dilaksanakan
berpunca dari tindakannya yang memperlecehkan dan memburukkan Islam, tindakan ini sama seperti menyerang
dan mengkhianati Islam dan seluruh penganutnya, itulah erti keluar Islam dengan 'bising'.
Malah jika mengikut logik sekalipun, dalam sesebuah negara maju dan rakyat berpendidikan, sudah tentu semua
kita dilarang untuk mengutuk sesama agama lain secara terang-terangan kerana ia tidak mendatangkan kecuali
keburukan dan kebahayaan yang besar. Allah swt sendiri melarang mencerca sembahan-sembahan selain Allah yang
dilakukan oleh penganut agama lain. (Rujuk Surah al-An'am : 108)
Pun begitu, tentunya setiap hari dan waktu, akan sentiasa ada musuh-musuh dan pembenci Islam yang mencerca
Islam dan Allah swt Islam secara tertutup, di rumah -rumah mereka, di sekolah mereka atau di dalam kelompok
mereka. Hal yang sama turut berlaku di dalam kelompok Islam, mereka mencerca agama lain secara tertutup.
Itu adalah perkara biasa yang tidak dapat dielakkan di dalam kehidupan manusiawi. Ia turut berlaku di zaman nabi
s.a.w, orang munafiq amat kerap mengutuk Nabi dan Islam secara tertutup walaupun dipimpin oleh manusia yang
sehebat nabi Muhammad s.a.w.
PENUTUP
Demikian sedikit ulasan yang mampu dan sempat saya berikan bagi sesiapa yang masih keliru berkenaan hal ini,
KHSUSNYA di kalangan orang bukan Islam. Juga bagi mereka yang merasa Islam kurang toleran kerana boleh masuk dan

tidak boleh keluar. Harapan saya ulasan ini akan dapat memberikan sedikit kejelasan. Para pembaca dialukan untuk
memberikan lain-lain hujah minda, semoga ia dapat dimanfaatkan oleh saya, juga pembaca lain.
Bagi pembaca Islam yang lebih cenderung mencari dalil dan rujukan serta istilah arab. Jika anda terfikir adakah isi
kandungan tulisan saya ini mempunyai sandaran dalil dan hujjah para ulama Islam. Saya jawab ringkas, YA. Cuma tidak
saya nyatakan untuk memudahkan. Sebahagian hujah dan dalil sila baca artikel saya berikut dan satu lagi hasil
penulisan penulis tamu ( Jawapan Kekeliruan Penentang Hukum Murtad )
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
03 Rejab 1430 H
26 Jun 2009 M

Anda mungkin juga menyukai