Anda di halaman 1dari 33

Pengenalan Ilmu Ketamadunan

KULIAH 1
-Definisi tamadun
-Ciri-ciri utama tamadun
-Hubungan antara tamadun
dengan agama,
budaya dan bangsa

Hasil Pembelajaran Kuliah 1


Di akhir kuliah ini pelajar akan dapat:
1.Menjelaskan pengertian tamadun dari
perspektif Islam, Barat & Melayu
2.Membezakan hubungan antara tamadun
dengan agama, budaya dan bangsa
3.Menghuraikan ciri-ciri asas pembentukan
tamadun

Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Tamadun membawa erti pencapaian kemajuan dari segi


pembangunan fizikal di samping pemupukan tingkah laku
yang baik.

Perbezaan Ilmu ketamadunan dan


Sejarah Tamadun
Ilmu Ketamadunan
1.Membincangkan teori,
konsep asas, ciri serta
sifat tamadun secara
konseptual, teoritikal
dan abstrak.
2.Tidak terikat dengan
batasan zaman

Sejarah tamadun
1.Merujuk kepada
pengalaman yang
dilalui oleh sesuatu
tamadun dari segi
pencapaian, jatuh
bangun, kemajuan dan
kemunduran.
2. Dibatasi oleh faktor
masa

Komponen penting dalam pengajian


ilmu ketamadunan
Agama
Falsafah
Kajian bandar
Sosiologi
Antropologi
Kebudayaan
Sains dan teknologi
Seni dan sastera

Kesimpulan- maksud pengajian


ketamadunan
Suatu bidang yang sangat hidup, anjal, luas
dan bersifat taut menaut antara disiplin dengan
kepelbagaiannya.
Bidang yang merentasi perbincangan tentang
masa lampau, masa kini dan masa depan.
Suatu bidang yang dinamik dan sentiasa
berkembang mengikut peredaran masa.

Takrif Tamadun

Tamadun
menggambarkan taraf
pencapaian kemajuan
rohani dan jasmani
sesebuah masyarakat
khususnya dari sudut
pengetahuan dan
fizikal.

Takrif tamadun

Asal perkataan tamadun


Tamadun
Maddana-perbuatan membuka bandar atau
Memperhaluskan budi pekerti
Madani-sifat sesuatu yang berkaitan dengan
satu cara hidup yang menzahirkan kehalusan
Budi pekerti yang terpuji
Maddana dan madani berasal daripada
perkataan din yang bermaksud agama atau
kehidupan beragama

Aspek penting dalam pengertian tamadun


Kehalusan budi pekerti
Pembangunan pembandaran atau
penempatan.

Kesimpulan-Takrif Tamadun
Pencapaian dan pembangunan dalam aspek:
perlakuan
Pemikiran
Kemajuan yang tinggi
Luhur
Baik
Halus dan sopan
Sifat-sifat di atas perlu ada pada individu dan
masyarakat untuk membentuk sebuah
masyarakat dan negara bangsa.

Pelopor dalam bidang pengajian peradaban


Jurji

Zaidan (m. 1914)


Farid Wajdi (m.1954)
Muhammad Abduh (m. 1905)
Malrk Bennabi (m. 1973)

Istilah Tamadun oleh Jurji


Zaidan dan Muhammad Abduh
Beliau menggunakan istilah tamadun.
Karya yang masyhur berkaitan dengan
tamadun telah ditulis oleh beliau iaitu
Tarikh al-Tamaddun al-Islami.
Muhammad Abduh pula menggunakan
istilah madaniyyah dalam mendefinisikan
makna tamadun.

Takrif tamadun oleh Ibn Khaldun


Beliau menakrifkan Konsep umran
diperkenalkan dengan
tamadun dengan
mengemukakan
Perkataan umran
model keseimbangan
Tamadun bagi memenuhi
tuntutan tabii
manusia, jasmaniah
dan rohaniah

Model peradaban
ini termasuk biologi
spriritual dan
fitrah manusia

Konsep umran badawi dan


umran hadari oleh Ibn Khaldun
-Konsep ini diperkenalkan oleh Ibn Khaldun
bagi memperlihatkan proses yang yang
dilalui oleh sesebuah masyarakat dalam
menuju peradaban.
-Untuk maju manusia perlu bergerak
daripada badawi kepada hadari.

Teori kitaran sesebuah


peradaban oleh Ibn Khaldun
Kemerosotan tamadun

Generasi pertama- memiliki


semangat juang dan
solidariti sosial yang tinggi

Generasi terakhirMula lemah, dilingkungi


kemewahan hilang adab,

Generasi pertengahanMemiliki daya intelek,


ilmu dan kemahiran

Tamadun menurut perdendaharan kata


bahasa Melayu

Tamadun

Peradaban

-Keluhuran nilai
-Peningkatan kehidupan masyarakat

Istilah tamadun dalam bahasa Inggeris

Civilization

Tahap sesuatu
masyarakat dan
budaya yang
kompleks.

Ciri Tamadun
Wujud sistem kepercayaan
Penempatan kekal
Peningkatan kualiti hidup
Sistem organisasi
Bahasa
Sistem perundangan
Peningkatan daya cipta

Wujud sistem kepercayaan


Manusia memerlukan
agama dalam hidupnya.
Agama menjadi panduan
dalam kehidupan
manusia

Penempatan Kekal
-Manusia memerlukan penempatan untuk hidup dan menjalankan
avtiviti ekonomi dan kemasyarakatan
-Pemilihan kawasan yang mempunyai ciri-ciri geografi akan dapat
membantu masyarakat mendapatkan bekalan makanan, air dan
sebagainya.
-Kawasan yang subur merupakan kawasan yang sesuai untuk
pertumbuhan tamadun.
-Contoh tamadun yang maju bermula di lembah sungai iaitu,
tamadun Mesir, tamadun Cina, tamadun Sumeria, tamadun Indus
dan lainnya.

Peningkatan kualiti hidup

Manusia
perlu
berubah ke arah
yang lebih baik
dari segi ekonomi
bagi meningkatkan
kualiti kehidupan.

Sistem organisasi
-Pengkelasan

atau susun atur


dalam masyarakat merupakan
suatu ciri yang melambangkan
perkembangan
sesebuah
tamadun.
-Setiap
ahli
masyarakat
mempunyai fungsi dan tugas
dalam
hidup
dan
melaksanakannya
tanpa
mengganggu tugas orang lain.

Bahasa dan tulisan


-Masyarakat
perlu
sistem
tulisan
untuk
berinteraksi
sesama
sendiri dan komunikasi akan
lebih meluas dan efektif.
-Tulisan
dalam
tamaduntamadun awal hanya difahami
oleh komuniti setempat.
-Kemunculan sistem tulisan
melambangkan ketamadunan
sesuatu masyarakat .

Sistem perundangan
Sistem perundangan
penting bagi
menjamin kestabilan
hidup masyarakat

Peningkatan daya cipta


- Peningkatan daya cipta
dalam sains dan teknologi
selaras
dengan
perkembangan
ilmu
pengetahuan
sesebuah
masyarakat.
-Bagi memajukan tamadun,
masyarakat
perlulah
menggunakan kecanggihan
teknologi
terkini
bagi
memudahkan
kehidupan
mereka.

Kepercayaan, agama dan tamadun

Kehidupan
beragama
merupakan
ciri
penting
dalam masyarakat yang
bertamadun
-Agama
mempengaruhi
kehidupan manusia dari segi
akhlak,
tingkah
laku,
perbuatan dan tindakan

Pandangan sarjana terhadap kepentingan agama


dalam tamadun
Arnold Toynbee- In the course
if its evolution, a civilization produced, among
others things, a universal state and higher
form of religion.
Edward Sullivan- Muslim civilization was
the product of Muslim religion
Muhammad Abduh- Semua tamadun
dibangunkan atas asas agama.
Ali Shariati- Peranan Islam sebagai faktor
utama dalam tamadun Islam

Hubungan tamadun dengan budaya


Dalam kehidupan bertamadun masyarakat
dicirikan sebagai masyarakat yang memiliki
budaya yang tinggi dan terpuji.
Nilai ini merujuk kepada kehalusan budi dan
kesempurnaan moral dalam kehidupan

Perbezaan tamadun dengan budaya


Pakaian-budaya

Pengaruh tamadun
kekal lama berbanding
budaya
Tamadun melampaui
batas-batas
kenegaraan, budaya
dikaitkan dengan
negara dan wilayah
tertentu sahaja.

Tarian naga -budaya

Tamadun dan Bangsa


Bangsa mempunyai pertalian yang
rapat dengan sejarah, tradisi dan
budaya kawasan georafi tertentu.
Tamadun bersifat universal merentasi
sempada geografi dan melampaui
bangsa dan kebangsaan.
Contoh: tamadun Islam berkembang
di Alam Melayu walaupun bermula
di tanah Arab

Kesimpulan
Tamadun melambangkan
kemajuan hidup manusia
dari segi spiritual dan
material.
Ciri-ciri
tamadun
menjelaskan
bahawa
manusia perlu perubahan
untuk hidup maju.
Tamadun berkait rapat
dengan agama, budaya dan
bangsa.

Anda mungkin juga menyukai