Anda di halaman 1dari 8

Solat Dalam Keadaan Takut / Berperang

Solat Khauf iaitu solat dalam keadaan yang sangat takut. Solat Khauf
adalah kemudahan yang tidak terdapat dan tidak boleh dilaksanakan di
dalam solat-solat yang lain. Solat Ketakutan ini adalah solat yang
dilakukan dalam keadaan suasana peperangan kerana bimbang akan
diserang musuh.
Firman Allah :










Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan
mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan solat dengan
(menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka
berdiri (mengerjakan solat) bersama-samamu, dan hendaklah
mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila
mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang
(untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak
yang lain (yang kedua) yang belum solat (kerana menjaga serbuan
musuh), maka hendaklah mereka bersolat (berjamaah) bersamasamamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga
serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir
memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda
kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu
beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa
meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu
yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan
hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya
Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang
amat menghina. (Surah An-Nisa 4; Ayat 102)

.
Ulamakulamak fiqah telah bersepakat tentang adanya ketetapan syarak
mengenai solat khauf ini, Khauf bagi mereka bukan semata-mata
takut kepada serangan musuh malah termasuk juga khauf (takut)
dari ancaman kebakaran dan juga binatang-binatang buas dan lainlain lagi daripada ancaman yang boleh menyebabkan kemusnahan
dan kehancuran.
.
Allah berfirman:







Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka solatlah sambil
berjalan kaki atau naik kenderaan. (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 239)
.

Bila Dan Dimana ?


Solat Khauf boleh dilakukan dimana saja, tanpa mengira masa, tempat dan
keadaan.
1. Solat dilakukan mengikut keadaan seseorang pada ketika itu.
2. Boleh dilakukan sama ada secara berlari, berjalan, meniarap atau
berkenderaan.
3. Rukuk dan sujud dilakukan dengan isyarat.
4. Boleh melakukan solat tanpa menghadap kiblat.
.
Daripada Ibnu Umar r.a. katanya: Nabi Muhammad bersabda: Jika
keadaan itu terlalu gawat, bolehlah solat secara berdiri, berjalan
atau berkenderaan, menghadap kiblat ataupun tidak. (Hadis
Riwayat Al-Bukhari r.a.)
.

Batal Solat Khauf


.
Perkara-perkara yang membatalkan Solat Khauf:
1.
2.
3.
4.

Terbatal wuduk ketika sedang solat


Menjerit dan melaung (sekiranya tidak diperlukan)
Melakukan banyak pergerakan yang tiada kaitan dengan peperangan
Keluar darah yang banyak tidak menjejaskan solat (di sisi mazhab
Maliki tetapi imam Syafie ia membatalkan solat kecuali kerana
terpaksa atau darurat) maka ianya dimaafkan.
.
.
.

Cara Solat Khauf


.
Islam cukup menitikberatkan solat dan ianya harus ditunaikan kerana ia
merupakan kewajipan ke atas setiap muslim.dalam apa jua keadaan yang
berlaku sama ada ketika sakit, keuzuran atau pun ketika di medan
peperangan.dengan cara-cara yang telah ditetapkan.
Ciri-ciri asas solat itu secara berjemaah sama dengan solat qasar dan jamak.
Solat ketika perang tidak begitu banyak perbezaan kecuali makmum dapat
bergerak, menangguhkan solat dan menyambung semulanya selepas
berperang.
.

Tiga Keadaan Cara Solat Khauf


.
Solat Khauf dilakukan mengikut tiga keadaan iaitu solat ketika :
1. Musuh datang dari arah kiblat,
2. Musuh datang dari arah bertentangan kiblat,
3. Musuh datang dari semua arah.
.
Caracara menunaikan Solat Khauf dapat simpulkan kepada dua
keadaan:
.
a.

Sebelum Tercetus Peperangan

b.

Ketika Hangat Berperang


.
.

A.

Sebelum Tercetus Peperangan (Situasi Berjaga-Jaga)


.

Terdapat dua cara yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah dalam situasi
berjaga-jaga, mengikut keadaan kedudukan arah musuh:
.

1) Musuh Berada Di Arah Qiblat


.

Cara ini telah disepakati oleh imam Shafie dan Ahmad serta para
pengikutnya,
cuma
mereka
meletakkan
beberapa
syarat
untuk
menunaikanya, iaitu :
a) Bilangan tentera Islam itu lebih ramai.
b) Tentera musuh tidak mampu membuat serangan hendap ketika solat
berlangsung.
c)
Boleh dipecahkan kepada beberapa kumpulan jika bilangan tentera
Islam melebihi daripada 6 orang.
.
.

Saf Solat Khauf

Imam perlu membahagikan anggota tentera kepada dua


kumpulan,

Sekurang-kurangnya ada tiga orang dalam setiap kumpulan.

Dua kumpulan akan membuat saf di belakang imam,

Setiap kumpulan tersebut boleh terdiri daripada beberapa saf.


.
.

Cara Solat Khauf dalam situasi sebegini adalah seperti berikut:


.
1. Imam akan memulakan solat dengan mengadap ke arah Qiblat bersama
dengan kedua-dua kumpulan.
2. Apabila tiba pada rukuk di rakaat yang pertama, hanya kumpulan
pertama sahaja yang akan turut rukuk bersama imam.
3. Kumpulan yang kedua pula terus berdiri (dalam keadaan iktidal) bagi
memantau keadaan sekeliling dan menjaga pertahanan, kalau-kalau ada
gerakan baru atau serangan dari pihak musuh.

4. Setelah imam dan bahagian pertama bangkit untuk rakaat yang kedua,
mereka pula terus berdiri (dalam keadaan iktidal) bagi memantau dan
menjaga pertahanan keadaan sekeliling.
5. Kumpulan kedua pula akan turun menyempurnakan rakaat pertama
secara bersendirian hinggalah mereka mendapatkan imam semula pada
rakaat yang kedua.
6. Pada rakaat ini, imam akan rukuk diikuti dengan kumpulan yang kedua
sahaja akan turut bersamasama dengan imam, manakala kumpulan yang
pertama tadi akan tetap berdiri (iktidal).
7. Apabila imam dan kumpulan yang kedua sampai ke tahiyyat akhir,
barulah mereka akan menyempurnakan rakaat yang kedua secara
bersendirian dan mendapatkan imam di tahiyyat akhir (yang mana imam
hendaklah menunggu kumpulan pertama dengan memanjang doa).
8. Akhir sekali imam akan memberi salam bersama-sama dengan kedua-dua
kumpulan tersebut.
.
.
.

2) Musuh Tidak Berada Di Arah Qiblat


.
Cara Solat Khauf dalam situasi ini pula disepakati oleh Imam Syafie , Imam
Maliki dan Imam Hambali, ianya adalah seperti berikut:
.
1. Imam akan membahagikan tentera kepada dua kumpulan; kumpulan
yang pertama akan solat bersamanya manakala kumpulan yang kedua akan
kekal mengawasi keadaan.
2. Imam pada permulaannya akan solat bersama kumpulan yang pertama
untuk rakaat yang pertama sekiranya solat dua rakaat atau solat qasar, dan
dua rakaat pertama sekiranya solat genap (empat rakaat).
3. Sesudah itu imam akan bangkit untuk rakaat seterusnya dan berdiri bagi
menunggu kedatangan kumpulan yang kedua.

4. Kumpulan pertama akan niat berpisah dengan imam (niat mufaraqah)


dan menamatkan solat masing-masing secara bersendirian, kemudian
bergerak manggantikan tempat kumpulan kedua yang tadinya mengawasi
keadaan.
5, Kumpulan yang kedua pula akan memulakan solat bersama imam (yang
mana imam sedang berada di rakaatnya) hinggalah sampai ke tahiyyat akhir
(bagi imam).
6. Imam akan memanjangkan doa dalam tahiyyat akhir bagi menunggu
kumpulan kedua menyempurnakan baki rakaat mereka masing-masing
sehinggalah mereka juga sampai di tahiyyat akhir dan imam akan memberi
salam bersama-sama dengan mereka.
7. Kumpulan pertama akan mendapat kelebihan (fadhilat) takbirratul-ihram
bersama-sama dangan imam, manakala kumpulan kedua pula mendapat
kelebihan memberi salam bersama-sama imam.
.
.
.

B.

Ketika Hangat Berperang


.

Sekiranya peperangan tercetus dengan dahsyatnya, sedangkan waktu solat


hampir ke penghujungnya manakala pihak musuh pula tidak menunjukkan
tanda-tanda untuk menghentikan serangan dan keadaan juga seolah-olah
tidak memberikan peluang untuk bersolat Khauf secara berjamaah.
.
Dalam keadaan demikian :
.
1. Dikecualikan dan dimaafkan untuk tidak menghadap Qiblat kerana
darurat.
2. Di waktu ini dibolehkan untuk solat dengan isyarat kepala, tangan, jari
atau hati sahaja.

3. Dibolehkan tidak melaksanakan rukun-rukun fili (perbuatan seperti


rukuk, sujud dan tahyat).
4. Dibenarkan untuk bergerak lebih tiga kali berturut-turut seperti
berjalan, berlari, memukul, menikam dan menembak.
5. Diharuskan juga memegang senjata walaupun terdapat najis padanya.
6. Dibolehkan bercakap, bertempik dan berteriak tanpa membatalkan
solat jika ada keperluan yang mendesak.
7. Dimaafkan ada pendapat solat yang sedemikian wajib diqada dan ada
pula pendapat laian mengatakan tidak perlu diqadha.
.
Firman Allah :





Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada
waktunya) segala solat fardu, khasnya solat Wusta (solat Asar), dan
berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan
khusyuk. Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka solatlah
sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah
aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan
mengerjakan solat secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah
telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.
(Surah Al Baqarah 2; Ayat 238-239)
.
.

Wallahu Alam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Anda mungkin juga menyukai