Anda di halaman 1dari 6

CONTOH TAJUK PIDATO BAHAGIAN B (SPONTAN)

1. Rakyat Berilmu Negara Maju


2. Bersama Merayakan Bulan Kemerdekaan Negara
3. Malaysia Negara Terbilang
4. Pengorbanan Rakyat Terhadap Nebara
5. Sukan Memartabatkan Negara
6. Rakyat Setia Negara Sejahtera
7. Disiplin Diri Menjayakan Wawasan
8. Malaysia Di Puncak Gemilang
9. Perpaduan Teras Kemajuan Negara
10. Negara Maju Acuan Malaysia
11. Erti Kemerdekaan Kepada Pelajar
12. Iktibar Sejarah Negara Kita
13. Pendidikan Maju Negara Makmur
14. Bersyukur Amalan Yang Mulia

Pidato Spontan: masa- 3 minit.


Cikgu kk
Masa itu emas.
Masa itu ibarat emas. Oleh itu, kita mestilah menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dengan tidak
melakukan aktiviti yang boleh merugikan. Gunakanlah masa lapang kepada perkara-perkara yang lebih
berfaedah.
Pada masa cuti sekolah, kita boleh menggunakan masa lapang itu untuk melakukan pelbagai aktiviti yang
berfaedah seperti menolong ibu bapa di rumah. Kita boleh membantu mereka dengan mengemas rumah,
menyiram pokok bunga, menolong ibu memasak dan lain-lain lagi. Ini dapat meringankan tugas ibu bapa
dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kita.
Selain itu, masa lapang haruslah kita gunakan untuk membaca atau mengulang kaji pelajaran. Aktiviti ini
boleh menambahkan kemahiran dan kecekapan kita dalam sesuatu mata pelajaran. Kita juga akan dapat
membaiki kelemahan dalam pelajaran
Selain itu, jika ada kesempatan, kita boleh berkelah bersama keluarga. Dengan berkelah, kita dapat
merehatkan fikiran dan menyegarkan minda setelah penat berlajar. Apatah lagi berkelah juga dapat
mengeratkan tali persaudaran kerana kita dapat melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti
bermain, makan dan sebagainya bersama keluarga
Masa lapang terutamanya pada musim cuti sekolah juga boleh kita gunakan untuk berkunjung ke rumah
saudara-mara. Ini dapat mengeratkan persaudaraan antara saudara mara, di samping dapat melancong dan
menikmati keindahan alam.
Kesimpulannya, masa amat berharga. Justeru, hargailah masa demi kehidupan yang lebih sempurna. Masa
cuti sekolah atau masa lapang boleh dilalui dengan perkara yang tidak sia-sia apabila kita menghargai
masa.
Budaya Penyayang
Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Ungkapan ini memberikan seribu pengertian dan gambaran
yang sangat bererti kepada seluruh insan di dunia ini tentang masyarakat penyayang yang perlu dipupuk
dan dibenamkan dalam sanubari kita selagi kita bergelar makhluk berakal yang dianugerahkan oleh
Tuhan.
Pembentukan masyarakat yang penyayang akan memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia. Seperti yang diketahui umum, masyarakat penyayang menggambarkan
masyarakat Malaysia yang hidup dengan berlandaskan nilai kasih sayang antara satu sama lain. Mereka
saling membantu kerana ikatan ukhuwah sentiasa tertanam dalam naluri dan sanubari mereka. Contohnya,
amalan berkunjung ke rumah rakan-rakan berlainan agama pada musim perayaan merupakan salah satu
contoh amalan yang berjaya memupuk semangat muhibah dan perpaduan kerana rakyat masing-masing
memupuk nilai penyayang Melalui nilai murni sebegini jelas terlihat mereka mengamalkan hidup sandarmenyandar umpama aur dengan tebing. Jadi, sesuai dengan gagasan Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan cetusan idea Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
untuk melahirkan masyarakat penyayang yang mengamalkan konsep Satu Malaysia akan terlaksana
dengan jayanya.
Ikatan silaturahim bertambah erat apabila ahli keluarga memainkan peranan terutamanya ibu bapa
menjadi suri teladan kepada anak-anak.
Kesimpulannya, masyarakat penyayang banyak memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan
negara. Dengan ini, saya mencadangkan supaya kita perlu menggembleng tenaga untuk meningkatkan
usaha ke arah masyarakat penyayang bagi mewujudkan negara bangsa yang cemerlang, gemilang, dan
terbilang.

Menghormati Orang tua


Semua orang sedar bahawa pada suatu hari nanti kita juga akan menjadi seorang tua.
Sukakah kita kalau generasi muda tidak menghormati kita? Jawapannya pastilah tidak Oleh itu, kita
sewajarnya
menghormati
warga
tua
yang
telah
banyak
berjasa
kepada
kita.
Orang tua sememangnya telah banyak menaburkan jasa kepada kita Contohnya kedua-dua ibu bapa kita.
Sepanjang masa mereka telah mengasuh menyara hidup kita dan memberikan pendidikan kepada kita
agar kita menjadi manusia yang berguna. Orang tua ibarat payung yang melindungi kita terutama ketika
kita masih kecil. Kita seharusnya menghormati orang tua tanpa mengira bangsa dan agama.
Selain ibu bapa kita, guru-guru dan para pemimpin negara harus kita hormati juga. Cuba kita bayangkan
kehidupan kita tanpa mereka. Mereka telah banyak berkorban bagi menjadikan kita generasi yang berilmu
dan berguna. Sebagai generasi yang berhemah tinggi kita perlulah mempunyai rasa hormat terhadap
mereka
dan
warga
tua
yang
lain.
Untuk menghormati warga tua bukannya susah. Kita perlulah memiliki nilai-nilai luhur seperti beradab
sopan, lemah-lembut tidak meninggikan suara dan senantiasa menjaga perasaan mereka.
Akhir sekali saya menyeru kepada generasi muda agar menghormati warga tua. Amalan ini bukan saja
amalan mulia malah dituntut oleh setiap agama.

Perpaduan Teras Kemajuan Negara


Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke semasa.
Usaha ini amat penting dilakukan untuk memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara. Perpaduan
rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa
menyelesaikan masalah secara musyawarah. Persoalannya ialah apakah langkah-langkah yang perlu
dilaksanakan bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan dan ditingkatkan?
Satu daripada langkah yang perlu dilakukan ialah rakyat Malaysia haruslah mempunyai nilai-nilai murni
yang tinggi terutamanya nilai toleransi. Hal ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang
pertelingkahan atau perselisihan faham yang akan memecahbelahkan rakyat Malaysia.
Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan yang penting dengan mengadakan
pelbagai kempen untuk meningkatkan perpaduan.
Pertubuhan seperti Rukun Tetangga pula seharusnya mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan
pelbagai kaum. Melalui aktiviti tersebut, rakyat pelbagai kaum akan dapat saling memahami budaya
kaum yang lain. Dengan ini, perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Ibu bapa pula merupakan orang yang
terdekat dengan anak-anak. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka
dengan nilai-nilai yang murni seperti toleransi.
Sebagai konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu ibarat ke bukit sama-sama didaki, ke lurah
sama-sama dituruni untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dikekalkan.

Bersyukur Sebagai Rakyat Malaysia


"Sebagai rakyat Malaysia,saya berasa bersyukur menjadi anak Malaysia. Saya berterima kasih kepada
pemimpin Negara Malaysia yang bertungkus-lumus untuk mencapai kemerdekaan.Tanpa tokoh-tokoh
pejuang kerana tidak mungkin kita bebas daripada penjajahan. kami juga berterima kasih kerana telah
dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga
dan sentiasa menjaga nama baik Negara. Kita hendaklah sentiasa bersyukur dan menghargai jasa-jasa
pemimpin yang telah berjuang untuk membebaskan Negara kita daripada jajahan kuasa asing.Rakyat juga
harus memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran Negara.
Dengan adanya pemimpin yang berwibawa dan sanggup berkorban untuk Negara, keselamatan rakyat
akan sentiasa terjamin. Saya berasa bangga menjadi anak Malaysia kerana Malaysia mempunyai rakyat
yang berbilang kaum dan agama.Walaupun berbilang kaum dan agama,rakyat Malaysia hidup dalam
keadaan yang aman dan harmoni. Oleh itu, kita haruslah mengharumkan nama Negara dalam pelbagai
bidang seperti sukan, pendidikan, teknologi, dan lain-lain yang boleh mengharumkan nama Negara kita.
Sebagai contoh Nicol Ann David yang cemerlang dalam sukan skuash dan sekali gus menjadi pemain
nombor satu di dunia. Kita boleh! Sekian terima kasih

Erti Kemerdekaan Di Kalangan Pelajar


Saya bangga menjadi anak Malaysia kerana Negara kita telah bebas daripada jajahan British.Saya juga
berasa amat bertuah tinggal di Malaysia ini kerana Negara ini aman dan makmur.Saya amat beruntung
mempunyai Perdana Menteri yang adil dan saksama.Saya juga berasa bangga kerana Negara Malaysia ini
telah mencapai Kemerdekaan yang ke-55.Demi Negara yang tercinta,saya sanggup berkorban untuk
menjaga keamanan Negara Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia,saya berasa bangga menjadi anak
Malaysia. Saya berterima kasih kepada pemimpin Negara Malaysia yang bertungkus-lumus untuk
mencapai kemerdekaan. Kepada rakyat Malaysia, pertahankanlah kemerdekaan Negara kita yang ke-55
tahun. Demi Negara yang tercinta ini, kami ingin berterima kasih dengan mengharumkan nama Malaysia
di mata dunia. Saya juga berterima kasih kepada perjuang-perjuang Malaysia yang sanggup berkorban
masa, harta mahupun nyawa demi tanah air yang tercinta. Kami juga ingin berterima kasih kepada rakyat
Malaysia yang membantu Negara kita untuk memajukan Malaysia dalam pelbagai bidang. Sempena
menyambut sambutan hari Kemerdekaan yang ke-55,saya hendak menyeru agar rakyat Malaysia
mempunyai semangat patriotisme.Saya berharap agar Negara ini akan berkembang maju dari segi
ekonomi dan aman damai kepada masyarakat di Negara Malaysia ini.

Rakyat berlimu Negara maju/ pendidikan maju Negara makmur


Ingatkah kita sewaktu kecil, ibubapa menyuruh kita rajin belajar. Malah Plato dan Confucius juga menuls
dalam kitabnya tentang kepentingan menuntut ilmu. Pendidikan merupakan satu asset penting dalam
memberikan Negara maju dan makmur.
Masyarakat yang berilmu dapat melatih mereka berfikir dengan lebih luas dan rasional. Melalui
pendidikan pengetahuan dan maklumat dapat digunakan untuk faedah bersama. Tanpa pengetahuan ,
capaian akses seperti internet dab bahan ilmiah seperti buku dan majalah tidak mungkin dapat digunakan.
Tanpa pengetahuan manusia ibarat katak dibawah tempurung. Tak tahu apa yang terjadi di sekeliling dan
tak mahu tahu apa yang berlaku.
Orang yang berpendidikan tidak semestinya mencapai 100% markah tetapi orang yang berpendidikan
ialah orang yang yakin dan berani untuk merujuk pengetahuan diri dan tidak menciplak idea orang lain.
Orang yang berilmu juga mempunyai nilai moral yang tinggi dan sentiasa untuk membantu
membangunkan Negara. Pendidikan juga dapat membasmi kemiskinan, buta huruf yang merupakan
halangan kekal dalam proses pembangunan.
Dengan adanya ilmu pengetahuan juga dapat meningkatkan bidang sains dan teknologi. Ia juga dapat
memberikan pekerjaan kepada manusia seperti peguam, doctor, guru dan lain-lain.
Kesimlulannya, Masyarakat yang berilmu dapat melatih mereka berfikir dengan lebih luas dan rasional.
Melalui pendidikan pengetahuan dan maklumat dapat digunakan untuk faedah bersama. Tanpa
pengetahuan , capaian akses seperti internet dab bahan ilmiah seperti buku dan majalah tidak mungkin
dapat digunakan. Tanpa pengetahuan manusia ibarat katak dibawah tempurung. Tak tahu apa yang terjadi
di sekeliling dan tak mahu tahu apa yang berlaku.

Malaysia Negara terbilang


Teringat ketika tangan ini menyelak halaman buku atlas ketika di perpustakaan ,mengamati betapa
kecilnya Malaysia yang terpelosok di Asia tenggara. Namun jangan disangka kecil2 cili berapi, kini
Malaysia adalah sebuah Negara gah di seantero dunia. Bak kata orang2 tua..duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi.
Malaysia Negara terbilang membawa maksud yang mendalam iaitu keberjayaan Malaysia mencipta
nama dalam semua bidang sama ada ekonomi, politik dan social. Ekonomi Malaysia terus kukuh teguh
dengan hasil kebijaksanaan pemimpin yang berdedikasi. Malah kestabilan politik di Malaysia yang
menjadi lambing keamanan dunia dicemburui oleh Negara-negara luar. Meskipun banyak parti politik di
sini, namun mereka masih bersatu di dalam dewan parlimen dalam usaha untuk menjana kemajuan
Negara.
Dalam aspek social, merangkumi sains dan teknologi, Negara kita dihormati dunia dalam penciptaan,
penyelidikan dan inovasinya yang mampu memberi manfaat kepada alam dan hidupan.
Selain itu, kita juga cemerlang dalam bidang sukan dan penganjuran. Lihat saja jaguh2 kita yang telah
mengharumkan Negara seperti Datuk Nicol David, datuk Lee Chong Wei, Azizul Hasni Awang dan
Pasukan Harimau Malaya yang Berjaya menumpaskan pasukan Singapura baru-baru ini.
Kesimpulannya, kita perlu sedar, kematangan Negara semakin menyerlah dengan semangat waja yang
ditunjukkan olehh pemimpin dan keazaman rakyat tercinta. Saya suka mengajak rakan2 sekalian untuk
bersama menabur bakti dan menjadikan Negara sebagai yang terbilang di mata dunia.

Bersama merayakan bulan kemerdekaan


Perjuangan untuk memerdekakan Negara daripada belenggu penjajah untuk kedamaian kemudian untuk
mempertahankannya adalah sifat-sifat yang perlu dipuji dan disanjung tinggi oleh kita semua. Oleh itu
dalam menganang kembali sejarah kemerdekaan di Negara kita, janganlah kita lupakan pengorbanan
parapejuang kemerdekaan yang telah membuka jalan ini kepada kita. Tidak ada Negara yang mempunyai
masyarakat majmuk yang dapat hidup dalam keadaan tenteram, harmoni dan saling bantu membantu
antara satu sama lain seperti mana dinikmati oleh Negara kita.
Justeru, marilah kita bersama-sama merayakan bulan kemerdekaan dengan mengbarkan jalur gemilang
dan mengekalkan perpaduan yang wujud dengan mengelakkan perasaan curiga mencurigai sesame kita,
kekalkanlah permuafakatan yang telah wujud sejak lebih 50 tahun yang lalu sebagai kunci kecemerlangan
yang akan dating.
Sehubungan itu, semangat kenegaraan dan mencintai Negara Malaysia mesti tumbuh di setiap sanubari
kita semua.

Sukan Memartabatkan Negara


Sukan ditakrifkan sebagai satu bentuk kegiatan riadah atau senaman dan boleh mengeluarkan peluh.
Antara sukan yang biasa dilakukan dan digemari ialah sukan bola sepak badminton, dan berenang.
Kegiatan sukan sering dikaitkan dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada mereka yang
melakukannya. Kini sukan bukan sahaja difokus sebagai satu senaman, malah ia telah diangkat ke
persada dunia. Malaysia juga sudah boleh bermegah dengan pencapaian rakyatnya dalam bidang sukan.
Nama atlit tersohor seperti, Datuk Nicol David, Datuk Lee Chong Wei, Azizul Hasni, dan ramai lagi telah
mengangkat nama Malaysia dalam bidang sukan bertaraf dunia.
Selain itu, Malaysia juga berupaya untuk menganjurkan sukan berprestij. Masih ingatkah penganjuran
Malaysia pada sukan Komanwel 1998 yang lalu yang telah mendapat liputan dari seluruh dunia.
sukan pada hari ini bukan lagi dianggap sebagai satu senaman, malah ia juga menjadi punca pendapatan
bagi sesetengah orang.
Kesimpulannya, saya berharap semua pihak berusaha untuk memajukan sukan selari dengan kemajuan
Negara. Majulah sukan untuk Negara.

Anda mungkin juga menyukai