Anda di halaman 1dari 12

1.

Kebaikan amalan melancong di dalam negara bersama-sama keluarga (KELUARGA)


Melancong dapat ditakrifkan sebagai pergi bercuti atau berlibur ke sesuatu tempat untuk makan angin atau menenangkan fikiran sama ada bersama-sama
dengan keluarga ataupun dengan rakan-rakan. Dewasa ini, destinasi-destinasi pelancongan di dalam negara semakin mendapat sambutan dan perhatian dalam
kalangan warganegara tempatan mahupun orang luar. Hal ini merupakan hasil daripada usaha-usaha kerajaan mengadakan kempen dan mempromosikan destinasi
pelancongan tempatan seperti Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Melaka dan lain-lain destinasi kepada rakyat pribumi Malaysia dan rakyat luar
negara. Menurut Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, mantan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, industri pelancongan di dalam negara boleh berkembang
setanding dengan destinasi pelancongan di luar negara seperti Pulau Bali, Disneyland dan lain-lain sekiranya usaha memperkenalkan Malaysia dilakukan secara
giat malah disokong oleh rakyat jelata. Sehubungan dengan itu, salah satu obligasi yang perlu dipikul oleh ibu bapa ialah ibu bapa seyogianya membawa ahli
keluarganya melancong di dalam negara dengan lebih kerap untuk memartabatkan industri pelancongan negara di peringkat global. Berpijaklah di bumi yang nyata
bahawa melancong bersama keluarga di dalam negara sememangnya membawa pelbagai kemaslahatan yang tidak dapat dinafikan. Marilah kita bersama-sama
menghalusi dan meneliti keberkesanan aktiviti melancong bersama keluarga tercinta di tanah tumpahnya darah kita sendiri kerana kata orang, tak kenal maka tak
cinta.
Kebaikan yang perdana ialah hubungan kekeluargaan dapat dipererat. Dalam sesebuah institusi keluarga, kesibukan melayani aktiviti harian masing-masing
memang tidak dapat dinafikan. Si ibu dan si ayah sibuk dengan kerjaya mereka manakala si anak pulak sibuk dengan tugasan sekolahnya. Situasi ini menyebabkan
masa untuk bersama-sama dengan ahli keluarga amat terbatas. Sehubungan dengan itu, aktiviti melancong di dalam negara bersama keluarga ini sudah pasti dapat
menyediakan satu ruang untuk ahli keluarga merapatkan hubungan yang kian renggang. Kata orang, yang jauh kita dekatkan. Oleh itu, ibu bapa boleh membawa
anak-anak bercuti di dalam negara pada musim cuti sekolah di pusat peranginan seperti di Tanah Tinggi Cameron, Genting Highlands dan Bukit Fraser. Percutian
seumpama ini dapat menenangkan fikiran seisi keluarga kerana berada di kawasan yang jauh dari kesibukan. Bukan itu sahaja, Masa percutian ini juga boleh
diguna untuk menyelesaikan masalah keluargaan dengan cara berbincang mengenai masalah keluarga berkenaan. Ibu bapa dan anak-anak dapat memahami antara
satu sama lain. Dengan ini, anak-anak serta ibu bapa akan berasa lebih terbuka untuk berbincang mengenai keadaan keluarga mereka. Hal ini secara tidak langsung
akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada runtuh lalu keluarga yang sakinah dapat dilahirkan. Tegasnya, melancong di dalam
negara dapat mempererat hubungan kekeluargaan agar menjadi bagai isi dengan kuku.
Selain itu, percutian di dalam negara bersama keluarga juga dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan anak-anak daripada berleluasa. Melancong
merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mengisi masa lapang kita. Lazaimnya, semasa cuti persekolahan bermula anak-anak akan mempunyai banyak
masa terluang. Sekiranya masa ini tidak dirancang dengan bijak oleh ibu bapa maka anak-anak akan hanyut dalam dunia hedonisme yang akhirnya akan membawa
kedurjanaan dalam kehidupan anak-anak. Oleh itu, di kesempatan ini ibu bapa sering merancang percutian terutamanya di dalam negara untuk mengisi masa
terluang ahli keluarganya dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Destinasi percutian yang sering menjadi tumpuan ibu bapa pada musim cuti persekolahan ialah
taman tema air yang kini dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Taman tema yang sering dikunjungi oleh ahli keluarga ialah Taman Tema Sunway Lagoon,
Taman Tema Bukit Gambang dan Taman Tema Air AFamosa. Kesannya, anak- anak akan terhindar daripada melakukan perkara negatif terutama pada waktu cuti
sekolah seperti bercampur gaul dengan remaja yang rosak akhlak. Ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak kerana sepanjang waktu melancong, anakanak sentiasa bersama mereka. Hal ini secara tidak langsung akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada runtuh lalu keluarga
yang harmoni dan marem dapat dilahirkan. Izharlah bahawa penglibatan anak-anak dalam gejala tidak sihat dapat dielakkan melalui aktiviti melancong bersama
keluarga di dalam negara.
Seperkara lagi, ilmu pengetahuan ahli keluarga juga dapat ditingkatkan. Ilmu yang berharga ialah ilmu yang diperoleh melalui pengalaman yang dialami
sendiri. Jadi, membawa ahli keluarga melancong di dalam negara membolehkan ahli keluarga kita menimba ilmu pengetahuan yang akan kita ingati selagi hayat
dikandung badan. Janganlah kita taksub dengan keunikan dan keistimewaan di negra orang sedangkan keunikan di negara sendiri masih seperti katak di bawah

tempurung. Jika situasi ini berlaku, sudah pasti kita akan berasa malu apabila pelancong asing bertanyakan keunikan negara kita kepada kita yang kecetekan ilmu
tentang negara sendiri. Sebagai contoh, kunjungan ke tempat-tempat bersejarah seperti Melaka dan Georgetown dapat mendedahkan banyak sejarah negara kepada
keluarga kita terutamanya kepada generasai muda. Kita sepatutnya menghargai pengiktirafan Tapak Warisan Dunia yang telah diberikan oleh UNESCO kepada
Melaka dan Georgetown. Bandaraya Melaka perlu dijelajahi oleh ahli keluarga kerana bandar ini kaya dengan peninggalan sejarah Tanah Melayu seperti Kota
AFamosa, Bangunan Stadthuys, Perigi hang Li Po, Makam Hang Tuah dan sebagainya. Kunjungan ke bandar-bandar bersejarah ini sudah pasti dapat
mengukuhkan pengetahuan ahli keluarga kita tentang sejarah negara yang dipelajari di sekolah. Secara implisitnya, khazanah sejarah tanah air akan terus
terpelihara dan sentiasa terpahat dalam memori setiap anak watan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ringkasnya, ilmu pengetahuan ahli keluarga
tentang keunikan negara sendiri dapat dicapai melalui aktiviti melancong di dalam negara bersama keluarga.
Jika kita kaji dari perspektif yang berbeza, aktiviti melancong di dalam negara bersama-sama dengan keluarga juga dapat meningkatkan ekonomi negara
supaya dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain di seantero dunia. Hal ini disebabkan oleh setiap ahli keluarga tidak
perlu membazirkan wang mereka untuk bercuti ke luar negara kerana bagi mereka, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri. Oleh itu, apabila ahli keluarga melancong di dalam negara sahaja, pengaliran wang ke luar negara dapat dielakkan seterusnya negara dapat menggunakan
pusingan wang tersebut untuk memajukan sektor pelancongan negara lagi. Malah, kemasukan pelawat-pelawat asing juga dapat meningkatkan kadar tukaran wang
sekali gus dapat menambahbanyakkan jumlah pendapatan negara. Sektor perhotelan memperoleh laba yang besar apabila para pelancong menginap di hotel seperti
Hotel Seri Malaysia, Hotel Vistana Kuala Lumpur dan Hotel Bahagia Langkawi. Hal ini dibuktikan melalui pertumbuhan pesat bangunan-bangunan hotel di serata
pelosok negara. Di samping itu, terdapat juga motel dan chalet didirikan oleh pengusaha pusat-pusat peranginan bagi kemudahan pelancong yang datang. Semakin
banyak tempat penginapan dibina, maka semakin banyak peluang pekerjaan terbuka kepada rakyat Malaysia. Dengan ini, kadar pengangguran rakyat kita semakin
menurun. Jelaslah bahawa melancong bersama keluarga dalam tempatan dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Dalam nada yang berbeza, melalui aktiviti pakej pelancongan bersama-sama keluarga di dalam negara juga dapat meningkatkan taraf destinasi pelancongan
negara di mata dunia. Perkara ini dikatakan demikian kerana apabila sesebuah pusat pelancongan itu sering dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara,
pelancong lain yang sebelum ini tidak pernah melawat tempat tersebut akan mempunyai semangat inkuiri untuk melihat sendiri keistimewaan dan keunikan
destinasi tersebut. Oleh itu, apabila destinasi tersebut sering menjadi tumpuan dan sebutan seperti Tanah Tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron, maka tempat
tersebut tidak akan putus-putus menerima pelawat seperti air yang mengalir di kali. Dengan demikian, destinasi pelancongan tersebut akan diiktiraf sebagai
destinasi pelancongan antarabangsa yang tersohor. Seterusnya, misteri dan keanehan yang terdapat di dalam negara juga menyebabkan pelancong ingin menerokai
alam tersebut seperti misteri bunga Refflesia iaitu bunga yang terbesar di dunia. Secara tidak langsung, hal ini memberikan tempias kepada industri tempatan
terutamanya industri desa. Oleh itu, kita tidak dapat menafikan lagi bahawa lawatan-lawatan di dalam negera membolehkan destinasi pelancongan di dalam negara
dinobatkan di peringkat antarabangsa.
Secara konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa melancong di dalam negara bersama-sama dengan keluarga banyak memberikan kebaikan sama ada
kepada institusi keluarga tersebut, mahupun negara kita, Malaysia yang indah permai ini. Industri pelancongan ini sememangnya menjurus ke arah kemajuan
ekonomi sesebuah negara. Malah, industri pelancongan juga menjadi pemangkin bagi industri-industri lain untuk sama-sama berkembang maju dan seterusnya
menambahkan hasil ekonomi negara. Oleh itu, ibu bapa dan ahli keluarga haruslah menyokong industri pelancongan tempatan untuk memartabatkan industi ini di
persada antarabangsa. Namun begitu, usaha ini tidak seharusnya diletakkan atas pundak kerajaan dan keluarga sahaja kerana bertepuk sebelah tangan takkan
berbunyi. Oleh itu, marilah sekalian rakyat Malaysia bersatu ibarat yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan bersemangat tinggi setinggi Gunung
Everest untuk mempopularkan industri pelancongan di pentas dunia. Diharapkan komitmen jitu daripada pelbagai pihak dapat merealisasikan harapan kita agar
suatu masa nanti destinasi pelancongan yang terdapat di Malaysia akan mendapat publisiti yang meluas, malah mendapat perhatian semua penduduk dan menjadi
destinasi pelancongan yang terunggul di mata dunia. Oleh itu, rakyat Malaysia yang berhasrat untuk bercuti di luar negara perlu berfikir terlebih dahulu kerana

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar, biarlah
industri pelancongan negara terus maju di seantero dunia. Malaysia Boleh!

Melancong dapat ditakrifkan sebagai pergi bercuti atau berlibur ke sesuatu


tempat untuk makan angin atau menenangkan fikiran sama ada bersama-sama
dengan keluarga ataupun dengan rakan-rakan. Dewasa ini, destinasi-destinasi
pelancongan di dalam negara semakin mendapat sambutan dan perhatian dalam
kalangan warganegara tempatan mahupun orang luar. Hal ini merupakan hasil
daripada usaha-usaha kerajaan mengadakan kempen dan mempromosikan destinasi
pelancongan tempatan seperti Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman,
Melaka dan lain-lain destinasi kepada rakyat pribumi Malaysia dan rakyat luar
negara. Menurut Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, mantan Menteri Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan, industri pelancongan di dalam negara boleh berkembang
setanding dengan destinasi pelancongan di luar negara seperti Pulau Bali,
Disneyland dan lain-lain sekiranya usaha memperkenalkan Malaysia dilakukan
secara giat malah disokong oleh rakyat jelata. Sehubungan dengan itu, salah satu
obligasi yang perlu dipikul oleh ibu bapa ialah ibu bapa seyogianya membawa ahli
keluarganya melancong di dalam negara dengan lebih kerap untuk memartabatkan
industri pelancongan negara di peringkat global. Berpijaklah di bumi yang nyata
bahawa melancong bersama keluarga di dalam negara sememangnya membawa
pelbagai kemaslahatan yang tidak dapat dinafikan. Marilah kita bersama-sama
menghalusi dan meneliti keberkesanan aktiviti melancong bersama keluarga tercinta
di tanah tumpahnya darah kita sendiri kerana kata orang, tak kenal maka tak cinta.

Kebaikan yang perdana ialah hubungan kekeluargaan dapat dipererat. Dalam


sesebuah institusi keluarga, kesibukan melayani aktiviti harian masing-masing
memang tidak dapat dinafikan. Si ibu dan si ayah sibuk dengan kerjaya mereka
manakala si anak pulak sibuk dengan tugasan sekolahnya. Situasi ini menyebabkan
masa untuk bersama-sama dengan ahli keluarga amat terbatas. Sehubungan dengan
itu, aktiviti melancong di dalam negara bersama keluarga ini sudah pasti dapat
menyediakan satu ruang untuk ahli keluarga merapatkan hubungan yang kian
renggang. Kata orang, yang jauh kita dekatkan. Oleh itu, ibu bapa boleh membawa
anak-anak bercuti di dalam negara pada musim cuti sekolah di pusat peranginan
seperti di Tanah Tinggi Cameron, Genting Highlands dan Bukit Fraser. Percutian
seumpama ini dapat menenangkan fikiran seisi keluarga kerana berada di kawasan
yang jauh dari kesibukan. Bukan itu sahaja, masa percutian ini juga boleh diguna
untuk menyelesaikan masalah keluargaan dengan cara berbincang mengenai masalah
keluarga berkenaan. Ibu bapa dan anak-anak dapat memahami antara satu sama lain.
Dengan ini, anak-anak serta ibu bapa akan berasa lebih terbuka untuk berbincang
mengenai keadaan keluarga mereka. Hal ini secara tidak langsung akan
menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada runtuh lalu
keluarga yang sakinah dapat dilahirkan. Tegasnya, melancong di dalam negara dapat
mempererat hubungan kekeluargaan agar menjadi bagai isi dengan kuku.

Selain itu, percutian di dalam negara bersama keluarga juga dapat mengurangkan
gejala sosial dalam kalangan anak-anak daripada berleluasa. Melancong merupakan
salah satu cara yang berkesan untuk mengisi masa lapang kita. Lazaimnya, semasa cuti
persekolahan bermula anak-anak akan mempunyai banyak masa terluang. Sekiranya
masa ini tidak dirancang dengan bijak oleh ibu bapa maka anak-anak akan hanyut
dalam dunia hedonisme yang akhirnya akan membawa kedurjanaan dalam kehidupan
anak-anak. Oleh itu, di kesempatan ini ibu bapa sering merancang percutian
terutamanya di dalam negara untuk mengisi masa terluang ahli keluarganya dengan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Destinasi percutian yang sering menjadi tumpuan ibu
bapa pada musim cuti persekolahan ialah taman tema air yang kini dibina bagai
cendawan tumbuh selepas hujan. Taman tema yang sering dikunjungi oleh ahli
keluarga ialah Taman Tema Sunway Lagoon, Taman Tema Bukit Gambang dan Taman
Tema Air AFamosa. Kesannya, anak- anak akan terhindar daripada melakukan perkara
negatif terutama pada waktu cuti sekolah seperti bercampur gaul dengan remaja yang
rosak akhlak. Ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak kerana sepanjang
waktu melancong, anak-anak sentiasa bersama mereka. Hal ini secara tidak langsung
akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada runtuh
lalu keluarga yang harmoni dan marem dapat dilahirkan. Izharlah bahawa penglibatan
anak-anak dalam gejala tidak sihat dapat dielakkan melalui aktiviti melancong
bersama keluarga di dalam negara.

Seperkara lagi, ilmu pengetahuan ahli keluarga juga dapat ditingkatkan. Ilmu yang
berharga ialah ilmu yang diperoleh melalui pengalaman yang dialami sendiri. Jadi,
membawa ahli keluarga melancong di dalam negara membolehkan ahli keluarga kita
menimba ilmu pengetahuan yang akan kita ingati selagi hayat dikandung badan.
Janganlah kita taksub dengan keunikan dan keistimewaan di negra orang sedangkan
keunikan di negara sendiri masih seperti katak di bawah tempurung. Jika situasi ini
berlaku, sudah pasti kita akan berasa malu apabila pelancong asing bertanyakan
keunikan negara kita kepada kita yang kecetekan ilmu tentang negara sendiri. Sebagai
contoh, kunjungan ke tempat-tempat bersejarah seperti Melaka dan Georgetown dapat
mendedahkan banyak sejarah negara kepada keluarga kita terutamanya kepada generasai
muda. Kita sepatutnya menghargai pengiktirafan Tapak Warisan Dunia yang telah
diberikan oleh UNESCO kepada Melaka dan Georgetown. Bandaraya Melaka perlu
dijelajahi oleh ahli keluarga kerana bandar ini kaya dengan peninggalan sejarah Tanah
Melayu seperti Kota AFamosa, Bangunan Stadthuys, Perigi Hang Li Po, Makam Hang
Tuah dan sebagainya. Kunjungan ke bandar-bandar bersejarah ini sudah pasti dapat
mengukuhkan pengetahuan ahli keluarga kita tentang sejarah negara yang dipelajari di
sekolah. Secara implisitnya, khazanah sejarah tanah air akan terus terpelihara dan
sentiasa terpahat dalam memori setiap anak watan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang
dek panas. Ringkasnya, ilmu pengetahuan ahli keluarga tentang keunikan negara sendiri
dapat dicapai melalui aktiviti melancong di dalam negara bersama keluarga.

Jika kita kaji dari perspektif yang berbeza, aktiviti melancong di dalam negara
bersama-sama dengan keluarga juga dapat meningkatkan ekonomi negara supaya
dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain
di seantero dunia. Hal ini disebabkan oleh setiap ahli keluarga tidak perlu
membazirkan wang mereka untuk bercuti ke luar negara kerana bagi mereka, hujan
emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Oleh
itu, apabila ahli keluarga melancong di dalam negara sahaja, pengaliran wang ke
luar negara dapat dielakkan seterusnya negara dapat menggunakan pusingan wang
tersebut untuk memajukan sektor pelancongan negara lagi. Malah, kemasukan
pelawat-pelawat asing juga dapat meningkatkan kadar tukaran wang sekali gus dapat
menambahbanyakkan jumlah pendapatan negara. Sektor perhotelan memperoleh
laba yang besar apabila para pelancong menginap di hotel seperti Hotel Seri
Malaysia, Hotel Vistana Kuala Lumpur dan Hotel Bahagia Langkawi. Hal ini
dibuktikan melalui pertumbuhan pesat bangunan-bangunan hotel di serata pelosok
negara. Di samping itu, terdapat juga motel dan chalet didirikan oleh pengusaha
pusat-pusat peranginan bagi kemudahan pelancong yang datang. Semakin banyak
tempat penginapan dibina, maka semakin banyak peluang pekerjaan terbuka kepada
rakyat Malaysia. Dengan ini, kadar pengangguran rakyat kita semakin menurun.
Jelaslah bahawa melancong bersama keluarga dalam tempatan dapat merancakkan
pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam nada yang berbeza, melalui aktiviti pakej pelancongan bersama-sama


keluarga di dalam negara juga dapat meningkatkan taraf destinasi pelancongan
negara di mata dunia. Perkara ini dikatakan demikian kerana apabila sesebuah pusat
pelancongan itu sering dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara,
pelancong lain yang sebelum ini tidak pernah melawat tempat tersebut akan
mempunyai semangat inkuiri untuk melihat sendiri keistimewaan dan keunikan
destinasi tersebut. Oleh itu, apabila destinasi tersebut sering menjadi tumpuan dan
sebutan seperti Tanah Tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron, maka tempat
tersebut tidak akan putus-putus menerima pelawat seperti air yang mengalir di kali.
Dengan demikian, destinasi pelancongan tersebut akan diiktiraf sebagai destinasi
pelancongan antarabangsa yang tersohor. Seterusnya, misteri dan keanehan yang
terdapat di dalam negara juga menyebabkan pelancong ingin menerokai alam
tersebut seperti misteri bunga Refflesia iaitu bunga yang terbesar di dunia. Secara
tidak langsung, hal ini memberikan tempias kepada industri tempatan terutamanya
industri desa. Oleh itu, kita tidak dapat menafikan lagi bahawa lawatan-lawatan di
dalam negera membolehkan destinasi pelancongan di dalam negara dinobatkan di
peringkat antarabangsa.

Secara konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa melancong di dalam


negara bersama-sama dengan keluarga banyak memberikan kebaikan sama ada kepada
institusi keluarga tersebut, mahupun negara kita, Malaysia yang indah permai ini.
Industri pelancongan ini sememangnya menjurus ke arah kemajuan ekonomi sesebuah
negara. Malah, industri pelancongan juga menjadi pemangkin bagi industri-industri
lain untuk sama-sama berkembang maju dan seterusnya menambahkan hasil ekonomi
negara. Oleh itu, ibu bapa dan ahli keluarga haruslah menyokong industri pelancongan
tempatan untuk memartabatkan industi ini di persada antarabangsa. Namun begitu,
usaha ini tidak seharusnya diletakkan atas pundak kerajaan dan keluarga sahaja kerana
bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Oleh itu, marilah sekalian rakyat Malaysia
bersatu ibarat yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan bersemangat
tinggi setinggi Gunung Everest untuk mempopularkan industri pelancongan di pentas
dunia. Diharapkan komitmen jitu daripada pelbagai pihak dapat merealisasikan
harapan kita agar suatu masa nanti destinasi pelancongan yang terdapat di Malaysia
akan mendapat publisiti yang meluas, malah mendapat perhatian semua penduduk dan
menjadi destinasi pelancongan yang terunggul di mata dunia. Oleh itu, rakyat
Malaysia yang berhasrat untuk bercuti di luar negara perlu berfikir terlebih dahulu
kerana hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar, biarlah
industri pelancongan negara terus maju di seantero dunia. Malaysia Boleh!

Anda mungkin juga menyukai