Anda di halaman 1dari 26

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER 2014

HBHE 3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

NO. MATRIKULASI

830727025165001

NAMA

SHAIFOL AZLI BIN ZAKARIA

NO. KAD PENGENALAN :

830727025165

NO. TELEFON

019-5772655

PROGRAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN


(PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

E-MEL

azlie5165@gmail.com

E-TUTOR

PN JAMALIYAH BINTI AHMAD

PUSAT PEMBELAJARAN :

PPW SG.PETANI KEDAH

HBHE 3203

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT
1

TEKS UCAPAN CERAMAH

BORANG MAKLUM BALAS

3-7

Borang kaji selidik (1) persekitaran sekolah

8-9

Borang kaji selidik (2) kantin

10-12

Borang kaji selidik (3) makmal sains

13-14

Borang kaji selidik (4) bangunan sekolah

15-16

Borang kaji selidik (5) bilik darjah

17-18

ANALISIS DATA

19

RUJUKAN

26

830727025165001

HBHE 3203

1.TEKS UCAPAN CERAMAH


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan
Salam sejahtera
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis,
Yang Berusaha Tuan Haji nayan B Osman , Pengetua Sekolah Menengah Langkawi,
Yang Berusaha Pn. Nor Fadhilah Bt Mahmud, Penolong kanan, Tn Hj Dzaher b
Saad,Penolong kanan HEM, guru-guru kanan, guru-guru seterusnya para pelajar yang
dikasihi sekalian.
Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya maka kita
berkesempatan untuk bersama-sama menghadiri perhimpunan pada pagi ini dalam satu
Program iaitu Sekolahku Syurgaku. Saya pada pagi ini ingin membicarakan berkenaan
amalan kebersihan dan keselamatan di sekolah. Pihak sekolah sangat berminat dengan
amalan sebegini yang dapat memberi banyak manfaat kepada semua khususnya para
pelajar.
Tuan-tuan dan pelajar sekalian,
Pendidikan adalah tunjang dan landasan pembangunan insan dan negara.
Kejayaan membangunkan kedua-dua aspek ini amat bergantung kepada pendidikan yang
diberikan. Pendidikan akan terus memainkan peranan penting untuk negara kita
membangun, setanding dengan negara maju, bersaing di arena antarabangsa dan
mengharungi era globaliasi.
Hadirin yang dikasihi sekalian,

830727025165001

HBHE 3203
Sekolah boleh diibaratkan sebagai taman-taman intelektual yang turut berperanan sebagai
kilang yang mengeluarkan tenaga manusia yang berkaliber. Sekolah turut menjadi
penyumbang pembinaan sebuah bangsa yang berperadaban dan lestari.
Setiap insan yang keluar dari sesebuah institusi sekolah dengan jayanya pasti
menjadi aset yang bernilai kepada masyarakatnya. Sebagai sebuah organisasi yang
banyak menabur budi kepada manusia, sekolah seharusnya memiliki ciri-ciri yang boleh
dibanggakan seperti cemerlang, kualiti disiplin, dan landskap yang cantik dan bersih.
Dalam merealisasikan hajat tersebut, pihak pengurusan dan guru sahaja tidak mampu
untuk melaksanakannya, melainkan usaha tersebut harus menerima sentuhan ajaib
daripada para pelajar sendiri. Pihak sekolah juga telah menunjukkan komitmen yang
tinggi untuk melahirkan insan yang cemerlang dalam bidang pelajaran, justeru amalan
kebersihan dan keselamatan di sekolah sangat penting untuk memastikan setiap pelajar
dapat belajar dalam keadaan yang selesa, bersih dan selamat.
Tuan-tuan dan pelajar yang dihormati sekalian,
Dari segi pandangan dan persepsi masyarakat, aktiviti membersihkan persekitaran
kawasan sekolah merupakan wadah yang mendatangkan kesan positif kepada setiap
individu. Hal ini memanglah wajar kerana amalan ini dapat mewujudkan sekolah yang
ceria, sekali gus dapat menjanakan sahsiah diri ampuh dalam kalangan anak didik.
Amalan ini wajarlah dijadikan iktibar oleh semua warga sekolah kerana sekolah akan
dijauhi pembiakan wabak penyakit dan tempat pembiakan vektor penyakit juga akan
dibersihkan sama sekali. Kerjasama sesama warga sekolah bagai antan dengan lesung
akan memudahkan kerja yang rumit, di samping menyemarakkan nilai murni dan amalan
mahmudah dalam lubuk kalbu setiap warga sekolah. Alangkah baiknya sekiranya aktiviti
bergotong-royong tetap digalakkan setiap bulan mengikut kelas yang berbeza ataupun
sebagai hukuman amal kepada pelajar yang bermasalah disiplin. Sudah terang lagi
bersuluh bahawa hanya dengan usaha bagai bukit sama didaki, lurah sama dituruni akan
mewujudkan sekolah yang harmoni dan ceria.
Pelajar yang dikasihi,

830727025165001

HBHE 3203
Pihak

sekolah

juga

akan

menganjurkan

pertandingan

bersih

dan

indah.Pertandingan termasuk bilik kelas dan kawasan angkat. Pertandingan ini akan
melahirkan komitmen yang tinggi kepada pelajar untuk berbangga dengan kawasan
angkat mereka. Penglibatan semua warga sekolah sangat ditagih agar apa yang dirancang
dapat dicapai dengan penuh kejayaan.
Guru-guru dan para pelajar sekalian,
Selain aspek kebersihan, amalan keselamatan juga sangat penting diamalkan di
sekolah untuk memastikan setiap pelajar sentiasa berada dalam kawalan dan selamat.
Keselamatan adalah sangat penting walau di mana sahaja kita berada sama ada di darat,
udara dan laut. Salah satu tempat yang memerlukan perhatian penuh dalam isu
keselamatan ialah sekolah. Sekolah adalah salah satu tempat di mana terdapat ramai
generasi yang perlu diselamatkan daripada pelbagai ancaman bahaya. Ini kerana sekolah
akan melahirkan manusia yang berguna dan berkualiti untuk memajukan dan
membangunkan negara kita pada masa akan datang. Oleh itu, tatacara penggunaan
sesuatu tempat perlu disebarkan bagi memberi peluang kepada semua warga sekolah
memahami peraturan yang perlu diikuti bagi mengelakkan sebarang kecelakaan dan
kemalangan berlaku. Jadi, pelbagai cara yang boleh digunakan dalam menyebarkan
tatacara penggunaan sesuatu tempat seperti melalui risalah, poster, media cetak dan juga
media elektrik. Melalui medium ini akan memberi satu panduan untuk kegunaan murid,
guru dan secara am dalam membantu mengelakkan kemalangan dan kecelakaan berlaku
di kawasan sekolah.Keselamatan adalah satu keadaan yang selamat, sejahtera, aman dan
terlindung daripada sebarang masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan,
pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang boleh melibatkan kerosakan
atau kejadian yang tidak diingini berlaku. Keselamatan di sekolah lebih kepada
pencegahan berlakunya sebarang kes kecederaan dan kemalangan di semua tempat dalam
lingkungan kawasan sekolah seperti di stor sukan, kantin, dewan, bilik komputer, bilik
darjah, asrama, bilik mandi, tandas, padang dan dapur.
Bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini terjadi maka
langkah-langkah pencegahan perlu dirancang, disusun dan dilaksanakan dengan
830727025165001

HBHE 3203
terperinci demi kebaikan bersama semua warga sekolah. Oleh itu, satu proses prosedur
keselamatan mengenai tatacara penggunaan sesuatu tempat perlu disebarkan dan
disampaikan dalam bentuk risalah atau poster. Tatacara ini termasuklah dari segi
penggunaan secara am, tatacara penggunaan murid dan tatacara penggunaan guru.
Dengan adanya prosedur ini, pihak pentadbiran dan semua warga sekolah akan
mempunyai komitmen dalam memberi kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk
melahirkan iklim sekolah yang kondusif bagi membantu perkembangan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu. Para pelajar diwajibkan mematuhi Standard
Operation Prosedure (S.O.P) ketika menggunakan semua peralatan dalam proses PdP.
Amalan mematuhi SOP ini seterusnya menjadi amalan dalam kehidupan seharian.
Prosedur keselamatan adalah proses yang digunakan sebagai panduan seseorang individu
atau kumpulan individu dalam mencegah atau mengelakkan sesuatu kemalangan yang
boleh mengundang bahaya dari segi fizikal, emosi, mental dan sosial berlaku.
Tatacara penggunaan boleh didefinisikan sebagai satu prosedur kepada langkahlangkah keselamatan yang perlu diambil oleh semua warga sekolah bagi memastikan
persekitaran sesebuah tempat memberi keselesaan dan keselamatan untuk menjalankan
sebarang aktiviti tanpa gangguan daripada sebarang kecelakaan, kemalangan dan
kecederaan. Oleh itu, bagi mewujudkan warga sekolah yang bahagia, sihat mental dan
emosi, tatacara penggunaan tempat perlu dijadikan panduan untuk menjadikan
pengurusan prosedur keselamatan berjalan dengan lancar. Segala kerosakan peralatan
perlu dilaporkan dengan segera, selain itu semua peralatan yang telah digunakan perlu
dihantar atau disimpan semula di tempatnya.
Tuan-tuan dan pelajar yang dihormati sekalian,
Selamat di sini bukan hanya bermaksud selamat dari segi fizikal, malah selamat
dari segi dalaman juga. Ini bermaksud warga sekolah juga akan dilindungi agar selamat
dari ancaman budaya kuning yang boleh memudaratkan penampilan diri dan etika
sebagai seorang pelajar. Pihak sekolah akan memastikan pelajar didedahkan dengan
didikan agama dan moral yang tinggi agar setiap pelajar memiliki jati diri yang tinggi

830727025165001

HBHE 3203
serta tidak mudah terikut atau terpengaruh dengan budaya hedoinisme atau budaya
hiburan melampau yang melalaikan.

Pihak sekolah berharap penglibatan secara menyeluruh dan dengan penuh


keazaman daripada setiap golongan dan lapisan masyarakat akan memberi corak kepada
perlaksanaan program dan projek yang lebih mantap. Apabila setiap individu memahami
kepentingan aspek keselamatan, maka kawasan sekolah akan menjadi selamat untuk
digunakan oleh para pelajar bagi menuntut ilmu hingga mencapai kejayaan yang
cemerlang. Satu bentuk kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi kerajaan dan
NGO serta masyarakat lain bagi tingkatkan tahap kesihatan warga sekolah seperti
memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran atau bahan yang boleh digunakan oleh
pihak sekolah. Dengan ini ia dapat memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid
serta menjadi role-model yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah. Penglibatan
komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja komuniti yang datang ke
sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga mereka dalam aktiviti
kemasyarakatan di sekitar sekolah.Satu usaha bagi membentuk sikap yang positif di
kalangan warga sekolah ke arah pengamalan cara hidup yang sihat di kalangan warga
sekolah
Kita mahu setiap lapisan masyarakat berperanan menjayakan misi kita
mengangkat sistem pendidikan negara ke pentas dunia. Menerusi usaha yang tekal dan
bersungguh-sungguh,

kita

akan

membangunkan

pendidikan

negara

ke

arah

kecemerlangan bertaraf dunia dan sekaligus menyokong wawasan negara maju


menjelang 2020.
Akhir kata saya berharap agar semua pihak iaitu pelajar, ibubapa, guru dan
komuniti sepatutnya memainkan peranan yang penting bagi merealisasikan hasrat murni
ini bagi mengangkat taraf pendidikan negara kita ke tahap yang lebih tinggi demi
kepentingan semua pihak.Dan mari kita sama-sama laungkan kata-kata ini.
Sekolahku Syurgaku
830727025165001

HBHE 3203
Sekian. Terima Kasih.

2. BORANG MAKLUM BALAS

BORANG MAKLUM BALAS PEMANTAUAN DAN PEMERIKSAAN TAHAP


KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI SEKOLAH
BORANG KAJI SELIDIK (1)
Kami berterima kasih atas kesediaan para pelajar menjawab soal selidik ini. Dapatan
kajiselidik ini akan digunakan untuk meningkatkan kualiti kebersihan dan keselamatan di
sekolah.
ARAHAN:
Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( / ) pada petak yang disediakan.
Jantina :

Lelaki

Perempuan

Bangsa:

[
[

]
]

Melayu
India

[
[

]
]

Cina
Lain-lain

ARAHAN:
Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( / )berpandukan skala di bawah.
1
Sangat tidak
setuju
I.
1.
2.
3.

2
Tidak setuju

3
Tidak pasti

4
Setuju

PERSEKITARAN SEKOLAH
a)Kawasan Pagar Sekolah
Pagar sekolah di bina dengan kukuh dan kuat secara
fizikalnya.
Memenuhi ciri-ciri yang selamat digunakan.
Ianya juga dianggap tidak berbahaya walaupun dalam apa

830727025165001

5
Sangat setuju

SKALA
2 3 4

CATATAN
5

HBHE 3203

4.

jua keadaan sekalipun.


Pagar sekitar yang berkunci seperti pintu pagar utama
(hadapan), pintu kedua, dan belakang sekolah berfungsi

5.

1.
2.
3.
4.
5.

1.
2.
3.
4.

1.
2.
3
4.

1
2
3

dengan baik dan selalu di pantau.


Lebih efesian iaitu berjangka masa bertahan lama.
b) Sistem perparitan
Sistem perparitan sekolah berfungsi dengan baik.
Kesemua longkang sekolah tidak tersumbat oleh sampah
sarap.
Keadaan fizikal longkang berada dalam keadaan bersih
dan tidak berlumut.
Setiap hari, akan ada jadual bertugas dari pekerja kawasan
yang akan membersihkan kawasan dalam longkang
sekolah.
Longkang juga tidak berbau busuk yang sangat.

c)Kemudahan Asas
Terdapatnya surau bagi pelajar muslim menunaikan solat
atau dapat menjalankan aktiviti keagamaan.
Terdapatnya pondok berehat
Terdapatnya pondok telefon bagi kemudahan semua
pengguna sekolah dan berfungsi.
Terdapatnya taman bunga/lanskap yang cantik dan
menarik serta berfungsi.
d) Padang
Pihak sekolah menitik beratkan kawasan rumput yang
kerap di potong kemas.
Tidak terdapat batu-batu ataupun objek berbahaya di
seitar kawasan padang.
Sentiasa diselenggara secara berkala oleh kontraktor.
Terdapatnya garisan padang sapenjang tahun.
e) Gelanggang
Keadaan lantai bersimen yang baik dan tidak berlubang
atau pecah.
Sentiasa diselenggara dan berjadual.
Terdapatnya garisan (Court) bagi sesuatu permainan.

830727025165001

SKALA
2 3 4

SKALA
2 3 4

SKALA
2 3 4

SKALA
2 3 4

CATATAN
5

CATATAN
5

CATATAN
5

CATATAN
5

HBHE 3203
4

Terdapatnya papan penggunaan dan dipamerkan.

Terima kasih di atas kerjasama anda.


BORANG MAKLUM BALAS PEMANTAUAN DAN PEMERIKSAAN TAHAP
KEBERSIHAN DANN KESELAMATAN DI SEKOLAH
BORANG KAJISELIDIK (2)
Kami berterima kasih atas kesediaan para pelajar menjawab soal selidik ini. Dapatan kaji
selidik ini akan digunakan untuk meningkatkan kualiti kebersihan dan keselamatan di
sekolah.
ARAHAN:
Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( / ) pada petak yang disediakan.
Jantina :

Lelaki

Perempuan

Bangsa:

[
[

]
]

Melayu
India

[
[

]
]

Cina
Lain-lain

ARAHAN:
Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( / )berpandukan skala di bawah.

1
Sangat tidak
setuju

II.

2
Tidak setuju

3
Tidak pasti

4
Setuju

5
Sangat setuju

KANTIN
1

1.
2.
3.

Kantin sekolah menyimpan Sesalinan Perjanjian yang


termaktub di dalam Kontrak.
Pihak kantin menyiarkan dan mengikut Salinan menu
yang telah dipersetujui semasa kontrak.
Pihak kantin menggunakan Borang Pesanan (Jadual 8).

830727025165001

10

SKALA
2 3 4

CATATAN
5

HBHE 3203
4.
5.

1
2
3
4
5
6

1
2
3
4
5

1
2
3
4
5

Terdapatnya simpanan berkenaan dengan Fail Pekerja


untuk rujukan.
Pihak kantin juga menyimpan Fail Am dengan baik bagi
rujukan.

SKALA
2 3 4

c) Info kantin
Pihak kantin mempamerkan menu harian dan mingguan di
tempat yang mudah dilihat.
Pihak kantin juga mempamerkan salinan sijil pendaftaran
perniagaan pembekal.
Mempamerkan juga maklumat terkini pembekal.
Mempamerkan senarai pekerja dan carta organisasi.
Meletakkan jadual bertugas bagi setiap pekerja.

SKALA
2 3 4

d) Penyediaan makanan
Semua makanan dimasak mengikut menu.
Semua makanan yang dimasak berkualiti dan sihat
dimakan.
Semua bahan makanan yang dibeli dan dimasak mengikut
timbangan.
Pihak kantin dapat mengekalkan tahap kebersihan dapur
dan peralatan dengan baik.
Semua stok makanan kering dan basah disimpan dengan
baik dan selamat

SKALA
2 3 4

b) Pekerja kantin
Setiap pekerja ada Sijil/Buku Kesihatan yang disahkan
oleh pegawai kesihatan.
Sentiasa berpakaian kemas dan berseragam.
Pekerja lelaki berambut pendek dan kemas.
Setiap pekerja memakai penutup kepala dan apron.
Semua pekerja berada dalam keadaan sihat.
Semua pekerja telah menjalani suntikan bagi pengendali
makanan

830727025165001

11

CATATAN
5

CATATAN

CATATAN

HBHE 3203

1
2
3
4
5
6

e) Meja dan kerusi


Penyediaan meja dan kerusi yang mencukupi kepada
semua pelajar dan guru.
Semua kerusi dan meja berada dalam keadaan baik dan
sempurna.
Semua meja dan kerusi tersusun rapi.
Meja dan kerusi seragam/ sama saiz.
Pihak kantin senantiasa menyusun meja dan kerusi setelah
selesai berniaga.
Menyediakan alat pemadam api

Terima kasih di atas kerjasama anda.

830727025165001

12

SKALA
2 3 4

CATATAN
5

HBHE 3203

BORANG MAKLUM BALAS PEMANTAUAN DAN PEMERIKSAAN TAHAP


KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI SEKOLAH

BORANG KAJISELIDIK (3)


Kami berterima kasih atas kesediaan para pelajar menjawab soal selidik ini. Dapatan
kajiselidik ini akan digunakan untuk meningkatkan kualiti kebersihan dan keselamatan di
sekolah.
ARAHAN:
Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( / ) pada petak yang disediakan.
Jantina :

Lelaki

Perempuan

Bangsa:

[
[

]
]

Melayu
India

[
[

]
]

Cina
Lain-lain

ARAHAN:
Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( / )berpandukan skala di bawah.
1
Sangat tidak
setuju
III.
1.
2.
3.
4.
5.

2
Tidak setuju

3
Tidak pasti

4
Setuju

MAKMAL SAINS
a)peralatan
Semua peralatan amali termasuklah baling kaca berada
dalam keadaan baik dan tidak rosak.
Semua peralatan amali dan perkakasan berada dalam
keadaan baik dan tersusun.
Semua peralatan selamat digunakan.
Peralatan disimpan dengan baik.
Semua barang peralatan dilabelkan dan disenaraikan.
b)Info makmal

830727025165001

13

5
Sangat setuju

SKALA
2 3 4

CATATAN
5

SKALA
2 3 4

CATATAN

HBHE 3203
1
2
3
4
5

Cara penggunaan bengkel /makmal dipamerkan.


Cara penggunaan alatan dipamerkan dan disenaraikan
secara terperinci.
Laluan kebakaran dinyatakan dan dipamerkan.
Carta organisasi ada dan jelas.
Semua carta dan papan kenyataan jelas dan tersusun.
c)Penyimpanan alat
Semua bekas berbalang / kaca disimpan ditempat yang
betul dan selamat.
Semua peralatan selamat ari sebarang punca kebakaran.
Suhu bilik penyimpanan dalam keadaan Suhu Bilik dan
sesuai.
Semua bahan cecair berbahaya dilabelkan.
Rak penyimpanan dilabelkan dan kerap diselenggara bagi
mencegah kecelakaan.

SKALA
2 3 4

SKALA
2 3 4

3
4
5

d) Keadaan Meja/perlatan
Kesemua meja kerja berada dalam keadaan baik dan
tersusun.
Permukaan meja yang baik dan tidak berlubang atau
berconteng.
Selamat digunakan dan kondusif.
Meja tidak 14sing dan kukuh.
Alat pemadam api disediakan

SKALA
2 3 4

1
2
3
4

e)Pengudaraan
Pengudaraan didalam makmal sentiasa baik dan segar.
Semua tingkap berfungsi dengan baik.
Pengaliran udara didalam makmal baik.
Pelajar berasa selesa ketika berada didalam makmal.

1
2
3
4
5

1
2

830727025165001

14

CATATAN
5

CATATAN

CATATAN

HBHE 3203

Terima kasih di atas kerjasama anda

BORANG MAKLUM BALAS PEMANTAUAN DAN PEMERIKSAAN TAHAP


KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI SEKOLAH
BORANG KAJISELIDIK (4)
Kami berterima kasih atas kesediaan para pelajar menjawab soal selidik ini. Dapatan kaji
selidik ini akan digunakan untuk meningkatkan kualiti kebersihan dan keselamatan di
sekolah.

ARAHAN:
Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( / ) pada petak yang disediakan.
Jantina :

Lelaki

Perempuan

Bangsa:

[
[

]
]

Melayu
India

[
[

]
]

Cina
Lain-lain

ARAHAN:
Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( / )berpandukan skala di bawah.
1
Sangat tidak
setuju

IV.
1.
2.
3.
4.
5.

2
Tidak setuju

3
Tidak pasti

4
Setuju

BANGUNAN SEKOLAH
a)Struktur bangunan
Struktur bangunan berada dalam keadaan baik.
Dinding tidak retak dan berlepuh / kulat.
Atap bangunan berkeadaan baik dan tidak bocor.
Siling yang berada didalam kelas berkeadaan baik dan
tidak tiris.
Semua laluan dan koridor berada dalam keadaan baik dan

830727025165001

15

5
Sangat setuju

SKALA
CATATAN
2 3 4 5

HBHE 3203
bersih serta selamat digunakan

1
2
3
4
5

b) Sistem perparitan
Semua perparitan berfungsi dengan baik.
Longkang tidak tersumbat.
Longkang sentiasa dibersihkan dan berjadual.
Tidak berbau busuk dan selesa.
Longkang dalam keadaan bertutup demi keselamatan.

SKALA
2 3 4

SKALA
2 3 4

1
2
3
4
5

c) Laluan tangga
Permukaan tangga tidak licin.
Selamat digunakan.
Sentiasa bersih dan tidak ada sampah.
Diceriakan dengan (inovasi lukisan).
Sesuai digunakan dan tidak cerun.

SKALA
2 3 4

SKALA
2 3 4

1
2
3
4
5

1
2
3
4
5

d) Mural keceriaan dalam bentuk lukisan mural.


Lukisan dilukis dengan cantik dan menarik
Semua lukisan bermotif.
Lukisan menarik dan berilmu manfaat.
Dilukis ditempat yang sesuai dan mudah dilihat.
Tidak kelihatan suram dan membosankan.

e) Info Dipamerkan
Pihak sekolah menyatakan tentang laluan kecemasan di
tempat yang sesuai dan nampak.
Diadakan sudut kenyataan dan organisasi sekolah.
Sebarang laluan selamat digunakan dan bersih.
Prosedur Keselamatan dipamerkan.
Penyelenggaraan dijalankan secara berkala.

830727025165001

16

CATATAN
5

CATATAN

CATATAN
5

CATATAN
5

HBHE 3203

Terima kasih di atas kerjasama anda


BORANG MAKLUM BALAS PEMANTAUAN DAN PEMERIKSAAN TAHAP
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI SEKOLAH
BORANG KAJISELIDIK (5)
Kami berterima kasih atas kesediaan para pelajar menjawab soal selidik ini. Dapatan
kajiselidik ini akan digunakan untuk meningkatkan kualiti kebersihan dan keselamatan di
sekolah.
ARAHAN:
Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( / ) pada petak yang disediakan.
Jantina :

Lelaki

Perempuan

Bangsa:

[
[

]
]

Melayu
India

[
[

]
]

Cina
Lain-lain

ARAHAN:
Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( / )berpandukan skala di bawah.
1
Sangat tidak
setuju
V.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

2
Tidak setuju

3
Tidak pasti

4
Setuju

BILIK DARJAH
a) Meja dan kerusi
Meja dan kerusi mencukupi dengan bilangan pelajar
didalam setiap kelas.
Meja dan kerusi tidak rosak.
Meja dan kerusi selamat digunakan.
Meja dan kerusi disusun teratur dan kemas.
Meja dan kerusi disusun mengikut kreativiti an menarik.
Meja berlapik / beralas meja.

b) Keceriaan Kelas
830727025165001

17

5
Sangat setuju

SKALA
2 3 4

CATATAN

SKALA
2 3 4

CATATAN

HBHE 3203
1
2
3
4
5

1
2
3

1
2
3
4
5

1
2
3
4
5

Keceriaan kelas diindahkan dengan mempamerkan hasil


kerja pelajar.
Semua kertas keceriaan disusun menarik.
Kelas sentiasa bersih.
Terdapatnya carta organisasi dan jadual tugasan harian.
Mempunyai cirri-ciri inovasi dan menarik.
c) Alat-alat Bantu Mengajar
Alat bantu mengajar sentiasa diselenggara.
Punca elektrik seperti set soket berada dalam keadaan
yang baik digunakan.
Terdapat carta inventori di tampal di papan kenyataan
setiap kelas.

d) Lampu dan kipas


Lampu dan kipas berfungsi dengan baik kesemuanya.
Bilangan lampu dan kipas munasabah dan mencukupi.
Terdapat jadual berkala bagi tujuan penyelenggaraan .
Tidak rosak dan boleh digunakan.
Tidak membahayakan pelajar.

e) Hiasan keceriaan kelas.


Pelajar menghias kelas dengan cantik dan menarik.
Terdapat jadual Tugas Harian dan dipamerkan dengan
menarik.
Terdapat sudut bacaan / mini perpustakaan di dalam kelas.
Pelajar menceriakan kawasan di luar bilik kelas dengan
meletakkan pasu bunga yang tersusun.
Susun atur meja guru menarik dan diceriakan.

830727025165001

18

SKALA
2 3 4

SKALA
2 3 4

SKALA
2 3 4

CATATAN
5

CATATAN
5

CATATAN
5

HBHE 3203

Terima kasih atas kerjasama anda


ANALISIS DATA
Laporan pemantauan dan penilaian Di Sekolah Menengah Langkawi yang terletak
di sebuah Pulau Langkawi,Kedah. Di Sekolah Menengah Langkawi, amalan kebersihan
dalam kalangan murid telah disemai dengan beberapa papan tanda dan slogan telah
diletakkan di pintu pagar bagi membakar semangat dan kecintaan pada sekolah,

Landskap Sekolah

830727025165001

19

HBHE 3203
Bagi memastikan amalan ini dilaksanakan secara berterusan, pihak pentadbir
sekolah telah membentuk ahli jawatankuasa Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS).
Jawatan kuasa PBSS telah membuat pemantauan dan penilaian PBSS dan mendapat
dapatan yang diperolehi ialah 78 % iaiitu kategori Anugerah Perak. Pada keseluruhannya
banyak perkara yang perlu ditambah baik dalam program PBSS. PBSS ini memberi
peluang kepada warga sekolah merasai hakikat bahawa keceriaan itu sememangnya ada
dalam pendidikan. Tanpa mengira dalaman mahupun luaran, program PBSS dilihat
mampu menyerlahkan keceriaan sesebuah sekolah yang menyertainya menerusi
penekanan kepada meningkatkan enam aspek utama program tersebut.
Program PBSS dilaksanakan di sekolah bukan sahaja telah berjaya menambahkan
keindahan dan keceriaan sekolahnya, malah turut merapatkan hubungan sesama pihak
sekolah dan juga dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat
setempat. Penilaian dan Pemantaun Program Bersepadu Sekolah Sihat amat
menitikberatkan segi tujuh aspek iaitu dari segi Pengurusan PBSS, Pelaksanaan PBSS
yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PBSS Kebangsaan, Persekitaran Fizikal Sekolah
(3K), Persekitaran Sosial (Iklim dan Budaya Sekolah), Penglibatan Komuniti dalam
PBSS, Kemahiran Kesihatan Diri dan Kemudahan Kesihatan di Sekolah.Sesebuah
sekolah yang ceria dari pelbagai segi bukan sahaja sedap di pandang mata atau
dibanggakan oleh warga masyarakat sekitarnya, malah yang lebih penting ia juga mampu
melahirkan pelajar yang sihat dan selamat semasa berada di dalam sekolah .Ini
bersesuaian dengan motto sekolah Sekolahku Syurgaku
Hasil daripada analisa penilaian dan pemantauan PBSS di sekolah mendapat
kekuatan yang dapat dilihat adalah kerjasama di antara pihak pentadbir serta guru- guru
dalam pengurusan dan pelaksanaan PBSS. Taklimat serta mesyuarat dilaksanakan bagi
memenuhi keperluan progam bersepadu ini disamping itu pengarah adalah tulang
belakang dan juga memberikan komitmen serta sokongan bagi menceriakan serta
memastikan kawasan sekolah selamat untuk murid- murid . Guru- guru juga memainkan
peranan yang dinamik dengan menampal pelbagai polisi kesihatan seperti anti dadah, anti
rokok dan banyak lagi. Pemantauan dan penilaian polisi kesihatan sekolah
menitikberatkan dan memberi kesedaran dan kefahaman kepada warga sekolah tentang
kepentingan kesihatan yang optimum dan pengamalan cara hidup yang sihat. Polisi
830727025165001

20

HBHE 3203
Kesihatan di sekolah mengesan masalah kesihatan, merawat, dan merujuk kes yang
memerlukan perhatian serta tindakan lanjut.
Pihak sekolah telah menjalankan pelaksanaan PBSS yang meliputi Program Susu
Sekolah, Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan Pergigian Sekolah, Program
3K, dan Sekolah Kawasan Larangan Merokok. Kekuatan kedua yang dapat dikenalpasti
adalah program- program yang disusun serta diatur oleh pihak sekolah dapat dijalankan
dengan jayanya. Sebagai contoh, program yang dapat dilaksanakan di sekolah ialah
program kesihatan, kebersihan dan keindahan (3K). PBSS juga menitikberatkan
keindahan, kebersihan dan keceriaan sekolah. Kesihatan dan Keceriaan Sekolah ini juga
adalah meliputi Program Sekolah Sihat.
Selain daripada keceriaan serta kemudahan yang terdapat di sekolah ini , ahli
jawatankuasa PBSS juga telah memantau persekitaran fizikal sekolah. Persekitaran
fizikal sekolah adalah seperti kantin, tempat pelupusan sampah, tandas, bilik khas, serta
bilik darjah. Semasa sesi pemantauan dan penilaian berlangsung, persekitaran fizikal
berada dalam keadaan yang bersih, teratur serta mengikuti piawaian borang pemantauan.
Pihak pentadbir sekolah telah mengambil inisiatif dengan memastikan persekitaran bersih
dan selamat untuk menggalakkan amlan kesihatan yang betul, mengurangkan risiko
penyakit berjangkit dan kemalangan di sekolah.Bagi memastikan persekitaran fizikal
kantin dalam keadaan yang bersih dan mematuhi peraturan kesihatan, pihak sekolah telah
menyediakan garis panduan kantin sekolah dan memastikan pihak kantin sekolah
mematuhi Pekeliling Pembangunan dan Bekalan.
Amalan kebersihan dan keselamatan di sekolah perlulah dilakukan dari pelbagai
peringkat iaitu, peringkat sekolah, pelajar dan komuniti. Pendidikan mengenai amalan
kebersihan dan keselamatan di sekolah ini harus diberikan kepada ahli masyarakat bagi
menjamin kesejahteraan kehidupan manusia, manakala pihak sekolah pula merupakan
institusi formal terpenting yang banyak mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan
manusia. Bermula di peringkat kanak-kanak lagi, individu diberikan didikan formal di
sekolah dengan pelbagai nama. Tujuan utama kanak-kanak ditempatkan di institusi
formal ini ialah untuk memastikan perhubungan mental, fizikal dan spiritual kanak-kanak
berkembang selaras dengan nilai dan norma masyarakat yang dianggotainya,
Perkembangan sekolah pula memainkan peranan yang penting dalam perkembangan
830727025165001

21

HBHE 3203
personaliti kanak-kanak. Proses pembelajaran formal yang berterusan bermula dari tahap
pertengahan kanak-kanak hinggalah ke tahap akhir remaja. Dan ini akan mempengaruhi
nilai, pengukuhan kendiri, tahap pencapaian, bentuk aspirasi dan lain-lain bentuk bentuk
kemahiran social dan psikologi yang diperlukan dalam kehidupan individu. Persekitaran
sekolah juga boleh menimbulkan pelbagai bentuk personaliti tidak sihat di kalangan
kanak-kanak dan kumpulan remaja apabila kewujudannya disalahgunakan.
Seterusnya, kekuatan yang dapat dilihat dari penglibatan komuniti di sekolah.
Komuniti Pembelajaran Sekolah (School Learning Community) merupakan satu komuniti
di sekolah yang terdiri daripada guru/pihak sekolah, pelajar, keluarga/ibu bapa dan
masyarakat yang bersama-sama terlibat untuk melakukan penambahbaikan terhadap
segala aspek di sekolah. Kajian mendapati bahawa penglibatan komuniti banyak
mendatangkan kebaikan kepada semua pihak antaranya menambahbaik keadaan iklim
dan prestasi sekolah, menguatkan ikatan persaudaraan, menggalakkan sokongan
masyarakat setempat terhadap sekolah dan meningkatkan prestasi pencapaian pelajar
dalam semua aspek di sekolah. Pihak sekolah telah melakukan perancangan pelbagai
program yang melibatkan ibu bapa di sekolah sama ada sebagai sukarelawan dalam
mana-mana aktiviti sekolah. Kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu bapa dalam
penganjuran dan pelaksanaan sesuatu aktiviti, secara tidak langsung akan menyumbang
kepada kejayaan pelajar. Misalnya program gotong-royong perdana yang mengambil
penyertaaan dari golongan ibubapa dan masyarakat luar.
Kekuatan seterusnya yang dikenalpasti adalah kemudahan kesihatan di sekolah
serta pelaksanaan program kesihatan di sekolah. Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS)
bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid serta warga sekolah
ke tahap yang optima. Pendidikan kesihatan sama ada pendidikan formal dan tidak
formal yang dilaksanakan di sekolah bertujuan untuk membentuk minat dan keinginan
serta mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan murid untuk kemajuan dan
kebaikan kesihatan mereka sendiri, keluarga dan masyarakat.
Tidak dinafikan terdapat halangan-halangan tertentu dalam merealisasikan hasrat
ke arah sekolah sihat. Salah satu halangan tehadap melaksanakan sesuatu projek
keceriaan dan pembersihan biasanya timbul daripada masalah kewangan. Dalam hal ini,
semua pihak patut bekerjasama termasuklah, pihak pentadbir, guru-guru, staf-staf
830727025165001

22

HBHE 3203
sekolah, para pelajar dan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) . Bagi menangani
masalah ini, pihak sekolah perlu berusaha mencari penaja, pelajar

pula boleh

menjalankan kutipan derma melalui program-program tertentu, guru-guru pula membantu


para pelajar menjalankan program-program amal.
Selain itu, mengadakan gotong-royong secara berkala, pertandingan keceriaan
kelas, membersihkan kawasan sekolah 5 minit sebelum kelas bermula, mampu
memastikan kebersihan dan keceriaan kelas di tahap yang baik.Disamping itu dengan
memberi pengiktirafan bersatatus bintang

yang dilikatkan pada papan kenyataan di

dalam kelas mampu memberi rangsangan kepada mereka untuk mengekalkan keceriaan
kelas mereka.
PBSS ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai
kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada
golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat
sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh
masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai
kesihatan. Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah
diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan
seterusnya dapat mengubahamalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat.Amalan ini
perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi PBSS dilancarkan di sekolah-sekolah di
Malaysia bagi membendung masalah keselamatan dan kesihatan para pelajar. Warga
sekolah di Malaysia bermaksud guru, pelajar, kakitangan sokongan, pentadbir sekolah,
kaunselor dan sebagainya. Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran tentang
keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan
tanggungjawab profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat berjalan dengan
baik. Pendedahan bagi menangani isu sekolah selamat secara berkesan dapat
dilaksanakan melalui ceramah, amali, lawatan, kursus dan latihan. Ia boleh disampaikan
kepada ibu bapa, pelajar dan warga sekolah. Antara kandungannya meliputi kemahiran
cara berkomunikasi, penyelesaian masalah, Kemahiran membuat keputusan, empati,
mengenalpasti kewujudan gangter, kemahiran perundangan dan lain-lain. Aktiviti
berbentuk arahan bermula daripada informal kepada formal dan dari perancangan dan
pelaksanaan.
830727025165001

23

HBHE 3203
Kawalan Keselamatan adalah bermaksud persekitaran yang menunjukkan
wujudnya kesedaran dan kawalan terhadap keselamatan serta mewujudkan rasa bebas
dari ancaman keselamatan. Iklim yang selamat dan sihat menggambarkan wujudnya
perancangan keselamatan sekolah melalui kawalan, sistem komunikasi, pengawasan,
lencana pengenalan diri, kad kebenaran, tanda nama pelawat dan kawalan dari pengawal
keselamatan. Bagi melicinkan pelaksanaan Program Bersepadu Sekolah Sihat, sekolah
hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) yang
keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan
kerajaan. Tugas utama jawatankuasa ini ialah memantau keperluan keselamatan di
sekolah yang bertujuan untuk mengenalpasti masalah, mencadang program atau polisi
sekolah selamat dan membantu dalam mengurusan sebelum dan selepas krisis berlaku.
Jawatankuasa ini juga boleh bertindak sebagai jawatankuasa pemandu untuk penilaian
kendiri dan perancangan.
Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha
secara bersepadu perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh guru besar sebagai pengurus
sekolah tetapi juga seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG,
pihak berkuasa Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan
dan bukan kerajaan. Strategi perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan
dalam proses yang berterusan tidak kira elemen-elemen yang menggugat keselamatan
berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita.
Dalam mengamalkan keselamatan diri dan persekitaran di sekolah semua pihak
perlu menggalas tanggungjawab bersama-sama. Sama ada pentadbir, guru, kakitangan
sekolah serta murid tahu apa yang perlu mereka lakukan sewaktu berada di kawasan
sekolah. Pihak sekolah juga sewajarnya mewujudkan prosedur keselamatan di setiap
kawasan sekolah yang penting seperti di kantin, makmal komputer, makmal sains,
perpustakaan, padang sekolah, stor sukan, tandas, dewan dan sebagainya bagi
memastikan agar tempat-tempat itu sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal.
Prosedur keselamatan juga bertujuan mewujudkan budaya selamat di sekolah dan
persekitaran secara berterusan dengan sokongan warga sekolah dan komuniti setempat.
Selain itu, ia dapat membangunkan kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk
melahirkan iklim sekolah yang kondusif untuk perkembangan potensi individu secara
830727025165001

24

HBHE 3203
menyeluruh dan bersepadu. Guru-guru bertanggungjawab mewakili pihak sekolah supaya
sentiasa mengingatkan murid-murid agar patuh kepada prosedur keselamatan yang telah
di tampal atau diletakkan di papan-papan kenyataan. Selain daripada itu, pengawasan
perlu dilakukan pada setiap masa supaya peraturan- peraturan tersebut tidak diengkari.
Selain itu sekolah berperanan menyebarkan maklumat dan pengetahuan mengenai
keselamatan kepada murid dan ibu bapa dari semasa ke semasa melalui perhimpunan,
mesyuarat, perjumpaan atau surat-surat siaran.
Dalam perhimpunan, guru boleh sentiasa mengingatkan murid-murid dengan
menerangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi supaya murid-murid
faham dengan lebih jelas. Galakkan mereka mematuhi segala arahan langkah-langkah
keselamatan setiap masa hingga menjadi amalan harian mereka. Pihak sekolah juga perlu
memastikan segala kemudahan yang disediakan berada sentiasa dalam keadaan baik dan
selamat. Antaranya melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa ke atas alat-alat dan
kelengkapan sekolah seperti kerusi meja, dapur, pendawaian elektrik, alat-alat
pertukangan, termasuk struktur bangunan sekolah itu sendiri supaya kerosakan dan
keadaan yang membahayakan dapat dikesan awal untuk dilakukan baikpulih. Pertolongan
atau bantuan dalam menghadapi kecemasan atau kemalangan juga perlu dipastikan ada
disediakan sama ada dalam bentuk ubatan atau tenaga manusia. Antara lain peranan
sekolah dalam memastikan keselamatan terpelihara ialah dengan menyelaras segala
kegiatan di sekolah supaya faktor keselamatan sentiasa dapat dikawal , mewujudkan satu
sistem penyimpanan rekod untuk mengumpul maklumat mengenai keselamatan di
sekolah

serta

menubuhkan

bertanggungjawab

merancang

sebuah
serta

jawatan
mengawasi

keselamatan

di

pelaksanaan

sekolah

yang

langkah-langkah

sebagaimana dinyatakan di atas.


Kesimpulannya prosedur keselamatan dilihat amat penting diwujudkan di seluruh
kawasan sekolah agar semuanya yang berlaku di sekolah berjalan dengan lancar dan
sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek
ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda
harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari seawal usia
di bangku sekolah. Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan
amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.
830727025165001

25

HBHE 3203

RUJUKAN:

1.

http://personajohor.blogspot.com/2010/04/kajian-kes-sekolahgemilang-program-3k.html

2.

http://terataksalju8182.blogspot.com

3.

www.slideshare.net/shamdaniswahi/contohborangpenil

4.

www.moe.gov.my/v/program-3k

830727025165001

26

Anda mungkin juga menyukai