Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMAS JAYA (1)

Telefon

: 07-3873853

JALAN PERMAS 1/9, TAMAN PERMAS JAYA

Faks

: 07-3882603
No. Ruj : JBA1063/200-1/2/1(
Tarikh : 05 Mei 2015

Kepada,
Pengerusi PIBG,
SK Permas Jaya 1,
Jalan Permas 1/9,
Taman Permas Jaya,
81750 Johor Bahru.
Tuan,
Memohon Sumbangan Perbelanjaan Penyelenggaraan Kecil Sistem Elektrik Bangunan Sekolah
Adalah dengan hormatnya, merujuk kepada perkara di atas.
2.
Berhubung permohonan tersebut, saya bagi pihak sekolah ingin memohon sumbangan dari pihak PIBG bagi
menampung perbelanjaan yang tidak mencukupi bagi proses penyelenggaraan kecil sistem elektrik bangunan
sekolah. Penyelenggaraan ini adalah bertujuan untuk memastikan murid-murid sekolah dapat mengikuti proses
pembelajaran dengan baik, selesa dan selamat sepanjang berada di sekolah. Perbelanjaan yang diperlukan untuk
menampung perbelanjaan tersebut ialah RM 4500.00 (Ringgit Malaysia Empat Ribu Lima Ratus Sahaja).
3.
Bersama-sama ini disertakan sebut harga proses penyelenggaraan sistem elektrik yang telah dilaksanakan
pada bangunan sekolah.
2. Kerjasama daripada pihak tuan untuk mempertimbangkan permohonan ini amat dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih .
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang Benar,
...
(KALSOM BT SALEH)
Guru Besar,
SK Permas Jaya 1,
81750 Johor Bahru.
.

Anda mungkin juga menyukai