Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
JURNAL
Bilangan Jurnal

: Ke- 2

Minggu Praktikum

:2

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 9.2.2015 HINGGA 13.2.2015


Tajuk Jurnal

: Murid mudah melupakan isi pelajaran yang lalu.

1. Masalah /Peristiwa:
Pada minggu ini, secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dijalankan dengan baik. Dan seperti yang telah dijangkakan, ketidakhadiran
pelajar pada minggu lepas telah mendatangkan sedikit sebanyak masalah dalam
pelajaran apabila mereka semua telah hadir pada beberapa hari pada minggu ini.
Di mana apabila diminta untuk mengimbas semula pelajaran yang lepas, mereka
telah sedikit sebanyak melupakan apa yang telah diajarkan.. Ini sedikit sebanyak
menjejaskan akitiviti pengajaran yang ingin disampaikan. Saya terpaksa memberi
tumpuan yang lebih kepada mereka untuk mengingati pelajaran yang lepas buat
seketika dan menyelitkan sedikit sebanyak pengajaran yang lepas agar mereka
tetap boleh mengikuti pelajaran seprti murid yang lain. Di samping boleh
mengukuhkan lagi kemampuan dan kefahaman murid yang telah sedia faham.

2.Analisis
Umumnya murid pendidikan khas memang mudah untuk mengingati dan
melupakan sesuatu pelajaran sekiranya tidak diulang dan diajarkan secara
berterusan.Ini kerana, biasanya tiadanya kesinamabungan pembelajaran di rumah
oleh ibu bapa menyebabkan murid leka bermain dan seterusnya melupakan ilmu
yang telah diajarkan oleh guru kepada mereka. Justeru, mahu atau tidak, guru harus
mengulang pelajaran dan memberikan banyak aktiviti pengukuhan agar mereka
dibiasakan mengingati dengan sesuatu pelajaran tersebut. Oleh sebab itu jugalah,
sesuatu pelajaran dan topik kadang kala memakan masa selama 2 minggu atau
lebih untuk dihabiskan bergantung kepada keupayaan murid.

3. Cadangan Tindakan Susulan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
Semasa di dalam kelas, saya telah membuat keputusan drastik dengan
menukarkan kedudukan murid yang saya rasakan kerap tidak memberikan tumpuan
di dalam kelas kepada kedudukan di hadapan sekali agar saya dapat memantau
murid tersebut dengan lebih jelas. Kesannya, murid tersebut lebih memberikan
tumpuan

dan

sekiranya

murid

tersebut

tidak

fokus,

saya

akan

cepat

menyedarkannya dari berkhayal di dalam kelasdan sentiasa mengadakan


perbincangan dua-hala antara murid dan guru. Di samping,saya akan memastikan
setiap pengisian dalam setiap topik yang ingin disampaikan akan difahami secara
mendalam terlebih dahulu. Saya juga akan membuat lebih banyak perbincangan
bersama guru pembimbing agar setiap masalah yang timbul dapat diatasi demi
melancarkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran kelak.

Disemak oleh Guru Pembimbing


oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :..............................................
Tandatangan :..............................................
Nama
Nama

:..............................................
:..............................................

Tarikh
Tarikh

:..............................................
:..............................................

Disahkan

Anda mungkin juga menyukai