Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Saban tahun, negara kita melahirkan beribu ribu graduan oleh institusi
institusi pendidikan. Namun, graduan hari ini perlu menerima kenyataan bahawa
memasuki sesebuah universiti dan lulus dengan segulung ijazah belum pasti menjanjikan
pekerjaan yang baik dan setaraf dengan kelulusannya. Graduan hari ini mengakui proses
mencari kerja menjadi lebih gagah, lebih panjang dan terutamanya untuk pemohon
graduaan lepasan universiti itu bersaing semakin hebat. Oleh itu, graduan menganggur
telah menjadi isu domestik dan sering diperkata katakan di media media massa.
Menurut pergertian, pengangguran boleh didefinikasikan sebagai kegagalan para graduan
untuk mendapatkan pekerjaaan bagi tempoh yang agak lama sehingga memakan masa
selama enam bulan atau lebih daripada itu. Menteri Pembangunan Usahawan dan
Koperasi mengatakan bahawa terdapat 42,995 siswazah masih menganggur pada tahun
2010. Untuk mengelakkan peningkatan peratus pengangguran di kalangan graduan,
punca punca pengangguran perlu diidentifikasikan.
Menurut hasil kaji selidik pelbagai pihak terutamanya pihak Jobstreet.com
mendapati bahawa soal gaji yang diminta terlalu tinggi, kelemahan berkomunikasi dalam
Bahasa Inggeris melalui pertuturan, penulisan dan pendengaran, kekurangan keyakinan
diri semasa menghadiri temu duga, kelemahan menguasai kemahiran soft skill, kurang
berfikiran secara kritikal, kurang kemahiran penggunaan ICT dan sebagainya.
Maka, setiap graduan harus memiliki pelbagai kemahiran yang penting dalam
mencari kerja untuk

Anda mungkin juga menyukai