Anda di halaman 1dari 19

2

Isi Kandungan
Bil.
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0

1.0

Teknik Nyanyian Fonasi


Nyanyian Solfa dengan Isyarat Tangan
Kaedah Baris Demi Baris
Aktiviti Improvisasi dan Soal Jawab
Analisis Skor
Rujukan

Teknik Nyanyian Fonasi

m/s
4
6
9
14
17
18

Fonasi merupakan salah satu aktiviti di mana bunyi vokal dihasilkan melalui percakapan atau
nyanyian. Ia melibatkan pergerakan kod vokal dan mekanisme pernafasan. Teknik nyanyian
fonasi adalah salah satu teknik nyanyian yang menggunakan bunyi fonasi untuk mengajar
nyanyian. contoh, bunyi vowel seperti a, e i, o dan u digunakan untuk menyanyi not-not muzik.
Proses fonasi biasanya berlaku semasa seseorang menghembus nafas keluar. Peringkat ini
dikenali sebagai peringkat attack. Dalam nyanyian, perkataan yang paling penting dalam
sesuatu frasa muzik adalah perkataan yang pertama yang memerlukan attack yang betul. Fonasi
yang betul seharusnya bermula dengan attack yang berlaku di apparatus pernafasan dan
bukannya di kerongkong.
Terdapat beberapa latihan yang boleh dijalankan berdasarkan senikata lagu BUNGA
BERKEMBANG bagi membantu murid-murid menyebut senikata tersebut dengan sebutan
mudah. Salah satunya adalah dengan membayangkan sedang meniup lilin pada kek hari jadi.
Mulakan teknik ini dengan menghembus keluar udara dan kemudian sebutkan bunyi ooo pada
pic yang selesa untuk anda.
Selain itu, boleh juga gunakan perkataan Biii untuk menyanyikan lirik Biarkan ini
bertujuan untuk membiasakan pelajar menyebut sesuatu perkataan itu dengan betul. Seterusnya
dengan singkatan perkataan lain sehingga murid dapat menyebut setiap lirik itu dengan jelas.
Suku kata boleh digunakan untuk memantapkan lagi sebutan pelajar ,contohnya suku kata yang
mempunyai perkataan b di hadapan seperti bih bah boh dan sebagainya untuk
menyanyikan pic-pic yang mudah seperti yang ditunjukkan dalam Skor 1 di bawah.

Bih bih bih bih

bah bah bah bah

Bunyi-bunyian huruf juga boleh diajar dalam nyanyian ,teknik fonasi. Latihan fonasi yang
menyeluruh haruslah merangkumi kesemua 26 huruf. Maka dalam setiap latihan, abjad-abjad
yang lain haruslah disertakan dalam kelas-kelas nyanyian fonasi. Skor di bawah menunjukkan
cara untuk mengajar bunyi vowel dengan menggunakan teknik nyanyian fonasi.

Skor di atas adalah salah satu contoh teknik nyanyian fonasi. Dalam teknik ini, pic yang diberi
adalah pic C Natural. Pic untuk latihan ini ditetapkan pada C Natural kerana ia adalah pic yang
selesa untuk kebanyakan jenis suara pelajar sekolah rendah. Pic tidak boleh ditukar untuk setiap
detik kerana ini akan mengelirukan pelajar. Untuk latihan fonasi ini, fokusnya haruslah tertumpu
pada bunyi fonasi yang betul dan bukanya pic setiap not. Oleh itu, semasa menyediakan latihan,
jangan menguji terlalu banyak elemen muzik pada satu masa kerana ini akan mengelirukan
pelajar. Walau bagaimanapun, dalam latihan ini terdapat sedikit variasi ritma dalam bar 2 dan 4.
Ini adalah untuk menguji kepekaan pelajar semasa menjalankan latihan ini.

Kanta kunci
lo - [lo] kasi

ro - [ro] tan
5

2.0

Nyanyian Solfa dengan Isyarat Tangan

Nyanyian solfa adalah satu set silibel yang mewakili bunyi satu pic dan hubungannya sesama pic
yang lain. Silibel ini adalah Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do. Mengikut Kodaly, nyanyian solfa
ini dapat membantu pelajar mengenali pic not dan hubungan satu not dengan not yang lain.
Sebagai seorang guru haruslah fasih dengan isyarat bagi setiap not sebelum memulakan kelas.
Pelajar-pelajar harus digalakkan untuk menggunakan tangan dominan mereka untuk
menunjukkan isyarat tangan ini. Pelajar yang menulis dengan tangan kanan harus menggunakan
tangan kanan mereka dan pelajar yang menggunakan tangan kiri untuk menulis haruslah
menggunakan tangan ini untuk menunjukkan isyarat.
Untuk mengajar isyarat tangan Curwen, kedua-dua tangan digunakan untuk menunjukkan pic
yang berlainan. Sebagai contoh, untuk not Do yang berada di oktaf yang lebih tinggi, tangan
haruslah berada di bahagian dahi kepala. Untuk not Do biasa, letakkan tangan di bahagian
pinggan atau perut semasa menunjukkan isyarat tangan. Ini adalah untuk membezakan antara
kedua-dua oktaf bagi not yang sama.
Tangan kiri boleh digunakan untuk menunjukkan pic yang tetap seperti Do dan tangan kanan
boleh digunakan untuk menunjukkan pic Do-So-Do. Dengan cara ini, pelajar akan memahami
kedudukan setiap pic dalam skel muzik. Mereka akan memahami bahawa untuk menunjukkan
pic Do pada oktaf tinggi, mereka harus meletakkan tangan pada bahagian dahi kepala dan untuk
menunjukkan pic Do yang berada satu oktaf di bawah, mereka harus memposisikan tangan pada
bahagian pinggang. Isyarat tangan ini adalah untuk memberi kedudukan fizikal bagi setiap pic
not. Isyarat untuk Do yang pertama adalah pada bahagian perut dan isyarat untuk pic-pic yang
selanjutnya adalah lebih tinggi daripada pic yang sebelumnya. Oleh itu semasa pic menaik,
kedudukan isyarat tangan juga menaik. Ini adalah untuk menunjukkan kepada pelajar bahawa
pic-pic Do, Re, Me, Fa, So, La, Ti dan Do sedang bergerak dalam urutan menaik.
Latihan-latihan lain yang menggunakan isyarat tangan Curwen, seorang guru boleh
membahagikan kelas kepada dua bahagian dan menjalankan latihan tangan yang menunjukkan
jeda yang berlainan dan latihan intonasi. Gunakan isyarat tangan Curwen untuk mengajar pic-pic
not bagi lagu-lagu yang mudah.
6

Guru juga perlu mendemonstrasikan kedudukan pic-pic ini dengan menggunakan isyarat tangan
Curwen sambil menyanyikan pic itu. Teruskan kelas dengan menyuruh pelajar-pelajar meniru
isyarat tangan yang ditunjukkan. Pastikan setiap pelajar membuat isyarat untuk setiap pic pada
kedudukan dan posisi tangan yang betul sebelum meneruskan ke pic yang seterusnya.
Setelah pelajar-pelajar telah fasih dengan nyanyian solfa sambil menggunakan isyarat tangan
teruskan untuk memperkenalkan beberapa latihan mudah yang akan menguatkan lagi
pemahaman mereka. Pelajar-pelajar yang telah fasih dengan nyanyian solfa dengan isyarat
tangan yang mudah, gunakan lagu-lagu kanak-kanak yang popular sebagai latihan yang lebih
mencabar.
Contoh kaedah mengajar nyayian solfa Bunga Berkembang

So

la

ti

so re do

mi

fa so

la fa mi

So

la

ti

so re do

mi

fa

la do

ti ti ti ti ti la ti so

me re

so

ti la

la la la la la so fa la do

mi re

ti ti ti ti ti la ti so

me re

la la la la la so fa la

Contoh isyarat tangan Curween

3.0

Kaedah Baris Demi Baris

Guru terlebih dahulu perlu memperkenalkan pelajar kepada nadi lagu dalam meter lagu yang
betul agar mereka dapat merasa nadi lagu itu. Ini akan memudahkan pengajaran melodi lagu.
Kaedah pengajaran baris demi baris adalah penting bagi pelajar-pelajar tahap satu dan dua yang
tidak mempunyai pengalaman muzik yang luas. Daya ingatan muzikal mereka adalah pendek
maka mereka tidak akan dapat mengingati frasa-frasa yang panjang.
Untuk mengajar mengikut frasa, guru harus menyanyikan atau memainkan frasa yang
pertama untuk pelajar. Contoh frasa pertama untuk lagu Bunga Berkembang adalah biarkan
bunga berkembang. Frasa ini hendaklah dinyanyikan dalam nada, melodi dan irama yang betul
agar pelajar dapat menyanyikan balik frasa ini dengan betul. Selepas guru menyanyikan frasa
yang pertama, pelajar dikehendaki untuk menentukan pic yang tertinggi dan pic yang terendah
dalam frasa pertama yang dinyanyikan oleh guru. Berikut adalah frasa-frasa dalam
memperkenalkan lagu berdasarkan baris demi baris bagi lagu Bunga Berkembang dengan
garisan merah yang menunjukkan pic (kontur melodi) tinggi dan rendah.

Sepuluh urutan memperkenalkan lagu mengikut pic tinggi dan rendah

Biarkan bunga berkembang


Frasa 1

10

Di atas tangkainya
Frasa 2

Ja-nganlah di-pe-tik sa-yang


Frasa 3

Nan-ti kau me-ra-na


Frasa 4

11

Frasa 5

Frasa 6

Se-nga-ja a-ku nya-nyi-kan


Frasa 7

12

Lagu yang syahdu


Frasa 8

Se-la-lu a-ku ba-yang-kan


Frasa 9

Wa-jah mu nan a-yu


Frasa 10

13

4.0

Aktiviti Improvisasi dan Soal Jawab

Improvisasi

adalah amat penting kearah untuk mencipta pembangunan muzikal yang

menyeluruh dalam seseorang pelajar. Improvisasi adalah skil muzikal yang amat penting kerana
ia dapat memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang pelajar. Imrpovisasi
juga menunjukkan tahap pemahaman muzikal seseorang pelajar. Proses ini memerlukan pelajarpelajar untuk menghasilkan bunyi, irama, atau melodi dengan menggunakan pengalaman
muzikal dan daya imaginasi mereka. Improvisasi boleh berlaku pada setiap peringkat
pembelajaran. Ia tidak seharusnya hanya berlaku selepas mereka belajar untuk membaca notasi.
Menurut Orff, proses improvisasi boleh berlaku dalam peringat permulaan seseorang pelajar
diperkenalkan kepada alam muzikal seperti bunyi, ritma dan sebagainya. Mereka harus diajar
untuk membuat corak-corak improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi
mereka.
14

Contoh aktiviti improvisasi.


Guru boleh meminta murid membuat improvisasi sendiri dengan menyambung lagu yang
diberikan oleh guru dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Sebagai contoh lagu di
bawah (a) adalah lagu yang biasa kita dengar, manakala (b) adalah lagu yang telah dibuat
improvisasi ke atasnya.

a)

b)

15

Aktiviti soal dan jawab boleh dilakukan selepas semua pelajar di dalam kelas telah mahir dengan
corak-corak irama mudah, barulah diteruskan dengan aktiviti soal jawab seperti di bawah.
Contoh aktiviti soal jawab yang mudah.
Guru menyanyi Hai murid-murid menggunakan pic yang bersesuaian seperti so dan mi.
Kanak-kanak seterusnya meniru melodi tersebut di pic yang sama. Guru seterusnya meneruskan
dengan ayat bermelodi yang berlainan seperti Apa khabar kamu yang kemudiannya ditiru oleh
kanak-kanak. Selepas beberapa contoh ayat bermelodi guru akan melatih kanak-kanak supaya
16

menjawab ayat-ayat bermelodi tersebut dengan membina ayat-ayat bermelodi sendiri. Contohnya
adalah apabila guru mengiramakan ayat Siapa kamu?, kanak-kanak akan menjawab Saya Ali.
Melodi yang digunakan di peringkat ini adalah sama sebelum kanak-kanak membina melodi nya
sendiri.
Selain itu satu lagi aktiviti soal jawab corak berirama ialah dengan membahagikan kelas kelas
kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan. Kumpulan lelaki menepuk satu corak irama
dan kumpulan perempuan akan membalas dengan sebutan berirama.

5.0

Analisis Skor

Berdasarkan skor lagu Bunga Berkembang ianya menggunakan elemen Tekstur Homofoni. Di
mana suara nyayian diiringi oleh kod-kod alat muzik. Daripada skor lagu Bunga Berkembang
yang di beri nyanyian adalah berbentuk solo dan ianya pula dimainkan oleh alat muzik.
Dari segi elemen bentuk pula lagu Bunga berkembang ini adalah dalam bentuk ABA (Tenari).
Berdasarkan liriknya ianya terdapat tiga bahagian iaitu bahagian A bahagian B dan bahagian
ketiga sebagai A kerana bahagian ketiga adalah ulangan dari bahagian yang pertama.
17
A

6.0

Rujukan

Anderson William M, Joy E.(1991). Intergrating music into the classroom:


California, A division of Wadsworth, Inc.

Johami Abdullah (1993). Pendidikan muzik semasa.Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

18

Khalijah Mohamed. Hasil kumpulan nota pendekatan Kodaly.


Kuala Lumpur.

Lois Chosky. (1986). Teaching music in the twentieth century. New Jersey:
Prentice-Hall,Inc.

19

Anda mungkin juga menyukai