Anda di halaman 1dari 3

Fungsi, peranan dan agensi atau jabatan kerajaan yang berkaitan

dengan peraturan dan perundangan bengkel.


- Kod-kod keselamatan biasanya telah disediakan oleh pihak yang
memberikan sesuatu perkhidmatan , misalnya bekalan elektrik dinegara kita
mematuhi peraturan-peraturan elektrik berdasarkan Institut Kejuruteraan
Elektrik United Kingdom (I.E.E), Peraturan Elektrik 1951, Peraturan
Keselamatan Ordinan Elektrik 1949, Peraturan Elektrik Lembaga Bekalan
1949 dan Akta Jemaah Pemeriksan Elektrik 277 1983, 1984 dan SIRIM.
- Sebuah bangunan mestilah mempunyai peraturan keselamatan yang
disediakan oleh pihak bomba.
- Antara lain, peraturan itu mempunyai perkara-perkara yang berikut:
a. Pintunya mestilah tahan kebakaran
b. Disediakan alat pemadam kebakaran
c. Diadakan dua pintu masuk dan keluar dan arah yang berlainan
d. Bangunan yang menggunakan lif mestilah disediakan dengan tangga dan
dua arah yang berlainan
- Sebelum memulakan sesuatu kerja pemasangan atau membaiki alat
kelengkapan, seseorang juruelektrik mestilah memahami dan membiasakan
diri dengan peraturan-peraturan keselamatan yang terlibat untuk melindungi
pengguna, peralatan, bangunan dan pemasangan daripada bahaya dan
kemalangan.
- Berikut disenaraikan beberapa contoh kod-kod pemasangan dan baik pulih
alat-alat elektrik.
- Kod ini berdasarkan buku peraturan I.E.E. edisi ke 15 dan akta 277, jemaah
pemeriksa elektrik 1984

a. Pemeriksaan dan pengujian hendaklah dijalankan terhadap pemasangan


berikut:
Pemasangan elektrik yang baru
Pemasangan tambahan atau ubahsuaian
Pemasangan sementara setelah tamat tempohnya
Pemasangan sedia ada mengikut permintaan dan arahan

b. Pengalir dan perkakas yang digunakan mestilah sesuai saiznya pada kadar
arus yang diperlukan
c. Pengalir itu mestilah mempunyai penebatan yang baik dan diberikan
perlindungan tambahan jika difikirkan perlu
d. Fius atau pemutus litar mestilah dipasang pada setiap litar akhir, bagi
melindungi arus lebih atau kebocoran arus di litar itu.
e. Suis satu kutub dipasang hanya pada pengalir hidup
f. Setiap pemasangan mestilah mengadakan suis pemencil yang dapat
memutuskan kesemua bekalan sewaktu berlaku sesuatu kemalangan.
g. Di kawasan lembap dan berair pembumi rangka dan kerja logam tetap
mesti diadakan, misalnya paip air, paip gas dan sebagainya.
h. Pendawai elektrik mestilah memperolehi Sijil Pemasangan daripada pihak
berkuasa sebelum memasang sesuatu pendawaian.

Sumber:
http://haradjkhblogspotcom-radin.blogspot.com/2009/03/organisasi-dankeselamatan-bengkel.html

Kepentingan peraturan dan perundangan bengkel


KEPENTINGAN :

Membantu proses Pengajaran & Pembelajaran


Mengelakkan kemalangan
Memudahkan aktiviti/amali/projek dijalankan
Mengemaskini bekalan alatan dan bahan
Menentukan peralatan memenuhi spesifikasi

Tujuan guru mengorganisasi bengkel:


1) Untuk mewujudkan suasana pebgurusan bengkel yang lebih teratur dan
tersusun. Kerjasama di antara guru-guru akan menjamin kesempurnaan
pengurusan bengkel.
2) Menyusun pembahagian atau agihan tugas dalam bengkel kerana fungsi
sesebuah bengkel di sekolah juga seperti sebuah kilang pengeluaran yang
melibatkan pelbagai kerja dan tugas. Tujuan ini adalah penting kerana tugas-

tugas dalam bengkel seperti penyelenggaraan, stor, inventori dan


sebagainya dapat dilaksanakan dengan sempurna.
3) Untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan dalam bengkel. Melalui struktur organisasi bengkel, ketua bengkel
dapat menyediakan senarai penyelenggaraan mesin dan alat, bilangan
peralatan dalam bengkel. Kesemua ini boleh membantu dalam P&P.
4) Organisasi bengkel yang berkesan boleh menghasilkan produk yang lebih
bermutu, menjimatkan bahan dan masa yang diperlukan untuk
melaksanakan kerja amali seperti mana yang dirancang. Guru akan
berbangga dengan bengkel yang mereka bangunkan.