Anda di halaman 1dari 4

3 Haiwan Peliharaan yang Luar Biasa

1. Lynne (dan 7 yang lain) : Zirafah Rothschild yang berkongsi meja


makan dengan sebuah keluarga.

Kebiasaannya, sebuah meja makan akan dipenuhi dengan sebuah keluarga lengkap.
Anak kecil dan ibu bapa yang sama-sama menikmati roti dan jus oren di pagi hari.
Namun keadaan sedikit berbeza apabila seekor zirafah menjulurkan kepalanya ke
dalam ruang makan untuk sama-sama menikmati sarapan pagi. Malah, keluarga ini
turut berkongsi rumah mereka dengan lapan lagi zirafah Rothschild lain yang mana
ianya antara spesies yang jarang ditemui di dunia ini.
Sambil dibayangi keindahan Gunung Kilimanjaro, haiwan tertinggi di dunia
ini bebas berkeliaran di estet mereka yang berkeluasan 140 ekar dan menjadi
pengunjung tetap di rumah dengan gaya Inggeris yang telah dibina sejak era kolonial
lagi. Setiap hari sekitar sebelum pukul 9 pagi, haiwan-haiwan mamalia ini akan
berkeliaran disekeliling rumah dan munghulurkan kepala melalui tingkap dan pintu
untuk mencari sarapan pagi. Pemilik haiwan ini, Tanya dan Mikey Carr-Hartley
berkongsi meja makan dengan haiwan tersebut. Mereka mengenali kesemua zirafah
mereka dengan nama masing-masing : Lynne adalah ketua bagi kawanannya dan
sangat gigih untuk mendapatkan makanan daripada pemilik mereka.

2. Nils Olav : Kesatria Penguin

Penguin Nils Olav telah menjadi ahli kehormat dan maskot bagi Pengawal Raja
Norway sejak 1972. Selepas lebih 35 tahun berkhidmat, dia dianugerahkan gelaran
Kesatria di Zoo Edinburgh. Dalam majlis tersebut, Nils diletakkan pedang disisi
kepalana, di mana sepatutnya menjadi bahunya, bagi mengesahkan kesatriaan
regimennya. Petikan dari King Harald dari Norway ada menyebut bahawa Nils
merupakan penguin yang benar-benar layak menerima darjah penghormatan dan
martabat kesatriaan.

3. Nick Boing : Kambing biri-biri yang tidak dapat menyesuaikan diri


dengan biri-biri yang lain.

Apa agaknya yang berlaku apabila seekor haiwan tidak serasi dengan spesiesnya
sendiri? Ia akan cuba untuk masuk ke dalam situasi manusia dan menjadi seekor
haiwan peliharaan yang pelik! Inilah yang berlaku pada seekor kambing biri-biri
Nick Boing, haiwan peliharaan yang luar biasa dengan nama yang unik. Kisah Nick
bermula kira-kira tiga tahun yang lalu semasa pemiliknya, David Palmer dan
keluarga melawat Goldcliff Nature Reserve di Newport, Wales. Mereka terjumpa
seekor biri-biri yang baru lahir dalam rumput yang tinggi di tanah rizab tersebut.
Mereka mengambil biri-biri tersebut dan cuba meninggalkannya di sebuah ladang
berdekatan, namun biri-biri tersebut enggan pergi dan terus mengikut keluarga
Palmer sehingga mereka mengambil keputusan untuk membawanya pulang. Dan
haiwan tersebut kekal bersama mereka sehingga kini!

Walaupun Palmers pernah cuba membawa biri-biri tersebut kembali ke


ladang sebanyak dua kali, namun ianya tidak berhasil apabila kambing tersebut
enggan tinggal bersama biri-biri yang lain. Mereka akhirnya menyerah kalah. Kini
Nick Boing menghabiskan masa sehari-hari dengan duduk di pintu hadapan rumah
dan melihat apa yang berlaku di sekelilingnya. Apabila malam menjelma, ia akan
duduk di sofa keluarga tersebut dan menonton televisyen bersama. Nick mempunyai
rumah sendiri lengkap dengan permaidani dan tingkap di halaman rumah, namun
ia hanya akan pergi ke sana dengan berat hati setelah ditolak keluar pada waktu
malam dan juga selepas makan.

Anda mungkin juga menyukai