Anda di halaman 1dari 25

INSTITUT PENDIDIKAN

GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN


AFZAN
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
(SEKOLAH RENDAH)

PJM 3112
PENGURUSAN DAN
PENTADBIRAN PENDIDIKAN
JASMANI DAN SUKAN
NAMA
UNIT
PENSYARAH
TARIKH SERAHAN

: NOR HAZIRAH BINTI MOHAMMAD NASIR


870504-29-5308
: PISMP PRASEKOLAH MUZIK
SEMESTER 5 2010
: ENCIK ABDUL HALIM BIN ABDUL WAHAB
: 17 JANUARI 2010

HALAMAN JUDUL

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH)

JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, Bersyukur Kami Ke Hadrat Ilahi Kerana Dengan
Limpah Izin Dan Kurnianya Dapat Juga Kami Menyiapkan Kerja
Kursus Berasaskan Ilmu Program V Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Ini Dengan Jayanya.
Ucapan Terima Kasih Yang Tidak Terhingga Kepada Pensyarah
Yang Banyak Memberikan Dorongan Dan Tunjuk Ajar Kepada Kami
Dalam Proses Menyiapkan Tugasan Ini. Input Input Yang Bernas
Dan Berguna Daripada Beliau Banyak Membantu Kami Sepanjang
Proses Menyiapkan Tugasan Ini.
Terima Kasih Yang Tidak Terhingga Juga Kami Ucapkan Kepada
Ahli Keluarga Atas Bantuan Kewangan Dan Sokongan Moral Dalam
Menyiapkan Tugasan Ini. Dorongan Daripada Ahli Keluarga Banyak
Membantu Kami Untuk Menyiapkan Tugasan Ini.
Akhir Sekali, Terima Kasih Juga Kami Ucapkan Buat Teman
Teman Sekelas Yang Banyak Membantu Dan Mencurah Idea Dalam

Menyiapkan Tugasan Ini Dengan Sepenuhnya. Terima Kasih Buat


Semua..
Wassalam

HALAMAN PENGAKUAN

SAYA AKUI BAHAWA KARYA INI ADALAH HASIL KERJA SAYA SENDIRI KECUALI
NUKILAN DAN RINGKASAN YANG TIAP TIAP SATUNYA TELAH SAYA JELASKAN
SUMBERNYA.

TANDATANGAN

NAMA PENULIS :

NOR HAZIRAH BINTI MOHAMMAD NASIR


870504-29-5308

TARIKH

GANG
GUAN

DALA
M
SUKA
N

1.0 DEFINISI GANGGUAN DALAM SUKAN

Gangguan adalah bermaksud sesuatu yang menganggu atau menghalang


seseorang untuk melakukan sesuatu perkara . Gangguan dalam sukan pula adalah
melibatkan seseorang atlit itu tidak dapat melakukan sesuatu acara itu dengan baik
disebabkan gangguan atau halangan yang tertentu. Contohnya halangan dari individu
itu sendiri atau pihak lain.

2.0 JENIS-JENIS

GANGGUAN

DALAM

SUKAN

Terdapat dua jenis gangguan iaitu gangguan dalaman dan gangguan


luaran. Gangguan dalaman adalah berpunca daripada individu itu sendiri seperti terlalu
memikirkan kesilapan lalu yang akan menyebabkan seseorang atlit itu hilang
konsentrasi. Selain itu, memikirkan acara yang akan berlangsung juga merupakan
antara gangguan dalaman iaitu terlalu memikirkan perkara yang negatif. Atlit yang
bermain di bawah tekanan juga menyebabkan mereka menghadapi gangguan dalaman.
Contohnya tekanan dari semua pihak yang meletakkan harapan yang tinggi kepada
pemain. Selain itu, keletihan juga adalah salah satu gangguan dalaman. Contohnya,
permainan yang berlanjutan sehingga masa tambahan menyebabkan pemain
mengalami keletihan dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada permainan.

Gangguan luaran pula adalah apabila pemain mengubah haluan tumpuan


daripada kiu yang berkaitan dengan permainan kepada rangsangan persekitaran.
Gangguan visual merupakan salah satu gangguan luaran. Gangguan visual adalah apa
yang berada di hadapan dan sekeliling mereka yang menyebabkan seseorang pemain
itu hilang tumpuan. Penonton khususnya boleh menjadi gangguan kepada pemain.
Gangguan bunyi juga adalah salah satu gangguan luaran. Contohnya sorakan
penonton, pengumuman, bunyi telefon bimbit, perbualan penonton dan sebagainya.
Permainan golf contohnya memerlukan suasana yang senyap supaya tidak menganggu
konsentrasi pemain. Selain itu, gamesmanship juga merupakan gangguan luaran.
Gamesmanship adalah pemain melemahkan keyakinan lawan.

Contohnya, pemain

menggunakan strategi tipu helah, ugutan fizikal dan lisan, melengahkan masa, dan
menghina pihak lawan.

3.0 FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN DALAM


SUKAN
Faktor-faktor

yang

menyebabkan

gangguan

dalam

sukan

adalah

pemikiran negatif seseorang individu itu sendiri. Contohnya, mereka terlalu memikirkan
hal-hal lain yang tidak bersangkutan dengan diri mereka dan seterusnya mereka tidak
dapat menumpukan perhatian kepada bidang mereka.

Selain itu, kurang keyakinan diri juga merupakan satu gangguan dan
menyebabkan mereka akan lebih cenderung cemas dan bimbang tentang bagaimana
hendak melakukan sesuatu kerja dengan baik. Gangguan lain juga adalah mereka tidak
mempunyai matlamat yang jelas dan realistik. Kecederaan juga merupakan gangguan
dalam sukan. Atlit yang cedera mudah menunjukkan rasa marah, ketakutan, kurang
keyakinan diri dan tidak dapat menyesuaikan diri. Ganjaran negatif seperti cemuhan,
hukuman, kritikan juga mempengaruhi prestasi seseorang atlit itu.

Gangguan lain juga adalah keraguan iaitu peningkatan perasaan takut


terhadap beberapa ancaman atau ugutan yang tidak jelas dan ini terbentuk daripada
perasaan tidak pasti dan putus asa. Kekecewaan juga merupakan satu gangguan .
Contohnya seperti masalah peribadi, keadaan pertandingan dan keadaan pertandingan
dengan pasukan lawan yang sedang menuju kemenangan. Gangguan yang seterusnya
adalah ketua pasukan kurang berkualiti iaitu kurang bertanggungjawab dan selalu
menyalahkan anggota-anggotanya, mencari masalah atau tidak dapat menentukan
matlamat dan tujuan anggota-anggotanya.

Selain itu, tidak ada persiapan mental dan fizikal yang cukup juga
merupakan salah satu gangguan dalam sukan . Persiapan mental dan fizikal adalah
penting untuk menumpukan perhatian dalam permainan. Gangguan seterusnya adalah
masalah dalam pasukan seperti selisih faham, pertikaian, perebutan kuasa dan tidak
ada semangat berpasukan. Sikap penonton juga menyumbang kepada gangguan
kepada seseorang atlit itu. Contohnya, penonton terlalu mengejek, menggunakan katakata kasar dan jumlah penonton pasukan lawan terlalu banyak

4.0 DEFINISI KEAGRESIFAN


Tingkah laku agresif ialah tingkah laku yang mempunyai hubungan
dengan merosakkan atau mencederakan kehidupan lain dan ia memenuhi empat
criteria iaitu tingkah laku sebenar, perkara yang melibatkan kecederaan dan
kemusnahan, melibatkan benda hidup dan niat. Terdapat empat teori yang menjelaskan
bagaimana tingkah laku agresif berlaku. Teori yang pertama ialah teori instinct, teori
frustration Aggression, teori social learning dan teori frustration Aggression yang dikaji
semula. Teori tersebut bukan sahaja menyebabkan pemain menjadi agresif tetapi
termasuk juga penonton.

Istilah keagresifan boleh digunakan dalam banyak cara sama ada dalam
sukan atau senaman. Menurut Gill,1986, istilah ini telah menarik perhatian secara
automatic sekumpulan orang dan seterusnya akan menghasilkan penilaian positif dan
negatif serta tindak balas beremosi. Akan tetapi, kebanyakan sikap agresif dalam situasi
sukan dan aktiviti fizikal bergantung kepada interpretasi iaitu sama ada baik atau tidak
baik. Misalnya dua orang yang sedang menyaksikan perlawanan yang sama mungkin
mempunyai pendapat yang berbeza sama ada gerakan yang dilakukan oleh atlet itu
adalah tindakan yang baik atau tidak baik.

Menurut Martens (1979), telah mendefinisikan keagresifan sebagai


tindakan yang bermatlamat untuk mencederakan makhluk atau organism hidup.
Manakala, bagi Kaufmann dipetik dalam (Martens 1979) pula telah mendefinisikan
keagresifan sebagai tindakan yang mesti tepat ke arah sasaran hidup dan penyerang
haruslah mempunyai harapan atau kemungkinan subjektif yang melebihi aras kosong
untuk mencapai sesuatu objek dan melepaskan ransangan membahayakan kepada
objek tersebut.

Selain

itu,

menurut

Baron

dan

Richardson

(1994),

keagresifan

didefinisikan sebagai sebarang tindakan yang membawa kepada keinginan untuk


mencederakan seseorang atau menyebabkan orang lain bertindak untuk mengelakkan
tindakan tersebut. Malah, menurut Gill (1986), terdapat empat criteria yang
menyebabkan berlakunya keagresifan. Antaranya ialah keagresifan, merupakan satu
tingkah laku yang mana wujud satu perlakuan oleh seseorang kepada objek tertentu. Ia
melibatkan atau menyebabkan kecederaan hasil daripada tingkah laku agresif. Selain
itu, sasarannya adalah kepada benda hidup dan akhir sekali ia melibatkan niat yang
mana seseorang itu mempunyai niat yang mana seseorang itu mempunyai niat untuk
berlaku agresif dalam sesuatu aktiviti sukan atau aktiviti fizikal.

5.0 JENIS-JENIS KEAGRESIFAN


Menurut Husman dan Silva (1984), terdapat dua jenis keagresifan iaitu
keagresifan reaktif dan instrumental. Keagresifan reaktif bertujuan untuk menyebabkan
kecederaan atau menyebabkan seseorang menghadapi kecederaan psikologi. Manakal
keagresifan instrumental pula ialah proses mencapai sesuatu objektif tetapi bukan
bermatlamatkan kea rah keganasan. Namun kebanyakan keagresifan yang berlaku
dalam sukan berbentuk instrumental. Misalnya seorang jurulatih bola keranjang menjerit
time-out apabila seorang pemain pihak lawan didapati batal dan cuba menyebakan
ketidakselesaan psikologi dan persembahan yang kurang baik kepada pihak lawan.

Menurut Teori Instinct (Gill, 1986), setiap manusia mempunyai perasaan


atau sifat untuk menjadi agresif di mana perasaan ini boleh bertambah dan meningkat
sehinggakan ia perlu ditunjukkan atau diluahkan dengan terus kepada sesuatu objek.
Perasaan ini sama ada boleh ditunjukkan atau diluahkan dengan terus atau menyerang
benda hidup lain untuk melepaskan perasaan ini atau diganti dengan catharsis di mana
kemarahan dilepaskan secara sosialnya yang boleh diterima dalam sukan.

Oleh itu, bagi ahli teori ini, sukan dan senaman memainkan peranan yang
amat penting dalam masyarakat di mana ia membolehkan seseorang untuk
menyalurkan sifat agresif mereka dalam keadaan yang boleh diterima secara sosialnya.
Mengikut ahli etologi, Lovenz (1985), sukan telah menjadi medan yang sesuai dan
selamat bagi melepaskan rasa terbuku bagi setiap insane atau atlet. Malangnya, tiada
bukti yang jelas mengatakan bahawa keagresifan berpunca secara biologi. Oleh itu, kita
boleh terima teori ini dalam pendidikan fizikal atau sukan. Hal ini kerana ia merupakan
tempat yang boleh ditunjukkan sifat agresif yang dibenarkan.

Bagi Teori Frustration-Agression pula, ia berkaitan dengan sikap agresif


yang berlaku disebabkan oleh perasaan kecewa pada diri seseorang ekoran daripada
berlakunya kegagalan. Kenyataan ini telah dikemukakan oleh Dollard, Doob, Miller dan
mowrer (1939). Namun pada hari ini, kenyataan ini tidak diterima sepenuhnya kerana
tidak semestinya orang kecewa akan menyebabkan berlakunya sikap agresif dalam
sesuatu aktiviti sukan atau senaman. Kajian dan pengalaman telah menunujukkan
bahawa seseorang yang kecewa tidak akan melepaskan sikap agresif sewenangwenangnya. Malah menurut Gill (1986), sikap agresif tidak selalunya ditonjolkan dalam
sesuatu aktiviti sukan atau senaman kerana ia boleh disalurkan dalam pertandingan
sukan. Contohnya, terdapat bukti bahawa ahli sukan kontak yang kecewa dalam
sesuatu pertandingan dapat mengawal dan merendahkan tahap keagresifan dalam diri
mereka disamping menggunakan pengalaman-pengalaman lampau.

Selain itu, Teori Pembelajaran sosial menerangkan agresif sikap


seseorang yang belajar melalui penelitian orang lain yang mempunyai sikap ganjil.
Sebagai contoh, ahli psikologi Bandura (1977) telah mendapati bahawa kanak-kanak
yang melihat orang dewasa melakukan sesuatu yang ganas akan meniru perbuatan
tersebut lebih banyak berbanding dengan kanak-kanak yang terdedah dengan
perbuatan yang ganas. Malah, menurut kajian yang dilakukan oleh Smith (1988)
terhadap sukan hoki ais, yang mana terdapat pergaduhan dalam sukan tersebut dan
tindakan yang agresif itu telah dilakukan oleh pemain-pemain yang lebih professional di
mana tindakan yang agresif itu merupakan sesuatu yang normal dalam permainan hoki
ais.
Kajian pembelajaran social dalam sukan juga menunjukkan bahawa
kebanyakan atlet tidak diajar untuk bertindak ganas tetapi sikap agresif ini datang
dengan sendirinya dengan melihat orang lain melakukannya dalam permainanpermainan yang lepas. Bandura 1977; Thirer, 1993 telah menekankan bahawa peranan
penting orang lain banyak membantu dalam mengawal atau menyebabkan sikap agresif
memandangkan model pembelajaran adalah orang yang bersikap agresif.

Manakala bagi teori yang terakhir, iaitu Teori Frustration-Aggression yang


dikaji semula adalah kombinasi teori asal dengan teori pembelajaran sosial. Menurut
Model Berkowit, individu tersebut akan berasa kecewa kerana kalah dalam
pertandingan dan individu tersebut tidak dapat bermain dengan lebih baik pada
permainan yang seterusnya. Kemudian akan timbul perasaan marah disebabkan
perasaan kecewa tadi. Perasaan agresif tidak akan berlaku secara automatic tetapi
peningkatan perasaan marah akan membawa kepada sikap yang lebih agresif
disebabkan factor social dan melihat orang alin melakukannya.

Keadaan ini menunjukkan penggabungan elemen yang terbaik dalam teori


Frustration-Aggression asal dan teori pembelajaran social serta menggunakan model
interaksi untuk menerangkan sikap serta perlakuan. Selain daripada teori-teori yang
dibincangkan di atas, terdapat juga beberapa faktor lain yang menyumbang kepada
berlakunya keagesifan dalam sukan. Antaranya ialah pengaruh penonton, alasan
pertandingan dan persembahan atau pecapaian atlet.

6.0 PUNCA KEAGRESIFAN


Faktor keagresifan tidak akan wujud selagi ia tidak diransangkan
sebagaimana yang dikatakan oleh Lorenz (1963). Tegas mereka keganasan adalah
sesuatu yang lahir dalam diri yang membantu sesuatu spesies untuk hidup dan
membina struktur social. Manakal menurut Isoahola dan Halfield (1986), sikap agresif
selalunya tidak akan berlaku kecuali terhadap situasi sekeliling dan sesuatu yang
berkaitan dengan perlawanan. Factor ini merupakan factor utama yang meransang
individu bertindak ganas ketika perlawanan dipertandingkan.menurut Stone (1971),
penonton telah mengubah makna permainan secara keseluruhan. Manakala Frieschlag
danSchemidke (1979) turut mengatakan bahawa harapan penonton yang terlalu tinggi
terhadap prestasi pasukannya dan pertalian penonton kepada pasukannya yang terlalu
kuat adalah factor utama yang merangsang pemain bertindak agresif.

Mengkut Bredemier dan Shield (1987), hasil daripada kajiannya


mendapati

bahawa ramai atlet berpendapat ada sesetengah tindakan agresif yang

tidak sesuai pada umum tetapi ia boleh dilakukan dalam situasi sukan. Contohnya,
balingan ke dalam oleh pemain bola sepak. Seorang pemain dengan sengaja
membaling bola ke arah tangan pemain pihak lawan dengan tujuan untuk mendapat
kelebihan.

Akan tetapi apabila di luar permainan ia tidak diterima oleh seseorang.


Perbezaan ini telah menunjukkan satu alasan permainan. Malangnya, masyarakat mula
belajar dan percaya bahawa ia dibenarkan untuk menjadi agresif dalam sukan
berbanding dalam konteks lain. Ini telah menimbulkan masalah dalam bidang sukan
kini. Anggapan sebegini perlu dikikis agar risiko kecederaan dapat dikurangkan dan
yang paling penting sekali ialah menghalang generasi kanak-kanak supaya tidak
terbawa-bawa perkara yang negative.

Sesetengah

jurulatih

dan

atlet

merasakan

sikap

agresif

boleh

meningkatkan prestasi atlet mereka sendiri sama ada dalam berpasukan atau individu.
Pastinya perhubungan antara agresif dengan persembahan atlet adalah kompleks.
Kadangkala sikap ini menolong dalam keputusan pertandingan. Contohnya, seorang
peninju yang membuat tumbukan yang kuat (melepaskan geram) ke atas muka
lawannya dan tumbukan tersebut menyebabkan lawannnya tercedera dan memenangi
perlawanan tersebut.

Sesetengah ahli psikologi ( Widmeyer,1984), bersetuju bahawa sikap


agresif tidak membantu dalam persembahan, tetapi yang lainnya menafikannya
(Gill,1986). Manakala bagi Silva (1980), sifat agresif

tidak membantu dalam

persembahan. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan berlakunya tekanan terhadap atlet
itu sendiri dan boleh mengubah perhatian kepada bukan persembahan atau
pertandingan. Sebagai contohnya, mencederakan pihak lawan. Akhirnya, perkaitan
antara sifat agresif dengan persembahan menjadi penting.

7.0

CARA-CARA

MENGAWAL

KEAGRESIFAN
Walaupun sifat agresif sukar untuk diatasi, namun ia boleh dikawal
dengan cara mengubah tindak balas agresif, mengajar sikap yang betul dan mengawal
sikap agresif tersebut kerana sifat ini merupakan sifat individu dan dalaman seseorang.
Malangnya kita tidak boleh selalu mengawal situasi ini dan kita hanya boleh mengawal
para atlet dengan lebih teliti lagi apabila kemungkinan sifat agresif berlaku. Contohnya
seorang pemain hoki ais yang selalu berasa kecewa semasa pertandingan, bertindak
agresif dan selalu berada di dalam kotak penalti boleh belajar cara-cara mengawal
tekanan. Menurut Silva (1980), melalui latihan, pemain itu boleh mengurangkan respon
negatifnya dan kekal dalam perlawanan. Terlalu mengharapkan kemenangan juga akan
menyebabkan timbulnya perasaan kecewa, namun mencuba untuk mencapai
kemenangan tidak salah tetapi ia tidak sepatutnya terlalu dipentingkan sehinggakan
pada suautu masa dan tahap menyebabkan tindakan agresif selepas kalah.
Kita mesti memupuk sikap agresif yang baik dan mengarahkan peserta
bermain bersungguh-sungguh dalam sesuatu persembahan atau pertandingan. Selain
itu, dalam mengajar sikap yang betul kepada atlet, kita sepatutnya tahu bagaimana
hendak menyelesaikan masalah disamping menunjukkan tindakan yang tidak ganas.
Misalnya menurut Miller (1993), di sebuah sekolah di Marryland terhadap satu program
yang menawarkan latihan untuk memperbaiki suasana sekolah. Program ini dimulakan
dengan mengenal pasti pelajar yang berketrampilan dan berkemahiran berkomunikasi
yang baik akan bertindak sebagai perantara dalam menyelesaikan konflik dengan
pelajar yang bermasalah. Ketua rakan sebaya ini akan mengajar cara-cara
menyelesaikan masalah tanpa tindakan yang ganas. Walaupun contoh ini bukan satusatunya model penyelesaian masalah, namun ia jelas menunjukkan kepentingan
mengajar kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah tanpa tindakan ganas.
Disamping itu, ceramah-ceramah motivasi yang selalu diberikan oleh
pakar-pakar sukan (psikologi) sebelum sesuatu kejohanan sukan perlu menerapkan

unsur-unsur fair-play kepada atlet. Dengan cara ini, mereka bukan sahaja diberikan
semangat untuk meningkatkan keyakinan diri, kosenterasi dan motivasi, malah telah
diberikan suntikan tentang perlunya semangat kesukanan semasa bertanding.
Dengan cara tersebut, ia boleh membantu mengelakkan sikap agresif.
Manakala cara terakhir untk mengawal sikap ini adalah dengan mengawal
tindakan ganas yang dilakukan oleh penonton. Antaranya, mengharamkan pengambilan
alkohol kepada penonton dalam sebarang pertandingan sukan, mendenda atau
menghalau keluar penonton yang melakukan tindakan agresif dengan serta merta.,
memberitahu jurulatih bahawa sikap agresif mereka tidak boleh diterima dan akhir
sekali member kerjasama dengan pihak media agar tidak member tumpuan kepada
sikap negatif dalam temu ramah sukan.

8.0 KESIMPULAN
Teori-teori yang dibincangkan telah menerangkan secara terperinci
tentang sifat keagresifan yang berlaku. Malah terhadap sokongan ke atas Teori Semula
Jadi, Teori Frustration dan fahaman tentang Cartharsis, Teori Frustration-Aggression
yang dikaji semula dan Teori Pembelajaran Sosial yang mempunya kekuatan dan
kelemahan tersendiri.

Namun sifat ini boleh dikawal sekiranya pihak yang bertanggungjawab


seperti pengurus, jurulatih, guru dan para atlet sama-sama menunjukkan komitmen
yang baik dalam apa jua situasi bagi mengelakkan keagresifan. Begitu juga dengan
pendapat Bredemier dan Shield (1987), yang mengatakan tindakan agresif mempunyai
hubungan yang rapat denga pencapaian atlet.

Namun punca-punca dan cara mengawal harus difahami pemahamannya


kepada semua atlet muda yang menceburi bidang sukan agar bersikap moral reasoning
dan seterusnya dapat meningkatkan lagi prestasi ke tahap yang lebih tinggi.

LAMPI
RAN

JADUAL PERLAKSANAAN
BIL

AKTIVITI

TARIKH CATATAN

1.

Menerima tugasan daripada

Faham dan jelas

pensyarah

tentang tugasan
yang diberi

2.

3.

Membuat perbincangan awal

Dapat gambaran

dengan kawan-kawan

kasar tentang

tentang apa yang perlu

tugasan yang

dilakukan

diberikan.

Mencari bahan untuk

Memilih buku

memulakan kerja kursus

yang sesuai dan


buku-buku
rujukan.

4.

Membaca berulang kali bagi

Memastikan

memahami kehendak soalan

semua yang
dikehendaki
diperolehi

5.

Memulakan kerja seterusnya

Merujuk beberapa

mencari membuat kajian di

orang yang

prasekolah

terlibat.

Berjumpa dengan guru

Agak rumit

prasekolah untuk mengetahui

melaksanakannya

dengan lebih lanjut

7.

Menyemak semula hasil kerja

Baiki kesilapan.

8.

Menghantar tugasan kepada

Tugasan selesai.

6.

pensyarah.

SEKI
ANT
ERI

MA
KAS
IH