Anda di halaman 1dari 10

Penjagaan dan

Pengurusan Ikan
Hiasan

Bahagian

Harian

Bulanan

Mingguan

Harian

Pemberian makanan:
Ikan hiasan perlu diberi makan 2 atau 3 kali sehari
dengan anggaran yang sesuai mengikut saiz dan
bilangan ikan.
Makanan dikira mencukupi apabila makanan yang
diberikan dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2
hingga 3 minit.


Kefungsian peralatan:
Pastikan pam air dihidupkan setiap hari agar
kandungan oksigen terlarut dalam akuarium berada
dalam kadar yang konsisten
Pastikan kualiti air seperti nilai pH (6.5-7.5),
ammonia,
oksigen
dan
karbon
dioksida
menggunakan alat yang sepatutnya.
Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan
lampu
berfungsi
dengan
baik.


Perlakuan ikan hiasan: Ikan perlu diberi rawatan dan diasingkan sekiranya
terdapat tanda-tanda sakit dan tidak normal. Contoh:
Berenang dalam keadaan luar dari kebiasaan
Berpusing-pusing
Berubah warna
Sisiknya tanggal atau kembang
Diasingkan dan dirawat.
Ikan yang mati perlu dibuang.

Mingguan
Menukar air:
Air hendaklah diganti setiap minggu atau 2 minggu
sekali.
Sekurang-kurangnya atau 1/3 daripada isipadu tangki.
Proses ini dapat meningkatkan kualiti air dan memastikan
sistem imun ikan hiasan berada dalam keadaan bersih.
Penukaran air juga, jika terlalu kerap boleh mengganggu
ekosistem semulajadi akuarium dan menjejaskan
kesihatan ikan hiasan.
Tumbuhan akuatik yang panjang dan rosak hendaklah
dicantas dan dibuang.

Membersih sisa pepejal & alga


Bahagian hadapan cermin tangki dan aksesori
akuarium hendaklah dibersihkan
Penapis air perlu dicuci seminggu sekali untuk
memastikan ia sentiasa dalam keadaan bersih.
Perhiasan dan aksesori dan batu di dasar
akuarium boleh dibersihkan sekiranya terdapat
alga atau mendapan yang banyak.
Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam
penapis dan lampu buat sementara.

Sambungan

Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.

Cucikan kapas penapis dengan air bersih.


Tambahkan air dalam tangki sehingga ke paras
asal.
Perlu diingat supaya tidak memberi makan
dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung
minggu.
Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi
makanan selama beberapa hari sebaliknya akan
lebih merbahayakan ikan sekiranya diberi makan
dengan berlebihan.

Bulanan
Setiap bulan, keadaan dan kesihatan ikan

hiasan perlu diperhatikan.


Ini kerana ikan-ikan hiasan mudah terdedah
kepada jangkitan kulat, bakteria dan parasit.
Sekiranya terdapat ikan yang cedera atau
mengalami luka, ikan tersebut perlu diasingkan
dan diberikan rawatan tertentu.
Kulat akan tumbuh pada luka di badan ikan
sekiranya tidak diberi rawatan awal.
Sirip, mulut dan badan ialah bahagian pada ikan
yang sering dijangkiti kulat

Sambungan

Untuk penjagaan ikan hiasan yang lebih teliti,


kandungan pH, ammonia dan nitrat dalam air
perlu disukat. (kertas litmus)
Sekiranya kandungan tidak stabil dalam
jangka masa yang lama, katrij penapis perlu
ditukar kepada yang baru

Anda mungkin juga menyukai