Anda di halaman 1dari 3

AJAL DI TANGAN ALLAH

SELASA, MEI 24, 2011 IBNU AHMAD 2 COMMENTS

Allah Ta'ala berfirman:

Maksudnya:
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu
berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan
(kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka
ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu".
Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca)
dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami
perkataan (nasihat dan pengajaran)? (Surah an-Nisa': 78)
Allah berfirman yang bermaksud:
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal), sekalipun kamu
berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." (Surah an-Nisa': 78)
Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa seseorang manusia itu tidak boleh memisahkan dirinya dari
ajal kematian. Seseorang itu pasti akan menempuhi maut sama ada dia berada di medan perang atau

di atas hamparan.
Orang yang benar-benar mulia mahu mati di medan perang sebagaimana sikap yang ditunjukkan
oleh Khalid Ibnul Walid r.a. ketika ia didatangi tanda-tanda mati (naza'), beliau berkata:
"Sesungguhnya aku menyaksikan (menyertai) peperangan yang banyak (sejak zaman Rasulullah
s.a.w. sehingga zaman Umar Ibnul Khattab menjadi khalifah). Tubuhku dipenuhi dengan parut-parut
luka akibat tusukan senjata musuh. Tetapi kini (dukacitanya) aku mati di atas hamparanku sebagai
seorang pengecut."
Khalid mengharapkan mati syahid di medan peperangan tetapi Allah menentukan dia mati di atas
hamparan permaidani di rumahnya bukan di medan perang, menandakan bahawa ajal ditetapkan
oleh Allah, tiada siapapun boleh mengubahnya walaupun seseorang itu mengharungi banyak medan
peperang.
Sesiapapun bila ditentukan matinya di sesuatu tempat dia akan pergi ke tempat itu ketika sampai
ajalnya. Ini adalah penentuan dari Allah SWT.
Maut akan memanggil kamu walaupun kamu berada dalam 'Buruj Musyayyadah'. Ulama berselisih
pendapat dalam mentafsirkan ayat ini. Ada yang mengatakan ia bermaksud kota yang teguh dan
tinggi. Setengah ulama berpendapat yang dimaksudkan dengan ayat ini ialah singgahsana dan
istana-istana. Seorang raja akan mati walaupun duduk di atas singgahsana yang dikawal rapi dalam
istana.
Ulama' lain berpendapat ia bermaksud berada dalam istana yang dipagari kota yang teguh.
Firman Allah yang bermaksud :
"Dan kalau mereka memperolehi kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi
Allah," dan kalau mereka ditimpa bencana, mereka berkata: "Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang
ada padamu." (Surah an-Nisa': 78)
Ini adalah ucapan orang-orang munafiq yang hidup dalam saf orang Islam. Ulama berkata yang
dimaksudkan dengan kebaikan di sini ialah suburnya tanaman, anak dan keluarga semuanya berada
dalam keadaan sihat.
Sebaliknya apabila mereka ditimpa bencana seperti tanaman tidak subur, anak tidak sihat atau
meninggal dunia mereka pula berkata ini adalah sial dari Muhamad s.a.w. Inilah ucapan pengikut
Fir'aun ketika menentang Nabi Musa a.s. sebagaimana diceritakan Allah dalam firman-Nya yang
bermaksud:
"Apabila mereka memperolehi kebaikan, mereka berkata: "Kebaikan ini untuk kami semua," apabila
ditimpa kejahatan mereka pula berkata: "Ini adalah sial Musa dan pengikut-pengikutnya." (Surah alA'araf: 131).
Berkata setengah ulama' bahawa yang dimaksudkan dengan kebaikan itu ialah kemenangan yang
dicapai dalam Peperangan Badar manakala yang dimaksudkan dengan keburukan itu ialah ujian

yang diterima dalam Peperangan Uhud.


Dalam peperangan Badar, orang Islam mencapai kemenangan walaupun berjumlah 313 orang
sahaja. Mereka diberi kemenangan oleh Allah dan dapat menawan musuh. Ketika itu golongan
munafiq berkata: "Ini adalah dari sisi Allah. Kami tidak boleh pergi ke medan kerana keuzuran."
Padahal mereka tidak berhasrat untuk berjuang bersama-sama dengan orang-orang yang beriman
dalam peperangan tersebut.
Tafsir Al-Quran
Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tafsir Surah An-Nisa' ayat 78
Ajal di tangan Allah

Anda mungkin juga menyukai