Anda di halaman 1dari 22

1.

1 PENGENALAN
Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid, peranan yang perlu dimainkan
oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir
ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan
seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu
kaedah atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan dengan sifat
seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan
kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan.
Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat pemilihan jenis item atau soalan
untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu
juga dalam membina item/soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah
pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan
yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.
Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah dibuat untuk memastikan item
atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai
kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi
sesuatu kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis ujian bagi
menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis analisis ini akan menghasilkan
indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan
Indeks Kesahan Ujian. Analisis - analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi
sesuatu tujuan tertentu.
Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah ditugaskan untuk membentuk satu Jadual Penentuan
Ujian (JPU) yang meliputi salah satu sukatan pelajaran sekolah rendah, di mana melalui JPU berkenaan kami perlu
menggubal satu set instrument ujian aneka pilihan sebanyak 20 soalan dan mentadbirkannya kepada sebuah kelas.
Kemudiannya kami perlu menentukan indeks kesukaran, indeks diskriminasi dan menghuraikan keberkesanan item
yang telah dipilih.
Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugasan ini, kami telah memilih tajuk Mengenal Negara Kita yang diambil
daripada huraian sukatan matapelajaran Kajian Tempatan Tahun 5. Berdasarkan tajuk ini kami telah membina satu
unit JPU bagi memudahkan kami untuk menggubal satu set soalan ujian aneka pilihan yang akan kami tadbirkan di
sekolah nanti. Setelah soalan ini siap dibina, kami telah mentadbirkan soalan ini kepada pelajar-pelajar tahun 5 yang
terdiri daripada 20 orang pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kerayong, Selangor.
Ketika pertama kali kami menerima tugasan ini, kami merasakan tugasan ini amat berat dan sukar untuk
dilaksanakan, terutamanya dalam menyediakan Jadual Penentu Ujian ( JPU ). Ini kerana, kami berasa agak keliru
untuk membina soalan/item yang bersesuaian mengikut aras taksonomi Bloom seperti mana yang dikehendaki di
dalam JPU tersebut. Di samping itu, kami turut mengalami masalah dan keliru dalam membahagikan soalan
mengikut kemahiran dan aras kognitif berdasarkan sukatan pelajaran yang telah kami pilih. Mujurlah, pensyarah
kami iaitu En.S.Thirugnana banyak membantu kami dalam menyediakan Jadual Penentu Ujian ( JPU ) serta dalam
membina soalan yang bersesuaian agar kami tidak akan menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan yang
seterusnya. Di sini, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Rendah Kebangsaan

Bukit Kerayong, di atas kerjasama yang telah diberikan ketika kami mentadbirkan soalan ini kepada murid murid
tahun 5 di sekolah tersebut.
Oleh yang demikian, kami merasakan tugasan yang telah diberikan ini banyak memberi pengetahuan dan manfaat
yang berguna kepada kami yang bakal menjadi warga pendidik pada suatu hari kelak. Di samping itu juga, melalui
tugasan ini, ia memberikan pengalaman yang baru kepada kami terutamanya ketika kami mentadbirkan soalan ini
kepada pelajar di mana kami perlu mengawal suasana kelas agar tugasan ini dapat dijalankan dengan lancar dan
berkesan serta tidak menghadapi sebarang masalah. Akhir kata, kami berharap agar tugasan ini dapat dikekalkan
pada tahun tahun yang berikutnya kerana ia banyak memberi manfaat kepada para pelajar sebagai persediaan
untuk menjadi bakal guru dan sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.S.Thirugnana dan juga
kepada warga pendidik SK.Bukit Kerayong di atas kerjasama yang telah diberikan. Sekian.
.
1.3 JADUAL PENENTU UJIAN ( JPU )
Menurut Kubiszyn dan Borich ( 2003 ), Jadual Penentu Ujian ( JPU ) adalah carta dua hala yang mengaitkan
objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif objektif pengajaran,
sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Antara ciri ciri
yang terdapat pada Jadual Penentu Ujian ialah ia mengandungi kandungan sukatan pelajaran, jenis item yang
digunakan, kemahiran dan aras soalan mengikut aras taksonomi bloom, nombor soalan serta jumlah keseluruhan
soalan. JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan pembina item/soalan ujian. Antara
kepentingan JPU ialah, kertas ujian dapat digubal secara teratur dan bersistematik, untuk menjamin kesahan dari
segi persampelan sukatan pelajaran, memberi keseimbangan terhadap taburan soalan mengikut tajuk yang telah
ditetapkan dan perlaksanaan ujian adalah meliputi keseluruhan sukatan pelajaran yang telah dipelajari. Di samping
itu juga, aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina soalan yang
berbeza.
Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah membentuk satu Jadual Penentu Ujian ( JPU ) yang
meliputi sukatan pelajaran bagi Tahun 5 sepertimana yang terdapat pada Jadual 1.1 berikut. Berdasarkan JPU
tersebut, kami telah memecahkan tajuk Mengenal Negara Kita kepada 3 topik kecil iaitu Lokasi Negara Malaysia,
Negeri-negeri dalam Malaysia dan Identiti Negara Malaysia. Daripada topik topik ini kami telah membina I set
instrument soalan aneka pilihan yang meliputi kemahiran kognitif mengikut aras Taksonomi Objektif Domain Kognitif
Bloom. Soalan soalan yang telah kami gubal adalah terdiri daripada 6 soalan aras pengetahuan, 3 soalan aras
kefahaman ,3 soalan aras aplikasi , 3 soalan aras analisis, 2 soalan aras sintesis dan 3 soalan aras penilaian. Soalan
soalan yang dibina juga adalah terdiri daripada 10 soalan aras rendah, 5 soalan aras sederhana dan 5 soalan aras
tinggi.
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN BUKIT KERAYONG, KAPAR
JADUAL PENENTUAN UJIAN
KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5
UJIAN BULAN OGOS 2006

KANDUNGAN J. ITEM

KEMAHIRAN

ARAS

NO.

JUM.

SUKATAN
PELAJARAN
OBJEKTIF P K A A
n

S P R

S T Soalan Soalan

5.1 Lokasi

a) Di asia

(1)

(13)

Tenggara

X
X

X
X
X

b) Di dunia

(15)

(14)

(12)

(2)

(5)

(17)

5.2 Negeri
dalam Malaysia

a) Nama
negeri,ibu negeri
& bandar utama

X
X
X

b) Lagu,bendera

X
X

(19)
(10)

dan jata negeri

c) Ketua negeri
dan Ketua
kerajaan negeri

X
X

(18)

(3)

(6)

(4)

(8)

(7)

(16)

5.3 Identiti
Negara

a) Lagu,bendera
jata, mercu dan
lambang lain

X
b) Struktur
pentadbiran
negara

X
X
X

c) Ketua negara
& K.Kerajaan

JUMLAH

Jadual 1.1 : Jadual Penentuan Ujian (JPU)

Nama :____________________ Kelas:___________

(11)

(20)

1
0

1.4 SOALAN UJIAN

(9)

20

20

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D.Di antaranya hanya terdapat satu
pilihan jawapan yang betul.Pilih jawapan yang betul.
1.

Apakah nama ibu negeri Sarawak ?


A. Kangar
B. Kuching
C. Shah Alam
D. Kota Bharu

2.

Negara apakah yang paling hampir dengan Malaysia ?


A. China
B. Taiwan
C. Pakistan
D. Thailand

3.

Berikut adalah gelaran ketua negeri-negeri Melayu kecuali


A. Putera
B. Sultan
C. Yang diPertuan Besar
D. Yang diPertuan Negeri

4.

Apakah Bunga Kebangsaan Malaysia ?


A. Bunga Melur
B. Bunga Raya
C. Bunga Matahari
D. Bunga Kemboja

5.

Kenyataan manakah yang tidak benar mengenai Negeri Sembilan ?


A. Negeri ini mengamalkan adat perpatih

B. Yang diPertua Negeri adalah Ketua Negeri


C. Terdapat empat undang luak di Negeri Sembilan
D. Terdapat sembilan daerah utama di Negeri Sembilan
6.

Gelaran Ketua pentadbir bagi Negeri Sabah ialah


A. Ketua Menteri
B. Menteri Besar
C. Yang diPertua Negeri
D. Yang diPertua Besar

7.

Apakah cogankata yang terdapat pada Jata Negara Malaysia ?


A. Bersekutu Maju
B. Tekun Usaha Jaya
C. Usaha Hingga Jaya
D. Bersekutu Bertambah Mutu

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan lima bilah keris yang terdapat pada Jata Negara?
A. Negeri negeri selat
B. Negeri berdemokrasi
C. Negeri Melayu bersekutu
D. Negeri Melayu tak bersekutu

9.

Antara tugas tugas seorang Perdana Menteri Malaysia ialah

I. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran negara


II. Berkuasa mengampunkan orang yang didapati bersalah
III. Mempengerusikan mesyuarat kabinet
IV. Menjadi ketua agama islam bagi negeri yang tiada Sultan
A. I dan II

B. II dan IV
C. I dan III
D. III dan IV
10. Sembilan tangkai padi yang terdapat pada Jata Negeri Sembilan bermaksud
A. Sembilan adat
B. Sembilan dialek
C. Sembilan daerah
D. Sembilan undang
11. Pernyataan yang manakah tidak benar mengenai pentadbiran negara Malaysia
A. Perdana Menteri berkuasa membubarkan Parlimen
B. Perdana Menteri adalah ketua pentadbiran Malaysia
C. Yang diPertuan Agong sebagai ketua negara Malaysia
D. Rakyat berhak memilih kerajaan baru setiap lima tahun sekali
12. Perkara- perkara berikut benar mengenai matlamat penubuhan ASEAN kecuali
A. mempercepatkan pertumbuhan ekonomi
B. menggalakkan keamanan dan kestabilan politik
C. meningkatkan taraf hidup penduduk negara negara anggota
D. cuba melahirkan seberapa banyak ahli sukan bertaraf dunia
13. Negara kita, Malaysia merupakan ahli anggota
A. Blok Komunis
B. Kesatuan Eropah
C. Pertubuhan Atalantik Utara
D. Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu

14. Untuk menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan perdagangan yang berjaya,negara negara ahli
telah
A. mengadakan kerjasama ekonomi serantau
B. mengadakan kerjasama kebudayaan serantau
C. mengadakan kerjasama pelancongan serantau
D. mengadakan kerjasama perikanan serantau
15. Di kalangan negara- negara di Asia Tenggara,Malaysia merupakan
I. Sebuah negara membangun
II. Sebuah negara pengeluar getah utama di dunia
III. Sebuah negara demokrasi
IV. Sebuah negara yang tinggi kadar penganggurannya
A. I, II dan III
B. I,II dan IV
C. II,III dan IV
D. I,III dan IV
16. Kementerian apakah yang bertanggungjawab ke atas aspek keselamatan negara?
A. Kementerian Pendidikan
B. Kementerian Pertahanan
C. Kementerian Pengangkutan
D. Kementerian Kesihatan
17. Berikut adalah benar bagi sesebuah daerah dalam sesebuah negeri di Malaysia.
I. Ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah
II. Pegawai Daerah akan dibantu oleh Penghulu Mukim
III. Pegawai Daerah dipilih melalui pilihanraya

IV. Setiap daerah mempunyai Majlis Daerah masing-masing


A. I,II dan III
B. II,III dan IV
C. I,II dan IV
D. I,III dan IV
18. Kenapakah setiap negeri di Malaysia mempunyai lagu negeri masing-masing?
A. untuk bersaing dengan negara negara jiran
B. menimbulkan semangat bersatu padu ,setia dan sayang kepada negeri sendiri
C. berbangga apabila menyanyikan lagu tersebut
D. memupuk semangat rajin bekerja dan berusaha hingga berjaya.
19. Pernyataan berikut menggambarkan peranan bandar-bandar di Malaysia
I. Pusat pentadbiran
II. Pusat perkembangan ekonomi
III. Menyediakan pelbagai kemudahan
IV. Pertanian untuk perdagangan dijalankan dengan meluas di Bandar
A. I,II dan III
B. II,III dan IV
C. I,II dan IV
D. I,III dan IV
20. Di peringkat pusat,kerajaan bertanggungjawab meninggikan taraf hidup rakyatnya.Perkara-perkara di
bawah adalah sebahagian dari cara- cara yang boleh dilakukan kecuali
A. menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan
B. memberi wang sara hidup kepada orang yang menganggur
C. menyediakan dan membina lebih banyak kemudahan infrustruktur

D. menyediakan lebih banyak sekolah dan pusat pengajian tinggi.


1.5 JADUAL ANALISIS
Setelah soalan ini siap dibina, kami telah mentadbirkan soalan ini kepada pelajar-pelajar tahun 5 yang terdiri
daripada 20 orang pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kerayong, Selangor. Hasil daripada ujian yang
telah dijalankan ini, kami telah menyediakan sebuah jadual pencapaian untuk menunjukkan hasil pencapaian yang
telah diperolehi oleh pelajar-pelajar ini seperti yang ditunjukkan pada jadual 1.2 di bawah. Di samping itu, melalui
jadual pencapaian ini ia akan memudahkan kami untuk mengukur sejauh mana keberkesanan item soalan ini
terhadap para pelajar di sekolah ini.
Berdasarkan jadual pencapaian ini, seramai 20 orang pelajar telah dipilh untuk menjalani ujian ini yang terdiri
daripada 15 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan. Daripada sejumlah 20 orang pelajar dari kelas tahun
5 Bijak ini, hanya seorang pelajar sahaja yang mendapat markah tertinggi iaitu Mohd Khairullah Saufi yang berjaya
menjawab 14 soalan dengan tepat dan diikuti dengan Mohd.Rafiee yang berjaya menjawab dengan betul sebanyak
13 soalan. Seramai 5 orang pelajar telah mendapat 12 markah, seorang mendapat 11,10 dan 8 markah serta
seramai 4 orang pelajar telah mendapat 9 markah. Bagi pelajar yang mendapat 7 markah, hanya 2 orang pelajar
sahaja yang mendapat markah ini. 2 orang pelajar pula hanya mampu menjawab 6 soalan dengan betul. Manakala,
hanya 2 orang pelajar sahaja dicatatkan mendapat markah yang terendah iaitu memperoleh 5 markah sahaja.
Berdasarkan pencapaian yang diperolehi melalui jadual ini didapati hampir 70% daripada pelajar kelas ini mampu
menjawab soalan yang telah diberikan dengan baik. Manakala 30% pelajar lagi gagal menjawab soalan yang
diberikan dengan jayanya. Oleh yang demikian, melalui pencapaian yang telah diperolehi tugasan kami yang
seterusnya ialah menentukan Indeks Kesukaran bagi item soalan yang telah kami sediakan ini.
1.7 INDEKS KESUKARAN ITEM
Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui Indeks Kesukaran Item (p).Indeks ini
dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau
sukar untuk dijawab. Bagi ujian yang berbentuk soalan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah
bilangan calon yang memberi jawpan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut.
Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut :
p = Bilangan calon yang memberi jawapan betul
Jumlah calon yang menjawab
Berikut adalah jadual yang menunjukkan Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item.

Nilai (p)

Pengkelasan Item

0.00 0.20

Terlalu Sukar

0.21 0.40

Sukar

0.41 0.60

Sederhana Sukar

0.61 0.80

Mudah

0.81 1.00

Terlalu Mudah

Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat bahawa soalan yang terlalu mudah
(p>0.85) atau yang terlalu sukar (p<0.15) tidak akan dapat memberi maklumat psikometrik ( ukuran psikologi ) yang
bermakna. Ini adalah disebabkan, soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir kesemua pelajar,
sementara soalan yang terlalu sukar pula tidak akan dapat dijawab oleh semua pelajar. Justeru, soalan soalan ini
tidak dapat membezakan pelajar yang lebih rendah keupayaannya dengan pelajar yang tinggi keupayaannya. Antara
tujuan indeks kesukaran ini diadakan adalah untuk mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila
guru mendapati ramai pelajar yang tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik, untuk mengenalpasti serta
melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian bahagian kurikulum, memberi maklumbalas kepada pelajar bagi
setiap tajuk pengajaran yang diuji dan untuk mengenalpasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan.
Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas melaksanakan ujian di sekolah, kami telah
membina jadual untuk menunjukkan indeks kesukaran item yang telah kami perolehi. Indeks kesukaran bagi item
yang telah dijalankan adalah seperti yang terdapat pada jadual 1.3 berikut :

No.Soalan

Nilai
(p) / Aras Kesuka
ran
0.90

Pengkelasan Item

Terlalu Mudah

0.60

Sederhana Sukar

0.55

Sederhana Sukar

0.95

Terlalu Mudah

0.40

Sukar

0.40

Sukar

0.45

Sederhana Sukar

0.60

Sederhana Sukar

0.55

Sederhana Sukar

10

0.35

11

0.25

Sukar

12

0.40

Sukar

13

0.60

Sederhana Sukar

14

0.10

Terlalu Sukar

15

0.20

Terlalu Sukar

16

0.40

Sukar

17

0.25

Sukar

Sukar

Jadual 1.3 : Indeks Kesukaran


Item
Melalui jadual di atas, kita dapat
melihat soalan 1 dan soalan 4
mempunyai aras kesukaran 0.90
0.95 di mana pengkelasan item
menunjukkan soalan ini terlalu
mudah untuk diselesaikan. Jika
menurut ujian rujukan norma,
soalan ini adalah tidak sesuai
untuk ditadbirkan kerana ia tidak
dapat membezakan di antara
pelajar yang pandai dengan yang
lemah.
Bagi soalan 18 pula, seramai 15
orang daripada 20 orang pelajar
telah berjaya menjawab soalan
ini dengan betul. Ia mempunyai
aras kesukaran 0.75 yang
menunjukkan soalan ini juga
mudah untuk dijawab dan juga
tidak sesuai untuk digunakan
bagi ujian rujukan norma.
Sebanyak 6 soalan mempunyai
aras kesukaran 0.41 - 0.60 iaitu
soalan 2,3,7,8,9 dan soalan 13 di
mana soalan soalan ini
dikategorikan sebagai soalan
yang
sederhana
sukarnya.
Soalan soalan seperti ini sesuai
untuk ditadbirkan di dalam kelas
kerana ia dapat membezakan
keupayaan menjawab di antara
pelajar yang lemah dengan
pelajar yang bijak.Soalan seperti
ini tidaklah terlalu mudah atau
terlalu sukar untuk dijawab dan
sesuai
untuk
menguji
pengetahuan
mengikut
aras
kemampuan
kumpulan
para
pelajar yang tertentu.
Soalan yang berada pada aras
yang sukar iaitu pada aras 0.210.40 adalah yang paling banyak

terdapat pada ujian ini di mana terdapat sebanyak 9 soalan yang sukar di dalamnya. Antara soalan tersebut ialah
soalan yang bernombor 5,6,10,11,12,16,17,19 dan 20. Di dapati agak ramai pelajar yang gagal menjawab dengan
tepat soalan- soalan ini. Jika mengikut ujian rujukan norma, soalan soalan seperti ini juga agak sesuai untuk
digunakan di dalam ujian kerana ia mampu membezakan pelajar yang rendah keupayaan dengan pelajar yang tinggi
keupayaannya. Walaubagaimana pun, soalan soalan seperti ini, haruslah diperbaiki dan diseimbangkan mengikut
aras kemampuan pelajar.
Manakala yang terakhir soalan 14 dan soalan 15 adalah soalan yang paling banyak gagal dijawab oleh pelajar di
mana hanya 2 orang pelajar sahaja yang berjaya menjawab soalan 14 dan hanya 4 orang pelajar sahaja yang
berjaya menjawab soalan 15 dengan tepat. Oleh yang demikian, kedua dua soalan ini dikategorikan sebagai terlalu
sukar dan soalan ini tidak sesuai untuk dikekalkan di dalam ujian ini.
1.8 INDEKS DISKRIMINASI ITEM
Indeks diskriminasi item ialah indeks yang dapat membezakan/ mendiskriminasikan antara pelajar yang
berkeupayaan rendah dengan pelajar yang berpencapaian tinggi. Indeks diskriminasi boleh dikira dengan
membahagikan perbezaan ( RU RL ) dengan T(L+U). RU adalah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di
kalangan pelajar yang berpencapaian tinggi. RL pula ialah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan
pelajar berkeupayaan rendah.T(L+ U) adalah jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi. Cara mengira indeks
diskriminasi item adalah seperti yang berikut :
Indeks Diskriminasi (d) = (RU RL)
(1/2 T (L+U) )
Berikut menunjukkan jadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item :

Nilai ( d )

Pengkelasan Item

0.00 0.10

Tidak Baik

0.11 0.20

Kurang Baik

0.21 0.30

Sederhana Baik

0.31 0.40

Baik

0.41 1.00

Sangat Baik

Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi hampir kepada 1.00 bermakna soalan
tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma ( PRN) kerana ia dapat membezakan pelajar yang
berpencapaian tinggi dengan pelajar yang berpencapaian lemah. Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi
positif menghampiri 0.0, soalan soalan ini dikatakan tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya membezakan
pelajar pandai dengan pelajar lemah. Akhirnya, bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negatif yang
menghampiri -1.00, dikatakan tidak baik untuk PRN kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai
daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan soalan ini dengan betul berbanding
pelajar pandai.
Antara tujuan indeks diskriminasi ini ialah , untuk mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, mengenalpasti
serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian bahagian kurikulum yang tertentu, memberi maklumbalas
kepada pelajar pandai tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji, mengenalpasti soalan
yang bias kepada sesuatu kandungan dan mengenalpasti pelajar yang berpencapaian tinggiuntuk melanjutkan
pengajian dalam bidang bidang tertentu.

N0.SOALAN

Nilai
(d) / ArasDiskriminasi

Pengkelasan Item

0.33

Baik

0.33

Baik

0.00

Tidak Baik

0.16

Kurang Baik

0.66

Sangat Baik

0.33

Baik

0.66

Sangat Baik

0.50

Sangat Baik

0.83

Sangat Baik

10

-0.33

Tidak Baik

11

-0.16

Tidak Baik

12

0.33

Baik

13

0.50

Sangat Baik

14

-0.16

Tidak Baik

15

0.00

Tidak Baik

16

0.66

Sangat Baik

17

0.16

Kurang Baik

18

0.50

Sangat Baik

19

0.50

Sangat Baik

20

0.66

Sangat Baik

Jadual 1.4 : Indeks Diskriminasi Item


Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas melaksanakan ujian di sekolah, kami telah
membina jadual untuk menunjukkan indeks diskriminasi item yang telah kami perolehi. Indeks diskriminasi bagi item
yang telah dijalankan adalah seperti yang terdapat pada jadual 1.4 di atas. Contoh pengiraan untuk mendapatkan
hasil analisa seperti yang di atas ialah :

Contoh soalan 1 : Markah Tinggi (RU) = 6 orang


Markah Rendah (RL) = 4 orang
T(L+U) = 6 orang
(RU-RL) = 6 4 = 0.33
T(L+U) 6
ANALISIS ITEM
Soalan/Item 1
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 6 orang murid
dari kumpulan pencapaian tinggi dan 4 orang dari kumpulan berkeupayaan
rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana
soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.
Soalan/Item 2
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.33. Seramai 4 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan 2 orang murid dari kumpulan berkeupayaan
rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam

pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana
soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Soalan ini juga sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.
Soalan/Item 3
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00.Bilangan pelajar
berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul
adalah sama.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak baik untuk
Penilaian Rujukan Norma kerana soalan ini tidak dapat membezakan di antara
murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan yang lebih sesuai.
Soalan/Item 4
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.16. Seramai 6 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan 5 orang murid dari kumpulan berkeupayaan
rendah dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang kurang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN)
kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah
- Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik.
Soalan/Item 5
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 4 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, tidak ada seorang murid pun dari
kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang
sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai
dengan murid yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 6

- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 4 orang murid
dari kumpulan pencapaian tinggi dan 2 orang dari kumpulan berkeupayaan
rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana
soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.
Soalan/Item 7
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, hanya seorang sahaja murid dari
kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang
sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai
dengan murid yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 8
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.50. Seramai 5 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya 2 orang murid dari kumpulan
berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item
yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai
dengan murid yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 9
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.83. Seramai 6 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan
seorang murid dari kumpulan pencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan jayanya. Soalan ini berada
dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk PRN kerana ia dapat membezakan di antara murid yang bijak
dengan murid yang lemah di dalam kelas.
- Soalan 9 ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 10
- Bagi soalan nombor 10 ini, indeks diskriminasinya adalah -0.33 di mana seramai 3 orang murid dari kumpulan
berpencapaian rendah telah berjaya menjawab soalan ini dengan betul berbanding hanya seorang sahaja dari

kumpulan berpencapaian tinggi.Soalan ini tidak baik untuk PRN, kerana ia secara songsang membezakan pelajar
pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan ini dengan betul daripada
pelajar pandai.
- Soalan ini perlu diperbaiki atau diganti dengan soalan yang lebih sesuai.
Soalan/Item 11
- Bagi soalan 11, indeks diskriminasi soalan ini juga adalah negatif iaitu -0.16 di mana seramai dua orang murid dari
kumpulan berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini.Hanya seorang pelajar sahaja dari kumpulan
pencapaian tinggi dapat selesaikan soalan ini dengan tepat.Soalan ini adalah tidak baik untuk penilaian rujukan
norma.
- Soalan ini juga perlu diperbaiki dan diganti dengan soalan yang lain.
Soalan/Item 12
-Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 3 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan
seorang orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada
dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan
murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.
Soalan/Item 13
- Indeks diskriminasi item bagi soalan 13 ini ialah 0.50 di mana seramai 4 orang murid dari kumpulan pencapaian
tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat .Manakala hanya seorang murid dari kumpulan berpencapaian
rendah dapat selesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik
untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid
yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 14
- Bagi soalan nombor 14 pula ini, indeks diskriminasinya adalah -0.16 di mana hanya seorang murid sahaja dari
kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab soalan ini dengan betul.Manakala, tidak seorang murid pun
dari kumpulan berpencapaian tinggi yang dapat menyelesaikan soalan ini.Soalan ini tidak baik untuk PRN, kerana ia
secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitulebih ramai pelajar lemah dapat
menjawab soalan ini dengan betul daripada pelajar pandai.
- Soalan ini tidak sesuai untuk dikekalkan di dalam ujian ini.
Soalan/Item 15
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00. Bilangan pelajar

berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul
adalah sama iaitu seorang bagi kumpulan murid pencapaian tinggi dan juga seorang murid bagi kumpulan
berpencapaian rendah.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak baik untuk Penilaian Rujukan Norma
kerana soalan ini tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan lain yang lebih sesuai
Soalan/Item 16
- Indeks diskriminasi item bagi soalan 16 ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi
berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, hanya seorang sahaja murid dari kumpulan murid
berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik
untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid
yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 17
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.16. Hanya seramai 2 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi
dan seorang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada
dalam pengkelasan item yang kurang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat
membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik.
Soalan/Item 18
- Indeks diskriminasi item bagi soalan 18 ini ialah 0.50 di mana seramai 6 orang murid dari kumpulan pencapaian
tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya 3 orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah
dapat menyelesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik
untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid
yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 19
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.50 di mana seramai 4 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi
berjaya menjawab soalan ini dengan tepat .Manakala hanya seorang murid dari kumpulan berpencapaian rendah
dapat menyelesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik
untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid
yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini perlu dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 20
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya seorang murid sahaja dari
kumpulan murid berpencapaian rendah yang dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item
yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai
dengan murid yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

JENIS-JENIS UJIAN DAN PENILAIAN


PENGENALAN
Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan,
kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru bertanggungjawab menentukan hasil
pembelajaran yang hendak dinilai. Guru juga merancang dan membina instrumen penilaian,
mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat, melapor dan menjalankan
tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan.
Ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian
yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau
psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Ia penting dalam memperlihatkan kejayaan atau kegagalan
calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu ia juga berfungsi untuk memilih dan menempatkan
calon dalam kumpulan pelajar tertentu serta mengenal pasti kelemahan-kelemahan pelajar.

Dalam bab ini anda akan didedahkan dengan jenis-jenis ujian dan penilaian yang biasanya
dijalankan dalam konteks dunia pendidikan khususnya berkait dengan pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.
RUMUSAN
Dalam menyediakan ujian yang baik dan berkesan, guru merupakan penggerak utama. Hal ini
demikian kerana guru yang lebih arif tentang bidang yang telah diliputi sepanjang pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Ujian yang dilaksanakan oleh guru dapat memberikan tentang
kesan pembelajaran untuk tempoh yang pendek mahupun jangka waktu yang lebih panjang.
Ujian yang dilakukan dalam tempoh pengajaran pembelajaran yang berlangsung membolehkan
guru mengetahui tahap penguasaan pelajar tentang topik-topik yang telah dibincangkan di
samping mengetahui masalah yang dihadapi pelajar dan seterusnya menjalankan aktiviti yang
bersesuaian seperti aktiviti pemulihan. Sementara ujian yang dijalankan pada akhir sesuatu
penggal aman memberikan maklumat berkenaan pencapaian pelajar secara umum setelah
pengajaran pembelajaran berlangsung dalam tempoh tertentu. Dengan itu juga guru-guru dapat
membandingkan serta menggredkan pelajar mengikut pencapaian yang diperolehi sama ada
dalam kumpulan pelajar yang lemah sederhana atau cemerlang

Anda mungkin juga menyukai