Anda di halaman 1dari 28

2.

0 PENGERTIAN PENYEMBELIHAN
Penyembelihan dari segi bahasa ialah potong atau belah bagi menghilangkan
nyawa binatang. Dari segi syarak pula ialah menyembelih binatang yang mampu
dikuasai dan harus dimakan dengan memutuskan urat halkum, urat mari dan
dua urat darah di kiri dan kanan leher binatang tersebut (Lokman, 2002). Ini
adalah berasas pada sabda Rasulullah S.A.W :


Maksudnya : Adalah sembelihan itu pada halkum dan leher.
(Riwayat al-Daraqtuni)
Menurut Dr. Awis Qurni (2008), penyembelihan adalah proses memotong
leher bagi memutuskan trakea (halkum), esofagus (mari), arteri karatoid dan
vena

jugular

(wajadain)

untuk

mengeluarkan

darah

yang

banyak

bagi

mempercepatkan proses kematian ternakan.

3.0 DALIL PENSYARIATAN PENYEMBELIHAN


Kedatangan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah
rahmat kepada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan bahkan rahmat kepada
sekalian yang wujud di alam ini. Firman Allah S.W.T :


Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad),
melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi sekalian alam.
(Surah al-Anbiya : 107)
Cara Islam mengatur hubungan manusia sesama manusia, malah juga
hubungan manusia dengan binatang dan seluruh alam ini, adalah bukti
kerahmatan itu. Ini termasuklah cara melakukan penyembelihan binatang. Islam
telah memberi garis panduan yang lengkap bagaimana untuk melakukannya.
Menyembelih binatang dengan aturan yang ditetapkan oleh syarak adalah
satu jalan yang menyebabkan daging binatang itu halal dimakan disamping
memenuhi syarat-syarat yang lain (Jabatan Mufti Kerajaan. Jabatan Perdana
Menteri, 2002). Hal ini digambarkan dalam firman Allah S.W.T :


Maksudnya : Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang
tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk
semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada
Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari
tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang
buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)
(Surah al-Maidah : 3)
Dan firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang


disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada
ayat-ayatNya.
(Surah al-Anam : 118)
Dengan ini jelas bahawa binatang yang halal itu hendaklah disembelih
menurut cara Islam. Jika sebaliknya, maka ia tidak halal dimakan. Kecuali dua
jenis binatang yang halal dimakan tanpa disembelih iaitu ikan dan belalang.
Sabda Rasulullah S.A.W :

: , : , ,
.
Maksudnya : Dihalalkan bagi kita dua bangkai dan dua jenis darah. Dua jenis
bangkai ialah ikan dan belalang, manakala dua jenis darah ialah hati dan limpa.
.(Riwayat Ahmad)

4.0 HUKUM PENYEMBELIHAN

Hukumnya adalah wajib dilakukan ke atas sesuatu haiwan itu untuk

membolehkan ianya halal dimakan.


Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum Islam diistilahkan sebagai

bangkai dan najis.


Firman Allah S.W.T :


Maksudnya : Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang
yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi
(termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana
yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul,
dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan
yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih
(sebelum habis nyawanya)
(Surah al-Maidah : 3)

5.0 CARA PENYEMBELIHAN


Terdapat tiga cara penyembelihan, iaitu : al-Zabhu (), al-Nahru (), dan
al-Aqru ().
I.

Al-Zabhu : Penyembelihan pada leher binatang di sebelah atas halkum


mengikut syarat-syarat syara. Sembelihan cara ini adalah bagi semua
binatang yang dapat dikawal atau dijinak.

II.

Al-Nahru : Penyembelihan pada leher binatang di sebelah bawah


halkum. Cara ini sunat bagi penyembelihan unta. Ini berdasarkan
firman Allah S.W.T :


Maksudnya : Oleh itu, kerjakanlah sembahnyang kerana Tuhanmu
semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
(Surah al-Kauthar : 2)
Menurut ulama fiqh, penyembelihan unta secara al-Nahru adalah
supaya

ia

cepat

mati

disebabkan

lehernya

yang

panjang.

Walaubagaimanapun, kedua-dua cara penyembelihan tersebut boleh


digunakan pada mana-mana sembelihan kerana prinsipnya adalah
sama.
Ini berdasarkan hadis daripada Ibn Abbas RA, RASULULLAH S.A.W
bersabda:


Maksudnya : Adalah sembelihan itu pada halkum dan leher.
(Riwayat al-Daraqtuni)
Namun, yang sunat dilakukan adalah dengan menyembelih unta
secara al-Nahru, manakala binatang lain secara al-Zabhu.
III.

Al-Aqru : Penyembelihan dalam keadaan darurat , iaitu melukakan


binatang

pada

mana-mana

bahagian

anggota

yang

boleh

mematikannya.
Cara ini apabila binatang menjadi liar dan tidak dapat dikawal,
sebagaimana penyembelihan binatang buruan. Hal ini berdasarkan
hadis daripada Rafi bin Khudaij, Rasulullah S.A.W bersabda dalam
peristiwa seekor unta rampasan perang yang terperanjat dan terus lari,
lantas dipanah oleh seorang lelaki dan menyebabkannya ia mati :

,

Maksudnya : Binatang ini ada juga yang liar, sebagaimana binatang
liar yang lain. Justeru, binatang yang bertindak demikian terhadap
kamu, lakukanlah sebagaimana binatang liar yang lain.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

6.0 SYARAT SAH PENYEMBELIHAN


4

Syarat-syarat penyembelihan terbahagi kepada tiga, iaitu

Syarat melakukan penyembelihan.


Syarat binatang yang disembelih.
Syarat bagi alat sembelihan.

Syarat melakukan penyembelihan


i.

Penyembelih hendaklah beragama Islam atau ahli kitab, iaitu yang


beragama Yahudi dan Nasrani. Jika penyembelih seorang yang murtad,
penyembah berhala, tidak percaya kepada Allah atau Majusi, maka hukum
sembelihan mereka tidak halal. Firman Allah S.W.T

Maksudnya : Kecuali yang sempat kamu sembelihan (sebelum habis


nyawanya).
(Surah al-Maidah : 3)
Ayat tersebut ditujukan kepada orang Islam. Sembelihan ahli kitab halal
berdasarkan firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan


Kitab itu adalah halal bagi kamu.
(Surah al-Maidah : 5)
Maksud makanan dalam ayat tersebut ialah sembelihan. Sembelihan orang
kafir selain daripada ahli kitab tidak halal.
Ini berdasarkan hadis, Nabi S.A.W menulis surat kepada Majusi Hajar
mengajak mereka memeluk Islam. Sabdanya :

, ,
,
Maksudnya : Sesiapa yang memeluk agama Islam diterima dan sesiapa
yang ingkar dikenakan jizyah, sembelihan mereka tidak halal dimakan dan
perempuan mereka tidak harus dikahwini.
(Riwayat al-Bukhari).
Sembelihan majusi tidak halal, lebih-lebih lagi sembelihan orang murtad,
penyembah berhala dan yang tidak percaya kepada Tuhan kerana
kekufuran mereka lebih dahsyat.
ii.

Penyembelih atau seorang daripada asal-usulnya bukan ahli kitab


setelah berlaku penyelewengan atau pemansuhan agamanya. Oleh
itu, tidak halal sembelihan orang yang tidak beriman dengan Allah,
5

kemudian memeluk agama Nasrani pada hari ini. Begitu juga seorang
Nasrani atau Yahudi yang diketahui asal usulnya penyembah berhala yang
kemudiannya memeluk agama Nasrani setelah berlaku penyelewengan
tersebut atau setelah bangkit Nabi Muhammad S.A.W. ini berdasarkan
hadis :

, ,
Maksudnya : Rasulullah S.A.W melarang orang Islam makan sembelihan
orang Arab yang beragama Nasrani daripada kalangan kabilah Bahara
Tanukh dan Taghlib
(Riwayat Syahar Ibn Hausyab)
Alasan tegahan makan sembelihan Nasrani tersebut adalah kerana mereka
memeluk agama itu setelah berlaunya penyelewengan terhadapnya.
iii.

Dia tidak melakukan penyembelihan hanya yang lain selain Allah


S.W.T atau tidak menyebut nama yang lain selain Allah. Jika
seseorang melakukan penyembelihan atas nama berhala, nama seorang
muslim atau Nabi-nabi, maka sembelihannya tidak halal. Ini berdasarkan
firman Allah S.W.T :


Maksudnya : Dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain
dari Allah.
(Surah al-Maidah : 3)
Ini bererti sembelihan yang bukan kerana Allah atau disebut nama yang
bukan nama Allah hukumnya haram dimakan. Apabila terdapat ketiga-tiga
perkara penyembelihan tersebut, maka hukumnya halal sembelihannya
samada dia lelaki atau perempuan, kecil atau besar, mumayyiz atau tidak,
mabuk atau gila dan sebagainya selagi dia mampu menyembelih dan
mempunyai iat tersebut walaupun secara umum.

Syarat binatang yang disembelih


i.

Penyembelih mendapati bahawa sebelum binatang itu disembelih


ia masih mempunyai hayat mustaqirrah, iaitu binatang yang sakit
atau luka dan seumpamanya yang tidak membawa kematiannya dan
pergerakannya seperti pergerkan binatang yang disembelih.
Sekiranya binatang itu tiada hayat mustaqirrah maka penyembelihan itu
tidak dianggap al-Tazkiah dan sembelihan tersebut tidak halal, kecuali
6

setelah

dilakukan

penyembelihan

darurat

sebelumnya.

Darah

yang

mengalir daripada uratnya setelah disembelih tidak membuktikan bahawa


hayat mustaqirrah masih wujud.
ii.

Putus halkum dan mari. Halkum adalah saluran pernafasan dan mari
saluran makanan. Sekiranya kedua-dua saluran tersebut tidak putus
walaupun sedikit, sembelihan itu tidak halal. Ini berdasarkan hadis
daripada Rafi bin Khudaij, sabda Nabi S.A.W :

, , ,
Maksudnya : Sesuatu alat yang boleh menyebabkan darah mengalir dan
nama Allah disebut, maka makanlah sembelihan itu. Namun, alat tersebut
bukannya gigi dan kuku.
(Riwayat al-Bukhari).
Penyembelihan mestilah dengan sesuatu yang boleh menyebabkan darah
mengalir dan memutuskan halkum dan

mari. Pada kelazimannya,

kehilangan nyawa bergantung kepada putus atau tidak kedua-dua saluran


tersebut.
iii.

Putus kedua-dua saluran tersebut dengan segera dan dengan


sekali

sembelihan.

sembelihan

tersebut

Sekiranya
tidak

disembelih

bergerak-gerak

perlahan-lahan
sebagaimana

sehingga

pergerakan

binatang yang disembelih sedangkan halkum dan marinya belum putus,


maka batallah penyembelihan dan sembelihan itu tidak batal.
Untuk mengenali hayat mustaqirrah pada sembelihan ialah binatang
tersebut meronta-ronta dengan kuat setelah disembelih. Jika ia disembelih
perlahan-lahan, dan lambat memutuskan halkum dan mari sehingga tidak
bergerak

setelah

sellesai

sembelihan,

maka

hal

yang

demikian

menunjukkan bahawa hayat mustaqirrah binatang tersebut tiada lagi


sebelum

selesai

penyembelihan.

Sembelihan

itu

tidak

halal

dan

penyembelihannya tidak dinamakan al-Tazkiah.

Syarat bagi alat penyembelihan


i.

Alat penyembelihan hendaklah tajam yang boleh melukakan.


Antaranya adalah seperti besi, tembaga, tima, buluh, kaca, batu dan lainlain. Kematian binatang yang disebabkan hentakan tidak dianggap
penyembelihan.
Ini berdasarkan hadis daripada Rafi bin Khudaij, sabda Nabi S.A.W :
7

, ,
Maksudnya : Sesuatu alat yang boleh menyebabkan darah mengalir dan
nama Allah disebut, maka makanlah sembelihan itu.
(Riwayat al-Bukhari).
Hanya benda yang tajam dapat melukakan sembelihan dan mengalirkan
darah dengan cepat, manakala hentakan walaupun boleh membunuh,
tetapi ia tidak mengalirkan.
ii.

Alat penyembelihan selain daripada gigi atau kuku. Sembelihan


dengan gigi atau kuku terkecuali daripada keharusan penyembelihan
dengan alat yang boleh mengalirkan darah, sepertimana hadis yang telah
disebut di atas. Termasuk dalam hukum gigi dan kuku adalah semua jenis
tulang samada tulang manusia atau yang lainnya.
Hikmah pengecualian tersebut seperti yang dijelaskan oleh ulama adalah
semata-mata mentaati perintah Allah S.W.T. Semua hukum penyembelihan
berdasarkan ketaatan kepada Allah, bukan sebab atau maslahat tertentu
yang berdasarkan kepentingan yang lain. Adalah lebih baik untuk
mengetahui sebab-sebab pengecualian tersebut dalam penyembelihan
dengan berpegang kepada pendapat ini : Allah S.W.T yang lebih
mengetahui hakikat yang sebenar-benarnya. (Dr. Mustofa al-Khin, Dr.
Mustofa al-Bugha & Ali asy-Syarbaji,1999).

7.0 PERKARA SUNAT SEMASA PENYEMBELIHAN


Disunatkan ketika sembelihan, meraikan perkara berikut :
i.

Menyebut sahaja ketika menyembelih atau ketika melepaskan


binatang pemburu, atau ketika anak panah dilepaskan ke arah binatang
buruan. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T :


Maksudnya : Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal)
yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya.
(Surah al-Anam : 118)
Dan hadis yang lain, Nabi S.A.W bersabda :

,
Maksudnya : Alat yang boleh menyebabkan darah mengalir dan nama
Allah disebut, maka makanlah sembelihan itu.
(Riwayat al-Bukhari)
8

Menurut ulama al-Syafie, ayat dan hadis tersebut menunjukkan bahawa


hukum menyebut ketika menyembelih hanya sunat dan tidak
menjejaskan kesahihan penyembelihan jika tidak disebut, asalkan syaratsyarat penyembelihan itu dipatuhi.
ii.

Memutuskan wajadan atau waridan iaitu dua urat di kiri dan kanan leher
yang berhampiran dengan halkum agar nyawa terputus dengan cepat.

iii.

Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

iv.

Penyembelih

menajamkan

pisaunya.

Ini

berdasarkan

hadis,

sabda

Rasulullah S.A.W:

, ,
, ,
Maksudnya : Allah mewajibkan perlakuan yang baik dalam semua
perkara. Justeru, apabila melakukan pembunuhan, lakukanlah dengan cara
yang baik dan apabila melakukan penyembelihan, lakukanlah juga dengan
cara yang baik. Oleh itu, seseorang penyembelih dalam kalangan kamu
hendaklah menajamkan pisaunya dan selesaikanlah sembelihannya.
(Riwayat Muslim)
v.

Membaringkan binatang sembelihan pada rusuk kirinya dan membiarkan


kaki kanannya bergerak-gerak selepas penyembelihan supaya ia selesa
dengan pergerakan itu, kecuali unta yang lebih baik disembelih dalam
keadaan berdiri dengan lutut kirinya terikat. Ini berdasarkan firman Allah
S.W.T :


Maksudnya : Oleh itu, sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya)
ketika ia berdiri di atas kakinya.
(Surah al-Haj : 36)
Dan hadis daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya :


Maksudnya : Ia dalam keadaan berdiri dengan kaki tiga
(Riwayat al-Hakim)
vi.

Penyembelih

dan

binatang

sembelihan

menghadap

kiblat

ketika

penyembelihan. Ini kerana kiblat merupakan arah yang paling mulia.


vii.

Sunat tidak menyembelih di hadapan binatang-binatang yang lain.

viii.

Melakukan penyembelihan dengan segera.

8.0 PERKARA MAKRUH SEMASA PENYEMBELIHAN


Perkara makruh semasa penyembelihan adalah seperti berikut :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih.


Menyembelih hingga terputus kepala.
Penyembelihan dilakukan oleh orang perempuan.
Penyembelih orang yang berhadas besar.
Makruh membaringkan binatang di sebelah rusuk kanan.

9.0 JENIS-JENIS SEMBELIHAN


Terdapat lima jenis sembelihan iaitu :

Sembelihan
Sembelihan
Sembelihan
Sembelihan
Sembelihan

Biasa.
Wajib Dam.
Sunat Qurban.
Akikah.
Nazar.

Sembelihan Biasa
Sembelihan biasa ialah proses menghilangkan nyawa haiwan yang halal dengan
cara memutuskan urat halkum dan urat mari dengan menggunakan alat tajam
dengan niat kerana Allah S.W.T.
Sembelihan Wajib Dam
Dari sudut bahasa dam bererti darah. Menurut istilah syarak, dam bererti denda
yang dikenakan ke atas seseorang yang mengerjakan haji atau umrah kerana
meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau melakukan perkara-perkara yang
dilarang. Contohnya, jika seseorang yang menunaikan haji melakukan kesalahan
tidak berihram di Miqat, maka diwajibkan membayar dam iaitu menyembelih
seekor kambing.
10

Sembelihan Sunat Qurban


Dari

segi

bahasa,

qurban

bermaksud

sesuatu

yang

dikorbankan

kerana

Allah S.W.T. Dari istilah syarak, qurban bermaksud menyembelih binatang yang
tertentu pada hari Raya Aidiladha dan hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13
Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadah dan menghampirkan diri kepada Allah.
Hukum qurban ialah sunat muakkad iaitu sangat dituntut ke atas orang yang
berkemampuan.

Qurban

disyariatkan

pada

tahun

kedua

Hijrah

sebagai

mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Ismail A.S. Qurban
hanya dituntut kepada orang yang berkemampuan. Ukuran kemampuan tersebut
ialah apabila sesorang itu memiliki harta yang melebihi perbelanjaan diri dan
orang-orang di bawah tanggungan pada hari qurban. Hukum qurban menjadi
wajib apabila bernazar. Contoh binatang qurban ialah unta, lembu, kerbau,
kambing, biri-biri dan kibas.
Sembelihan Akikah
Akikah

ialah

sembelihan

binatang ternakan

anam yang

dilakukan

kerana

menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada


Allah S.W.T. Hukum akikah adalah sunat muakkad bagi orang yang menanggung
kanak-kanak itu. Kadar akikah ialah dua ekor kambing bagi kanak-kanak lelaki
atau dua bahagian daripada lembu, kerbau dan unta. Bagi kanak-kanak
perempuan pula, kadarnya ialah seekor kambing atau sebahagian daripada
lembu, kerbau dan unta.
Sembelihan Nazar
Nazar menurut istilah ulama feqah ialah beriltizam untuk mendekatkan diri
kepada Allah S.W.T dengan kewajipan yang tidak disyarakkan secara mutlak atau
tidak terikat dengan sesuatu yang mewajibkan dari melakukannya. Dalil dari alQuran dan hadis mengenai keharusan nazar, Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud:


Maksudnya

(Mereka

dikurniakan

kesenangan)

itu

kerana

mereka

menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadaNya),


serta mereka takutkan hari (akhirat) Yang azab seksaNya merebak di sana sini.

11

(Surah al-Insan: ayat 7)

Sabda baginda Rasulullah S.A.W. daripada Aisyah R.A;


Maksudnya : Sesiapa yang bernazar untuk taat kepada Allah maka taatilah
akanNya dan sesiapa yang bernazar untuk berbuat maksiat kepadaNya maka
janganlah membuat maksiat kepada-Nya.
(Riwayat Bukhari)

Berdasarkan dalil di atas dan dalil-dalil yang lain, ulama berpendapat nazar
hukumnya harus dalam Islam jika seseorang itu bernazar untuk menghampirkan
diri kepada Allah s.w.t Contohnya, ada sesorang yang bernazar jika sembuh dari
penyakit ini maka dia akan sedekahkan seekor kambing kerana Allah. Selepas
sembuh hendaklah dia menunaikan nazarnya kerana Allah. Jika enggan atau
ingkar dikira berdosa. Jika tidak dapat ditunaikan nazarnya maka hendaklah
ditebus nazar sepertimana menebus sumpah, sama ada memberi makan kepada
10 orang miskin dengan hidangan yang mengenyangkan mereka, memberi
pakaian kepada 10 orang miskin atau membebaskan seorang hamba yang
beriman.
Jika ketiga-tiga ini tidak mampu dilakukan maka hendaklah berpuasa tiga hari
berturut-turut. Dalilnya, hadis yang diriwayatkan oleh Uqbah bin Amir daripada
Rasulullah S.A.W. baginda bersabda,
Maksudnya : Kafarah (menebus) nazar seperti kafarah (menebus) sumpah.
(Riwayat Muslim)

12

10.0 KAEDAH PENYEMBELIHAN AYAM

Rajah 1 : Bahagian Leher Ayam


Semasa sembelihan : lihat bahagian yang putus.

13

Rajah 2 : Bahagian Penyembelihan Ayam


11.0 KAEDAH PENYEMBELIHAN LEMBU

Rajah 3 : Bahagian Leher Lembu


Semasa sembelihan : lihat bahagian yang putus.

14

Rajah 4 : Bahagian Penyembelihan Lembu

12.0 PERBANDINGAN CARA PENYEMBELIHAN MENGIKUT 4 MAZHAB


FEQAH

1)

Bahagian Sembelihan Yang Mesti Diputuskan

Para fuqaha' berbeza pendapat tentang had yang paling minima yang wajib dipotong iaitu:
Pendapat Mazhab Hanafi
Menurut pendapat Hanafi, wajib diputuskan tiga daripada empat, saluran halkum dan mari
dan urat darah. Oleh itu jika penyembelih meninggalkan salah satunya maka sembelihan
tersebut halal dimakan.
Pendapat Mazhab Maliki
Menurut pendapat Maliki, penyembelihan mestilah memotong halkum dan kedua-dua urat
darah. Bagi pendapatnya urat mari tidak perlu dipotong. Pendapatnya hampir sama dengan
pendapat Hanafi.

15

Pendapat Mazhab Syafei dan Hambali


Menurut pendapat mazhab Syafei dan Hanbali, penyembelihan mesti dengan memotong
seluruh saluran nyawa (halkum), saluran makanan (mari) kerana kehidupan berakhir
dengan tiada kedua-dua saluran ini dan sunat memutuskan kedua-dua urat darah, iaitu dua
urat yang berada dikiri kanan bahagian tengkuk, kerana tindakan ini sebagai melakukan
ihsan dalam penyembelihan dan juga bagi mengelak pertikaian.
Memutuskan halkum dan mari dikira sah dengan syarat mesti dilakukan sewaktu binatang
berkenaan masih hidup secara sempurna sewaktu pemotongan itu dilakukan dengan cepat
dan sekaligus, jika tidak maka disyaratkan ia wujud pada akhir pemotongan. Dan jika
tindakan memotong keduanya tidak dilakukan dengan cepat dan binatang sembelihan itu
pula tidak lagi hidup secara mantap bahkan sembelihan itu selesai sewaktu binatang itu tidak
bergerak, maka tidak halal dimakan kerana sudah menjadi bangkai, dengan demikian
sembelihan pada masa itu tidak bermakna lagi.

2) Tempat Untuk Dipotong


Para ulama tidak berselisih pendapat jika sembelihan dilakukan dengan memotong dua biji
halkum dan sebahagian dibahagian sebelah tubuhnya sementara sebahagian lagi di sebelah
kepala, maka sembelihan itu halal. Ulama juga berpendapat seperti berikut;
Pendapat Mazhab Syafei , Maliki dan Hambali
Jika biji halkum itu tidak dikerat dua, dan ia berada di bahagian sebelah tubuhnya, maka
tidak halal dimakan, kerana memotong halkum adalah syarat dalam sembelihan. Oleh itu
mestilah dipotong biji halkum tersebut. Apabila sembelihan yang dilakukan di atas daripada
bahagian halkum, maka kedudukan halkum tidak terjejas.
Kesimpulannya, penyembelihan mestilah menghasilkan dua bulatan daripada biji halkum,
satu di atas dan satu lagi di bawah, jika tidak maka binatang yang disembelih itu tidak halal,
kerana ia bukan dinamakan sembelih tetapi dinamakan kerat.
Pendapat mazhab Hanafi
Mazhab Hanafi berpendapat, cara sembelihannya adalah dengan tiga kali aksi potong yang
seiring dengan bacaan sehingga urat di leher haiwan itu putus sama sekali. Adakalanya
(darurat), diharuskan lebih dari tiga potongan supaya urat yang hendak di potong sehingga
putus itu dapat dipastikan. Mazhab Hanafi selalunya membenarkan lebih dari tiga potongan
dengan cara yang sama.
16

3) Penyembelihan Daripada Bahagian Atas Tengkuk


Pendapat Mazhab Maliki
Mengikut pendapat Maliki, binatang yang disembelih daripada bahagian atas tengkuk tidak
harus dimakan. Begitu juga yang disembelih di sudut kiri atau kanan lehernya walaupun
sampai kepada semua yang perlu dipotong dalam penyembelihan. Kerana orang yang
memotong urat-urat yang perlu diputuskan itu hanya dapat berbuat demikian setelah ia
memotong dahulu saraf tunjang yang mana ia merupakan sebab yang boleh membunuh.
Dengan demikian, maka binatang tersebut telah disembelih selepas binatang itu mengalami
dan mempunyai sebab kematiannya.
Pendapat Jumhur Fuqaha'
Mengikut pendapat jumhur fuqaha' pula, menyembelih binatang dari atas tengkuk atau
daripada sebelah tepi adalah makruh. Jika dilakukan juga demikian maka dikira berdosa
kerana mengazabkan binatang. Bagaimanapun jika pemotongan berlaku dengan cepat dan
pisau segera lantas ke tempat sembelihan sewaktu binatang masih hidup segar semasa
pisau memotong kebanyakan urat mengikut ulama' Hanafi atau memotong halkum dan mari'
mengikut pendapat ulama' Syafei dan Hambali. Maka binatang tersebut halal dimakan. Jika
tidak, maka ia tidak halal dimakan kerana telah mati tanpa sembelihan.

4) Memutuskan Saraf Tunjang


Jika sekiranya seorang penyembelih terus memotong tanpa berhenti sehingga memutuskan
bahagian saraf tunjangnya atau memutuskan seluruh tengkuk, maka mengikut pendapat
jumhur iaitu:
Pendapat Jumhur Fuqaha'
Penyembelihan ini adalah makruh kerana tindakan begitu akan menambah keseksaan. Jika
ia dilakukan juga tindaklah haram kerana memutuskan bahagian tersebut berlaku setelah
penyembelihan yang sempurna terlaksana.
Pendapat Mazhab Hambali

17

Mazhab

ini menyatakan,

jika

kepala

binatang

sembelihan

itu

diceraikan

semasa

menyembelihnya atau dengan dipenggal lehernya dengan pedang, ia tetap halal secara
mutlak.

5) Menyembelih Dengan Cepat


Pendapat Jumhur Fuqaha'
Mengikut pendapat jumhur fuqaha' adalah disyaratkan penyembelihan dilakukan dan
disempurnakan dengan cepat dan serta merta. Oleh yang demikian jika seseorang
penyembelih mengangkat tanganya sebelum selesai sembelihan kemudian dia berbalik
semula serta-merta, maka sembelihannya itu boleh dimakan. Sebaliknya jika diselangi masa
yang lama, maka sembelihan itu tidak harus dimakan, kerana sembelihannya berlaku
terhadap binatang yang telah pun mengalami kecederaan di tempat yang membawa kepada
kematiannya sebelum sembelihan diselesaikan dan merupakan binatang yang pasti tidak
akan hidup.
Pendapat Mazhab Hanafi
Mengikut pendapat mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa memutuskan urat-urat adalah
sunat disegerakan dan makruh dilakukan dengan lambat.
13.0 HIKMAH PENYEMBELIHAN
Untuk melepaskan nyawa binatang dengan jalan yang paling mudah, yang dapat
meringankan dan tidak menyakiti atau meyeksanya. Dengan ini disyaratkan alat
yang

digunakan

itu

hendaklah

tajam.

Sehubungan

dengan

itu,

hikmat

diharamkan menggunakan alat-alat penyembelihan yang di tegah adalah kerana


ianya menyakitkan binatang, sedangkan Islam menyuruh mematikan binatang
secara baik dan sopan, dengan ini akan melahirkan rasa ihsan ke atas binatang
bagi memupuk jiwa yang baik.
Selain

itu,

membezakan

cara

penyembelihan

yang

sah

dan

cara

penyembelihan yang tidak sah serta perbezaan cara penyembelihan orang-orang


bukan Islam. Ini menunjukkan Islam itu satu sistem hidup yang sempurna dan
tersusun rapi, disamping itu melatih manusia supaya mematuhi suruhan Allah
S.W.T. sewaktu mendapat makanan (Masni, 1998)

18

Disyaratkan supaya disembelih di leher kerana penyembelihan yang


dilakukan pada leher adalah untuk mempercepatkan matinya haiwan sembelihan
dan cepat keluar roh (nyawa). Selain itu juga, Darah yang mengalir keluar
semuanya tidak mendatangkan bau busuk berbanding dengan yang tidak keluar
darah kerana memakan bangkai dan darah tak ubah seperti haiwan. Sebahagian
darah di tubuh haiwan yang halal dimakan harus dikeluarkan dan nyawa haiwan
itu keluar secara beradab (Lokman, 2002).
Sehubungan dengan itu juga, untuk memastikan bahawa makanan yang
dimakan oleh orang-orang Islam suci dan halal serta bagi memelihara akidah
umat Islam kerana penyembelihan yang dilakukan itu atas nama Allah S.W.T dan
sebagai tanda penghormatan dan kesyukuran manusia terhadap salah satu
daripada sumber nikmat makanan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T (Ahmad,
2007).

14.0 ISU-ISU SEMASA DALAM SEMBELIHAN


1) PENGGUNAAN STUNNING DALAM PENYEMBELIHAN HALAL MENURUT ISLAM
DAN SAINS.
Pengenalan Stunning
Stunning digunakan sebagai salah satu cara untuk menjadikan binatang yang hendak
disembelih tidak sedar untuk beberapa saat bagi mengurangkan kesakitan. Stunning ialah
kaedah memengsankan haiwan terlebih dahulu sebelum disembelih supaya haiwan tersebut
tidak merasa sakit ketika penyembelihan dilakukan. Penggunaan stunning telah digunakan

19

dengan meluasnya oleh negara-negara barat terutamanya pengeluar utama daging seperti
di New Zealand, Australia, Amerika Syarikat dan lain-lain.
Animal Welfare Council mendakwa bahawa tujuan utama penggunaan stunning ini
digunakan secara meluas adalah kerana penggunaan stunning dapat menenangkan haiwan
dan akan memudahkan kerja-kerja penyembelihan. Ianya bermaksud dengan penggunaaan
stunning maka tenaga kerja yang diperlukan adalah sedikit kerana ianya sudah tidak
memerlukan ramai orang untuk memegang lembu sebelum disembelih seperti yang
diamalkan oleh masyarakat kita. Ini juga berikutan jumlah lembu yang perlu disembelih
adalah sangat banyak. Selain itu juga penggunaan stunning dapat menjimatkan masa dan
meningkatkan produktiviti pengeluaran disamping dapat meningkatkan kualiti daging kerana
kurang berlaku ketegangan ke atas haiwan semasa penyembelihan dilakukan. (Jufri &
Zulfaqar, 2003).

Jenis-Jenis Stunning
Terdapat dua jenis stunning yang digunakan antaranya ialah Captive Bolt dan Electrical
Stunning.
i.

Captive Bolt
Captive Bolt pula terbahagi kepada Penetrative Captive Bolt, Non-Penetrative
Captive Bolt (Mushroom-Head Stunner) dan Pneumatic Captive Bolt.
Penetrative Captive Bolt
Menggunakan pistol Captive Bolt yang mengandungi sebiji besi keluli yang tajam
dihujungnya dan apabila tembakan dilakukan ia akan menembusi otak melalui impak
yang sangat kuat. Tembakan biasanya dilakukan pada dahi dan menyebabkan
kerosakan pada bahagian-bahagian tertentu pada otak dan menyebabkan haiwan
tersebut pengsan kesan dari kerosakan itu. Manakala jika tidak disembelih haiwan
tersebut akan mati. Bagi lembu alat kejutan akan diletakkan di tengah dahi manakala
bagi yang memerlukan otak lembu, mereka akan meletakkan alat kejutan di ruangan
belakang kepala lembu. Posisi ini kurang efektif dan posisi dahi disyorkan.
Non-Penetrative Captive Bolt (Moshroom-Head Stunner).
Ianya juga seperti Penetrative Captive Bolt tetapi ia menggunakan captive bolt yang
berbentuk cembung. Kaedah ini mengetuk dan atau mengenakantekanan kepada
tempurung kepala tanpa menembusi tengkorak. Kejutan alat pemukul ini datang dari
tembakan katrij kosong atau tekanan angin yang memantulkan kepada pemukul jenis
mushroom-head dan mengetuk di kepala haiwan. Kejutan ini akan mewujudkan satu
20

gelombang tekanan dalam rongga otak apabila ketukan berlaku dan akan
menyebabkan haiwan tersebut pengsan. Walaupun kaedah ini tidak menembusi
tengkorak dan tidak mencederakan otak, namun kajian yang dilakukan oleh Dr
Mohamed Lutfi dari University Of Queensland, Australia di lapan buah pusat
penyembelihan dalam masa 20 bulan pada tahun 2003 hingga 2004 mendapati
bahawa 80% - 95% haiwan yang dikaji mengalami keretakan dan pecah tengkorak
dan 5% - 20 % mengalami lekukan di tengkorak.
Pneumatic Captive Bolt
Bagi Captive Bolt yang dikenali sebagai Pneumatic Captive Bolt Gun pula
mempunyai ruang udara di hujungnya yang memberi tekanan udara ke dalam otak
setelah tengkorak ditembusi. Udara ini memberi tekanan kepada bahagian tertentu
dan menyebabkan haiwan tersebut pengsan.
ii.

Electrical Stunning
Manakala electrical stunning pula terbahagi kepada dua jenis iaitu Electrical Shock
dan Waterbath.
Electrical Shock
Kejutan elektrik di kepala sahaja digunakan untuk memengsankan lembu, kambing
dan biri-biri. Kaedahnya ialah dengan meletakkan sepasang penyepit di kedua-dua
belah kepala haiwan dan mengalirkan aliran elektrik ke otak. Aliran elektrik dialirkan
dengan kadar yang sesuai dan tempoh masa yang sesuai mengikut jenis haiwan,
saiz dan jantina. Ini adalah begi mengelakkan aliran elektrik mengalir ke seluruh
badan yang akan menyebabkan jantung berhenti dan boleh membawa kepada
kematian haiwan tersebut. Arus elektrik dialirkan atas kepala haiwan bagi kambing
dan biri-biri manakala di bahagian hidung bagi lembu. Arus aliran eletrik tidak boleh
melebihi had yang ditetapkan, 0.75 ampere bagi kambing dan 2,0 ampere bagi
lembu.
Waterbath Stunning
Sejenis alat elektrik yang menggunakan medium air untuk kejutan haiwan sebelum
disembelih. Kaedah ini digunakan untuk haiwan beburung seperti ayam, itik dan
angsa. Haiwan akan digantung kaki ke atas pada besi yang bergerak ke satu
takungan air yang mempunyai aliran elektrik. Juruteknik yang bertauliah akan
mengawal kekuatan arus elektrik bagi memastikan aliran tidak terlalu tinggi.

Pandangan Ulama dan Badan Islami Mengenai Isu Penggunaan Stunning.


i.

Ketetapan Majma al-fiqh al-Islami (Islamic Fiqh Academy)


21

Haiwan yang disembelih secara syarak selepas dikenakan kejutan adalah harus
dimakan sekiranya haiwan itu masih hidup sebelum disembelih. Penggunaan
stunning hendaklah mengikut syarat-syarat berikut iaitu kedua-dua elektrok perlu
dikenakan di kedua-dua belah kepala di antara mata dan telinga atau di tengahtengah dahi. Voltage hendaklah antara 100-400 volt. Kekuatan arus elektrik ialah
antara 0.75 dan 1.0 bagi kambing, antara 2.0 dan 2.5 bagi lembu. Arus elektrik
hendaklah dialirkan dalam tempoh 3 hingga 6 saat.
Penggunaan Penetrative Capative Bolt dan Pneumatic Captive Bolt Gun adalah tidak
harus. Electrical stunning (waterbath) adalah tidak harus kerana kadar kematian
sebelum sembelihan dilakukan adalah tinggi. Menggunakan kejutan gas karbon
dioksida atau Mushroom Head Gun tidak haram kerana tidak membawa kematian
sebelum disembelih.
ii.

Fatwa al-Azhar
Universiti al-Azhar telah melantik jawatankuasa khas untuk membuat keputusan
tentang kaedah ini. Keputusannya ialah : Negara Islam yang melaksanakan kaedah
moden dalam sembelihan tiada larangan dalam agama. Ianya halal selagi kaedah
baru itu bersih dan menyebabkan pendarahan. Sekiranya cara ini lebih cepat dan
tepat kaedah tersebut adalah bertepatan dengan ihsan yang di anjurkan oleh
Rasulullah S.A.W.

iii.

Ketetapan Arab Gulf Cooperation Councils (GCC)


GCC telah mengeluarkan standard halal yang digunakan untuk negara Bahrain,
Kuwait, Oman, Qatar dan UAE. Standard tersebut ialah : Tidak dibenarkan memukul
kepala haiwan atau menggunakan kaedah lain yang seumpamanya. Binatang
hendaklah masih dalam keadaan hidup ketika dikenakan Electrical Stunning bagi
memenuhi syarat sah sembelihan. Sekiranya ia mati sebelum disembelih ia dikira
dalam golongan al-mauquzah dan tidak halal dimakan.

iv.

Pendapat Dr. Wahbah al-Zuhayli


Tidak ada larangan menggunakan apa-apa cara untuk melemahkan haiwan ketika
hendak disembelih tetapi dengan syarat tidak menyeksanya. Islam membenarkan
pengunaan dadah sebelum disembelih sekiranya ia tidak mematikan haiwan
tersebut. Penggunaan karbon dioksida juga dibolehkan asalkan tidak menyakiti
haiwan tersebut. Penggunaan CBP, benda berat, aliran elektrik dan sebagainya tidak
dibenarkan kerana menyeksa haiwan tersebut. Tetapi haiwan tersebut boleh dimakan
selepas disembelih jika ia masih mempunyai hayat mustaqirrah.

22

Kaedah stunning

Penetrative Captive Bolt dan Non Penetrative Captive Bolt

(Mushroom Head Gun) adalah haram dan tidak dibenarkan kerana ia boleh
menyebabkan kematian haiwan. Hanya kaedah Kejutan Elektrik (Electrical Stunning)
sahaja dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

Stunner yang digunakan adalah jenis kejutan di kepala sahaja.


Kekuatan arus elektrik hendaklah dikawal (tidak boleh melebihi had yang
ditetapkan) iaitu antara 0.75 ampere untuk kambing, 2.0 ampere untuk

lembu dan tempoh masa aliran elektrik ialah antara 3 hingga 6 saat.
Perlu dikawal selia oleh petugas muslim yang bertauliah.

Kaedah Waterbath Stunning untuk ayam dan itik adalah diharuskan dengan syarat :

Kekuatan arus elektrik adalah dikawal supaya tidak mematikan haiwan.


Perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah.
Penggunaan dadah dan karbon dioksida dalam prosedur sembelihan
adalah diharuskan dengan syarat tidak menyeksa atau mematikan haiwan
tersebut.

Dalil Dan Hujah


Antara dalil yang digunakan dalam menangani isu ini ialah melalui firman Allah S.W.T dalam
surah al-Maidah ayat 3 :


Maksudnya : Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang
tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk
semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada
Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari
tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang
buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)
(Surah al-Maidah : 3)
Hadis yang digunakan adalah seperti berikut :
Maksudnya : Hadis Rafi' bin Khadij R.A katanya : Aku berkata : Wahai Rasulullah, kami akan
menemui musuh esok sedangkan kami tidak mempunyai pisau. Rasulullah S.A.W
bersabda : Segerakanlah atau sembelihlah dengan apa saja yang boleh menumpahkan
23

darah dengan menyebut nama Allah, engkau boleh memakannya asalkan alat tersebut
bukan gigi dan kuku. Aku akan nyatakan kepada kamu. Adapun gigi, ia adalah tulang
manakala kuku pula adalah pisau orang Habsyah iaitu Ethiopia. Rafi' berkata : Kemudian
kami mendapatkan rampasan perang berupa unta dan kambing. Ada seekor unta cuba
melarikan diri. Seseorang melepaskan panah ke arahnya dan lalu ia ditangkap. Rasulullah
S.A.W bersabda : Memang unta itu ada yang liar seperti binatang liar lain. Apabila kamu
mengalami keadaan demikian maka bertindaklah seperti tadi.
(Hadis Riwayat Muslim)

Rumusan
Daripada analisis yang telah dilakukan dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan stunning
diharuskan tetapi mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Penggunaan teknologi
moden pada hari ini juga perlulah selari dengan tuntutan syarak. Sebagai seorang muslim
kita perlulah mencari makanan dan segala keperluan hidup berasaskan sumber-sumber
yang halal lebih-lebih lagi dalam permasalahan daging halal. Ini kerana negara kita juga
tidak terkecuali dalam mengimport daging dari negara-negara barat.

2) ISU SEMBELIHAN MENGGUNAKAN MESIN


Definisi Sembelihan Menggunakan Mesin
Ia merupakan salah satu cara penyembelihan binatang dengan pisau yang tajam yang
digerakkan oleh mesin elektrik sebagai menggantikan tangan manusia. Dalam proses ini
seorang pekerja muslim dipertanggungjawabkan untuk mengawasi perjalanan mesin
tersebut. Pekerja mestilah muslim yang mematuhi syarat-syarat penyembelihan.
Soalan : Assalamualaikum,
Adakah binatang tersebut halal dimakan sekiranya mesin tersebut dikendalikan oleh
orang Islam dan bacaan Basmallah disebut sebelum pengendali tersebut menekan
butang untuk menghidupkan mesin penyembelihan tersebut? Penyembelihan secara
24

automatik ini terpaksa dilakukan disebabkan kekurangan tenaga penyembelih dan


kadar permintaan yang tinggi.
Jawapan:
Di Malaysia, walaupun kita belum lagi mengamalkan sembelihan menggunakanmesin tetapi
di luar negara telah dilakukan. Hukum sembelihan menggunakan mesin adalah sah kerana
permintaan yang banyak. Namun begitu, terdapat syarat yang perlu dipatuhi dalam
penggunaan mesin penyembelihan ini iaitu:

i.Dikendalikan oleh orang Islam


Penyembelih itu hendaklah seorang Islam atau ahli kitab kerana ia merupakan syarat sah
penyembelih (yang memenuhi syarat hakiki orang ahli kitab sebagaimana yang disebutkan
oleh ulama-ulama Asy-Syafie). Tidak halal sembelihan orang

Majusi (penyembah api),

penyembah berhala, orang murtad dan lain-lain daripada orang kafir yang tiada mempunyai
kitab agama Allah s.w.t. Penyembelih hendaklah seorang muslim atau ahli kitab, sama ada
laki-laki atau perempuan, dan sekiranya penyembelih selain yang disebutkan maka
sembelihannya tidak sah, sebagaimana firman Allah s.w.t:
Dan makanan (sembelihan) orang-orang ahli kitab halal untukmu danmakananmu halal
untuk mereka.
(QS al-Anaam 5: 5).

ii.Bacaan Basmallah perlu dibuat sebelum penyembelih menekan butang (suis)


Pengendali mesin (penyembelih ) hendaklah orang Islam dan perlu membaca BASMALLAH
sebelum memetik suis mesin untuk menggerakkan pisau-pisau tersebut. Pisau yang
digunakan mestilah jenis bermata satu dan tajam dan memutuskan halqum (salur
pernafasan) dan Mari (salur makanan) serta kedua-dua urat darah bagi melancarkan
pengaliran darah keluar.

iii.Orang Islam mesti berada di mesin tersebut sepanjang ia beroperasi


Penyembelih yang memetik suis mesin itu tidak boleh meninggalkan tempat sembelihanan,
sekiranya beliau perlu meninggalkan tempat penyembelihan ia mesti menghentikan aliran
25

mesin dan menutup suis mesin tersebut. Penyembelih hendaklah memastikan semua ayam
itik disembelih dengan sempurna. Penyembelih mesti menyembelih secara manual (tangan)
sekiranya ada yang terlepas dari disembelih oleh mesin.

Pandangan Dar al-Ifta' Mesir (Rumah/Pusat Fatwa Mesir) seperti berikut:


Jumhur ulama fiqh mengatakan setiap alat yang mengalirkan darah dan memutuskan urat
dikira sebagai alat sembelihan, kecuali kuku dan gigi. Disyaratkan juga alat sembelihan itu
menyembelih dengan ketajamannya bukan dengan cara lain (seperti aliran elektrik). Dan
disyaratkan mereka yang menjalankan mesin tersebut adalah seorang Islam. Jadi, apabila
sembelihan dilakukan dengan mesin seperti di atas maka sembelihannya adalah sah.
Disyaratkan alat untuk menyembelih hendaklah sesuatu yang boleh memotong dengan
ketajamannya seperti besi, tembaga, mas, perak, kayu, sembilu, batu dan kaca selain kuku,
gigi dan semua jenis tulang. Sabda Rasulullah s.a.w menurut hadis riwayat Bukhari dan
Muslim, yang muttafaqalaih, dari Rafi bin Khudaij r.a:
Sesuatu benda (yang digunakan untuk menyembelih) yang dapat menumpahkan darah dan
menyebut nama Allah s.w.t (ketika menyembelih), maka makanlah (haiwan sembelihan itu).
Tidak termasuk gigi, kuku adapun gigi itu sejenis tulang dan kuku itu pemotong orang Habsyi
(kafir).
Hal ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan mesin untuk menyembelih binatang adalah
sah kerana ia termasuk dalam berdasarkan definisi alat sembelihan yang sah iaitu sesuatu
yang boleh memotong dengan ketajamannya.

3) KAEDAH THORACIC STICKING DALAM PENYEMBELIHAN HAIWAN.


Kaedah Thoracic Sticking iaitu prosedur tambahan yang digunakan selepas sembelihan bagi
mempercepatkan proses kematian haiwan sembelihan. Kaedah ini sudah menjadi perkara
biasa yang digunakan oleh penternak haiwan di luar negara. Di Malaysia, kaedah ini masih
jarang-jarang

digunakan

oleh

penternak

dan

kilang

yang

menyediakan

daging

mentah.Sembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan atau menghilangkan nyawa
binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan
menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.
Firman Allah S.W.T : Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang
tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya),
26

dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik,
dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk,
dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis
nyawanya), dan yang disembelih atas berhala.
(Surah Al-Maidah: 3)

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia yang bersidang pada 29 Sep 2005 telah membincangkan Kaedah Thoracic
Stiking Dalam Sembelihan Haiwan. Muzakarah telah memutuskan bahawa Kaedah Thoracic
Stiking iaitu prosedur tambahan yang digunakan selepas sembelihan adalah dibenarkan dan
daging haiwan tersebut adalah halal tertakluk kepada syarat-sarat berikut:
1. Telah berlaku sembelihan yang sempurna (iaitu telah putus keempat-empat urat
Mari', haklum dan wadajain).
Apabila haiwan tersebut sudah disembelih dengan betul dan mengikut ketetapan syarak,
iaitu memastikan semua urat Mari`, halkum, dan wadajain telah putus, maka haiwan tersebut
boleh digunakan kaedah yang boleh mempercepatkan kematian haiwan.Sabda Rasulullah
Shallallahu alaihi Wasallam dari Rafi ibnu khadij Radhiallahu anhu: Apa-apa yang dapat
mengalirkan darah serta disebut nama Allah padanya (waktu menyembelih), maka boleh
kamu makan, kecuali gigi dan kuku, dan aku akan khabarkan kepada kamu sedemikian itu,
(kerana) gigi adalah tulang dan kuku adalah pisau orang Habsyah. (Hadits riwayat Bukhari
dan Muslim).

2. Kaedah tersebut dijalankan selepas berlaku pendarahan sempurna(complete


bleding) atau selepas 30 saat penyembelihan berlaku;
Kaedah Thoracic Stiking hendaklah digunakan kepada haiwan sembelihan yang telah
berlaku pendarahan yang telah sempurna, atau selepas 30 saat selepas penyembelihan
berlaku. Jika kaedah ini digunakan pada waktu lebih awal atau pendarah haiwan belum lagi
sempurna, hukumnya adalah tidak sah sembelihan.Sabda Nabi Shallallahu alaihi Wasallam:
Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu
membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka
perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta selesakanlah haiwan
sembelihannya itu (Hadis riwayat Muslim).

27

3. Binatang tersebut disahkan mati akibat sembelihan dan kaedah Thoracic Stiking
hanya sekadar membantu mempercepatkan kematian.
Haiwan sembelihan perlu disahkan mati kerana sembelihan bukan kerana faktor lain seperti
faktor penggunaan kaedah Thoracic Stiking. Ini kerana haiwan yang mati kerana
sembelihanlah yang dihalalkan syarak.Apabila telah cukup segala rukun-rukun dan syaratsyarat penyembelihan yang tersebut, maka halal binatang itu, kecuali sembelihan yang
dimaksudkan kepada selain Allah atau disebutkan sewaktu menyembelihnya selain nama
Allah, walaupun sembelihan itu mencukupi segala rukun-rukun dan syarat-syarat yang telah
disebutkan.
Firman Allah Subhanahu wa Taala: Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu
(memakan) bangkai, darah, daging babi, dan apa yang disembelih dengan menyebut selain
nama Allah. (Surah Al-Nahl: 115)

4. Kaedah ini perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah.


Syarat yang terakhir ialah penggunaan kaedah Thoracic Stiking memelukan pengawalan
yang ketat oleh petugas muslim yang bertauliah. Ini kerana kebiasaannya peniaga besarbesar daging yang mempunyai kilang sembelihan tidak menitik beratkan syarat ini. Dengan
adanya pemantauan yang ketat oleh petugas muslim yang bertauliah, maka kebersihan dan
kesucian halal daging haiwan sembelihan tidak lagi diragui muslim.Hukum sembelihan
adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan
haram dimakan. Allah SWT berfirman: Dihalalkan bagi kamu segala yang baik-baik.
(Surah Al-Maidah: 4)

28