Anda di halaman 1dari 13

1 Antara berikut, yang manakah alatan yang diperlukan untuk melakukan ujian kuasa kaki?

I Pita pengukur
II Borang ujian
III Pita perekat
IV Kaliper
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
2 Apakah faedah latihan kekuatan otot?
I Menguatkan tendon dan ligamen
II Melambatkan kelesuan pada otot
III Meningkatkan saiz dan kekuatan otot
IV Menambahkan kecekapan fungsi jantung
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
3
Latihan ini tidak melibatkan pergerakan sendi
Saiz otot tidak berubah dan tidak melibatkan
pemanjangan otot

Pernyataan di atas menerangkan tentang latihan


A litar
B isotonik
C isometrik
D isokinetik
4 Apakah yang perlu pelajar lakukan selepas melakukan aktiviti kecergasan?
A Mengambil kira kadar nadi
B Melakukan aktiviti memanaskan badan
C Melakukan aktiviti menyejukkan badan
D Mematuhi panduan pelaksanaan aktiviti
5 Antara berikut, yang manakah teknik yang digunakan dalam acara lari pecut?
I Gunakan bahagian bebola kaki untuk mengurangkan geseran
II Badan dicondongkan untuk mengurangkan rintangan angin
III Tangan diayun pantas untuk menghasilkan daya
IV Rendahkan badan untuk menyerap daya
A I, II dan III
C
I, III dan IV
B I, II dan IV
D
II, III dan IV
1

6
A
B
C
D

Apakah yang dimaksudkan dengan kecergasan?


Tahap kebolehan yang maksimum
Kemampuan melakukan aktiviti fizikal
Kemahiran menggunakan tenaga yang minimum untuk melakukan aktiviti
Situasi seseorang yang mempunyai kemampuan melakukan aktiviti fizikal dengan
menggunakan tenaga yang minimum tanpa berasa letih dan lesu

7 Apakah kebaikan latihan kelajuan?


I Meningkatkan keupayaan sistem tenaga kekal
II Membantu kita bertindak dengan pantas
III Meningkatkan daya penguncupan otot
IV Mengawal berat badan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
8
I
II
III
IV
A
B
C
D

Apakah kesan mempunyai fizikal yang cergas?


Melahirkan masyarakat yang sihat
Badan kelihatan cantik dan menarik
Tidak perlu mengawal pengambilan makanan
Mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit berbahaya
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV

9 Pilih aktiviti yang dilakukan dalam latihan litar.


I Lompat selang-seli
II Bangkit tubi
III Senamrobik
IV Bicep curl
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
10 Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan aktiviti regangan?
I Meningkatkan julat pergerakan
II Memberikan tumpuan kepada otot-otot besar
III Dilakukan dengan berlari perlahan di padang
IV Mengurangkan risiko kecederaan pada otot dan sendi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
2

11 Apakah yang dimaksudkan dengan latihan litar?


A Berkonsepkan gabungan beberapa jenis aktiviti kecergasan di sepanjang laluan larian
berstesen
B Latihan yang berasaskan masa dan jenis aktiviti yang ditetapkan pada stesen-stesen tertentu
C Berkonsepkan kepelbagaian kelajuan
D Latihan yang berasaskan kesihatan
12 Antara berikut, pernyataan yang manakah berkaitan dengan latihan berkonsepkan Parcourse?
I Bergerak dengan pelbagai kelajuan sepanjang laluan larian
II Mula diperkenalkan oleh Peter Stocker pada tahun 1973
III Aktiviti ini dilakukan mengikut ketetapan masa
IV Terdapat pelbagai jenis aktiviti kecergasan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
13 Apakah yang dimaksudkan dengan kekuatan otot?
A Kemampuan dan keupayaan otot melakukan sesuatu aktiviti berulang-ulang atau berterusan
dalam jangka masa yang panjang tanpa cepat letih atau lesu
B Kemampuan otot atau sekumpulan otot menghasilkan daya bagi mengatasi rintangan dengan
usaha yang maksimum
C Keupayaan melakukan aktiviti dengan daya yang maksimum dalam jangka masa yang
paling singkat
D Kadar peratusan lemak berbanding dengan otot, tulang atau tisu badan
14 Apakah aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan semasa melakukan latihan kekuatan otot?
A Mengingkari arahan guru
B Lakukan aktiviti secepat yang mungkin
C Mendiamkan diri sekiranya tidak mampu melakukan aktiviti
D Kawasan yang digunakan hendaklah selamat dan tidak berbahaya
15 Apakah fungsi kaliper?
I Mengesan tahap kepandaian
II Mengira indeks jisim badan
III Menyukat ketebalan kulit
IV Menguji daya ingatan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
16 Apakah kemahiran asas yang harus dikuasai oleh seseorang pemain?
I Kemahiran memegang raket
II Kemahiran membaling
III Kemahiran servis
3

IV
A
B
C
D

Kemahiran smesy
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV

17 Bilakah pertandingan Piala Thomas diadakan?


A Setiap tahun
B Tiga tahun sekali
C Empat tahun sekali
D Lima tahun sekali
18 Apakah otot utama yang digunakan semasa aktiviti rejam lembing?
I Rektal abdomen
II Gastroknemius
III Deltoid
IV Trisep
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
19 Dari manakah balingan permulaan dilakukan selepas gol dijaringkan dalam permainan bola
baling?
A Depan garisan penalti
B Kawasan gol pihak lawan
C Kawasan balingan percuma
D Tengah kawasan permainan
20 Antara berikut, yang manakah tempat yang biasanya dilakukan aktiviti orieentering?
I Kawasan rekreasi
II Kawasan berbukit
III Dalam bilik darjah
IV Dalam hutan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

21

Apakah aktiviti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas?


A Memanjat palang
B Bergahut di atas palang
C Jalan di atas bangku gimnastik
D Ayun badan di atas peti lombol
22 Apakah yang dimaksudkan dengan badminton?
A Aktiviti pandu arah yang berpandukan kompas dan peta
B Acara padang yang dilaksanakan dalam kawasan renjaman lembing
C Permainan gelanggang yang boleh dimainkan sama ada di dalam atau di luar dewan
D Pergerakan yang dilakukan seiring dengan irama untuk menghasilkan pergerakan tubuh
badan yang berkoordinasi dan estatik
23 Apakah perlakuan yang boleh membatalkan larian di peringkat penamat dalam acara lari
berganti-ganti?
I Mengetuk baton
II Membaling baton
III Melambung baton
IV Menyerahkan baton kepada pegawai sukan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
24 Pilih pernyataan yang benar tentang baton.
I Baton berbentuk tiub dan mempunyai permukaan yang licin
II Baton diperbuat daripada kayu atau logam
III Berukuran dantara 28 cm 30 cm
IV Berat baton kurang daripada 50 g
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

25
Pilih pernyataan yang betul tentang permainan bola baling.
I Boleh dimainkan oleh pelbagai peringkat umur
II Permainan yang dimainkan oleh dua pasukan dengan tujuh orang sepasukan
III Permainan yang dipertandingkan dalam tiga kategori iaitu perseorangan, beregu lelaki atau
perempuan dan beregu campuran
IV Kemahiran asas dalam permainan ini ialah hantaran bola, menangkap bola, mengelek bola,
mengacah, menghadang, menjaring dan menjaga gol
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
26
A
B
C
D

Dari manakah permainan bola baling berasal?


Eropah
Asia Tenggara
Afrika Selatan
Timur Tengah

27 Antara berikut, yang manakah fasa yang diperlukan dalam teknik rejaman lembing?
I Fasa persediaan
II Fasa ikut lajak
III Fasa lari landas
IV Fasa membaling
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
28
A
B
C
D

Bilakah permainan bola baling dipertandingkan buat kali pertama di Sukan Olimpik?
1924
1932
1950
1977

29 Apakah fungsi kasut yang dipakai oleh pemain dalam permainan badminton?
A Keselesaan pemain
B Mengelakkan kecederaan
C Memudahkan pergerakan pemain
D Mengelakkan kaki daripada melecet
30 Apakah yang dimaksudkan dengan teknik pegang depan dalam kemahiran memegang raket?
A Keempat-empat jari memegang raket manakala ibu jari hanya diletakkan pada bahagian
pemegang raket yang rata
B Menggenggam raket dengan keempat-empat jari manakala ibu jari di bahagian atas
C Pukulan junam dengan tujuan mematikan permainan pihak lawan
D Pukulan bulu tangkis laju dan deras
6

31 Siapakah yang terlibat dengan etika dalam sukan pada sesuatu permainan?
I Pengadil
II Penonton
III Pengulas sukan
IV Pengawai sukan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
32 Apakah implikasi sekiranya pemain bermain kasar?
I Mengganggu permainan
II Risiko mendapat kecederaan
III Dikenakan tindakan tatatertib
IV Disenaraihitamkan dari pasukan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
33 Siapakah yang mampu menyertai permainan seperti ekuesterian dan golf?
A Semua golongan
B Golongan berpendapatan rendah
C Golongan berpendapatan sederhana
D Golongan yang mempunyai status sosioekonomi yang tinggi
34 Apakah kesan positif daripada pemberian insentif?
I Melahirkan atlet sukan yang mementingkan imbuhan
II Mendorong atlet untuk berjaya dalam pertandingan akan datang
III Meningkatkan semangat atlet untuk berlatih dengan bersungguh-sungguh
IV Meningkatkan kepuasan atlet kerana merasa sumbangan mereka dihargai
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
35 Apakah yang dimaksudkan dengan insentif?
A Imbuhan yang diterima oleh atlet
B Ganjaran yang diberikan kepada atlet yang berjaya
C Hadiah yang diperoleh oleh atlet atas kejayaannya
D Penghargaan kepada atlet yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam sesuatu kejohanan
36 Mengapakah seseorang atlet itu menjadi idola?
I Tahap kecergasan yang tinggi
II Mempunyai personaliti yang menarik
III Sering muncul di televisyen dan akhbar
7

IV
A
B
C
D

Mempunyai rekod percapaian yang cemerlang


I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV

37 Apakah isu sosiobudaya yang dikaitkan dalam sukan?


I Pemilihan pakaian
II Pemberian insentif
III Pemilihan permainan
IV Atlet yang menjadi idola
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
38 Apakah jenis insentif yang boleh digunakan sebagai ganjaran untuk mendorong atlet mencapai
kejayaan?
I Insentif luaran
II Insentif dalaman
III Insentif intrinsik
IV Insentif ekstrinsik
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
39 Antara berikut, yang manakah kesan idola ke atas masyarakat?
I Meniru cara berpakaian
II Mencontohi nilai dan tingkah laku idola
III Peningkatan sokongan ke atas sesuatu pasukan
IV Meningkatkan masalah sosial dalam kalangan belia
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
40
Keinginan untuk mencapai kejayaan yang disebabkan oleh faktor pendorong yang lahir daripada diri individu.

Pernyataan di atas menerangkan tentang insentif


A ekstrinsik
B intrinsik
C dalaman
D luaran
8

41 Apakah bentuk insentif yang diterima oleh murid yang melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum sekolah?
A Trofi
B Wang
C Hadiah
D Sijil penyertaan
42 Apakah pakaian yang perlu dielakkan dipakai semasa bersukan?
I Terlalu ketat atau singkat
II Mempamerkan iklan makanan
III Mengandungi perkataan yang berunsurkan subversif
IV Mempunyai gambar atau perkataan yang tidak sesuai
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
43 Apakah dokumen yang diperlukan dalam penyemakan stok alatan sukan?
I Buku rekod guru
II Buku rekod pelajar
III Buku rekod peralatan
IV Buku rekod keluar masuk peralatan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
44 Antara berikut, yang manakah faktor penting dalam pemilihan pakaian sukan?
I Perlindungan keselamatan
II Keadaan cuaca
III Bentuk aktiviti
IV Budaya
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
45 Pilih pernyataan yang menerangkan tentang kepentingan etika dalam sukan.
I Mewujudkan disiplin
II Mengelakkan keagresifan
III Mewujudkan permainan bersih
IV Memudahkan pengadil menentukan pemenang
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
9

46 Antara berikut, yang manakah kesan amalan pemakanan yang tidak sihat?
I Kandungan elektrolit badan tidak seimbang
II Gangguan pada denyutan jantung
III Kekurangan rembesan estrogen
IV Berasa tenang dan yakin
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
47
Ibu bapa anda balik lewat dari tempat kerja. Mereka tidak sempat memasak untuk makan malam.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah tindakan anda sebagai seorang anak?


A Pergi makan di kedai makan sendirian
B Menunggu sehingga ibu bapa anda balik memasak
C Memasakkan hidangan makan malam untuk anda sekeluarga
D Menelefon ibu bapa anda untuk menyuruh mereka membeli makanan
48 Antara berikut, yang manakah langkah pencegahan amalan pemakanan yang tidak sihat?
I Elakkan mengambil makanan ringan sebelum waktu makan
II Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan
III Mengambil makanan yang berkalori tinggi
IV Mengamalkan senaman yang tetap
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
49 Pilih pernyataan yang benar tentang tanggungjawab abang atau kakak.
I Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa dan keluarga
II Menggantikan tugas ibu bapa semasa ketiadaan mereka
III Bertolak ansur antara adik-beradik
IV Berdikari dalam pengurusan diri
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

10

50
Memberikan bimbingan, didikan dan pelajaran
Menyara keluarga mengikut kemampuan
Melindungi keluarga dari segala bentuk ancaman

Pernyataan di atas menerangkan peranan dan tanggungjawab seorang


A suami
B isteri
C bapa
D ibu
51
Sentiasa berselera untuk makan
Gemar makan dalam kuantiti yang banyak
Selepas makan akan kerap sakit perut

Apakah penyakit yang diterangkan dalam pernyataan di atas?


A Anoreksia nervosa
B Bulimia nervosa
C Darah tinggi
D Diabetes
52 Antara berikut, yang manakah merupakan kaedah untuk menurunkan berat badan?
I Ambil makanan berserat
II Mematuhi jadual makanan
III Makan makanan yang berkalori rendah
IV Berhenti makan selepas berasa kenyang
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
53 Antara berikut, yang manakah ciri keluarga yang cemerlang?
I Ikatan keluarga yang akrab dan saling membantu antara satu sama lain
II Tidak mengendahkan dan mengambil tahu hal anggota keluarga
III Rasa tanggungjawab yang mendalam terhadap keluarga
IV Sentiasa bersikap positif dalam membina keluarga
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

11

54 Pilih pernyataan yang benar tentang peranan seorang isteri.


A Membantu menyelesaikan masalah anak-anak
B Memberikan sepenuh kasih sayang kepada suami
C Mendidik dan mengasuh anak-anak supaya sempurna
D Mewujudkan intergrasi dalam kalangan ahli keluarga

55 Antara berikut, yang manakah benar?


Bapa
Menguruskan
A kerja-kerja rumah
tangga

Ibu
Menjadi ketua
keluarga

Membantu
menyelesaikan
B Menyara keluarga masalah anakanak
Menjaga maruah
diri
Melayan suami
dengan ikhlas dan
D
penuh kasih
sayang
C

Memberi nafkah
yang selayaknya
Melindungi ahli
keluarga daripada
ancaman dan
bahaya

56 Apakah penyakit yang diakibatkan oleh amalan pemakanan yang tidak sihat?
I Anoreksia nervosa
II Bulimia nervosa
III Asma
IV Kanser payu dara
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
57 Antara berikut, yang manakah institusi keluarga asas?
I Ibu dan bapa
II Datuk dan nenek
III Abang dan kakak
IV Adik lelaki dan adik perempuan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
12

58 Mengapakah terdapat individu yang mengamalkan pemakanan yang tidak sihat?


I Keinginan berat badan unggul
II Mendapatkan bentuk badan yang cantik
III Mengekalkan berat badan yang sedia ada
IV Menceburkan diri dalam bidang fesyen
A I, II dan III
C
I, III dan IV
B I, II dan IV
D
II, III dan IV
59 Antara berikut, yang manakah ciri-ciri individu yang mengamalkan pengambilan pil pelangsing
badan?
I Gangguan kitar haid
II Tidak melakukan senaman
III Gangguan terhadap selera makan
IV Mengambil pelbagai pil pelangsing
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
60 Bagaimanakah keluarga yang bahagia dapat dibentuk?
I Kerjasama sesama keluarga
II Melalui keharmonian rumah tangga
III Melalui keluarga yang berpecah belah
IV Menanam sifat iri hati dan hasad dengki antara ahli keluarga
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Disediakan;

(SHAHARUDIN BIN HAMZAH)

Penyelaras Soalan PJPK

Disemak;

Disahkan;


(S.GUNAVATHI A/P SANDARAN)

Ketua Panitia PJPK

13

.
( NOR ADIB BT JALIL)

Pengetua
Smk Bandar Tasik Selatan