Anda di halaman 1dari 1

PROGRAM 3K (KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KECERIAAN)

Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semula sekolah


mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isi berkaitan dengan
keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah. Selepas 13 tahun perlaksanaannya, mulai
tahun 2004, program ini tampil dengan konsep baru yang menggabungkan tiga program
berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif Meningkatkan
Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K meliputi Program Sekolah
Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan
Sekolah. Penyusunan semula program 3K dilakukan untuk mengelakkan pertindihan
objektif bagi dua program yang dilaksanakan sebelumnya iaitu Program 3K dan Program
Peningkatan Keselamatan Sekolah. Pada tahun itu didapati sebanyak 90 buah sekolah
rendah dan menengah di seluruh negara menyertainya berbanding 30 sekolah pada tahun
sebelumnya.
Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K)
member peluang kepada mana-mana sekolah yang terpilih merasai hakikat bahawa
keceriaan itu sememangnya ada dalam pendidikan. Tanpa mengira dalaman mahu pun
luaran, program 3K dilihat mampu menyerlahkan keceriaan sesebuah sekolah yang
menyertainya menerusi penekanan kepada meningkatkan tiga aspek utama program
tersebut. Sesebuah sekolah yang ceria dari pelbagai segi bukan sahaja sedap di pandang
mata atau dibanggakan oleh warga masyarakat sekitarnya, malah yang lebih penting ia
juga mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.
Program 3K yang dilaksanakan di sekolah bukan sahaja telah berjaya menambahkan
keindahan dan keceriaan sekolahnya, malah turut merapatkan hubungan sesama pihak
sekolah dan juga dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat.
Program inisiatif 3K ini diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia.