Anda di halaman 1dari 1

KISAH RAJA KECIL

Raja Kecil bermohon untuk berangkat dan didoakan oleh Puteri Jilan agar memperoleh
kejayaan. Raja Kecil sampai ke Siak Raja Kecil tidak mendedahkan identiti dirinya,
sebaliknya baginda berulang alik dari Siak ke Bukit Batu. Dia membeli ikan terubuk dan telur
ikan terubuk dan membawanya ke Siak untuk dijual. Pada satu hari Raja Kecil melakukan
kesalahan, Bandar Bukit Batu pun mendendanya dua puluh rial. Raja Kecil amat marah lalu
berdendam. Akibatnya baginda mengambil upah menjadi Nakhoda Penangguk ke Melaka
tetapi bersumpah agar anak cucunya tidak menjadi Nakhoda Penangguk.
Seterusnya Raja Kecil pergi ke Mengkalis untuk bertemu dengan orang-orang Minangkabau
kerana ramai antara mereka yang kaya raya dan mempunyai perahu yang besarbesar. Ketika sampai di Mengkalis, Raja Kecil terus bertemu penghulu lalu menyerahkan
cop mohor kepada penghulu. Melihat sahaja cop mohor tersebut maka penghulu tahu
bahawa Raja Kecil membawa perintah Yang Dipertuan Sakti lalu berasa takut (gementar).
Penghulu dengan segera memerintah orang-orang Minangkabau yang ada di Mengkalis
berkampung lalu menyembah daulat kepada Raja Kecil dan menyatakan taat setia kepada
Raja Kecil.
Di Mengkalis, Raja Kecil digelar Yang Dipertuan, raja turun dari Pagaruyung. Setelah
berlaku lafaz taat setia di Mengkalis, Raja Kecil berangkat ke Batu Bahara pula kerana di
situ terdapat ramai juga orang-orang Minangkabau. Di Batu Bahara Raja Kecil mendapat
pengakuan taat setia daripada Penghulu Yang Berempat. Raja Kecil juga mendapatkan
pengakuan taat setia daripada orang-orang Minangkabau di Tanah Putih dan di
Kubu. Akhirnya, Raja Kecil pulang semula ke Mengkalis dan membuat strategi untuk
menyerang Johor.

Anda mungkin juga menyukai