Anda di halaman 1dari 5

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBEF2803
PROFESSIONAL DEVELOPMENT (act. 3)

Name : IBRAHIM BIN MUSTAPHA


Matric Number : 720205115107001
NRIC : 720205115107
Tel. Number : 0193686378
E-mail : himibrahim@oum.edu.my

Tutors name: AB RAHIM BIN MD. YASIN


Learning Centre: BANGI LEARNING CENTRE

MEI 2013

Rumusan Ceramah Tajuk 1


Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri
Dalam pembentangan oleh Dr. Nasaruddin b. Basar dari Sektor Peningkatan Ilmu
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia beliau membentangkan
mengenai Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri yang perlu ada oleh seorang guru. Dalam
pembentangan beliau dia menegaskan akan menfokuskan bagaimana kita sebagai seorang
guru menginisiatifkan profesionalisme keguruan. Baginya semuanya hasil dari inisiatif dari
diri guru itu sendiri sama ada ingin berubah atau tidak. Di dalam pembentangan beliau, beliau
membahagikan kepada 4 isi kandungan yang akan di bincangkan iaitu:
1.
2.
3.
4.

Pembangunan profesionalisme
Pembangunan profesionalisme kendiri
Kebertanggungjawaban guru
Laluan kerjaya

Sebagai seorang guru kita haruslah menguasai banyak ilmu, jika suatu masa ketika dahulu
seorang guru hanya menguasai major yang dipelajari, contohnya guru Matematik hanya
memfokuskan subjek Matematik, ianya tidak menjadi masalah dalam sector pendidikan
dahulu. Tapi kini selaras dengan pelan pembangunan pendidikan yang berubah seorang guru
haruslah berubah dan menguasai pelbagai ilmu tidak terhad terhadap major yang dipelajari.
Melalui perubahan yang dibuat kopentansi seorang guru lebih mantap. Seorang guru yang
cemerlang harus meneruskan pendidikannya sepanjang hayat kerana faktor pendidikan sendiri
mengalami pelbagai perubahan. Istilah istilah baru, kaedah pengajaran-pembelajaran yang
terkini, teknik-teknik pengajaran, inovasi dan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah
beberapa contoh perubahan yang signifikan dalam pendidikan. Guru merupakan pemangkin
wadah perjuangan untuk pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif
bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahanperubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, guru itu sendiri harus
menguasai kemahiran dan pengetahuan yang terkini untuk menjalankan tugas mereka.
Justeru, guru harus meningkatkan profesionalisme diri masing-masing. Profesionalisme diri
merupakan hasil daripada suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam
pembelajaran sepanjang hayat.
Di dalam pembentangannya ada menegaskan mengenai pelan pembangunan pendidikan
2013-2025 dimana beliau menekankan mengenai anjakan 4 iaitu mentransformasi profesion

keguruan menjadi profesion pilihan. Beliau memberitahu, kualiti yang ada pada guru belum
menjamin kualiti yang dikehendaki, kerana pada masa sekarang masih ada kumpulan pelajar
yang gagal dalam pencapaian akademik mereka, baginya masih ada ruang kopentensi yang
perlu di bangunkan untuk guru. Beliau juga ada menerangkan pada masa kini keperluan
majikan untuk memeilih pekerja bukan terhad terhadap pencapaian akademik malah aspek
utama yang dilihat ialah komunikasi, adakan seorang graduan itu mampu berkomunikasi,
aspek kedua koleberasi dengan semua pihak dan aspek ketiga barulah bidang akademik iaitu
mahir dalam bidang yang di ambil. Melalui aspek yang dikehendaki adakah guru sekarang
mampu untuk melahirkan pelajar yang mampu berdaya saing bukan hanya Berjaya dalam
bidang akademik. Melalui ini semua seorang guru yang berkopentasi tinggi diperlukan untuk
melahirkan pelajar yang gemilang.
Dalam era teknologi moden, perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mata
pelajaran pengkhususan, inovasi dalam pedagogi menuntut agar guru-guru dilatih semula
semasa dalam perkhidmatan. Ia sememangnya dapat mempertingkat dan memperkukuh
profesionalisme diri selain mengembangkan potensi insan ke tahap yang diingini. Sebagai
guru, kita mampu memperkukuh kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan
melanjutkan pengetahuan profesional kita dalam menguasai dan mengembangkan kemahirankemahiran serta memperjelas nilai-nilai profesional kita. Pada masa kini murid bergenerasi Y
dimana mereka bergerak maju kedepan. Tapi sebagai seorang guru kita haruslah bergerak
seiring dengan kemajuan teknologi sekarang. Para guru haruslah lebih kreatif kerana pelajar
sekarang maju kedepan dengan gadget mereka yang ada mereka juaga boleh mencari dapatan
ilmu dengan cara mereka sendiri. Seorang guru haruslah menggunakan nilai tambah yang ada
pada diri mereka untuk menarik minat pelajar. Antara 6 ciri utama yang diperlukan oleh setiap
murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global setiap murid akan mempunyai:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Pengetahuan
Kemahiran berfikir
kemahiran memimpin
Kemahiran dari bahasa
Etika kerohanian
Identity rasional

Ianya sejajar dengan falsafah pendidikan sekarang. Dr. Nasaruddin b. Basar ada
menerangkan mengenai impak kualiti pengajaran keatas murid dimana contoh yang diberikan
iaitu perbezaan dua orang murid yang mempunyai pencapaian yang sama dia ajar oleh guru
yang berbeza. Hasil kajian menunjukkan murid yang diajar oleh guru berprestasi tinggi

presentilnya meningkat ke 90 sementara pelajar yang mempunyai pencapaian yang sama


cuma diajar oleh guru berprestasi rendah dan ianya menunjukkan presentil muril tersebut
menurun ke 37. Seorang guru tidak berubah dan system pendidikan tidak akan berubah.
Beliau menjelaskan kualiti system pendidikan tidak akan melebihi kualiti guru.
Dalam pelaksanaan pembangunan profesionalisme berterusan iaitu PBB seorang guru
haruslah kompeten, profesion,strategi, aspirasi dan wawasan. Seorang guru haruslah maju
kededepan dan kreatif dalam soal pengajaran. Antara contoh kompentasi yang diharapkan
berbanding dimensi yang dicadangkan adalah melalui pengajaran dan pembelajaran seorang
guru harus mengetahui objektif pengajaran adalah jelas dan boleh di ukur dan inya sesuia
dengan keupayaan murid. Nilai professional pula haruslah memberi tumpuan dan komitmen
penuh kepada tugasan yang di arahkan. Untuk aktiviti luar bili darjah pula ianya harus dapat
menyediakan pelan tugasan kursus yang jelas tepat dan menyeluruh. Sumbangan professional
pula harus melakukan peningkatan kendiri relevan untuk peningkatan kejaya pelajar.
Dalam perkembangan diri, guru harus mengamalkan konsep belajar seumur hidup. Amalan
membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan memperluaskan pengalaman,
pengetahuan dan pandangan guru terhadap bidang. Ia menajamkan kecekapan serta
keyakinannya dan ia akan menjadi kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran .
Guru mampu memperbaiki diri sebagai pelajar dalam paradigma belajar seumur hidup.
Mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan khususnya dalam era globalisasi
dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini, dan sebagai guru, kita harus
mempertajam kemahiran mengajar melalui ICT, meneroka dan menukar maklumat dengan
guru-guru lain yang lebih berpengalaman. Satu langkah yang bijak untuk meningkatkan
profesionalisme diri ialah membuat jaringan/networking dengan guru-guru di negara lain
sebagai mencerminkan imej pengantarabangsaan serta berpeluang untuk berkongsi ilmu, dan
kemahiran dengan mereka.
Kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Kewibawaan guru merupakan
tunggak kepada profesionalisme guru. Guru sentiasa perlu membuat refleksi mendalam
tentang diri sendiri dan amalan pengajaran pembelajaran. Usaha guru untuk meningkatkan
profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan
sahsiah yang berakhlak mulia. Dengan ini, guru dapat bergerak seiring dengan arus
perubahan dalam era teknologi dan globalisasi.

Anda mungkin juga menyukai