Anda di halaman 1dari 41

BAB 2: NASIONALISME DI

MALAYSIA SEHINGGA PERANG


DUNIA KEDUA.
2.1 Pejuangan Pemimpin Tempatan
Menentang British.

o Gerakan pemimpin tempatan ini merupakan

reaksi spontan masyarakat tempatan untuk


menjaga kepentingan mereka daripada
dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.
o Pemimpin penentangan;
o Penghulu Dol Said
o Dato Maharaja Lela
o Rentap
o Mat Salleh

2.1.1 SEBAB-SEBAB PENENTANGAN


Dasar penaklukan british
Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
Pelaksanaan pentadbiran barat terhadap

masyarakat tempatan
Campur tangan british dalam adat resam
tempatan
Kesulitan penduduk tempatan
Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan
pengaruh

Dasar Penaklukan
British
Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan

Sarawak telah menimbulkan pernentangan dalam


kalangan rakyat tempatan.
British menakluki negeri-negeri melayu bertujuan
untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.
Mengikut dasar ini, penguatkuasaan politiknya
menjadi luas
Kawasan yang ditakluki perlu mengikut
perintah dan peraturan British.

Eksploitasi terhadap Ekonomi


Tempatan
o Penjajah British juga mendapat tentangan
daripada masyarakat setempat kerana hasrat
British untuk menguasai ekonomi tempatan
bagi kepentingannya.
o Perkara ini dilakukan melalui perjanjian
dimenterai oleh mereka dengan pemimpin
tempatan.
o Hal ini menimbulkan kemarahan penuduk
tempatan terhadap British.
o Saudagar-saudagar Negeri-Negeri Selat mendapat
kebenaran untuk menjalankan perlombongan dan
perdagangan bijih timah.

Perlaksanaan Pentabiran
Barat Terhadap Masyarakat
Tempatan
British telak memperkenalkan sistem cukai,

undang-undang dan peraturan-peraturan tanah


hingga menimbulkan kemarahan penduduk
tempatan.
Bertujuan untuk mendapatkan hasil yang
maksimum.
Contohnya, rakyat Terengganu perlu mendapatkan
izin dan dikenakan cukai tanah apabila hendak
membuka tanah baru.
Bertentangan dengan amalan tradisi mereka yang
membenarkan mereka membuka tanah mengikut
keperluan dan tanpa perlu membayar cukai.

Campur Tangan British


dalam Adat Tempatan
o Menyumbang pada penentangan,kerana rakyat

dipaksa menerima nilai-nilai British yang


bertentangan dengan budaya dan adat istiadat
rakyat tempatan.
o Contohnya, J.W.W. Birch campur tangan adat
resam iaitu amalan menggunakan orang suruhan
yang diamalkan di masyarakat Melayu.

Kesulitan Penduduk Tempatan


Mengalami kesulitan atas perlaksanaan Undang-

undang British.
Mendorong penduduk tempatan bekerjasama
dengan pembesar tempatan menentang British
kerana kesetiaan kepada pembesar mereka.

Pembesar Tempatan Kehilangan


Kuasa dan Pengaruh
Pemimpin tempatan dilantik oleh sultan atau

masyarakat tempatan dan berkuasa menjaga hal


ehwal masing-masing.
Sebelumnya, soal pentadbiran, perundangan,
ekonomi dan sosial di bawah kuasa pembesar
tempatan.
Kedatangan British menyebabkan mereka hilang
kuasa dan rasa tidak puas hati.

2.1.2 PERISTIWA
PENENTANGAN PEMIMPIN
TEMPATAN
Penentangan Dol Said di Naning

(1831-1833)
1. Penentangan terhadap British yang paling awal I Tanah
Melayu ialah penentangan Penghulu Dol Said di
Naning
2. Dol Said menentang British kerana Naning dijadikan
sebagai Negeri-negeri Selat ,iaitu sebahagian daripada
wilayah Melaka.
3. Tindakan British menjadikan Naning sebahagian
daripada Melaka menimbulkan kemarahan Penghulu
Dol Said kerana terpaksa membayar sebanyak satu per
sepuluh hasilnya kepada British di Melaka sebagai ufti .

4. Dol Said enggan berbuat demikian kerana beliau


menganggap Naning bukan wilayah Melaka dan British tiada
hak terhadap Melaka .
5. Ini menyebabkan British menghantar tenteranya untuk
menakluki Naning pada tahun 1831 .
6. Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada :
a)Yam Tuan Ali (Rembau)
b) Syed Shaban
c) Penghulu Remai
d)Rechat
e) Dato Kelana Sungai Ujong
f) Penghulu Gemencheh
7. Pasukan Dol Said berjaya mengalahkan 150 tentera British
di bawah pimpinan Kapten Wyllie yang berusaha untuk
menawan Taboh yang terletak dalam daerah Naning.

8. Kekalahan ini menyebabkan British sekali lagi


menyerang Naning pada tahun 1832 dengan
membawa tentera lebih ramai , iaitu seramai 1200
orang .
9. Pasukan Dol Said tidak dapat bantuan daripada
mana-mana pihak dan akhirnya terpaksa mengaku
kalah kepada British dengan menyerah diri .
10. Dol Said akhirnya di bawa ke Melaka dengan
diberi pencen dan sebuah rumah

PENENTANGAN DI SARAWAK
LINGGIR
1- Tindakan James Brooke meluaskan kawasan
pentadbirannya pada tahun 1942 dengan
mengambil alih beberapa daerah di bawah kuasa
Kesultanan Brunei mengancam kedudukan
pemimpin-pemimpin tempatan.
2- Mereka enggan menyerahkan daerah tersebut
kepada James Brooke dan hal ini menyebabkan
James Brooke menyerang daerah-daerah tersebut.

3- Pada tahun 1849, Linggir, pemimpin kaum Iban di


Saribas, menyerang kapal Nemesis dekat Batang
Lupar.
4- Serangan tersebut ialah hasil tindak balas terhadap
langkah James Brooke dan Kapten Farquhar
menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas.
5- Dalam serangan tersebut, Linggir dan pengikutnya
tewas.

RENTAP
1- Pada tahun 1853, Rentap atau Libau, salah
seorang pemimpin Iban, menentang James Brooke
kerana tindakan Brooke menghapuskan orang
Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai
lanun.
2- Rentap menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang
bagi menghalang kezaliman Brooke di kawasan
tersebut.
3- Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir
James Brooke bertindak balas dengan
membakar kampung mereka.

4- Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit


Sadok dan mengukuhkan kubu di kawasan
tersebut.
5- Pada tahun 1861, James Brooke menyerang
kubu tersebut sebanyak 3 kali sebelum berjaya
menawan kubu tersebut.
6- Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai
dan menjadi semakin lemah.

Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul

Gapur
1. Kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh
terhadap penduduk tempatan membangkitkan
pementangan orang Melayu di bawah piminan
Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur .
2.Mereka menolak penguasaan James Brooke di
Sungai Rajang pada tahun 1857 .
3. Tindakan James Brooke membina sebuah kubu di
Kanowit pada tahun 1858 mencabar kewibawaan
Syarif Masahor sebgai pemerintah di kawasan
tersebut .
4. Kemarahan beliau semakin memuncak apabila
James Brooke meluncutkan kuasanya di Sarikei
pada tahun 1855 .

5. Syarif Masahor bertindak dengan menyerang


kubu James Brooke di Kanawit .
6. Seterusnya , Syarif Masahor dan Datu
Patinggi Abdul Gapur menyerang James
Brooke di Kuching.
7. Walau bagaimanapun serangan itu gagal ,
Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi
diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British
di Singapura .
8. Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke
Betawi tetapi beliau berjaya ditahankan oleh
Belanda dan diserahkan kepada James Brooke
.

Penentangan di Sabah
1. Kehadiran kuasa British untuk mentadbirkan negeri
Sabah menerima tentangan daripada para
pemimpin tempatan .
2. Kuasa British yang mentadbirkan Sabah pada ketika
itu ialah Syarikat Borneo Utara British (SBUB) .
3. Kebangkitan rakyat tempatan yang paling besar
terhadap kompeni Inggeris datangnya daripada
seorang pemimpin di Hulu Sungai Sugut dan
Tambunan yang bernama Datu Mohamed Salleh
bin Datu Balu(MAT SALLEH) .
4. SBUB menduduki kawasan kawasan pengaruh Mat
Salleh dan turut melaksanakan sistem cukai kepala
dan surat perahu .

5. Pegawai pegawai syarikat bertindak kasar


terhadap penduduk tempatan.
6. Pada tahun 1897, Mat Salleh pergi ke Sandakan
untuk berbincang dengan SBUB tetapi tidak di
layan.
7. Gabenor Beaufort kemudaiannya menyerang
dan membakar kampung Mat Salleh . Mat Salleh
terpaksa melarikan diri .
8. Pada Julai 1897, Mat Salleh dan pengikutnya
melancarkan serangan mengejut terhadap
kedudukan SBUB di Pulau Gaya dan
memusnahkan bangunan kerajaan yang terletak
di situ.

9. Pada Disember 1897 pula, British menyerang


kubu Mat Selleh di Ranau tetapi gagal
mengakap Mat salleh.
10. Kegagalan tersebut menyebabkan SBUB
menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh ,
iaitu dengan menawarkan Tambunan
kepadanya .
11. Walau bagaimanapun , SBUB mungkir janji
dan ini menyebabkan Mat Salleh sekali lagi
menyerang kubu SBUB .
12. Serangan tersebut di balas oleh SBUB yang
menyebabkan Mat Salleh akhirnya tewas dan
terkorban .

Penentangan di Perak
1. Pembaharuan-pembaharuan yang
dilakukan oleh J.W.W. Birch membawa kepada
penentangan orang tempatan di bawah
pimpinan Dato Maharaja Lela .
2. Sultan Abdullah dan para pembesar yang lain
juga bersatu padu untuk menentang British.
3. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
berlakunya penentangan penduduk tempatan
di Perak:
a) kelemahan Perjanjian Pangkor yang
menyebabkan kuasa residen bertukar
fungsi daripada penasihat kepada pemerintah .

b) Pembaharuan-pembaharuan yang
dibuat oleh Birch seperti cukai,sistem
perhambaan,dan perundangan British.
c) Penghapusan hak pungutan cukai oleh
pembesar tempatan .
d) Personaliti Birch yang tidak menghormati
sistem sosial tempatan dan tidak tahu
berbahasa Melayu
e) Penguasaan British terhadap kawasan
pembesar Melayu .

Urutan Penentangan di Perak


1. Walaupun Sultan Abdullah menandatangani
Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 yang
mengiktiraf campur tangan British di Perak,
kehadiran J.J.W. Birch ke Perak menimbulkan rasa
tidak puas hati dalam kalangan pemimpin
tempatan .
2. Sultan Abdullah, Dato Maharaja Lela dan
pembesar Melayu yang lain mengadakan bantahan
secara terbuka terhadap British . Pada masa yang
sama, Dato Maharaja Lela membuat kubu di Pasir
Salak pada Februari 1875 .
3. Satu mesyuarat diadakan antara Dato Maharaja
Lela dengan pembesar Melayu di Durian Sebatang
untuk menentang undang-undang British pada 21
Julai 1875.

4. Satu mesyuarat lagi diadakan pada 12


September 1875 di Belanda, yang
mempertanggungjawabkan dato Maharaja
Lela untuk membunuh J.J,W. Birch .
5. 31 Oktober 1875, Birch mendapat
persetujuan daripada Sultan Abdullah untuk
menyerahkan kuasa kepada British . Birch
terus bergerak ke Pasir Salak pada 1
November 1875 untuk membuat perisytiharan
penyerahan tersebut . Mat Arshad , orang
suruhan British yang sedang menampal
poster cukai, telah dibunuh penduduk
tempatan .
6. pada 2 November 1875, Birch dibunuh oleh

7. Peristiwa tersebut menyebabkan pihak British


, bersama-sama 500 orang tenteranya ,
melancarkan serangan terhadap Pasir Salak
dan kawasan-kawasan yang terlibat .
8. Dato Maharaja Lela, Dato Sagor melarikan
diri ke Kota Lama.
9. Pada 20 November 1877, pihak-pihak yang
tertentu dalam pembunuhan tersebut
ditangkap dan dibicarakan di Matang ,Perak .
10. Dato Maharaja Lela ,Dato Sagor, Pandak
Lam dan Seputum dijatuhkan hukuman
gantung .
11. Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim , Dato
laksamana dan Dato Shahbandar dibuang

Penentangan di Negeri Sembilan .


1. Kemasukan British di Negeri Sembilan mendapat
tentangan daripada pemimpin tempatan .
2. Yam Tuan Antah Sri Menanti dan
DatoSyahbandar menentang kemasukan
British di Sungai Ujong.
3. Antara faktor yang menyebabkan Yam Tuan
Antah menentang :
a) campur tangan British di Sungai Ujong
b) British menyokong Dato Kelana menduduki
Terachi dan Paroi
c) British menawan Bukit Putus ,Jempul dan
Terachi
d) terpaksa menandatangani Perjanjian Damai
oada tahun 1888 .

4. Dato Syahbandar Sungai Ujong enggan


menandatangani perjanjian dengan British
pada 21 April 1874.
5. Dasar British yang memberi sokongan
kepada Dato Kelana tidak disenangi oleh
Dato Syahbandar.
6. Kedua-dua orang pemimpin merebut
kawasan sempadan untuk mengenakan cukai
terhadap pedagang bijih timah ari negerinegeri selat.
7. Dato Kelana Syed Abdul Rahman
berjaya mengalahkan Dato Syahbandar
Abdullah Tunggal dengan bantuan British.

8- Dato Syahbandar terpaksa berundur ke


Selangor, tetapi pada 10 November 1874,
beliau terpaksa kembali ke Sungai Ujong
untuk menandatangi perjanjian dengan
British. Beliau bersetuju untuk meletakkan
jawatan dan berhijrah ke Singapura.
9- Seluruh sungai Ujong diletakkan di bawah
Dato Kelana yang berada dalam penguasaan
British.

Penentangan di Pahang
1. Kebangkitan pemimpinMelayu menentang
British di Pahang berlaku pada tahun 1888 .
2. Perlantikan J.P Rodgers sebagai Residen
Pahang yang pertama menerima tentangan
daripada lDato Bahaman yang menolak
pelaksanaan undang-undang British
seperti sistem kehakiman, pemungutan
hasil tanah, sistem cukai, dan
penubuhan pasukan polis luar di
Pahang .
3.Pelaksanaan undang-undang tersebut
amat bertentangan dengan adat resam
dan sistem politik tempatan .

4. Pengenalan undang-undang tersebut


menghakis kuasa pembesar Melayu
seperti DatoBahaman yang digelar Orang
Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
5. Dato Bahaman mendapat bantuan daripada
rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan
anaknya Mat Kilau serta Imam Rasul .
6. Pada tahun 1890, Dato Bahaman menentang
British kerana British membina balai polis di
Lubuk Terua, iaitu kawasan di bawah
lingkungan pengaruhnya .
7. Pada Disember 1891, Dato Bahaman
menyerang pihak British kerana menangkap

8. Pada tahun 1892 beliau dan rakan-rakannya


berjaya menawan Balai Polis Lubuk Terua
dan diikuti oleh penawaan Pekan dan
Temerloh .
9. Kawasan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai
berjaya dikuasai oleh Dato Bahaman pada
tahun 1894 .
10. Akhirnya , akibat tekanan yang kuat
daripada British , Dato Bahaman berundur ke
Kelantan pada tahun 1895 .
11. Dato Bahaman dan pengikutnya mendapat
perlindungan daripada penduduk dan
pembesar Terengganu dan Kelantan .

12. Kemudian , Dato Bahaman menetap di Hulu


Kelantan , sementara Tok Gajah dan
keluarganya menetap di Hulu Terengganu .
13. Pada tahun 1896, Dato Bahaman berpindah
ke Bangkok dan mendapat perlindungan
daripada Raja Chulalongkorn .
14. Beliau akhirnya menetap di Chieng Mai dan
diberi wang sara hidup sebanyak 1000 bath .
Beliau meninggal dunia di sana .

Penentangan di Kelantan .
1. Pada tahun 1910 , Sistem Penasihat British
diperkenalkan di Kelantan dan menyebabkan
timbulnya penentangan di Pasir Puteh .
2. British memaksa penduduk tempatan
menerima cukai yang diperkenalkan oleh
British .
3. Kebangkitan orang Melayu diketuai oleh Tok
Janggut , iaitu Haji Mat Hasan bin Munas,
yang membantah sistem cukai tersebut dan
juga enggan membayar cukai .

4. Bantahan yang dibuat oleh Tok Janggut tidak


dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh.
5. Pihak polis diarahkan untuk menangkap Tok
janggut tetapi gagal .
6. pada tahun 1915, Engku Besar Jeram ,
Tuan Ahmad , Penghulu Adam , Haji
Said , Che Ishak dan rakyat tempatan
menyerang Pasir Puteh .
7. Selepas berjaya menawan Pasir Puteh, Tok
Janggut dan rakan-rakannya membentuk
kerajaan sementara .

8. Atas nama Sultan Kelantan, British membawa


masuk tentera daripada Negeri-negeri Selat
(NNS) dengan kapal perang H.M.S Cadmus
yang mendarat di Tumpat .
9. Pada Mei 1915, British memulakan serangan di
Saring dan berjaya melumpuhkan perjuangan
Tok Janggut dan pengikutnya .
10 . Tok Janggut terkorban . Mayatnya diarak di
seluruh Pekan Kota Bharu sebelum digantung di
pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki
ke atas sebagai amaran kepada masyarakat
tempatan yang berani menentang British .

Penentangan di Terengganu
1. Penentangan terhadap British di Terengganu
digerakkan oleh seorang ulama bernama Haji
Abdul Rahman Limbong .
2 . Haji Abdul Rahman Limbong menentang
British kerana tidak puas hati dengan sistem
cukai dan undang-undang tanah yang
diperkenalkan oleh British.
3. Pada Julai dan Ogos 1922, Haji Abdul Rahman
Limbong mengetuai penduduk kampung
untuk membersihkan tanah di Kuala Telemong
tanpa menghiraukan peraturan tanah British .

4. Pada Mei 1925, kira-kira 300 orang penduduk


kampung berkumpul dan membuka tanah
milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan
Zainal Abidin III yang meliputi kawasan dari
Lubuk Batu hingga Kampung Pelam .
5. Keadaan ini amat membimbangkan British
tetapi dengan jasa baik Tengku Nik
Maimunah , mereka telah dapat disuraikan .
6. Pada Mei 1928, penduduk melancarkan
pementangan bersenjata dengan menyerang
bangunan yang menjadi milik kerajaan di
Kuala Berang dan berjaya mendudukinya .

7. Di Kuala Telemong pula , mereka telah


bersiap sedia menunggu arahan untuk
menentang British .
8. Dalam usaha untuk menangkap Haji Abdul
Rahman Limbong , British menggunakan
kuasa dan nama Sultan Terengganu bagi
memudahkan penangkapan mereka yang
terlibat dalam serangan tersebut.
9. British menghantar tiga orang pembesar
yang membawa perintah sultan untuk
menawan semula Kuala Berang .
10. Kaedah ini memudahkan British kerana
British tahu bahawa rakyat Melayu tidak akan

11. Pasukan polis yang terdiri daripada 25


orang telah menyerang Kuala Telemong dan
berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk
tempatan .
12. Seramai 11 orang penduduk tempatan
terkorban , manakala haji Abdul Rahman
Limbong pula diserang oleh 50 orang polis
yang di bawa dari Singapura .
13. Beliau akhirnya berjaya ditahan dan
dibuang negeri ke Makkah .

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai