Anda di halaman 1dari 6

Salam sejahtera kepada semua.

Kami dari kumpulan satu akan


mempersembahan satu cerita rakyat india yang bertajuk Sang Monyet dan
Sang Buaya.
Di tebing sebatang sungai, terdapat sepohon pokok epal. Seekor monyet tinggal
di atas pokok itu.Ia sangat gembira kerana pokok itu berbuah manis sepanjang
tahun. Pokok epal itu memberinya tempat berteduh pada hari panas dan hujan.
(muzik)
Sang monyet gemar makan buah epal.Ia bahagia walaupun tinggal keseorangan
tetapi kadangkala ia merasa bosan dan kesunyian.
( muzik )
Pada suatu hari, seekor buaya datang ke bawah pokok epal itu.
Monyet :"Siapakah kamu? Kenapa kamu datang ke tempat saya tiba-tiba?"
tanya sang monyet dari atas pokok epal.
Buaya terkejut lalu memandang ke arah datangnya suara itu.Ia ternampak sang
monyet lalu berkata,
Buaya : "Saya buaya. Saya datang ke sini apabila mencari makanan. Saya sangat
lapar. Tetapi malangnya, saya tidak dapat apa-apa makanan."
Monyet : "Ooo...cari makan...atas pokok ni ada buah epal yang manis rasanya.
Kalau kau nak, saya boleh berikan."
kata sang monyet dengan ramahnya.
Monyet :"nah, cubalah sedap tau.."
tambahnya sambil mencampakkan beberapa biji buah epal kepada buaya.
Buaya pun memakan epal yang diberi dengan lahapnya.
Buaya :"Emm...sedapnya...inilah buah yang paling sedap yang pernah saya
makan.. kau ini memang baik hati... terima kasih sang monyet",
kata buaya. Sang monyet mendengar kata pujian dari buaya dengan bangganya.
Monyet : "kalau begitu, nanti datanglah lagi. Kau boleh makan banyak mana
yang kau mahu... sampai puas",
balas sang monyet dengan murah hati.
Keesokan harinya, buaya datang lagi ke tempat monyet. Sang monyet sangat
gembira melayan kehadiran buaya hari demi hari. Sejak itu, mereka menjadi
kawan baik. Sang monyet tidak lagi kesunyian.Mereka berborak mesra sambil
makan buah epal setiap hari.

Suatu hari, buaya menceritakan kisah isterinya yang tinggal di seberang


sungai.Sang monyet sangat terkejut kerana hampir sebulan mereka bersahabat,
buaya hanya datang menjamu selera bersendirian.
Monyet : "La...kenapa kau tak cakap yang kau ada isteri. Patutnya kau ajak dia
datang makan epal ni. Hai buaya, kesiannya isteri kau",
kata sang monyet sedikit kesal.
Petang itu semasa buaya hendak pulang, sang monyet pun memberi bekalan
buah epal untuk santapan isteri buaya.
Buaya :"Terima kasih, monyet",
ucap buaya dengan sopan.
Isteri buaya menyambut bekalan epal itu dengan gembira, walaupun dihatinya
terselit rasa cemburu kerana suaminya selalu pulang lewat sejak berkawan
dengan sang monyet. Buah epal yang manis dan lazat itu dimakannya. Isteri
buaya sangat menggemari rasa manis epal itu.
Isteri :sedapnya buah epal ini.. saya sangat suka makan buah epal yang manis
ini
Sang monyet pula setiap hari, tidak pernah lupa untuk mengirimkan bekalan
buat isteri buaya.
Petang itu seperti biasa, buaya pulang dengan bekalan epal untuk isterinya.Tapi
isterinya menyambut dingin pemberian itu, tidak seperti selalu. Keadaan itu
menghairankan buaya.
Buaya : "Kenapa 'sayang' ",
tanya buaya kepada isterinya. Namun soalan itu tidak berjawap.
Keadaan itu berlanjutan beberapa hari, sehinggalah pada suatu petang.
Isteri :"Bang...epal ni manis rasanya. Kalau sang monyet tu dah lama tinggal di
situ, hari-hari pula makan epal yang berasa manis ini..., tentu dagingnya pun
rasa manis. Mesti sedap kan..."
kata isteri buaya.
Buaya terkejut mendengar kata-kata isterinya itu,
Buaya : "kenapa 'sayang' cakap macam tu. Sang monyet tu baik dengan
'abang'.Selalu dia titipkan epal untuk 'sayang' ",
kata buaya pada isterinya.
Isteri : "Tapi... monyet bukannya jenis sahabat kita.Monyet tu makanan buaya",
jawap isteri.

Buaya terpaku mendengar jawapan dari isterinya.Dalam fikiran, dia mengakui


kebenaran kata isterinya.Namun jauh disudut hatinya telah ada rasa sayang
kepada sahabatnya itu.
(muzik)
Isteri :"Apa kata kalau 'abang' jemput sang monyet ke sini. Boleh juga saya
berkenalan dengannya",
isteri buaya mencelah lamunan buaya.
Buaya hanya mendiamkan diri. Dia sedar ada niat buruk isterinya untuk
mengenakan sang monyet.
Tetapi, buaya tetap mengunjungi sang monyet tanpa menceritakan hasrat
isterinya. Sang monyet pula, terus bermurah hati memberikan buah epal pada
buaya dan isterinya.
Suatu petang ketika pulang ke rumahnya, buaya terkejut melihat keadaan
isterinya yang begitu uzur.
Buaya : "Apa dah jadi? kenapa terbaring macam ni...",
Isteri : "entah...tiba-tiba saja saya rasa sakit. Sakit sangat bang...",
Buaya : "Kalau begitu, biar 'abang' pergi panggil doktor".
Isteri : "Tak usah...tadi saya dah jumpa doktor.Dia kata penyakit saya tak boleh
sembuh dah",
Buaya terkejut mendengar kata-kata itu.Dia terlalu sayang pada isterinya.Dia tak
mahu kehilangannya.
Buaya : "Mana boleh...'sayang' mesti sembuh macam selalu.Mesti ada
ubat...mesti ada..."
Isteri : " 'Bang'... memang ada ubatnya...tapi...tapi..."
Buaya : "Tapi apa 'sayang', katakanlah apa saja...pasti abang akan
dapatkannya.Cakaplah 'sayang'..."
Isteri : "Kata doktor, saya perlukan hati monyet untuk sembuh",
si isteri bersuara dalam tangisan hiba.
Buaya tersentak mendengar saranan doktor.Apa yang harus dilakukan, ibarat
'ditelan mati emak, diluah mati bapa'. Isteri memang sangat disayangi, sang
monyet juga sahabat sejati. Terkaku buaya di situ, fikirannya buntu.
(muzik)
Isteri : "Tak apalah 'bang', saya faham. 'Abang' tak akan mampu melakukannya.
Kalau saya mati nanti, 'abang' pandai-pandailah jaga diri yae",

Buaya : "Jangan cakap gitu... 'abang' akan dapatkan ubat itu. Cayalah... "
buaya berkata sedih sambil berlalu setelah meminta izin dari isterinya untuk
mendapatkan penawar penyakit si isteri.
(muzik)
Setelah buaya berenang meninggalkan isterinya, si isteri tersenyum gembira.
Isteri : "Nampaknya cita-cita aku nak makan daging monyet akan berhasil...he he
he.."
isteri buaya berlagu girang. Rupa-rupa dia hanya berpura-pura sakit.
(muzik)
Ditebing sungai, monyet terkejut melihat buaya datang di waktu senja itu.Wajah
sugul sahabatnya itu ditatap teliti.
Monyet :"Hai sahabat!pasal apa datang waktu begini. Tidakkah risau tinggalkan
isteri mu sendirian masa sekarang" ,
Buaya :"Risau... saya sangat risau sekarang.Tak tau apa nak buat!"
Monyet :"Kamu gaduh ke?kenapa???" tanya monyet kehairanan.
Buaya :"Isteri saya sakit tenat. Dia...dia buat permintaan terakhir...". "Dia
teringin nak jumpa awak...sebelum mati...",
buaya berkata tersekat-sekat.. sedih bercampur antara sakit isteri dan sakit hati
terpaksa berbohong pada sahabatnya.
Monyet : "Oooo..kalau gitu, jom lah kita ke sana sekarang. Tak baik biarkan dia
menanti dalam sakit.Kesiannya..."
kata monyet simpati.
Buaya terharu melihatkan perlakuan monyet yang baik hati itu.Tanpa disuruh,
monyet naik ke atas belakang buaya.Buaya pun mula berenang dan kemudian
menyelam. Tindakan itu membuatkan sang monyet terkapai-kapai kelemasan.
Menyedari hal itu, buaya naik semula ke permukaan sungai dengan perasaan
bercampur baur.
Monyet :"Buaya..., janganlah kamu menyelam.saya pasti mati kelemasan
sebelum sempat sampai ke rumah mu",
kata sang monyet separuh kelemasan.
Buaya :"Biarlah kamu mati kelemasan..."
jawap buaya serba salah.
Monyet :"Wahai buaya, kenapa berkata begitu...saya tak faham..."

Sang monyet kehairanan.


Buaya : "Sahabatku, saya minta maaf kerana berbohong.Isteri saya perlukan hati
monyet untuk sembuh...sebab itulah saya nak bawa kamu ke rumah
saya.Maaflah... kerana kamu terpaksa jadi korban"
Jawap buaya dengan perasaan bersalah.
Mendengar kata-kata buaya itu, monyet jadi kaget.Sanggup sahabatnya
bertindak sedemikian kejam.Pantas dia berfikir.
Monyet :"Hai buaya, kenapa kamu tak ceritakan hal sebenarnya dari tadi.
Malanglah nasib isteri kamu..."
kata sang monyet.
Buaya : "Kenapa?"
Monyet : "Sebenarnya, saya tak bawa hati saya sekarang...hati saya ada di atas
pokok epal sana... Jomlah kita dapatkan hati saya sekarang.Boleh cepat kita
serahkan pada isteri kamu",
Buaya :"Laa...ishk. Kenapa tak bagi tau..."
buaya bersuara
Dengan pantas, buaya membawa sang monyet menuju arah pokok epal...tempat
tinggal monyet. Tujuan buaya hanya satu, dapatkan hati sang monyet untuk
isteri yang disangkakan sakit.
Bagi monyet pula, inilah masanya untuk menyelamatkan diri dari maut dibaham
buaya.
Sesampai saja di tebing sungai, sang monyet pun memanjat dengan pantasnya.
Monyet :"Hai buaya!sampai sinilah saja persahabatan kita. Balik lah kamu pada
isterimu...katakan pada dia, kamulah suami yang paling bodoh di dunia ini."
Jerit sang monyet dari dahan pokok epal sambil tersenyum kelegaan.
(muzik)
Buaya tersedar bahawa sang monyet telah menipunya. Ia pun pulang ke rumah
dengan kehampaan. Sesampainya di rumah, dia terdengar isterinya bernyanyi
riang sambil membuat persediaan untuk makan besar.
Tahulah buaya bahawa isterinya juga telah berbohong padanya semata-mata
untuk memakan hati monyet.Buaya menangis sendirian.Sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.Nasi sudah jadi bubur. Buaya telah
kehilangan sahabat yang baik hati....
Sekian...

(muzik)

Anda mungkin juga menyukai