Anda di halaman 1dari 3

TEMU BUAL BERSAMA DENGAN GURU KOKURIKULUM

Perlaksanaan
Tarikh

: 03 Mac 2015 ( Selasa )

Masa

: 10.00 pagi

Tempat: Bilik Guru


Penutur

: En. Nazri Bin Abdul Ghoni

Khairul Nizam :
Apakah cabaran yang dihadapi dalam pengurusan Stor PJ sekolah anda?
En. Nazri :
Cabaran yang dihadapi dalam pengurusan Stor PJ sekolah ini adalah bilik Stor PJ yang kecil.
Dengan bilangan peralatan yang banyak, penyimpanan barangan juga agak terhad. Selain
daripada itu, peralatan sukan juga tidak mempunyai tempat khas. Ini mengakibatkan kapasiti
barangan di dalam Stor PJ meningkat. Secara tidak langsung, ruang di dalam Stor PJ amatlah
terhad.
Khairul Nizam :
Adakah anda melihat cabaran ini sebagai satu masalah dan bagaimanakah pihak sekolah
menangani cabaran ini..?
En. Nazri :
Setiap cabaran pastinya ada jalan penyelesaiannya. Perkara ini saya sudah ajukan kepada
pihak pentadbir. Pihak pentadbir telah bersetuju menggunakan bilik persalinan yang telah
lama tidak digunakan sebagai tempat penyimpanan peralatan sukan. Semenjak pekeliling
membenarkan murid dan guru memakai pakai sukan dari rumah dan tidak perlu menyalin
pakaian, bilik persalinan itu tidak digunakan lagi. Memandangkan bilik persalinan
berhamiran dengan padang, maka sangat sesuai kedudukannya untuk dijadikan tempat
penyimpanan peralatan sukan.

Khairul Nizam :
Apakah masalah yang dihadapi dalam pengurusan Stor PJ di sekolah ini?
En. Nazri :
Masalah yang dihadapi adalah penyimpanan peralatan yang tidak sistematik. Murid-murid
menyimpan peralatan tidak mengikut label peralatan yang telah disediakan. Paling
mengejutkan, murid bermain dengan peralatan di dalam Stor PJ. Situasi ini sangat
membimbangkan kerana peralatan PJ di dalam stor ada yang bersaiz besar dan bahaya jika
digunakan tanpa pengawasan guru.

Khairul Nizam :
Apakah tindakan yang diambil dalam menangani masalah ini?
En. Nazri :
Dalam mesyuarat panitia Pendidikan Jasmani baru-baru ini, masalah ini menjadi topik dalam
perbincangan mesyuarat. Semua guru sepakat dalam menangani masalah ini. Langkah
pertama yang diambil ialah tidak membenarkan murid memasuki Stor PJ tanpa kehadiran
guru. Ini bermakna, guru perlu berada di dalam Stor PJ bersama-sama murid semasa
mengambil dan menghantar peralan ke dalam Stor PJ. Dengan cara ini, murid tahu dimana
kedudukan asal peralatan mengikut label yang disediakan. Selain itu, murid akan lebih
berdisiplin dan mematuhi arahan semasa berada di dalam Stor PJ. Murid yang mengambil
dan menghantar peralatan PJ juga tidak boleh lebih daripada 4 orang.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani perlu menjalankan tugas mereka. Mereka
perlu mencatat bilangan peralatan yang mereka ambil dari stor dalam buku rekod
peralatan.Ini untuk mengelakkan buku itu menjadi satu hiasan di bilik stor.Cara ini juga dapat
mengelakkan berlakunya kehilangan atau kekurangan peralatan. Mereka juga perlu
menyimpan alatan dengan tersusun selepas menggunakannya. Mereka boleh meminta
pertolongan daripada murid untuk menyimpan alatan tapi pastikan mereka menyimpannya
dengan baik dan teratur.
Dengan kerjasama semua guru PJ dan murid mereka perlu membuat tagging nama yang baru
dan lebih menarik untuk rak-rak di dalam bilik stor ini. Ini akan memudahkan guru dan murid
untuk menyusun alatan mengikut nama itu dan tidak perlu meleta di merata-rata tempat.
Mereka juga boleh meminta murid untuk membuat gotong-royong sebulan sekali di stor ini.
Ini dapat memastikan bilik stor ini senantiasa dalam keadaan yang bersih.
Guru yang bertanggungjawab dengan kerjasama pihak sekolah boleh menceriakan bilik stor
ini dengan papan kenyataan. Papan kenyataan itu boleh dilengkapi dengan carta organisasi
jadual bertugas info sukan yang dapat memberi manfaat kepada murid.
Selain itu, dengan inisiatif panitia PJ atau guru PJ mereka boleh menubuhkan ahli
jawatankuasa di kalangan murid bagi menjaga kebersihan bilik dan peralatan yang terdapat di
sana. Guru Panitia Pendidikan Jasmani harus memeriksa keadaan bilik stor setiap sebulan dan
membuat pelupusan pada alatan yang rosak dan tidak boleh guna lagi.

Anda mungkin juga menyukai