Anda di halaman 1dari 8

BAB EMPAT

SOROTAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Sekolah adalah agen utama yang akan meningkatkan kualiti pendidikan ke arah matlamat
antarabangsa. Sekolah sebegini adalah sekolah berkesan yang mampu menyelesaikan segala
permasalahan yang wujud di dalam sekolah dalam melahirkan murid berpencapaian tinggi yang
bersikap positif dan boleh menyesuaian diri dengan sekitaran penuh tekanan (Hoy & Miskel,
2001). Banyak kajian lepas yang menunjukkan bahawa faktor utama yang mempengaruhi
keberkesanan sekolah adalah kekuatan kepemimpinan instruksional pengurusan sekolah yang
terlibat dalam kurikulum dan pengajaran (Hallinger & Murphy, 1985; Hallinger, 2003; Lyons,
2010; Packard, 2001).

4.2 Definisi Kepemimpinan


Terdapat pelbagai definisi yang diberikan berkaitan kepemimpinan. Bass (1990) menyatakan
bahawa kepemimpinan merupakan interaksi di antara dua atau lebih ahli di dalam satu kumpulan
yang melibatkan penyusunan situasi, persepsi dan harapan ahli-ahli kumpulan terlibat.
Kepemimpinan juga ditakrifkan sebagai usaha ke arah mempengaruhi kegiatan individu atau
kumpulan melalui proses komunikasi dalam usaha mencapai matlamat yang sama (Hersey &
Blanchard, 1982). Pendapat yang sama dinyatakan oleh Kroeze (1983) yang menyatakan bahawa
kepemimpinan sebagai satu seni memujuk dan mempengaruhi manusia lain agar melakukan
sesuatu dengan rela dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan.

Dalam konteks pendidikan pula, kepemimpinan merupakan satu proses di mana seseorang guru
besar ataupun pengetua mendapatkan kerjasama daripada staf beliau ke arah menyempurnakan
sesuatu matlamat (Duke, 1987). Secara keseluruhannya, kepemimpinan bolehlah didefinisikan
sebagai seseorang individu itu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan keterampilan diri yang
tinggi dan berkesan bagi membawa organisasi yang dipimpinnya ke arah kejayaan mencapai misi
dan visi organisasi (Mohd Zaini, 2009).

4.2 Kepemimpinan Instruksional


Pengetua dan guru besar merupakan individu yang mempunyai peranan yang besar dalam
memastikan keberkesanan sekolah di bawah pimpinannya. Ubben, Hughes dan Norris (2007)
menyatakan bahawa gaya kepemimpinan yang ditunjukkan oleh pengetua dan guru besar di
sekolah yang berkesan menunjukkan tahap penglibatan yang tinggi dalam kerja serta
berorientasikan akademik. Gaya kepemimpinan sebegini dikenali sebagai kepemimpinan
instruksional.

Istilah instruksional berasal daripada perkataan instruction yang bermaksud pengajaran.


Instruksional merupakan kata kerja yang membawa maksud proses, bentuk atau cara
penyampaian maklumat oleh seseorang kepada orang lain. Ia boleh berbentuk arahan, tunjuk
cara, penerangan lisan dan bukan lisan atau bentuk-bentuk lain yang bertujuan membolehkan
orang lain memahami, memulakan atau menjalankan sesuatu aktiviti, tindakan atau tugas (James
& Balasandran, 2009).

Oleh itu, kepemimpinan instruksional bolehlah didefinisikan sebagai segala tindakan yang
diambil oleh guru besar atau pengetua, atau diarahkan kepada individu yang lain untuk
menggalakkan perkembangan dalam pembelajaran murid (Flath, 1989). Dengan ini, seorang
pemimpin instruksional yang baik akan menjadikan kualiti pengajaran sebagai keutamaan
sekolah dan berusaha untuk merealisasikan misi tersebut.

Schon (1988) mendefinisikan kepemimpinan instruksional sebagai permerhatian bilik darjah dan
fokus kepada memberikan bantuan bimbingan dan menggalakkan pengajaran secara reflektif.
Sementara itu, Hallinger dan Murphy (1985) pula menyatakan bahawa kepemimpinan
instruksional adalah sebarang aktiviti yang dilaksanakan oleh pentadbir sekolah bagi
meningkatkan kejayaan proses PdP dan pembangunan sekolah.

Berdasarkan definisi yang diberikan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kepemimpinan


instruksional adalah segala tindakan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh seseorang pemimpin
sekolah bagi memantapkan proses PdP di sekolahnya.

4.3 Teori Kepemimpinan Instruksional


Hallinger dan Murphy (1985) mendapati kepemimpinan pengajaran pengetua mempengaruhi
pencapaian murid melalui dua dimensi iaitu melalui dimensi teknologi yang berhubung dengan
fungsi-fungsi dan aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan dimensi iklim iaitu aspek
pengurusan sekolah. Tingkah laku kepemimpinan positif pengetua di dalam kedua-dua dimensi

ini akan dapat meningkatkan prestasi murid. Hallinger dan Murphy juga menyatakan bahawa
tidak ada satu tingkah laku kepemimpinan pengajaran yang terbaik. Oleh itu, pengetua perlu
bijak dan mengamalkan tingkah laku kepemimpinan yang berbeza bergantung pada latar
belakang sosio ekonomi murid mereka.

Kepemimpinan instruksional memerlukan pengetua dan guru besar berusaha dengan guru bagi
meningkatkan amalan pengajaran dengan penyediaan satu budaya pengetahuan yang terbaik
mengenai pembelajaran murid di sekolah. Dengan menggunakan alat pengukuran kepemimpinan
instruksional Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS), Hallinger (1982)
berjaya

membuktikan

secara

empirikal

bahawa

amalan

kepemimpinan

instruksional

menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar.

Terdapat sebelas fungsi kepemimpinan instruksional seperti yang dirumuskan oleh Hallinger dan
Murphy (1985) iaitu: penyelarasan kurikulum, pengukuhan usaha guru, penjagaan masa
instruksional, penentuan matlamat sekolah, pengawasan kemajuan murid, sokongan dalam
aktiviti pengajaran, pencerapan dan penilaian pengajaran, pemberian insentif untuk
pembelajaran, penguatkuasaan dasar akademik murid, penyebaran matlamat sekolah dan
penggalakan perkembangan profesional.

4.4 Sekolah Berkesan


Konsep tentang sekolah berkesan di Malaysia mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
pada tahun 1995 melalui Seminar Sekolah Efektif. Di dalam seminar tersebut, Mortimore (1995)
telah menyenaraikan 11 ciri sekolah berkesan di dalam satu kertas kerja yang bertajuk Key
Characteristics of Effective Schools yang masa salah satu ciri tersebut adalah kepemimpinan
profesional. Sementara itu, Abdul Shukor (1995) menyenaraikan lima ciri sekolah yang berkesan
iaitu:
i. mempunyai kepemimpinan pengetua yang kuat dengan tumpuan pengurusan adalah
meningkatkan kualiti pengajaran;
ii. membina iklim persekolahan di mana tiap murid berada pada satu tahap pencapaian
yang ditetapkan terlebih dahulu, dan tidak rendah daripada itu;
iii. mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang
dan tanpa penindasan, tetapi selesa untuk proses pengajaran;
iv. memberi keutamaan kepada proses pengajaran dengan berusaha bersungguh-sungguh
memastikan matlamat pengajaran dilaksanakan dan memberi faedah; dan
v. mengesan kemajuan murid secara sistematik berpandukan matlamat PdP.

Sejajar dengan matlamat mewujudkan lebih banyak sekolah yang berkesan, Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia (SKPM) diperkenalkan pada tahun 2003 dan disemak semula pada tahun
2010 sejajar dengan Hala Tuju JNJK 2010-2015 dan pengenalan NKRA berkaitan pendidikan
iaitu Tawaran Baru (New Deal). Antara tujuan utama SKPM adalah:

i. Menetapkan satu nilai tara atau sukatan aras atau tahap kecemerlanagan yang
dikehendaki atau yang sepatutnya dicapai oleh sekolah.
ii. Memerihalkan secara eksplisit maksud frasa "taraf (atau standard) pengajaran yang
memuaskan" seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 - Sub Seksyen 117 (a).
iii. SKPM juga dapat meluaskan jangkauan tindakan JNJK dengan mengupayakan
sekolah untuk mengaplikasikan sendiri sisitem pemastian standard kualiti tanpa
kehadiran Nazir Sekolah.
iv. Satu inisiatif bagi meningkatkan tahap profesionalisme warga pendidik di sekolah.
v. Mencetus kesedaran/gerakan memelihara kualiti pendidikan di sekolah.

Penarafakan kendiri SKPM oleh sekolah dijadikan sebagai alat ukur pemastian kualiti
pendidikan dan keberkesanan sekolah. Dalam penilaian sekolah berdasarkan SKPM, prestasi
sekolah dinilai mengikut 5 standard iaitu:
i. STANDARD 1: Kepimpinan sekolah berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi
dan berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk
memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran (PdP);
ii. STANDARD 2: Organisasi sekolah diuruskan dengan mengambil kira potensi dan
keperluan staf, kemudahan sumber dalaman dan

memanfaatkan

sumber luaran

supaya sekolah dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan;


iii. STANDARD 3; Bidang

kurikulum, kokurikulum

murid diurus dengan cekap dan berkesan bagi

dan sukan, dan hal ehwal

memastikan

sekolah berfungsi

sebagai institusi

pembelajaran dalam

melahirkan murid yang seimbang dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani;


iv. STANDARD 4: Guru merancang dan malaksanakan proses P&P yang berkualiti tinggi
dan bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada
tahap optimum secara berterusan; dan
v. STANDARD 5: Kemenjadian Murid. Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang
berilmu

pengetahuan,

berketrampilan,

beraklak

mulia,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.


(SKPM, 2010)
Kelima-lima standard tersebut digunakan untuk mengukur tahap kecemerlangan sekolah. Setiap
standard terdiri daripada satu senarai aspek. Setiap aspek terdiri daripada kriteria kritikal. Bagi
setiap kriteria kritikal pula, disediakan deskripsi skor. Deskripsi skor mengandungi indikator
kualiti yang menjadi panduan dalam penentuan skor serta band sekolah seperti yang berikut:

Selain dari menentukan prestasi sesebuah sebolah, SKPM juga merupakan salah satu elemen
penting dalam penentuan Tawaran Baru kepada pengetua dan guru besar sebagai pengiktirafan
kepada kepemimpinan mereka dalam usaha melonjakkan kecemerlangan sekolah. Ini kerana

pemimpin sekolah merupakan orang yang paling penting dalam memajukan institusi pendidikan
di Malaysia (Shahril & Yahya, 2007). Malah anjakan 5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPM) juga menyatakan akan memastikan kepemimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di
setiap sekolah kerana pemimpin yang memberi tumpuan kepada kepemimpinan instruksional
dapat meningkatkan keberhasilan murid sebanyak 20%.

4.5 Kesimpulan
Kepemimpinan instruksional berkait rapat dengan pencapaian murid. Berdasarkan sorotan
kajian-kajian lepas, jelas menunjukkan kepemimpinan instruksional guru besar dan pengetua
sangat penting untuk membawa sekolah ke satu tahap pendidikan yang berkualiti tinggi. Ini
hanya dapat dilaksanakan sekiranya pemimpin di sekolah mempunyai kemahiran kepemimpinan
instruksional yang baik bersesuaian dengan pendapat Findley dan Findley (1992) iaitu jatuh
bangunnya sesuatu sekolah adalah disebabkan kualiti kepemimpinan pengetuanya.

Anda mungkin juga menyukai