Anda di halaman 1dari 2

Jangkaan Masalah semasa Pelaksanaan Projek

1. Memerlukan banyak tenaga dan masa untuk dilaksanakan


Murid-murid dan guru terpaksa meluangkan lebih banyak masa

dan tenaga untuk menyiapkan sesebuah projek.


Sebagaimana maklum, sesebuah projek yang dihasilkan
mengambil masa sekitar dua hingga tiga minggu untuk

dilaksanakan.
Hal ini menyebabkan banyak masa dan tenaga terpaksa
dihabiskan semata-mata untuk menyiapkan projek ini.

2. Mengurangkan fokus pelajar terhadap pengajaran yang dijalankan


Ini kerana aktiviti secara berkumpulan adalah menekankan

kepada pembelajaran berpusatkan pelajar.


Dengan ini, ia akan memudahkan sesetengah pelajar untuk
tidak melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran yang

diberikan.
Permasalahan ini juga turut menyumbang kesulitan kepada
pengajaran guru. Ini kerana kaedah perbincangan yang
diterapkan menyulitkan para guru untuk mengenalpasti tahap

kefahaman setiap pelajar.


Sepertimana yang kita ketahui, daya intelek dan tahap

kefahaman setiap pelajar adalah berbeza.


Dengan ini, ia akan menyebabkan sesetengah pelajar yang
tidak menguasai tahap kefahaman terhadap pengajaran yang
diberikan terus hanyut dan lemah untuk menguasainya.

3. Keyakinan dan kesungguhan pelajar untuk berusaha memahami


pengajaran yang diberikan akan terus berkurang
menyebabkan pelajar tersebut lalai dalam memperoleh ilmu

pengetahuan terhadap aspek yang diajar.


Oleh itu, guru harus memastikan setiap pelajar mengambil
bahagian dalam tugasan yang diberikan dan memantau setiap
kumpulan sambil bersoal jawab dengan setiap pelajar dalam
kumpulan.

4. Melibatkan kos yang tinggi

Untuk menghasilkan sesebuah projek pelajar harus


mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk membeli bahan

dan alatan yang diperlukan untuk membuat projek.


Contohnya dalam projek buku skrap, pelajar perlu membeli
alatan seperti pensil warna, Buku Skrap, kertas mah-jong,
Marker, gam, gunting, kertas warna dan banyak lagi.

5. Memerlukan guru yang serba boleh dan menambah beban tugas guru
Peranannya amat penting dalam menjayakan sesuatu projek.