Anda di halaman 1dari 3

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Muzik boleh dianggap sebagai sejenis bahasa sebab ia berupaya mewujudkan komunikasi antara
manusia. Program pembelajaran Pendidikan Muzik sekolah rendah memberi penekanan pada
pemerolehan ilmu pengetahuan tentang muzik dan membina kemahiran melalui teori muzik. Ia
dapat memberi pendedahan awal pengetahuan asas tentang muzik secara sistematik Muzik juga
boleh dijadikan satu perantaraan untuk bersosial dan meredakan emosi yang tegang ( Swanwick
K. & Taylor D, 1982 ).
Apakah itu rekorder? Rekorder adalah sejenis alat muzik yang ditiup menggunakan mulut dan
mempunyai tujuh lubang yang ditutup dengan jari. Rekorder terletak dalam keluarga yang sama
dengan seruling. Rekorder sangat terkenal semasa abad ke-18 atau dikenali sebagai era
Baroque.Rekorder selalu dimainkan dalam acara seperti keramaian, kematian dan perkahwinan.
Sekarang, di Malaysia muzik mula diterapkan dalam pembelajaran sekolah rendah dan di
sekolah menengah disediakan kelas khas untuk kelas pelajar muzik.Murid sekolah rendah juga
mula diajar bermain rekorder semasa mereka berada di tahun 3.

1.2

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LEPAS

Pengkaji telah ditugaskan untuk mengajar Pendidikan Muzik untuk tahun 5 dan dalam masa
yang sama juga, pengkali ditugaskan untuk mengajar muzik untuk murid tahap1, iaitu murid
tahun 1, 2 dan 3. Untuk penulisan proposal kajian tindakan saya pada kali ini, pengkaji akan
membuat kajian terhadap tahun 5 Mutiara bagaimana Sistem Penjarian Bernombor dapat
mempercepatkan lagi kemahiran bermain rekoder. Murid-murid kelas 5 Mutiara merupakan
kelas yang paling lemah ( tercorot ) dan ini memberikan pengkaji cabaran dalam menjalankan
kajian pada kali ini.
Penguasaan permainan rekoder di dalam kelas amat merisaukan kerana mereka bukan sahaja
tidak dapat meniup dengan betul malahan tidak dapat meniup rekoder mengikut tempo dengan
betul. Salah satu puncanya ialah kurangnya amali dan juga teori tentang penjarian serta amali
sewaktu mereka di tahun 4 dahulu. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakkan guru yang
mengajar muzik di sekolah rendah bukanlah guru opsyen muzik. Jika ada pun, guru-guru yang
opsyen muzik mungkin ditugaskan untuk mengajar subjek-subjek teras seperti Bahasa Melayu,
Matematik dan sebagainya. Hal ini berlaku kerana matapelajaran muzik ini sering diambil
remeh dan dianak tirikan di sekolah. Selain itu faktor persekitaran juga dilihat sebagai penyebab
yang menyumbang kepada kemerosotan kemahiran murid dalam permainan rekoder ini.
Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, kesemua murid dalam Tahun 5 Mutiara amat
meminati Pendidikan Muzik. Sekiranya murid diminta untuk meniup rekorder, murid amat
memberi komitment dalam pembelajarannya. Masalah yang timbul ialah murid tidak dapat
meniup rekorder dengan betul dan membuat penjarian yang salah pada lubang rekorder. Oleh
kerana itu, objektif P&P tidak akan dapat dicapai. Oleh yang demikian, apakah langkah yang
perlu saya ambil untuk memastikan agar objektif pengajaran dan pembelajaran untuk pelajaran
berkenaan permainan rekorder ini tercapai?
Hal yang kita ketahui bahawa setiap murid mempunyai tahap penguasaan yang berbeza Antara
satu sama lain. Ada diantara murid yang boleh menguasai dengan hanya mendengar walaupun
sekali di ajar dan ada di antaranya memerlukan latih tubi dan bimbingan berulangkali untuk
mencapai dan menguasai sesuatu pelajaran ataupun kemahiran.

Oleh yang demikian, di dalam penulisan proposal kajian tindakan pada kali ini, saya akan
mencari punca yang menyebabkan murid Tahun 5 Mutiara, SK Seri Binjai ini tidak dapat
menguasai dan mengaplikasikan penjarian rekorder dengan betul semasa P&P di jalankan di
dalam kelas. Kajian yang dijalankan merujuk kepada mata pelajaran muzik di kalangan murid
Tahap 2 untuk Tahun 5 Mutiara.