Anda di halaman 1dari 2

Pentaksiran elemen iltizam dinilai berdasarkan dua Aktiviti

Pentaksiran elemen iltizam dalam bentuk aktiviti bertujuan untuk mentaksir pengalaman,
penghayatan dan keterlibatan yang bersungguh-sungguh calon dalam aktiviti yang
dipertanggungjawab.
Aktiviti 1 Tugasan Harian
(a) Calon dikehandaki membuat tugasan seperti menulis karangan, menulis laporan hasil
kerja amal, mendapatkan maklumat dari pusat sumber, membuat rencana tentang kegiatan
sosial masyarakat dan lain-lain berhubung dengan pembelajaran Pendidikan Moral.
(b) Tugasan yang diberikan hendaklah berasaskan nilai yang hendak dikesan dan dikaitkan
dengan isu-isu semasa. (Mestilah masukkan sekurang-kurangnya 2 nilai moral dan
digariskan).
(c) Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman tentang
nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan moral.
(d) Penulisan untuk tugasan harian ini boleh dijalankan pada bila-bila masa.
(e) Setiap tugasan mestilah dibuat pada kertas A4 dan ditulis lebih kurang 250 patah
perkataan.
(f) Calon hendaklah mendokumentasikan sekurang-kurangnya 8 hasil tugasan harian yang
terbaik dan dijadikan folio.
Contoh Isu
isu pencemaran alam
isu penderaan
pembuangan bayi
masalah keruntuhan akhlak
masalah disiplin pelajar
Aktiviti 2 Kerja Amal
Calon dikehandaki melibatkan diri dalam empat aktiviti Kerja Amal yang berkaitan dengan
tiga bidang pembelajaran Pendidikan Moral iaitu:
BIDANG
Perkembangan Diri
Kekeluargaan
Alam Sekitar

BILANGAN AKTIVITI
1 aktiviti
1 aktiviti
2 aktiviti

Calon dikehendaki melampirkan satu sijil penghargaan /surat perakuan yang sah dan
satu gambar setiap aktiviti atau apa-apa bahan yang boleh dijadikan bukti penglibatan
Kerja Amal yang telah dilakukan. Tulis laporan sahaja tidak diakui membuat kerja amal.
Contoh kerja amal:perkembangan diri
-aktiviti kokurikulum (sukan / persatuan)
-Pembimbing Rakan Sebaya ( mengajar kawan )
-ceriakan papan kenyataan sekolah
-membaikpulih perabot sekolah

-mengumpul bahan bacaan untuk perpustakaan


-perkhemahan
-membuat kerja bakti di rumah kebajikan
-keceriaan kelas

Bidang Kekeluargaan
Sambutan hari jadi sediakan, bersihkan tempat.
Melancong bersama keluarga bawa beg, sediakan makanan, aktiviti menyediakan
tapak berkelah
Sambutan hari ibu bapa sediakan kek, tempat dll
Majlis perkahwinan
Membantu anggota keluarga membuat kerja rumah
Contoh: bersihkan rumah, bersihkan pinggan mangkuk

Alam Sekitar
Gotong Royong
Kitar semula
Menceriakan / mengindahkan / mencantikkan kawasan kediaman .
Memelihakan & memulihkan taman mini sekolah
Membersihkan taman rekreasi

Kerja-kerja amal lain yang memberi kebaikan untuk kepentingan keluarga dan masyarakat.
Cara Menyediakan Penilaian Folio
(a) Pendokumentasian folio mesti mengikut cara berikut:
(i) Kulit folio
Kerja kursus Pendidikan Moral SPM (1225/2) Tahun _
Nama:
Nombor Kad Pengenalan:
Angka Giliran:
(ii)Isi kandungan [ muka surat 1]
-Tajuk Tugasan [8]
-Tajuk Aktiviti [4]