Anda di halaman 1dari 2

Permulaan Sejarah Mata Wang Malaysia

Menjengah semula ke masa lampau di mana Malaysia masih lagi belum diterokai, masyarakat awal pada
zaman tersebut menjalankan sistem pertukaran barang berasaskan barter (tukar mengikut keperluan).
Sistem ini turut dikenali dengan nama "Sistem Barter" di mana seseorang akan menukar barangan atau
perkhidmatan dengan orang lain tanpa melibatkan wang. Walaubagaimanapun, sistem ini nyata tidak telus
dengan beberapa masalah seperti pertukaran barangan besar yang sukar untuk dibawa dan juga masalah
dalam mencari orang yang mahu membuat pertukaran barangan atau perkhidmatan yang saling
memerlukan. Emas, perak dan jongkong timah (kemudiannya menjadi duit syiling) digunakan sebagai nilai
unit yang berharga, mudah disimpan dan digunakan serta mudah dibawa dan tahan lama.
Dari tahun 1946 sehingga 1952, masyarakat pada waktu itu menggunakan mata wang yang diisu oleh
Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang Malaya. Wang kertas dan syiling ditempa dengan wajah Monarki British,
King George VI. Dari tahun 1952, wang kertas dan syiling ditempa dengan wajah seorang lagi Monarki
British iaitu Queen Elizabeth II dan diisu untuk menggantikan wang kertas dan syiling lama. Apabila Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, terdapat pertukaran dalam reka bentuk mata wang yang
kemudiannya diisu pada tahun 1959 dan 1961 dengan gambar "bot memancing pada gambar $1" dan
"seorang petani dengan kerbau sedang membajak sawah pada $10".

Akhirnya, pada tahun 1967, dollar Malaysia yang diisu di Bank Pusat, Bank Negara Malaysia, telah
menggantikan dollar Malaya dan British Borneo pada awalnya. Sehingga tahun 1975, Malaysia akhirnya
dengan rasmi menggunakan mata wang ringgit.
Begitu juga dengan duit syiling Malaysia yang menjadi sebahagian daripada mata wang Ringgit Malaysia.
Pada awalnya duit syiling diisu dalam nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen pada tahun 1967, manakala
duit syiling RM1 (dengan menggunakan simbol $ dan agak tebal dan berat) telah diisu pada tahun 1971.
Walaubagaimanapun, RM1 tidak lagi digunakan dan bukan lagi legal tender semenjak tahun 2005 dan
sesiapa yang memiliki duit syiling RM1 boleh menukarkannya di Bank Negara dengan wang kertas / polimer
semasa. Pembatalan penggunaan wang syiling RM1 adalah berdasarkan kepada permintaan undang-udang
dan ianya tidak lagi relavan digunakan sebagai mata wang komoditi.

Jadi inilah sedikit sebanyak sejarah ringkas mata wang negara kita yang tercinta ini. Tidakkah ianya hebat
dengan mengetahui tentang kertas-kertas berwarna tetapi bernilai yang anda gunakan setiap hari? Kini
anda tidak perlu risau lagi jika ada yang bertanya tentang mata wang Malaysia, terutama pelancong luar
negara yang agak mementingkan nilai mata wang dan tukaran asing.

Anda mungkin juga menyukai