Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 20 April 2014


Tingkatan : 2 Bestari
Masa : 40 minit
Bil. Murid : 22 orang
Mata Pelajaran : Geografi
Tajuk Umum : Peta
Tajuk Pelajaran : Simbol, ciri fizikal dan budaya serta kedudukan dan taburan ciri-ciri geografi di
atas peta bergambar
Objektif Am : Mengenalpasti simbol, ciri-ciri fizikal dan budaya serta kedudukan dan taburan ciriciri geografi di atas peta
bergambar.
Objektif Khas : Pelajar-pelajar diharapkan dapat,
1. Menyatakan 3 jenis simbol di atas peta bergambar.
2. Mengenali ciri-ciri fizikal dan budaya di dalam peta bergambar.
3. Mengenalpasti kedudukan dan taburan ciri-ciri geografi di atas peta bergambar.
Penerapan Nilai : Membina keyakinan, keberanian dan ketelitian.
Konsep Utama : Pola Saling Kaitan.
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah belajar bab peta semasa di Tingkatan 1.
Alat Bantu Mengajar :
(1) Carta yang menunjukkan peta bergambar
(2) Kertas mahjung menunjukkan penerangan tajuk peta .
(3) Buku teks menunjukkan nota dan panduan kepada pelajar.
(4) Papan hitam menunjukkan penerangan sokongan.
(5) Kertas fotostat menunjukkan lembaran kerja dan latihan pengukuhan.
Langkah-langkah Perkembangan :
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Catatan
Induksi Set
Guru menyoal pelajar soalan-soalan yang berkaitan dan mengaitkannya dengan
pembelajaran pada hari tersebut. Pelajar memberi tumpuan dan menjawab secara lisan
soalan yang dikemukakan oleh guru. Menimbulkan minat dan menarik tumpuan pelajar
dengan dunia sebenar.
Langkah 1
Peta Bergambar: Simbol bergambar, simbol angka dan simbol huruf.
1. Guru menerangkan secara ringkas isi pelajaran yang akan mereka pelajari dalam bab ini.
2. Guru menjelaskan peta bergambar dengan menunjukkan contoh-contoh peta bergambar
yang menggunakan simbol bergambar, simbol angka dan simbol huruf berdasarkan carta
yang dibawa oleh guru dan buku teks .
3. Pelajar mendengar penerangan guru dengan teliti dan menjawab soalan yang
dikemukakan oleh guru secara lisan.

Langkah 2 Ciri fizikal dan ciri budaya


1.Guru menerangkan ciri fizikal dan ciri budaya kepada para pelajar dengan bantuan
penerangan di atas kertas mahjung.Guru memberikan contoh dengan keadaan sekeling
pelajar
2. Para pelajar memberi tumpuan terhadap penerangan guru di depan kelas.
3. Pelajar cuba memahami apa yang disampaikan oleh guru. tentang ciri fizikal dan budaya
yang berkaitan.
4. Berpandukan peta yang terdapat di dalam carta, guru menunjukkkan contoh ciri fizikal
dan ciri budaya yang terdapat dalam peta tersebut.
5.Guru menyoal para pelajar ciri fizikal dan ciri budaya yang terdapat di dalam
peta yang ditunjukkan.
6. Apabila disoal, para pelajar dikehendaki menjawab soalan secara spontan semasa sesi
pengajaran sedang dijalankan.
Langkah 3 Kedudukan dan taburan ciri-ciri geografi
1.Guru mengarahkan beberapa orang pelajar dari setiap sudut yang sesuai agar bangun dan
memembentuk seolah-olah lapan arah utama.
2. Guru menerangkan kepada pelajar agar membayangkan kelas tersebut merupakan peta
dan mencari tempat yang ditunjukkan berdasarkan kedudukan yang diberi berpandukan
konsep arah yang telah dijelaskan.
3. Guru menjelaskan isi pelajaran dengan melukis lapan arah utama di papan hitam serta
mengaitkannya dengan objektif pembelajaran pada hari tersebut dengan kedudukan dan
taburan ciri-ciri geografi di atas peta.
4. Beberapa orang pelajar dari setiap sudut akan bangun dan membentuk lapan arah utama
yang dikehendakkan.
5.Pelajar-pelajar lain memberi perhatian terhadap penerangan guru di depan kelas dan
meneka apa yang hendak disampaikan oleh guru.
6. Para pelajar yang disoal akan menjawab secara lisan soalan yang disampaikan oleh guru.
.
Langkah 4
1.Guru mengedarkan kertas fotostat yang mengandungi gambar peta kepada pelajar dan
mengarahkan pelajar membincangkannya secara berpasangan.
2.Guru menyalin soalan dipapan hitam.
3.Guru meronda kelas bagi mengenalpasti pelajar yang bermasalah dan bersedia
membimbing mereka sama ada secara individu atau berkumpulan.
4.Guru membetulkan kesilapan pelajar jika ada semasa sesi pembentangan.
5. Para pelajar membentuk kumpulan kecil dan berbincang bersama ahli masing-masing
menyiapkan kerja yang diberi.
6. Pelajar perlu menyiapkan soalan dalam masa yang ditetapkan dan membentangkan
jawapannya di dalam kelas sekiranya masa mencukupi.
7. Kumpulan lain digalakkan membetulkan kesilapan rakan mereka sekiranya ada dalam sesi
pembentangan.
Aktiviti pengukuhan secara berkumpulan dijalankan bersama-sama di dalam kelas bagi
menilai secara kasar kefahaman pelajar tentang topik yang dipelajari.
Penutup Rumusan Pelajaran
1.Dengan menyoal para pelajar perkara yang telah disampaikan kepada mereka, guru
merumuskan pembelajaran pada hari ini.
2. Guru memberikan pelajar kerja rumah dan menghantarnya pada esok
hari.

3.Para pelajar mendengar rumusan oleh guru dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh
guru.
4.Pelajar juga bertindak mengikut arahan guru.
Penilaian kendiri:

Anda mungkin juga menyukai