Anda di halaman 1dari 3

EDU3083

Kesan Guru Gagal Patuhi Etika Akauntibiliti Dan Integriti

Banyak tertulis didada akhbar, media massa, laman sesawang kes-kes perlanggaran
etika yang berlaku kepada insan bergelar guru. Perkara ini sehingga ke hari ini
masih berlaku. Banyak impak yang akan berlaku kepada seseorang guru secara
khususnya dan profesion keguruan amnya jika perkara ini terus berlaku.

RAJAH 1: Kesan Jika Seseorang Guru Gagal Patuhi Etika Akauntabiliti Dan Integriti

Mewujudkan budaya
kerja yang tidak
ikhlas dan tidak
berkualiti
Menjatuhkan nama
Hubungan dengan
baik dan maruah
majikan dan rakan
profesion perguruan
sekerja akan
merosot
KESAN GURU GAGAL
PATUHI ETIKA
AKAUNTIBILITI DAN
INTEGRITI

Akan dibuang dari


perkhidmatan atau
digantung kerja jika
melibatkan kesalahan
serius

Tanggapan kepercayaan
masyarakat kepada
profesion perguruan
semakin pudar

Hasil pendapatan dari


sumber yang tidak
mendapat berkat

JENNIFER RICKY
PISMP PSV AMBILAN JANUARI 2012

EDU3083
Kesan Kepada Sesi Pengajaran Didalam Kelas (core bisness)
1. Jika guru lewat masuk ke dalam kelas
Fenomena guru yang lewat masuk ke kelas akan menimbulkan isu penyalahgunaan
masa. Bukan itu sahaja, sekiranya berlaku sebarang kemalangan di dalam kelas,
guru tersebut harus dipersalahkan. Mencuri masa adalah perbuatan yang tidak
wajar bagi seorang guru.
2. Guru tidak menggunakan masa yang terluang untuk membuat bahan dan alat
bantu mengajar.
Bahan bantu mengajar sangat penting dalam menyampaikan ilmu kepada murid
terutamanya sekiranya guru ingin mengenalkan sesuatu konsep kepada murid. Jika
guru tidak bersedia untuk menarik minat murid dengan membuat alat dan bahan
bantu, maka jangan bermimpi untuk murid meminati apa yang guru sampaikan
didalam kelas.
3. Guru Tidak Kemas Semasa Mengajar Di dalam Kelas
Kepimpinan melalui teladan tidak diaplikasikan. Guru adalah role model kepada
murid. Maka, guru perlu menghayati slogan kepimpinan melalui teladan. Ini
disebabkan oleh murid suka meniru perlakuan, memek muka, pakaian malah
personaliti guru tersebut. Berpakaian lah dengan kemas dan sopan supaya dapat
melahirkan generasi yang bijak dan bagus dalam berpakaian.

Kesan Kepada Pengurusan Aktiviti Disekolah


1. Guru Tidak Menghadirkan Diri Ke Aktiviti Luar Kelas Atau Kegiatan
Kokurikulum
Ini akan melambatkan proses pengendalian aktiviti disesebuah sesekolah. Guru
telah diagih dengan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. Jika perkara ini timbul,
guru guru lain terpaksa menanggung tugas kerana guru tidak mahu terlibat dengan
aktiviti sekolah.

JENNIFER RICKY
PISMP PSV AMBILAN JANUARI 2012

EDU3083
2. Lambat Menyiapkan Tugas-Tugas Yang Diamanahkan
Guru juga memegang jawatan dalam organisasi disekolah. Banyak tugas seperti,
setiausaha sukan, guru data, guru matapelajaran, guru kelas yang perlu dipikul oleh
guru. Jika guru melakukan tugas dengan sambil lewa, tugas-tugas tersebut tidak
dapat disiapkan mengikut waktu.

Kesan permasalahan yang lebih serius


1. Melakukan Kerja Sampingan
Dewasa kini, ada dikalangan guru yang melakukan kerja sampingan seperti
berniaga, menawarkan perkhidmatan tertentu didalam waktu atau luar waktu
sekolah. Perkara ini sama sekali akan mengganggu produktiviti seseorang guru
untuk komited 100% terhadap tugasnya disekolah.
2. Terlibat Dengan Kes Pecah Amanah Atau Jenayah
Perkara ini lebih menyedihkan ada dikalangan guru terlibat dengan kes-kes pecah
amanah dan jenayah. Adakah gaji seseorang guru tidak mencukupi? Sama sama
kita jadikan ikhtibar diatas perkara-perkara yang berlaku.

Analisa kesan :
Jika perkara diatas berlaku dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, ini akan
mewujudkan budaya kerja yang tidak ikhlas dan tiada kualiti dalam penyampaian
sesi pembelajaran. Perkara ini juga membawa kepada, hasil pendapatan dari
sumber yang tidak mendapat berkat. Guru yang bermasalah disekolah juga sukar
berhubung dengan guru-guru yang lain. Ini kerana kelakuan mencerminkan identiti
seseorang. Jika berlakunya masalah lebih serius, ini akan menjatuhkan nama baik
dan maruah profesion perguruan itu sendiri. Tanggapan kepercayaan masyarakat
kepada profesion perguruan semakin pudar. Permasalahan yang serius ini akan
menyebabkan seseorang guru yang terlalu bermasalah dibuang dari perkhidmatan
atau digantung kerja.
JENNIFER RICKY
PISMP PSV AMBILAN JANUARI 2012

Anda mungkin juga menyukai