Anda di halaman 1dari 10

Transkipsi Video

Keracunan makanan terjadi akibat daripada memakan makanan yang tercemar dengan bakteria, virus,
organisma-organisma lain, bahan kimia, haiwan-haiwan yang beracun seperti ikan buntal atau juga
tumbuh-tumbuhan beracun seperti cendawan beracun dan sebagainya. Tanda-tanda dan gejala keracunan
makanan biasanya adalah seperti berikut:

Muntah

Cirit-birit

Mual atau loya

Sakit perut

Ada kalanya pesakit juga boleh demam

Bayi, warga tua dan mereka yang mempunyai daya tahan terhadap penyakit yang rendah seperti pesakitpesakit kronik mudah mendapat keracunan makanan. Jangkitan yang teruk boleh menyebabkan sakit yang
teruk dan ada kalanya pesakit memerlukan rawatan di wad. Seseorang yang dijangkiti akan mendapat
tanda dan gejala antara beberapa jam sehinggalah 72 jam dari masa mereka mengambil makanan atau
minuman yang tercemar itu. Mangsa juga boleh jatuh sakit dari beberapa jam hinggalah tujuh hari. Untuk
mencegah keracunan makanan kita haruslah:

Makan di premis makanan yang bersih dan diiktiraf melalui sistem penggredan. Kalau gerai itu
gred A, gred B dan C, pilihlah untuk makan di gerai gred A.

Elakkan makan di gerai-gerai tepi jalan, penjaja atau premis makanan yang kotor.

Makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna.

Berhati-hati apabila memakan makanan yang separuh masak terutama sekali makanan laut .

Minum minuman yang diambil dari sumber yang bersih seperti air yang telah dimasak, air di dalam
botol, air mineral dan sebagainya.

Terdapat tiga sebab utama kenapa makanan atau minuman itu tercemar. Pertama sekali, pengendali
makanan itu sendiri tidak mengamalkan kebersihan termasuk kebersihan diri, kebersihan peralatan untuk
mengambil makanan dan juga kebersihan makanan itu sendiri. Yang kedua makanan yang tidak dimasak
sempurna ataupun tidak sempurna khususnya makanan laut, makanan-makanan yang berasaskan haiwan
seperti telur, daging, ayam, susu dan hasil tenusu. Yang ketiga, penyimpanan makanan, bakteria boleh
membiak dengan cepat dalam suhu bilik. Makanan yang telah dimasak mesti disimpan dalam peti sejuk
untuk mengelakkan pertambahan bakteria dengan cepat. Mana kala makanan yang panas mesti disimpan

pada suhu yang tetap dan tidak boleh kurang daripada 60 darjah Celsius. Makanan yang sejuk boleh
dimakan terus, mestilah disimpan pada suhu di bawah 4 darjah Celsius. Keracunan makanan, anda boleh
mencegahnya.

Keracunan Makanan
Apa itu keracunan makanan?
Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang
tercemar.
Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2007 (kadar insiden 26.44/100,000
penduduk).

Apa yang menyebabkan keracunan makanan?


Punca keracunan makanan:

Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.

Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai.

Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum.

Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti
kekerang.

Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?


Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :

Agen penyebab keracunan tersebut

Amaun (dos) bakteria, virus atau toksin

Umur seseorang

Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang

Pesakit itu mungkin akan mengalami :

Rasa loya

Cirit-birit

Muntah-muntah

Sakit perut

Berpeluh/demam

Sakit kepala

Keletihan

Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?

Keracunan makanan boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan
(kronik). Ia juga boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.

Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?


Antara sebab terjadinya keracunan makanan adalah :

Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam).

Makanan tidak dimasak dengan sempurna.

Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan
yang telah dimasak).

Makanan tidak dipanaskan dengan sempurna.

Daging dan ayam beku tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.

Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih.

Makanan disediakan oleh orang sakit atau pembawa penyakit bawaan makanan.

Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?


Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan :

Sentiasa menjaga kebersihan


o

Basuh tangan dengan betul sebelum mengendalikan makanan

Basuh tangan selepas keluar dari tandas

Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan

Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga , makhluk perosak dan haiwan-haiwan yang lain

Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:


o

Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak

Gunakan perkakas seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan
makanan yang belum dimasak

Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk
mengelakkan dari pencemaran silang

Sentiasa masak dengan sempurna


o

Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul

Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam

Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk / peti
sejuk beku

Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih


o

Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.

Pilih makanan yang segar dan berkhasiat

Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)

Jangan makan makanan yang telah melepasi tarikh luput

Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar


o

Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor

Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?

Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan

Ikut nasihat doktor

Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai berkuasa

Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut

Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Definisi Lemas

Lemas adalah keadaan yang berlaku apabila oksigen terhalang/sekat daripada


memasuki saluran pernafasan akibat tenggelam dalam air, tetapi tidak sampai
menyebabkan kematian. Walau bagaimanapun, kekurangan oksigen dalam darah
boleh mengakibatkan kerosakan tisu dan mati otak, dan fenomena ini digelar
lemas.

Gejala-gejala lemas

Gejala-gejalanya bergantung kepada tahap keterukannya, antara lain


termasuklah batuk, tercungap-cungap, muntah, nafas berbunyi, kulit kebiruan
dan tidak sedarkan diri.

Kesan-kesan akibat hampir lemas

Situasi Hampir Lemas boleh mengakibatkan keadaan seperti:

Jangkitan paru-paru

Kerosakan kekal tisu otak.

Cara membantu mangsa hampir lemas.

Nilai tahap kesedaran mangsa.

Minta bantuan

Periksa saluran pernafasan, keadaan pernafasan dan nadi mangsa

Keluarkan benda asing dalam mulut mangsa (sekiranya ada)

Lakukan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) sekiranya mangsa didapati tidak


bernafas

Segera dapatkan bantuan perubatan.

Cara mencegah lemas dan hampir lemas

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah tragedi lemas dan
hampir lemas adalah:

Belajar berenang

Elakkan berenang tanpa teman

Pakai jaket keselamatan apabila menaiki bot.

Pertolongan Cemas Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

Definisi Pertolongan Cemas Pertolongan Cemas Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)


Sistem Pernafasan. Rawatan pertama diberi Usaha rawatan pertama dalam
keadaan pesakit/mangsa kemalangan. kepada kecemasan sebelum ketibaan

ambulans / pesakit mendapat rawatan dari doktor. Matlamat utama: untuk


menyelamat nyawa, mengelakkan kecederaan dari bertambah buruk,
mengurangkan kesakitan. Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor.

CPR atau Cardiopulmonary Resuscitation adalah satu kunci penting dalam


rantaian hidup untuk mangsa yang mengalami masalah kejutan secara tiba-tiba
pada jantung dan pernafasan. Ianya bertujuan untuk mencegah kerosakan otak
sebelum menerima bantuan perubatan. CPR mempunyai 2 matlamat iaitu:

CPR adalah teknik mudah yang hanya memerlukan peralatan yang minima
sahaja. Apa yang anda lakukan adalah sesuatu yang mudah.

Semasa kita bernafas, kita sistem pernafasan menyedut & Udara yang disedut
dibawa ke paru-paru dan menghembuskan udara Udara yang disedut hanya ada
21% oksigen, meresap oksigen ke dalam darah Badan kita memerlukan 5%
oksigen untuk selebihnya kompisisi gas nitrogen melakukan proses respi .

Bilangan pernafasan seseorang peringkat bilangan seminit dewasa 15-20 kali


kanak-kanak 6-10 thn 22-25 kali bayi 35-40 kali .

Bilangan nadi seseorang peringkat bilangan seminit dewasa 70-80 kali kanakkanak 90-100 kali bayi 100-140 kali

Bantuan resusitasi kardiopulimonari (cpr) kecemasan yang diberikan kepada


mangsa lemas yang tidak mempunyai denyutan Merupakan kombinasi terknik
pernafasan bantuan mulut nadi dan tidak bernafas Berperanan untuk membantu
jantung mengepam ke mulut dan juga tekanan dada Dua sebab utama CPR
dilakukan: udara yang dihembus ke seluruh anggota badan *terhenti pernafasan
*tiada nadi .

Kedudukan pemulihan Apabila mangsa yang diberi rawatan seperti CPR, terhenti
pernafasan atau sebagainya mulai sedar dan hendaklah diletakkan dalam
keadaan pemulihan. Kedudukan ini adalah bertujuan untuk menghalang lidah
mangsa daripada menutupi tekak atau saluran pernafasan. Oleh kerana
kedudukan kepala lebih rendah sedikit daripada badan, ia akan membenarkan
cecair keluar mengalir dari mulut mangsa. Ini akan mengurangkan mangsa dari

menyedut kandungan perut. Kepala, leher dan bahagian belakang badan


hendaklah diletakkan dalam keadaan yang lurus, manakala anggota-anggota
badan yang dibengkokkan seperti kaki akan mengekalkan badan dalam
kedudukan yang teguh dan selesa.

Prinsip-prinsip Pertolongan Cemas Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

Terdapat 3 prinsip asas yang PEMERIKSAAN ABC perlu dilakukan iaitu ABC
sebelum melakukan CPR A Airway (saluran pernafasan) B Breathing
(pernafasan) C Circulation (peredaran darah) .

1. A - AIRWAY (Airway )Saluran pernafassan. Ini merupakan tindakan pertama


yang perlu dilakukan dalam proses CPR.tujuan ia dilakukan adalah untuk
memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka. Anda boleh
membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang
dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari
arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara. Anda juga perlu
membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda
untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut.

2. B - BREATHING Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan


seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa.
Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka
menghadap ke dada mangsa. Keadaan tesebut membolehkan anda mendengar
bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda memandang tepat kearah
dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada. (Kaedah 3M=Mendengar,
Merasa, Melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan.
Contohnya mulut ke mulut.

3. C - CIRCULATION Peredaran darah. Langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan


peredaran darah. Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah
terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa
mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu
bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri. Langkah
ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa.
Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan
berat badan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di
tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati (cuaran xiphoid).

4. Kaedah pemulihan pernafasan mulut ke mulut siasat kejadian, kenalkan diri,


periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Baringkan mangsa supaya dalam
kedudukan telentang. Dapatkan bantuan. Bukakan saluran pernafasan.
Buangkan sebarang benda asing dari mulut. Tutup lubang hidung mangsa
Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.Tentukan mulutnya terbuka.
menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda. Tarik nafas sepenuhnya dan
hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak
naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan. Angkat
mulut danm biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa. Tarik
nafas kembali dan selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi. ulangi
langkah 1 hingga 8. buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit. Gunakan
kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan Catatan: tidak
boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara Gunakan
kaedah yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa. mulut ke
mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil.
Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa.
Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini
menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau
sebagainya. Pernafasan dan kadar normal, letakkannya dalam kedudukan
pemulihan. denyutan nadi setiap 10 minit.

Kaedah cpr seorang diri siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran,
goyangkan badan. apatkan bantuan. Terlentangkan mangsa dan lakukan
pemeriksaan ABC dan periksa seluruh badan. Jika tidak bernafas, berikan dua
hembusan bantuan. Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan
pernafasan pada kadar 12 hembusan seminit. Jika nadi tiada, segera mulakan
tekanan. Beri tekanan sebanyak 15 kali. Caranya adalah seperti berikut: letakkan
tangan anda di atas dada mangsa. - berikan 15 kali tekanan sedalam 1.52 inci
untuk orang dewasa - selepas itu, beri pula 2 hembusan (1 pusingan) - berikan
15kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2 pusingan) -selepas 4 pusingan
periksa nadi karotik -teruskan CPR (15 tekanan dan 2 hembusan) jika tiada nadi.
-lakukan sehingga bantuan pakar tiba. Sekiranya telah ada denyutan jantung
(nadi), teruskan dengan bantuan pernafasan. Periksa denyutan nadi selepas 10
kali hembusan . bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya nadi tiada.
Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia dalam kedudukan
pemulihan. Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit.

Nisbah hembusan dan tekanan dalam CPR adalah sama untuk kaedah 1
penyelamat dan 2 penyelamat. Dalam keadah 2 penyelamat, penyelamat yang
membuat tekanan di dada berhenti sewaktu penyelamat lain memberi bantuan
pernafasan. Hubungi bantuan atau hospital untuk dapatkan bantuan doktor atau
pakar untuk rawatan selanjutnya.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas:


Menyelamatakan nyawa
Mengurangkan kesakitan
Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya
pernafasan pesakit itu
Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar
melonggarkannya
sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

Keracunan Tanda-tanda:
1. maklumat dari mangsa
2. mangsa sakit dengan tiba-tiba
3. kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir
4. anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.
Rawatan:
1. Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan
tiada tanda-tanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah.
2. Simpan bekas racun bagi tujuan analisis.
3. Segera hubungi hospital
4. Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau Terkejut

Tanda-tanda:
1. badan berpeluh
2. pucat
3. rasa nak pengsan
4. resah
5. nafas kerap tapi tipis
6. kadar nadi bertambah tapi lemah
Rawatan
1. Baringkan mangsa
2. Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga
3. Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'
4. Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki
ditinggikan
5. Selimutkan jika suhu badan menurun
6. Segera hantar ke hospital

Anda mungkin juga menyukai