Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR: JOJO LIM JOE FANG


PROGRAM: PISMP TESL AMBILAN JANUARI 2011
NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN DARULAMAN
NAMA PROJEK/ AKTIVITI: PROJEK MENGEMAS KINI PUSAT SUMBER SEKOLAH
TEMPOH PELAKSANAAN: 13 JULAI 2014 17 JULAI 2014
OBJEKTIF:
1. Mengemaskini dan menceriakan Pusat Sumber Sekolah
Projek mengemaskini bahan bacaan pusat sumber bertujuan untuk memudahkan
guru dan murid-murid untuk mencari dan menggunakan bahan selaras dengan
keperluan dan tujuan masing-masing. Para guru dan murid-murid boleh
mendapatkan sumber-sumber yang dimiliki oleh sekolah dan yang ada kenamengena dengan pelajaran dengan lebih sistematik. Selain itu, projek menceriakan
pusat

sumber

sekolah

dapat

meningkatkan

penggunaan

pusat

sumber

sekolah.dengan mewujudkan suasana yang kondusif kepada guru dan murid.

2. Menggalakkan para guru dan murid-murid agar menggunakan pusat sumber


sekolah dengan berfaedah
Selain itu, projek ini membolehkan seluruh warga sekolah untuk memanfaatkan diri
dengan penggunaan pusat sumber. Pusat sumber sekolah merupakan tempat
berlakunya segala kegiatan yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian dalam
proses pengajaran dan pemelajaran. Konsep pusat sumber sekolah ini adalah
berkaitan dengan konsep pendidikan moden, iaitu untuk mewujudkan keadaan
belajar secara kendiri. Dengan yang demikian, setiap individu boleh menentukan
kehendak pelajarnya dan merancang sesuatu bagi memupuk keperluan dan
kehendak yang tersendiri. Di samping memupuk minat gemar membaca,
diharapkan apabila murid dapat memanfaatkan pusat sumber sekolah, mereka akan
1

dapat menjadi pelajar yang berdedikasi, berfikiran matang, berdisiplin, dan dapat
mengembangkan

bakat,

serta

kebolehan

mereka

berdasarkan

minat

dan

kecenderungan masing-masing.
3. Mewujudkan Budaya Ilmu Belajar Sekolah di mana murid-murid dapat
menuntut ilmu di sekitar kawasan sekolah yang tidak terhad selain proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah.
Pada kebiasaannya, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
lebih berfokus kepada apa yang terkandung dalam bentuk buku teks dan sukatan
pengajaran. Hal ini menyebabkan proses pembelajaran di sekolah lebih bersifat
pasif dan hanya tertumpu di dalam bilik darjah. Oleh itu, matlamat projek ini adalah
untuk mewujudkan budaya ilmu belajar sekolah yang ceria dan kondusif. Pusat
sumber sekolah membolehkan murid-murid mempunyai peluang untuk menuntut
ilmu selain proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah. Lamakelamaan, murid-murid akan mengamalkan tabiat suka membaca secara tidak
langsung. Pada masa yang sama, budaya ilmu belajar sekolah yang ceria dan
kondusif juga dapat diwujudkan dengan mudah sekali.

4. Memberi pendedahan kepada semua guru tentang pengurusan pusat sumber


Projek ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru tentang aspek
pengurusan PSS dan cara-cara yang sesuai bagi meningkatkan prestasi PSS
masing-masing ke arah kecemerlangan.

STRATEGI PELAKSANAAN:
Sebelum perancangan kertas kerja untuk program Internship, saya telah
berjumpa dengan guru pembimbing untuk mendapatkan cadangan dan idea. Beliau
telah banyak memberikan idea dan cadangan kepada saya supaya saya dapat
melaksanakan program Internship dengan lancar. Saya juga mendapatkan persetujuan
daripada guru pembimbing dan penolong kanan SK Darulaman supaya dapat
menjalankan projek mengemaskini pusat sumber sekolah ini. Mereka membenarkan izin

saya dan juga membekalkan maklumat dan bantuan kepada kami supaya projek boleh
dilaksanakan dalam tempoh masa singkat.
Selepas itu, saya pun menyediakan kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan
daripada guru pembimbing dan penolong kanan. Selepas kertas kerja disahkan, saya
mengagihkan tugasan kepada beberapa guru pelatih bagi tujuan menyempurnakan
tugas.
Pada mulanya, kami memproseskan semua bahan bacaan yang terdapat di
pusat sumber. Kami menyediakan kocek dan slip tarikh bagi setiap buku, menulis
nombor panggilan di atas setiap buku dan mengisikan kad katalog bagi setiap buku dan
melabel kod palang dan tulang buku mengikut jenis seperti fiksyen, bukan fiksyen,
agama, sains, bahasa, dan lain lain.
Kemudian, kami merekod maklumat bahan bacaan yang telah diproseskan
dalam buku rekod mengikut kad katalog yang diisi. Kami juga memperbaki bahan
bacaan yang lama. Kami membaikpulih buku-buku yang rosak atau koyak dan menjilid
bahan bacaan yang perlu.
Seterusnya, kami menyediakan senarai rak sebagai panduan untuk membantu
kami menyusun bahan bacaan secara sistematik. Kami menyusun bahan bacaan di atas
rak dengan kemas mengikut jenis.
Selepas itu, kami menceriakan pusat sumber dengan menghiaskan pusat
sumber dan menyusun meja.
Akhirnya, projek ini dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya dengan
kerjasama semua pihak.

REFLEKSI :
Kekuatan Projek/ Aktiviti:

Pertama, kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan guru pelatih berjaya
dipupuk. Untuk menyempurnakan projek ini, komunikasi antara kami dengan pihak
sekolah dan pekerja sekolah telah ditingkatkan. Dalam proses kerja, kami telah
melakukan banyak perbincangan antara satu sama lain untuk mendapatkan pandangan
dan pendapat dari pelbagai sudut. Apabila berlakunya kelainan pandangan, kami pun
mencatatkan semua pendapat yang diberikan dan duduk bersama-sama untuk
membincangkan tindakan yang seterusnya. Dalam keadaan sedemikian, kami telah
belajar cara untuk mengamalkan sikap toleransi antara satu sama lain. Dengan
wujudnya amalan ini, perbualan menjadi lebih harmoni dan komunikasi yang berkesan
berjaya diwujudkan sepanjang proses kerja. Apa yang lebih penting ialah kerjasama
antara kami dengan pihak sekolah yang erat berjaya dipupuk. Perkara-perkara di
ataslah merupakan antara faktor yang membolehkan keseluruhan perjalanan kerja
menjadi licin dan lancar.
Kedua, kekuatan yang boleh dijumpai dalam projek ini ialah penjimatan kos. Bagi
menyempurnakan projek ini, pihak sekolah tidak menjemput pekerja dari luar.
Sebaliknya, pihak sekolah telah mendapatkan persetujuan daripada pekerja sekolah
untuk bekerjasama dengan kami untuk melibatkan diri dalam projek menceriakan pusat
sumber sekolah. Keadaan sedemikian telah membolehkan pihak sekolah menjimatkan
kos upah yang banyak. Di samping itu, untuk menyempurnakan projek menceriakan
kawasan sekolah ini dan pada masa yang sama menyahut slogan pihak kerajaan untuk
mencintai alam sekitar, kami telah bertindak untuk menggunakan semua alat-alat
perhiasan yang sedia ada di sekolah. Untuk tujuan tersebut, kami menggunakan semula
kad kata-kata hikmat dan seterusnya menggunakan cara lain yang lebih kreatif dan
inovatif untuk mempamerkan kad-kad tersebut.
Ketiga, projek ini turut berjaya mewujudkan Budaya Ilmu Belajar Sekolah yang
kondusif. Pada pendapat saya, ini juga merupakan salah satu kekuatan projek ini.
Dengan erti kata lain, dengan adanya projek ini, murid-murid dapat menuntut ilmu di
sekitar kawasan sekolah yang tidak terhad selain proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di dalam bilik darjah. Sememangnya, tindakan pihak sekolah untuk mengadakan
projek ini bukan sahaja bermatlamat untuk menceriakan kawasan sekolah dengan katakata hikmat, malah apa yang lebih penting, pihak sekolah juga berharap agar muridmurid dapat menggunakan masa rehat ataupun masa lapang untuk membaca.
4

Sehubungan dengan itu, pusat sumber sekplah sekolah telah dijadikan sumber untuk
mendapatkan ilmu. Murid-murid bukan sahaja dapat menimba ilmu dalam bilik darjah,
malah mereka juga dapat mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan di luar bilik darjah.

Kelemahan Projek/ Aktiviti:


Pada pandangan saya, kelemahan pertama yang terdapat pada projek ini ialah
kekurangan alatan. Untuk menjalankan projek ini, kami diberitahu oleh guru pembimbing
bahawa semua peralatan yang diperlukan akan disediakan oleh pihak sekolah. Namun
begitu, dalam proses kerja,kami telah menghadapi masalah di mana alatan yang
disediakan oleh pihak sekolah adalah serba kekurangan. Bagi menyempurnakan kerja
menceriakan kawasan pusat sumber ini, kami telah membeli alatan seperti kad manila,
pembalut kertas, bunga hiasan, reben dan sebagainya untuk menyiapkan projek ini.
Selain itu, kami menghadapi masalah kesuntukan masa untuk menghabiskan
projek ini dalam tempoh yang dirancang. Hal ini demikian kerana kami memerlukan
masa yang panjang untuk memproseskan bahan bacaan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pertama, pihak sekolah haruslah menyediakan peralatan yang lebih lengkap
untuk memudahkan perjalanan kerja. Pada pandangan saya, pihak sekolah haruslah
mempelbagaikan peralatan kerja untuk memudahkan kerja-kerja menceriakan pusat
sumber sekolah. Bagi peralatan yang serba kekurangan, pihak sekolah haruslah
menambahkan bilangannya manakala bagi peralatan ang rosak ataupun buruk, ia
haruslah diganti dengan peralatan yang baru.
Kedua, pihak sekolah bolehlah menggalakkan para guru supaya memberikan
sumbangan dalam projek menceriakan pusat sumber sekolah ini untuk menceriakan
kawasan sekolah, penggantungan terhadap tenaga pihak atasan dan pekerja-pekerja
memanglah tidak mencukupi. Untuk mengatasi masalah ini, pihak sekolah bolehlah
5

menggalakkan para guru untuk meluangkan masa lapang supaya turut serta dalam
memberikan sumbangan bagi menjayakan projek menceriakan sekolah tersebut.
Memang tidak dapat dinafikan, penglibatan guru-guru dalam aktiviti sedemikian
mendatangkan pelbagai manfaat kepada sekolah dan juga diri mereka. Dengan erti kata
lain, sumbangan guru bukan sahaja dapat mendorong pihak sekolah untuk menjayakan
semua projek yang dicadangkan, malah penglibatan mereka juga dapat menjalin
silaturahim antara pelbagai pihak.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, projek mengemaskini dan menceriakan pusat sumber
sekolah telah berjaya diakhiri dengan tanda noktah yang sempurna sekali. Saya berasa
amat bersyukur kerana diberi peluang yang amat berharga ini oleh pihak sekolah untuk
turut memberikan sumbangan kepada sekolah sepanjang internship pada kali ini.
Memang tidak dapat dinafikan, projek sebegini amat penting dan memanglah
bermakna

kepada

sesebuah

sekolah.

Tidak

dikhuatiri,

tujuan

pihak

sekolah

menganjurkan projek ini hanyalah untuk mencapai matlamat akhir, iaitu menyediakan
iklim sekolah yang kondusif dan selesa kepada semua warga sekolah. Hal ini penting
bagi menjamin keselesaan bukan sahaja kepada para guru yang bertungkus-lumus
dalam memberikan pendidikan yang terbaik kepada murid-murid, malah pada masa
yang sama, murid-murid juga mampu memperoleh manfaatnya.
Dengan adanya suasana pusat sumber yang kondusif untuk belajar, mutu proses
P & P akan ditingkatkan secara tidak langsung. Murid-murid juga dapat memanfaatkan
diri dengan sepenuhnya dan minat membaca akan ditingkatkan. Justeru cara belajar
mereka akan berubah ke arah yang lebih berkesan dan prestasi mereka juga akan
ditingkatkan ke tahap optimum.

Anda mungkin juga menyukai