Anda di halaman 1dari 2

Reka bentuk asas logo merupakan sebuah perisai yang terbentuk dari konsep

sebentuk mata pena yang membawa maksud nilai-nilai keilmuan menjadi tunggak
kepada institusi ini.
Warna biru membawa erti kesetiaan dan kepatuhan kepada peraturan-peraturan
sekolah dan seterusnya perlembagaan negara.
Warna merah bererti berani; Berani membawa perubahan -perubahan yang
berbentuk inovasi dalam cara bekerja, bertindak dan berfikir. Merah juga membawa
maksud berani menghadapi cabaran.
Warna perak adalah warna keluli iaitu sejenis panca logam yang keras dan lasak. Ini
membawa pengertian bahawa warga SKTU 4 adalah terdiri daripada insan-insan
yang lasak dan mempunyai jati diri yang tinggi.
Warna kuning bermaksud sekolah ini berada di dalam sebuah negara yang
mempunyai konsep pemerintahan Raja Berperlembagaan.
Imej segi enam yang menggambarkan sebiji nat dan sebuah kelalang bulat
melambangkan penerapan unsur sains dan teknologi yang menjadi teras kepada
pembangunan negara.
Bulatan merah yang berada di tengah-tengah nat melambangkan era globalisasi
dan futuristik. Sebuah imej yang membentuk bulan sabit merah pada bulatan
tersebut adalah lambang kepada agama Islam, agama rasmi negara Malaysia,
sekaligus membawa maksud nilai-nilai agama dan moral tetap dijunjung seiring
dengan kemajuan sains dan teknologi.
BERDISIPLIN, BERILMU, CEMERLANG menjadi moto atau slogan sekolah ini. Disiplin
adalah syarat utama untuk melahirkan insan-insan yang berilmu. Tanpa disiplin,

segala usaha akan menjadi sia-sia walau dalam apa jua bidang sekalipun. Insan
yang berilmu dan berdisiplin akan cemerlang dalam hidup

lagu Sekolah
MAJULAH SKTU 4
Berdisiplin prinsip pegangan :.. Berilmu asas kejayaannya :.. Cemerlang menyinar
gemilang :.. Sentiasa selangkah dihadapan :..
Kami berganding tangan bersatu :.. Menjana pendidikan bermutu :.. Sentiasa
mencari ilmu :.. Syukurlah kami sentiasa maju :..
Kami adalah warga wawasan :.. Sama mengibar Jalur Gemilang :.. Kami pemimpin
masa hadapan :.. Berdisiplin berilmu sentiasa cemerlang :..
Berdisiplin Berilmu Cemerlang :.. Itulah cogan kata kami :.. Sepakat berusaha sama
berjaya :.. Maju sekolah maju negara :..
Berdisiplin Berilmu Cemerlang :..
Majulah SKTU 4
Majulah SKTU 4

Anda mungkin juga menyukai