Anda di halaman 1dari 2

Selamat pagi saya ucapkan kepada guru mata pelajaran Bahasa Malaysia,

Cikgu Suhana dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini saya hendak
menyampaikan lisan saya yang bertajuk penderaan kanak-kanak.
Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut, izinkan saya untuk
menerangkan sedikit tentang tajuk ini. Penderaan kanak-kanak
sememangnya tidak asing kepada pengetahuan kita. Terdapat banyak keskes penderaan berlaku yang berkaitan dengan penderaan kanak-kanak.
Statistik daripada Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan
Masyarakat Malaysia yang diperolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
dari setiap negeri menunjukkan bahawa terdapat kurang lebih 2000 kes
penderaan kanak-kanak dilaporkan pada setiap tahun. Penderaan kanakkanak terbahagi kepada empat kategori
Kategori yang pertama adalah penderaan kanak-kanak melalui hubungan
fizikal. Ini termasuklah memukul kanak-kanak tersebut dan melakukan
aktiviti-aktiviti fizikal terhadap kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan
kecederaan terhadap kanak-kanak tersebut. Penderaan fizikal terhadap
kanak-kanak dapat dilihat dengan jelas seperti lebam-lebam, luka dan lainlain jenis kecederaan fizikal pada badan kanak-kanak tersebut.
Kategori yang kedua adalah penderaan seksual terhadap kanak-kanak. Pada
tahun 2001-2003, penderaan seksual merupakan kes penderaan kanak-kanak
yang tinggi dimana ianya meliputi 30% daripada semua kategori penderaan
kanak-kanak. Penderaan seksual termasuklah kes meraba kanak-kanak atau
merogol. Terdapat juga kes-kes dimana kanak-kanak dijual kepada organisasi
jenayah tertentu dan dijadikan pelacur oleh organisasi tersebut.
Kategori yang ketiga adalah penderaan emosi. Penderaan emosi terhadap
kanak-kanak termasuklah tidak mempedulikan kanak-kanak tersebut, kurang
memberi kasih saying terhadap kanak-kanak tersebut, kurang memberikan
kata-kata pujian untuk memotivasikan kanak-kanak dan sebagainya.
Kesannya adalah kanak-kanak ini akan membesar dengan emosi yang tidak
stabil dan penuh kecelaruan. Oleh itu, kanak-kanak perlu dididik dengan
penuh kesabaran
Kategori yang terakhir adalah penderaan melalui mengabaikan kanak-kanak
tersebut. Penderaan sebegini termasuk tidak mengambil tahu hal-hal
kebajikan kanak-kanak seperti keperluan makanan dan minuman dan
keperluan-keperluan yang lain. Ada juga kes-kes pengabaian kanak-kanak
dimana sebuah pasang suami isteri yang berkahwin terlalu sibuk melayari
internet bersama-sama sehingga bayi yang baru dilahirkan tersebut tidak
diberi susu dan dibiarkan begitu selama beberapa hari lamanya.
Banyak-banyak kes penderaan sebegitu, terdapat juga beberapa cara-cara
untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak. Antaranya adalah

ibubapa perlulah meluangkan lebih masa dengan lebih kanak-kanak agar


hubungan kekeluargaan menjadi rapat. Contohnya, ibubapa boleh bersiar-siar
dengan anak-anak mereka, bersenam bersama-sama dengan anak dan lain
lain Selain itu, ibubapa harus sedar bahawa mereka tidak sepatutnya
membawa tekanan daripada tempat kerja dan melepaskan tekanan tersebut
terhadap kanak-kanak mereka.Di samping itu, pihak-pihak tertentu seperti
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bolehlah
menganjurkan kempen-kempen kesedaran dan program-program anti
penderaan kanak-kanak. Kerajaan juga boleh menyebarkan kesedaran
tentang kesan negative penderaan kanak-kanak melalui media massa seperti
surat khabar, iklan televisyen dan melalui radio.
Kesimpulannya, setiap kanak-kanak adalah penting untuk negara. Merekalah
pewaris-pewaris untuk masa hadapan Negara dan kanak-kanak haruslah
dijaga dan dididik dengan baik oleh ibubapa agar dapat menjadi insan yang
berguna terhadap masyarakat pada masa hadapan kelak. Sekian terima
kasih.