Anda di halaman 1dari 4

GANDAKAN AMALAN DI AKHIR RAMADHAN

AlhamdulillahHari ini kita masih lagi dapat


mengecapi dan menikmati pelbagai nikmat
yang Allah kurniakan kepada kita. Antaranya
ialah nikmat Islam, Iman, Akidah yang
benar, kelapangan waktu, kesihatan tubuh
badan, ketenangan jiwa, kebahagian rumah
tangga, ilmu dan sebagainya. Hari dan
minggu berlalu begitu cepat, tanpa disedari
kini kita sudah pun berada di sepuluh terakhir
Ramadhan. Maka tempoh terakhir ini adalah
masa bernilai dan berharga yang perlu direbut
oleh kita semua bagi mereka yang beriman dan
bertakwa kepada Allah SWT.

Allah SWT telah menganugerahkan kepada


hamba-Nya di dalam bulan Ramadhan satu
malam yang dinamakan Lailatul Qadar. Pahala
beribadat pada malam itu menyamai pahala
seribu bulan. Malam itu juga malam yang paling
istimewa dalam kehidupan manusia dan malam
yang terbaik bagi umat Islam kerana diturunkan
al-Quran al-Karim.
Pada malam itu juga turunnya Malaikat
memenuhi bumi ini. Dan Malaikat turun bersamasama turunnya berkat dan rahmat Allah yang
dikhaskan untuk malam itu. ditetapkan umur,
rezeki dan ajal manusia.

Lailatul Qadar adalah malam yang amat


ditunggu-tunggu
oleh
mereka
yang
menginginkannya kerana ia hanya berlaku pada
satu malam sahaja sepanjang tahun. Lailatul alQadar mempunyai kelebihan yang begitu besar,
maka seharusnya kita berusaha dan tidak
mensia-siakan peluang malam yang dijanjikan itu.
Bagi orang yang beriman mereka berazam
mencari peluang yang disediakan dengan
berlumba-lumba untuk bangun di malam yang
hening
dengan
penuh
keimanan
dan
mengharapkan
pahala
dari
Allah
SWT
sepertimana sabda Rasulullah SAW :
Maksudnya: Carilah Lailatul Qadar pada malammalam ganjil pada sepuluh hari yang terakhir
pada bulan Ramadhan. (Riwayat al-Bukhari)
Rasulullah SAW apabila berada pada 10
malam yang terakhir beliau menghidupkan
malam-malam tersebut dengan melakukan ibadat
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Saidatina
Aisyah RA katanya: Sesungguhnya Nabi SAW.
apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda
mengikat kainnya.Menghidupkan malam dengan
beribadah dan membangunkan keluarganya
untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya
bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan
ibadah.
Antara amal soleh dan kebajikan yang
dituntut pada 10 terakhir ramadhan adalah
seperti beriktikaf di masjid-masjid, bertadarus al-

Quran,
memperbanyakkan
zikir-zikir,
memperbanyakkan solat-solat sunat, menghadiri
kuliah dan takzirah Ramadhan. Satu lagi perkara
kita dituntut melakukan
ialah bersedekah
samada kepada fakir miskin, anak yatim dan
sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.
Untuk murid-murid tahun 6 yang bakal
menduduki UPSR tidak lama lagi, rebutlah
peluang ini untuk berdoalah dan memohon
pertolongan daripada Allah s.w.t agar diberikan
kelebihan dan dipermudahkan segala urusan
untuk
menduduki
peperiksaan
UPSR
dan
seterusnya memperoleh kejayaan dan keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.
Sebagai kesimpulan, marilah sama-sama kita
merebut peluang keemasan yang diberi oleh
Allah SWT pada fasa yang terakhir ini. Mudahmudahan Ramadhan yang kita tempuhi tahun ini
akan menjadi titik perubahan dalam diri kita
untuk menjadi insan yang bertakwa dan diredhai
Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Berkorbanlah dengan masa, tenaga dan segalagalanya untuk mencari malam Lailatul Qadar kerana di
malam ini Allah menjanjikan ganjaran yang teramat
besar di samping doa-doa yang akan dimakbulkan-Nya.
Beri'tikaflah, bangunlah dan persembahkanlah rintihan,
harapan dan taubat kerana malam itu hanya berlaku
sekali dalam setahun

Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari


di mana Allah memadam nama-nama manusia yang
akan dimasukkan ke dalam neraka. Na'uzubillah... Oleh
itu perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar
kepada Allah, sesalilah segala dosa-dosa yang
dilakukan, dan berazamlah untuk tidak melakukannya
lagi kerana sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti
permohonan ampun dari hamba-Nya

Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka


puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah
kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajabnya
doa

Perbanyakkan lagi amalan-amalan membaca AlQuran, bersedekah, sembahyang sunat dan segala
perkara kebaikan kerana ingatlah hanya amalan sahaja
yang akan menemani kita di saat kita berseorangan di
alam barzakh.

Sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh pasti


kejayaan akan menjadi milik kita. Allah SWT akan
menolong hamba-hambanya yang berusaha
bersungguh-sungguh dan sentiasa berdoa kepada-Nya.

Anda mungkin juga menyukai