Anda di halaman 1dari 16

BAB

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Air merupakan keperluan asas kepada semua kehidupan. Secara fizikalnya air
merupakan sebatian tanpa warna, baud an rasa. Struktur air tersendiri daripada dua
atom hidrogen dan satu atom oksigen dengan formula kimia

. Air adalah sumber

semulajadi anugerah Tuhan yang meliputi hampir 70% daripada muka bumi ini. Dari
keseluruhan air yang didapati di muka bumi ini, hanya 3% sahaja merupakan air
tawar manakala selebihnya 97% adalah air masin. Dari jumlah air tawar ini, lebih

kurang 2.997% membentuk ais dan glasier di kutub ataupun terletak di bawah bumi
yang sukar atau tidak ekonomi untuk dikeluarkan (Miller, 1995).
Pencemaran air pula bermaksud kehadiran atau penambahan sesuatu bahan
semulajadi atau bukan semulajadi ke dalam persekitaran akuatik sehingga
merosakkkan sebahagian atau keseluruhan ekosistem air. Empat aktiviti utama di
Malaysia, iaitu industri pembuatan, industri berasaskan pertanian, ternakan haiwan
dan kumbahan dikenalpasti sebagai punca pencemaran air yang ketara. Pencemaran
bertindakbalas dengan berbagai-bagai cara apabila dicampurkan ke dalam
kandungan air. Pencemaran air air meninggikan kos mengolah air, menamatkan
sumber pencarian nelayan dan menjadikan sungai tidak sesuai untuk kegunaan
rekreasi (N.Fuaad, 1990).

1.2

Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memenuhi kepentingan tertentu


terutamanya untuk mengetahui status kualiti air di Sungai Jarak, Pulau Pinang
berdasarkan kepekatan parameter yang dianalisis. Selain itu, kajian ini juga dapat
member kepentingan dari segi perolehan input baru mengenai kesesuaian air sungai
tersebut untuk tujuan penggunaan tertentu. Dari nialai kepekatan parameter yang
dikaji, kepekatan bahan pencemaran yang wujud dapat dikenalpasti dengan jelas dan
maklumat ini dapat membantu untuk mengetahui kualiti air Sungai Jarak yang
digunakan ini samada selamat atau tidak.

1.3

Penyataan Masalah

Sungai merupakan salah satu daripada sumber air yang terdapat di atas muka
bumi ini. Kawasan sungai sesuai dijadikan tempat untuk berekreasi, beriadah atau
beristirahat pada waktu-waktu tertentu. Keindahan dan ketenangan di kawasan
sungai dapat memberi keselesaan kepada setiap pengunjung yang hadir. Selain itu,
sungai juga menjadi tarikan pengunjung untuk memancing ikan. Sepertimana sedia
maklum, sungai sememangnya adalah habitat untuk hidupan laut terutamanya ikan.
Akan tetapi, keindahan dan ketenangan serta habitat di sungai ini tidak akan kekal
sekiranya sungai ini tercemar. Sekiranya sungai ini tercemar, kawasan ini tidak lagi
sesuai untuk dijadikan kawasan rekreasi mahupun kawasan untuk aktiviti
memancing. Sehubungan dengan itu, kami ingin mengkaji tahap kualiti air di Sungai
Jarak berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA) standard Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Malaysia.

1.4

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah:


i.

Menentukan kepekatan beberapa parameter seperti nilai pH, Permintaan


Oksigen Biokimia (BOD), Permintaan Oksigen Kimia (COD), Ammonia

Nitrogen (AN), Jumlah Pepejal Terampai (TSS) dan Oksigen Terlarut (DO)
bagi Sungai Jarak.
ii.

Mengkelaskan kualiti air bagi Sungai Jarak berdasarkan Indeks Kualiti Air
(IKA) mengikut standard Jabatan Alam Sekitar (JAS).

1.5

Skop Kajian

Kajian ini hanya tertumpu pada kawasan Sungai Jarak. Kami telah memilih
tiga stesen di kawasan sungai tersebut bagi tujuan pengambilan sampel. Stesen ini
dipilih mengikut kesesuaian selepas kami melaksanakan lawatan tapak di lokasi
sungai berkenaan. Rajah 1.1 menunjukkan tiga stesen yang telah dipilih.

Rajah 1.1: Stesen Pengambilan Sampel

Sumber: Here Maps


Antara parameter yang akan dianalisis bagi menentukan kualiti air Sungai
Jarak ialah nilai pH, Permintaan Oksigen Biokimia (BOD), Permintaan Oksigen
Kimia (COD), Ammonia Nitrogen (AN), Jumlah Pepejal Terampai (TSS) dan
Oksigen Terlarut (DO). Parameter yang dipilih adalah berdasarkan parameter yang
terdapat dalam Indeks Kualiti Air (IKA) standard Jabatan Alam Sekitar (JAS).

BAB

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pendahuluan

Proses pembangunan yang pesat mengakibatkan gangguan terhadap alam


sekitar termasuklah pencemaran air sungai. Pencemaran air sungai yang berlaku
memberikan kesan negatif terhadap persekitaran akuatik seperti gangguan rantai
makanan organism akuatik, kemerosotan kualiti air serta kesan jangka panjang
dalam kehidupan manusia. Kualiti air yang bersih merupakan aset penting dalam
seluruh kehidupan manusia. Apabila bahan-bahan pencemar telah memasuki sungai,
maka kualiti air sungai turut merosot. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita bersama

sebagai warganegara Malaysia menjaga dan mengekalkan keindahan alam


semulajadi ciptaan Tuhan (Fatimah Mohd Yusof, 1996).

Umumnya, ekosistem sungai terdiri daripada dua komponen utama iaitu


elemen bukan biologi dan elemen biologi. Elemen bukan biologi adalah seperti air,
udara, tanah, batu, batu kerikil, pasir dan lumpur. Selain itu, ia terdiri daripada
bahan-bahan yang digunakan untuk metabolism sel seperti cahaya matahari, mineral
dan bahan-bahan organik lain. Manakala elemen biologi pula terdiri daripada
tumbuh-tumbuhan, organism akuatik seperti ikan, alga serta mikroorganisma yang
bertindak menguraikan organism-organisma yang telah mati (Nemerow, 1991).

Walaubagaimanapun, ekosistem daripada aspek biologi terdiri daripada


hidupan akuatik di dalam sungai serta interaksi antara tumbuh-tumbuhan dan
haiwan-haiwan lain di sepanjang koridor sungai turut mempengaruhi ekosistem
sungai. Kesemua komponen ini membentuk suatu sistem ekologi, biologi kimia serta
sifat fizikal sungai yang saling berhubung kait dan saling bergantung antara satu
sama lain. Namun, kemasukan bahan-bahan pencemaran yang berlebihan pada
komposisi yang tinggi akan merosakkan kebolehan semulajadi sungai tersebut
(Manuel, 2002).

2.2

Pencemaran Sungai

Pencemaran ertinya apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung


kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif pada mana-mana
bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan
buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah serta menyebabkan suatu
keadaan yang merbahaya atau mungkin merbahaya kepada kesihatan, keselamatan,
kebajikan awam atau kepada binatang, burung, hidupan-hidupan liar, ikan serta
hidup-hidupan dalam air atau kepada tumbuh-tumbuhan dan menyebabkan suatu
pelanggaran terhadap apa-apa syarat, had atau sekatan yang dikenakan ke atas
sesuatu lessen yang dikeluarkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974
(Fatimah Mohd Yusof, 1996).

Pencemaran ertinya sesuatu benda samada cecair, pepejal atau gas yang
secara langsung atau secara tidak langsung:
i.

Mengubah kualiti sesuatu segmen atau unsur alam sekeliling yang


menerimanya hingga menjejas sesuatu kegunaan berfaedah.

ii.

Merbahaya atau mungkin merbahaya kepada kesihatan.

iii.

Air dikatakan tercemar apabila ia tidak sesuai untuk hidupan akuatik dan
kegunaan.

Punca utama pencemaran di Malaysia adalah seperti pembuangan sampah


dan sisa-sisa ternakan ke dalam sungai. Contohnya, pada tahun 1984 Sungai
Semenyih dicemari dengan sisa khinzir dari ladang berdekatan (Haliza Abd.
Rahman, 1998).

Pencemaran sungai merupakan satu isu yang amat memerlukan perhatian dari
pelbagai pihak. Oleh itu, sungai dikategorikan kepada lima kelas. Ini ditunjukkan di
dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Jenis Kelas Air Sungai

JENIS KELAS

HURAIAN

Kelas 1

Airnya boleh terus diminum tanpa rawatan.

Kelas 2

Airnya memerlukan rawatan biasa.

Kelas 3

Airnya nampak bersih dan tidak berbau tetapi tercemar.

Kelas 4

Airnya tercemar.

Kelas 5

Airnya sangat tercemar dan hampir mati.

Sumber: Jabatan Alam Sekitar, 2012

2.3

Parameter-parameter Kualiti Air

Parameter-parameter kimia kualiti air bagi kajian penilaian tahap pencemaran


di Sungai Jarak, Pulau Pinang melibatkan pengukuran kandungan Oksigen Terlarut
(DO), Permintaan Oksigen Biokimia (BOD), Permintaan Oksigen Kimia (COD),
Ammonia Nitrogen (AN), Jumlah Pepejal Terampai (TSS) dan Nilai pH.

2.3.1

Oksigen Terlarut

Oksigen merupakan unsur terpenting dalam kehidupan dan pengawalan


kualiti air. Walaupun oksigen mempunyai kadar keterlarutan air yang rendah, namun
ia tetap menjadi aset yang amat penting bagi hidupan dan tumbuhan akuatik. Bagi
hidupan akuatik, DO diperlukan dalam proses metabolisme sel untuk meneruskan
kehidupan di dalam air. Oleh itu, kandungan DO perlulah tinggi agar sistem ekologi
air tidak terganggu. Kadar kandungan DO adalah berbeza-beza di sepanjang sungai.
Bahagian hulu sungai yang mempunyai aliran arus air deras secara umumnya
mempunyai kandungan DO yang tinggi. Manakala aliran arus air yang agak tenang
di bahagian tengah dan hilir sungai mempunyai kandungan DO yang rendah. Selain
itu, kandungan DO adalah berkadar sonsang dengan kandungan BOD. Fenomena ini
menunjukkan bahawa kawasan sungai yang mempunyai nilai DO yang rendah
dengan nilai BOD yang tinggi dikategorikan sebagai mengalami pencemaran
(Corbitt, 1999).

2.3.2

Permintaan Oksigen Biokimia

Permintaan Oksigen Biokimia (BOD) ditakrifkan sebagai kuantiti oksigen


terlarut yang digunakan oleh intergrasi populasi mikroorganisma untuk menguraikan
sebatian organik yang terdapat dalam sampel air secara aerobik dalam jangkamasa
dan suhu yang tertentu. Nilai BOD yang tinggi menunjukkan bahawa kandungan DO
di dalam air adalah rendah dan kehadiran bahan tak organik yang banyak di dalam
air adalah rendah serta kehadiran bahan tak organik yang banyak di dalam air sungai
tersebut. Sekiranya fenomena ini berlaku, sungai berkenaan dikategorikan sebagai
sungai yang mengalami pencemaran. Penyelidik mendapati parameter BOD
merupakan petunjuk paling penting dalam mengenalpasti tahap pencemaran bahan
tak organik yang disebabkan oleh bahan sisa buangan industri, domestik dan
pertanian. Peningkatan bahan tak organik di dalam aliran air sungai akan
meningkatkan lagi kandungan BOD dalam sungai. Didapati bahawa kadar
pencemaran meningkat sekiranya kandungan BOD di dalam sungai tersebut tinggi.
Tahap kepekatan BOD piawai yang dibenarkan dalam aliran arus sungai mengikut
Standard A dan Standard B masing-masing adalah 20 mg/L dan 50 mg/L (JAS,
2000).

2.3.3

Permintaan Oksigen Kimia

Parameter Permintaan Oksigen Kimia (COD) merupakan parameter bagi


mengukur tahap pencemaran air sungai berdasarkan ciri-ciri kimia. Secara teorinya,

COD ditakrifkan sebagai kuantiti oksigen terlarut yang diperlukan bagi


pengoksidaan sempurna sebatian organik secara kimia di dalam sampel air kepada
karbon dioksida dan air. Kajian terdahulu mendapati kandungan kepekatan COD
yang rendah dikesan di persekitaran sungai yang tidak tercemar, manakala kepekatan
COD yang tinggi dikesan di persekitaran sungai yang menerima bahan pencemar dan
pelepasan efluen yang tinggi. Tahap kepekatan COD piawai yang dibenarkan dalam
aliran arus sungai mengikut Standard A dan Standard B masing-masing adalah 50
mg/L dan 100 mg/L (JAS, 2000).

2.3.4

Ammonia Nitrogen

Ammonia Nitrogen (AN) terdiri daripada nitrogen organik, gas nitrogen,


ammonia, nitrit dan nitrat. Kebiasaannya, nitrogen organik wujud dalam organisma
hidup, manakala nitrogen tak organic pula wujud dalam bentuk ammonia. Sebatian
nitrat pula dihasilkan oleh tumbuhan akuatik yang menjalankan proses fotosintesis.
Kandungan AN yang tinggi di dalam air menunjukkan sungai tersebut mengalami
pencemaran yang disebabkan oleh bahan sisa penternakkan, pertanian dan kumbahan
domestic (Gregory, 1998).

2.3.5

Pepejal Terampai

Pepejal Terampai (SS) berpunca daripada bahan organik dan bahan tak
organik yang memasuki sungai. Penyelidik terdahulu mendapati pepejal terampai
organik boleh menghasilkan bau yang busuk, beracun dan merbahaya serta tidak
mudah mendap disebabkan oleh saiz zarah yang terlalu halus. Kajian literatur
mendapati semakin tinggi kandungan SS di dalam sungai, maka semakin tinggi tahap
pencemaran sungai berkenaan. Tahap kepekatan SS piawai yang dibenarkan dalam
aliran arus sungai mengikut Standard A dan Standard B masing-masing adalah 50
mg/L dan 100 mg/L (JAS, 2000).

2.3.6

Nilai pH

pH sesuatu cecair merupakan kepekatan ion hidrogen yang wujud di dalam


cecair tersebut. Oleh itu, sifat keasidan dan kealkalian suatu sampel air sungai adalah
berdasarkan kepada kandungan kepekatan ion hidrogen di dalam sungai berkenaan.
Para penyelidik mendapati keasidan dan kealkalian air sungai adalah dipengaruhi
oleh kehadiran garam mineral seperti klorida, sulfat, nitrat dan fosfat. Ujian pH
dijalankan untuk menentukan sama ada sungai berada dalam keadaan berasid atau
beralkali. Nilai pH bagi keadaan berasid adalah kurang daripada nilai 7, manakala
nilai pH bagi keadaan beralkali pula adalah melebihi daripada nilai 7. Nilai pH 7
menunjukkan keadaan air sungai adalah neutral iaitu tidak berasid dan tidak
beralkali. Nilai pH di antara 6.5 hingga 8.4 adalah habitat atau keadaan yang paling

sesuai bagi pelbagai jenis ikan dan organisma akuatik. Nilai pH piawai yang
dibenarkan dalam aliran arus sungai mengikut Standard A dan Standard B adalah di
antara pH 6.0 hingga 9.0 (JAS, 2000).

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Bab ini menerangkan mengenai kaedah atau teknik yang akan digunakan
sepanjang kajian yang berlandaskan kepada objektif dan skop kajian yang telah
dinyatakan. Bagi mencapai kajian yang dijalankan, beberapa kaedah akan digunakan
iaitu kaedah pengumpulan data atau kaedah literatur, lawatan tapak dan
melaksanakan ujikaji serta membuat analisa terhadap data yang diperolehi selama
kajian dibuat. Dengan kaedah ini, kajian yang dijalankan akan lebih sempurna dan
tersusun supaya ianya selaras dengan matlamat dan objektif kajian yang dibuat.

Olehe itu, pencarian maklumat dan data akan menjadi lebih mudah sekiranya
mengetahui kaedah bagi perlaksanaan kajian. Kaedah ini akan digunakan untuk
mendapatkan seberapa banyak data yang diperlukan untuk melengkapkan kajian ini.
Untuk menyiapkan objektif kajian segala langkah dibuat secara berperingkat supaya
perjalanan projek dapat disiapkan dengan lancer.

Anda mungkin juga menyukai