Anda di halaman 1dari 21

1.

KONSEP KEBUDAYAAN MELAYU DARI SUDUT POLITIK


Pendahuluan
Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah masyarakat yang terbesar bilangannya di
rantau Nusantara ini. Hal ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas lagi terutamanya di bumi
Malaysia. Kewujudan masyarakat Melayu telah bermula sejak sebelum terbinanya empayar
Kesultanan Melayu Melaka lagi kira-kira 500 tahun yang lalu. Ketika ini boleh dikatakan
bahawa masyarakat Melayu adalah antara masyarakat yang tinggi ketamadunannya
kerana

dengan

wujudnya

empayar pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka,

Semenanjung Tanah Melayu terutamanya di negeri Melaka telah menjalankan kegiatan


perdagangan dengan pedagang-pedagang dari luar negara terutamanya dari Arab, Parsi,
India, China dan lain-lain lagi.
Konsep dan Definisi Budaya
Pengertian budaya secara umum difahami sebagai keseluruhan cara hidup anggota-anggota
masyarakat, yang meliputi berbagai-bagai aspek kehidupan itu, seperti peralatan, teknologi,
pemikiran, nilai, world-view dan sebagainya. Itu juga boleh diteliti dari segi budaya material
dan budaya bukan material. Setiap masyarakat mempunyai budayanya dan budaya itu
dengan jelas menyatakan identiti bagi masyarakat itu. Budaya itu menyatakan secara
simbolik bagi sesuatu masyarakat itu, iaitu segala perlakuan dan penghasilan budaya itu
dapat difahami oleh masyarakat yang mendokong budaya itu.
Budaya juga dapat membezakan sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Budaya
sesuatu masyarakat dapat menentukan keperibadian kebangsaan sesebuah negara. Di
Malaysia, budaya Melayu dipersetujui sebagai teras kebudayaan kebangsaan, namun unsurunsur budaya kaum lain seperti Cina dan India turut diambil kira. Secara amnya terdapat
beberapa pendapat atau definisi mengenai budaya yang berbeza-beza mengikut pengkaji.
Akan tetapi maksud budaya yang dikemukakan oleh mereka membawa konotasi yang sama
atau serupa maknanya.
Kata budaya itu berasal daripada cantuman bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu iaitu;

Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal. Ini bermaksud budaya itu adalah
kecergasan akal fikiran seseorang yang akan menentukan tahap pemikiran mereka
dalam menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya mencari jalan penyelesaian
kepada permasalahan tersebut.

Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh Kata daya di sini memberi
maksud bahawa sesorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga
dan pengaruh yang semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka. Hasil
gabungan kedua-dua kata atau perkataan ini menjelaskan maksud bahawa
budaya

merupakan

kebolehan

seseorang

individu menggunakan

kekuatan,

tenaga dan akal fikiran bagi ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi
menyelesaikan

permasalahan

permasalahan tersebut.

dan

seterusnya

Penyelesaian tersebut

berupaya

menyelesaikan

pula boleh diterima semua ahli

masyarakat dan seterusnya menjadi amalan bersama. Amalan yang yang terima ini
seterusnya dijadikan budaya dalam kehidupan mereka.
Menurut Kamus Dewan (2005), budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal budi
(cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara
hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi
ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Mohd Taib Osman (1988) ada membuat tafsiran mengenai

budaya.

Menurut beliau,

budaya memperlihatkan satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang


mampu memenuhi kehendak biologidan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya
dengan

keadaan

sekeliling.

Melalui

himpunan

daya intelektual tersebut masyarakat

membentuk nilai yang dapat diterima bersama.


Manakala Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi
merupakan alat penghasilan

karya

seni,

rasa,

dan

bersepakat
penciptaan

bahawa budaya
dalam

sesebuah

masyarakat. Penghasilan karya atau kesenian tersebut dipersembahkan dalam pelbagai


bentuk yang akan menjadi asas kebudayaan masyarakat.
Kesimpulan yang boleh dibuat mengenai budaya adalah, budaya dari aspek bahasa
adalah cara hidup yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat pada masa kini. Dari
aspek istilah pula,
kebanyakkan

orang

budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan


termasuk

pemikiran,

nilai

oleh

kepercayaan, pandangan dan tabiat

sesorang dalam menghadapi sesuatu perkara atau situasi. Budaya juga boleh dikaitkan
dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya. Budaya
merupakan warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang
boleh diwarisi. Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah
laku mereka.

Ciri-ciri Budaya
Masyarakat mempunyai budayanya yang tersendiri.

Budaya yang menjadi amalan

masyarakatnya melambangkan keperibadian, identiti, dan jati diri masyarakat tersebut.


Sikap, amalan, dan penerimaan masyarakat terhadap budayanya dapat menjelaskan budaya
masyakat tersebut. Antara ciri budaya masyarakat adalah seperti yang berikut:
i.

Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna
bahawa budaya Melayu, Cina dan India yang diamalkan hari ini adalah lanjutan

daripada budaya terdahulu.


Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga
diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini
adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.

ii.

Dipelajari

Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari


Bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa
faktor iaitu:
Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan

dan sebagainya.
Nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.
Umur seseorang.
Tahap pendidikan
Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

iii. Perkongsian

Budaya itu dikongsi oleh manusia iaitu setiap perlakuan itu diramal dan didokong

oleh sekumpulan manusia.


Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat menggemarinya.
Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka

dalam kehidupan seharian..


Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam
budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa
perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan
masyarakat.

iv.
Kesejagatan
Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia.

Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan.


budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam,
pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:
peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
sistem sosial.
bahasa.
kesenian.
sistem pengetahuan.
agama dan kepercayaan.

v.

Berubah

Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya tidak mengalami perubahan.
Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.

Rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia.


Perubahan budaya bukan kebendaan dilihat dengan jelas seperti perubahan
sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya

vi.

kebendaan lebih cepat berubah.


Perubahan ini disebabkan beberapa faktor, antaranya:
pertambahan bilangan anggota masyarakat.
pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
penemuan dan penciptaan teknologi baru.
pertembungan budaya.
konflik yang berlaku.
perubahan alam sekitar.
Pandangan Semesta

Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap

keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian.


Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat

dengan alam sekitarnya.


Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti
simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing), ukuran

(sehasta, sepelaung),

tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.


Gambaran Kebudayaan Melayu dalam Institusi Politik
1.0

Politik Masyarakat Melayu

Politik ialah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun
perkataan ini biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga
boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Kebanyakan proses politik
membentuk hierarki dominan (dominance hierarchies). Politik manusia awal berbentuk
kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes ) dan
berkembang menjadi kerajaan.

Budaya politik pula dikaitkan dengan kewujudan rantaian sikap, tingkah laku, kepercayaan
dan emosi yang mencorakkan aktiviti politik dalam setiap anggota sesuatu kelompok. Pada
dasarnya, budaya politik mengandungi satu kepercayaan yang boleh menggambarkan dan
nilai yang boleh menjelaskan situasi tindakan politik. Menurut Ahmad Nizamuddin (2002),
budaya politik merangkumi perlakuan, tingkah laku, penglibatan, persepsi, kepercayaan,
jangkaan dan harapan anggota masyarakat di dalam lingkungan politik masyarakatnya.
Perkembangan budaya politik dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia yang
menunjukkan betapa masyarakat telah berubah dari sifat feudal kepada era penyesuaian
kepada demokrasi moden dan kemudiannya melahirkan budaya neo-feudal dan menuju
kearah yang lebih sivil.
1.1 Pemerintahan Beraja
Pemerintahan beraja merupakan sistem politik Melayu yang bermula daripada zaman
Kerajaan Melaka. Pemerintahan beraja bermula daripada pengaruh Kerajaan Sriwijijaya,
iaitu Sistem Beraja Mutlak serta Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat
Lipatan pula terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan
Laksamana. Sistem ini kekal turun- temurun hingga kini. Hal ini demikian dibuktikan dengan
kenyataan A.Aziz Deraman yang berbunyi:
Sistem pemerintahan beraja alam Melayu juga unik. Sistem pemerintahan beraja ini
berasakan prinsip kedaulatan yang menjadi warisan budaya yang secara positif menjadi
simbol maruah negara.
Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah telah memberi gambaran serta menjelaskan sistem
politik dan sosio-ekonomi masyarakat Melayu sebelum kedatangan kolonial ke Tanah
Melayu. Ketika itu, masyarakat Melayu terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang
memerintah

dan golongan yang diperintah. Golongan yang memerintah terdiri daripada

golongan istana dan bangsawan. Manakala golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat
jelata.
Golongan yang memerintah ini dianggap sebagai manusia yang tinggi status dan
martabatnya. Ketika masyarakat Melayu masih beragama Hindu-Buddha, golongan
bangsawan dianggap sebagai jelmaan dewa atau keturunan dewa. Sesiapa sahaja yang
terpilih menjadi pemimpin utama dalam sesuatu kelompok masyarakat akan dianggap
sebagai manusia yang suci, mulia dan bebas dari dosa (Shaharuddin 1988). Oleh yang
demikian, orang Melayu percaya bahawa pemimpin mereka mempunyai pelbagai sifat yang
sangat istimewa serta kuasa dalam bentuk daulat yang tidak boleh ditentang oleh sesiapa.

Selepas kedatangan Islam, tanggapan mereka terhadap golongan pemerintah ini masih tidak
berubah. Raja yang awalnya dianggap sebagai jelmaan dewa dikaitkan pula bahawa raja
Melayu mempunyai pertalian daripada keterunan Iskandar Zulkarnaian.
Raja diterima sebagai ketua agama Islam di dalam masyarakatnya serta di panggil dengan
gelaran Sultan. Gelaran Sultan telah memperkukuhkan konsep daulat iaitu sesiapa yang
menderhaka kepada Sultan adalah suatu kesalahan yang besar. Ini kerana perbuatan itu
akan mendatangkan tulah kepada setiap penderhaka, iaitu sesuatu bentuk pembalasan
daripada kuasa ghaib akibat kemungkaran raja yang diderhakainya (Haron Daud 1993).
Oleh itu budaya politik Melayu tradisional adalah bersandarkan kepada agrarian, patronclient, pasif, non-political, setia, sensitif dengan darjat dan daulat pemimpin (raja/Sultan) dan
struktur politiknya submissive (kepatuhan kepada pemimpin).
Di dalam masyarakat Melayu dahulu juga, pemimpin politik biasanya terdiri daripada mereka
yang berketurunan bangsawan dan bukannya daripada orang bawahan atau rakyat biasa.
Namun terdapat juga di antara pemimpin politik dilantik dan dipilih berdasarkan kepada jasa
dan pengorbanan kepada kerajaan dan juga mungkin melalui perkahwinan (Mahadzir 1989).
Hang Tuah lima bersaudara contohnya adalah di kalangan rakyat biasa yang dilantik menjadi
pembesar di atas jasa dan pengorbanan menyelamatkan Bendahara Melaka dari serangan
orang mengamuk. Watak Hang Tuah adalah aplikasi atau cermin budaya politik Melayu yang
berasaskan kepada konsep kesetiaan dan ketaatan.

1.2 Sistem Demokrasi


Sebelum kedatangan kolonial, bentuk politik di Tanah Melayu adalah bersifat tradisionalisme
dan bercirikan feudal. Orang Melayu beranggapan bahawa Sultan merupakan pemimpin
mereka yang unggul.

Mereka percaya bahawa Sultan berusaha untuk

menegakkan

keadilan dengan bersandarkan kedudukan baginda yang dianggap sebagai wakil Allah yang
diharapkan untuk menjaga kebajikan, kehormatan dan keselamatan rakyatnya
Namun, kedatangan kolonial telah mengubah sistem politik Melayu kini pula kepada
demokrasi dan telah mewujudkan beberapa ideologi politik yang mula menghakis sistem
beraja di Tanah Melayu. Dengan munculnya beberapa ideologi ini maka satu anjakan baru

dalam sistem dan budaya politik Melayu mula berkembang. Ideologi-ideologi ini meresapi
jiwa orang Melayu ketika itu lebih-lebih lagi ketika usaha-usaha

untuk mendapatkan

kemerdekaan daripada British. Aliran ideologi ini telah menukar wajah budaya politik Melayu,
sehingga ada di kalangan mereka boleh melanggar konsep daulat seperti yang diamalkan
sejak zaman Melayu tradisional. Pergerakan atau peralihan budaya politik Melayu pada
zaman kolonial ini bermula dengan kebangkitan nasionalisme yang timbul sebagai satu
bentuk tindak balas untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Inggeris di
Tanah Melayu sehingga tertubuhnya UMNO pada11 Mei 1946 yang telah membawa evolusi
baru dalam budaya politik Melayu.
Nasionalisme dalam perjuangan UMNO menjadi titik tolak perubahan sistem politik Melayu.
Ini kerana UMNO yang menjadi tulang belakang dalam membawa kemerdekaan Tanah
Melayu telah mengubah sistem politik di Tanah Melayu ketika itu. Apabila Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957 Perlembagaan Tanah Melayu
1957 diwujudkan. Dalam perlembagaan tersebut, Majlis Raja-Raja diwujudkan dan cara
melantik Ketua Negara yang dikenali sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang dipilih setiap 5
tahun sekali dari kalangan 9 raja-raja Melayu. Ini menunjukkan bahawa budaya politik
Melayu masih mengekalkan sistem beraja tetapi ia disesuaikan dengan konsep Raja
Berpelembagaan. Dari segi budaya, raja masih diletakkan diposisi tinggi dalam masyarakat
Melayu sebagai Ketua Negara Persekutuan. Peranan dan fungsinya yang tercatat dalam
perlembagaan sebagai salah satu usaha untuk mempertahankan budaya politik Melayu.
Walaupun berlaku perubahan besar dalam sistem politik tetapi dalam konteks budaya politik
Melayu kedudukan dan fungsi raja masih lagi kekal.
Demokrasi berparlimen yang menjadi sistem politik Melayu kini ialah pentadbiran kerajaan
yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat dengan peranan Raja atau Yang Dipertuan Agong
untuk meluluskan undang-undang yang dibuat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Hal ini
demikian menjelaskan konsep pemerintahan yang berbentuk musyawarah, iaitu ketetapan
bersama dalam menentukan undang-undang yang perlu dilaksanakan. A.Aziz Deraman
membuat kenyataan yang berbunyi: Sistem demokrasi berparlimen adalah rupa bentuk
budaya politik zaman ini, manakala raja berperlembagaan yang unik adalah warisan sejarah
budaya yang diamalkan sejak zaman-berzaman. Institusi yang di Pertuan Agong kekal
kesinambungannya daripada tradisi beraja negara. Segala adat istiadat dan upacara yang
berhubung dengannya bererti pemupukan budaya yang berterusan. .

2. PENGARUH LUAR YANG MEMPENGARUHI MASYARAKAT MELAYU DALAM


PELBAGAI BIDANG
Setiap saat dan ketika, isu-isu gejala sosial yang mana membabitkan gadis remaja hangat
diperkatakan. Secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa gadis remaja kini
semakin agresif, berani, dan liar. Banyak kajian akademik telah dibuat oleh mereka yang
pakar dan terlibat secara langsung dengan isu-isu remaja secara langsung dan tidak
langsung seperti pihak kementerian, jabatan, agensi, persatuan dan NGO, pihak cerdik
pandai, orang perseorangan dan lain-lain. Daripada kajian yang telah dijalankan didapati
masalah remaja ini mempunyai hubungan kait yang luas dengan masyarakat, keluarga,
pengetahuan agama, tahap pendidikan, suasana rumah, pengaruh luar, media, hiburan, jati
diri, rakan-rakan dan lain-lain.

Disebabkan masalah keruntuhan remaja membincangkan soalan yang biasa ditanya ialah
siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku? Perasaan Ingin Tahu dan
Ingin Mencuba remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia
ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara
baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam
kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan
melakukan perkara-perkara tersebut. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja,
namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada guide line dari orang-orang yang
sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin
tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik
atau buruknya perkara perkara tersebut.
Pengaruh Rakan Sebaya
Teman-teman merupakan orang yang rapat dengan mereka. Teman yang baik adalah yang
boleh membimbing mereka kepada kebaikan. Jika tersilap memilih teman, akan
mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut
menyumbang kepada gejala sosial yang mana kebanyakan mereka ini terlalu mudah
mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan teman-teman mereka lebih
rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh
rakan-rakan. Mereka lupa bahawa kawan juga kadangkala boleh makan kawan. Dalam
keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.

Pengaruh Media Massa


Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan
para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan
kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang
memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen,
serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja
dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari
nilainilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara
barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah
dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain selain dari itu bahan media ini
mudah diperolehi.

Pengaruh Televisyen Ke Atas Remaja


Penontonan televisyen secara umum boleh dikaitkan dengan usaha mengumpul maklumat.
Selain itu, aktiviti ini juga boleh memberi kesan kepada kehidupan individu dan kelompok
manusia dalam masyarakat. Ini kerana, kandungan mesej yang dipaparkan boleh wujud
dalam pelbagai dimensi. Maklumat yang boleh digunakan untuk pengetahuan mampu
membina sahsiah dan siasah manusia. Walau bagaimanapun televisyen sebenarnya turut
menyampaikan mesej dalam genre hiburan yang boleh memberi kesan yang negatif. Pingree
et. al (1991) menyatakan bahawa secara tersirat penonton yang menonton television secara
berterusan berpotensi mendapat kesan kognitif, afektif dan tingkahlaku yang berbeza
dengan mereka yang menonton television dalam masa yang dipecah-pecahkan (tidak
berterusan).
Tidak dapat dinafikan, penciptaan televisyen nyata banyak mempengaruhi kehidupan
seharian manusia. Marican dan Mohamed (1995) menyatakan bahawa pengaruh media
massa ke atas gejala sosial remaja sememangnya ketara, maksud media massa di sini
adalah surat khabar, majalah, radio, televisyen dan tayangan video. Majalah-majalah barat
memaparkan gejala-gejala negatif seperti keganasan, pronografi, dan budaya hidup yang
tidak sihat seperti black metal, punk, dan sebagainya. Kesemua ini telah menjadi bahan
bacaan dan tontonan yang amat digemari oleh remaja. Kebudayaan Barat kini melimpahruah di Malaysia melalui media baru dan lama. Tidak dinafikan tamadun negara ini diancam
oleh imperialisme budaya Amerika. Filem dan siri televisyen Amerika mengetengahkan gaya
ikutan (role model) yang menjadi ikutan rakyat negara ini terutama remaja dan belia. Jika
rakyat Amerika menukar tabiat mereka, kita meneladaninya.
Produk Amerika memberi gambaran kepada corak hidup yang didamkan oleh pengguna di
negara membangun. Media Barat cuba membentuk pemikiran rakyat dan cita rasa untuk
mendapatkan apa yang digambarkannya sebagai produk global yang meliputi siaran media
atau hiburan serta makanan segera seperti burger, pizza,pakaian selain gaya hidup. Fornas
(1995) menyatakan bahawa kajian tentang remaja telah bermula sejak1904 oleh Stanley
Halls On Adolescence. Banyak kajian telah dijalankan tentang budaya dalam kalangan
remaja dari pelbagai aspek. Kazuto Kojima (1986) dalam tulisannya Youth and Television in
Contemporary Japan Analytical Framework, Background and Characteristic pula
menyatakan bahawa hubungan antara remaja dan televisyen adalah satu subjek yang
penting dalam kajian masyarakat kotemporari (sementara) remaja merupakan satu fasa
perkembangan fizikal dan psikologi yang berlaku kepada semua manusia dalam rentetan
kehidupan. Remaja juga merupakan satu kategori sosial, yang diperlihatkan dengan institutsi
sosial tertentu bermula dengan zaman kanak-kanak dan berakhir apabila tubuh badan telah

berhenti perkembangannya (Fornas, 1995).Ketika peringkat inilah perasaan ingin mencuba


dan ingin merasa sesuatu dating membuak-buak. Antaranya ialah meniru dan mencuba apa
yang ditayangkan di televisyen terutamanya

perkara-perkara yang mendatangkan

keseronokan. Perasaan ini tidak salah namun remaja perlu bijak menapis perkara yang
ditiru, sama ada mendatangkan kesan yang positif atau negatif kepada diri, keluarga dan
masyarakat seluruhnya.
Gerbner dalam Televisions Global marketing Strategy Creates a Damaging and Alienated
Window on the World, memperkatakan tentang kekuatan pengaruh televisyen yang digelar
sebagai satu mitologi, mempunyai hubungan organik yang kuat,diulangi setiap hari dan dari
itu temanya mempengaruhi konsepsi realiti melalui kesan penyuburan (cultivation effect).
Gerbner melihat kewujudan televisyen sebagai satumasalah kerana ia berbentuk komersil
dan berbentuk massa .Pandangan Gerbner ini harus diambil kira, memandangkan beliau
merupakan sarjana terawal yang mengkaji kesan media terhadap khalayak. Tambahan pula,
beliau merupakan pengasas Teori Penyuburan (Cultivation Theory) yang membuka banyak
ruang kajian kepada sarjana lain untuk mengkaji kesan pendedahan media kepada
khalayak Sebald (1997) menyatakan bahawa media massa moden mempunyai kuasa
mensosialisasi golongan muda. Antara media massa ini, televisyen mempunyai pengaruh
yang

paling

besar.

Kajian

longitudinal

terhadap

remaja (Gebner

et.

al.,

1980;

Morgan,1987;Morgan et. al., 1990) menunjukkan bahawa televisyen mempunyai pengaruh


bebas terhadap sikap bergantung kepada masa menonton (Gerbner, 1998). Hasil kajian ini
menunjukkan kepada kita bahawa kesan media bukanlah kecil dalam kehidupan seharian.
Memahami keadaan ini perlulah membuatkan kita lebih bersiap sedia dalam mendepani
cabaran mendatang untuk memimpin golongan muda agar lebih terpimpin dari segi sikap
dan akhlak.
Selain itu, Liebes dan Curan, 1998 (dalam Samsudin, 2001) menyatakan bahawa media
bukan sahaja dianggap sebagai satu ruang untuk mengedarkan maklumat agar individu lebih
berinformasi tetapi juga dianggap sebagai satu ruang budaya yang watak dan peristiwanya
digarap sedemikian rupa yang akhirnya akan mencorakkan identiti budaya sesebuah
masyarakat. Maksudnya, kita akan terdedah kepada proses integrasi dan disintegrasi
budaya luar yang menyerap dan diterima dalam budaya kita di samping itu iajuga
mengdisintegrasikan budaya yang sedia ada melalui media. Hakikat ini boleh mengakibatkan
budaya yang sedia ada dibayangi oleh budaya baru yang mengintegrasikan ciri-ciri budaya
luar. Kesan inilah yang paling kritikal jika tidak dikawal dengan sebaiknya. Budaya barat
misalnya dengan mudah meresapi budaya timur melalui media yang dilihat indah oleh
golongan muda. Dalam hal ini, peranan institusi keluarga dan institusi pendidikan amat

penting untuk menyedarkan golongan muda yang mudah tertipu dengan keindahan budaya
luar yang merosakkan andainya dibiar menular dalam jiwa remaja.
Identiti Budaya Melayu
Dewasa ini senario yang dapat dilihat daripada sudut budaya melayu ialah perubahan yang
agak ketara dalam konteks norma hubungan berlainan jantina. Suatu ketika dahulu,
masyarakat Melayu tradisi mengamalkan pemisahan hubungan mengikut jantina dari segi
prinsip dan praktikal khusus untuk memperlihat identiti adat dan tatasusila. Hubungan remaja
dalam konteks moden dipengaruhi oleh pengenalan sistem pendidikan sekular yang
mengamalkan orientasi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas campuran antara lelaki
dan perempuan (Samsudin, 1998).Keadaan ini mengubah landskap pemikiran dan pola
sosialisasi remaja Melayu yangmerupakan aktor dalam sistem ini.
Melihat kepada Manual Latihan Fasilitator Prostar (2001) yanag mana telah melaporkan
4.6% daripada seramai1,900 pelajar sekolah menengah di Kuala Lumpur yang berumur
antara 16 hingga 18 tahun telah berpengalaman melakukan hubungan seks. Kajian Remaja
dan AIDS pada tahun 1996 yang membabitkan 4,347 remaja berusia antara 13 hingga 25
tahun pula mendapati 6% daripada sampel pernah terlibat dengan seks bebas. Angka ini
pastinya telah berganda pada tahun 2006 dan pastinya terus meningkat sekiranya tidak
dibendung secara bersama dari sekarang. Penjelasan kepada keadaan ini antara lain
ialahpendedahan media asing yang berleluasa kepada remaja. Kekangan ilmu agama dan
amalan menjadikan pengaruh ini lebih kuat daripada yang dijangkakan dan menjadikan
agama, budaya tradisi dan norma yang disanjung kian dilupakan.
Sikap-sikap negatif seperti salah laku, rogol, buli, serangan, pelacuran remaja dan peras
ugut adalah antara sikap yang dipelajari daripada televisyen. Siri-siri seperti detektif, peguam
dan orang tahanan yang lari dari penjara, meninggalkan kesan ke atas remaja dan kanakkanak, khususnya kepada mereka yang mengalami masalah psikologi. Kini didapati ramai
penduduk negara ini khususnya di Lembah Klang yang memiliki lebih daripada dua peti
televisyen di rumah mereka dan ini membolehkan remajamenonton televisyen tanpa dikawal
ibu bapa. Bagaimanapun televisyen bukanlah faktortunggal ke arah keruntuhan moral
kerana persekitaran dan keadaan turut menyumbangkepada gejala itu.
Penyakit sosial sebenarnya sudah lama bertapak di negara kita. Ia disebabkan oleh banyak
faktor, antaranya adalah suasana persekitaran yang berubah secara mendadak terutamanya
dengan pengaruh media massa dan elektronik yang saban hari memaparkan tentang
eksploitasi terhadap wanita dan kebebasan remaja yang keterlaluan yang banyak

mempengaruhi pemikiran golongan muda terutama yang baru meningkat remaja. Dengan
kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa, perasaan ingin mencuba,desakan
atau pengaruh dari rakan sebaya ini semua sebab terjadinya masalah sosial yangkian sukar
dibendung lagi
Menurut Ismail (1999), isu agama dan budaya menjadi penting kerana sejak kebelakangan
ini terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa berlakunya hakisan terhadap nilai-nilai
budaya agama dan budaya positif orang Melayu. Akibatnya, terserlahlah kekaburan persepsi
masyarakat terhadap nilai agama dan budaya yangselama ini telah berjaya membentuk
pandangan dan tindakan serta cara hidup yang baik dan membangun. Cara hidup orang
Melayu pada asalnya adalah berteraskan sifa tbudiman, penyayang, lemah-lembut dalam
pertuturan dan hubungan dengan orang lain,tidak tamak dan gelojoh. Namun, apa yang
berlaku hari ini adalah ahli masyarakat amnya dan kumpulan remaja khususnya dilihat
semakin terbuka dalam segala aspek kehidupan yang tidak lagi mencerminkan nilai tradisi
Melayu. Antara yang ketara ialah perbincangan tajuk-tajuk tabu secara terbuka sesama ahli
kumpulan. Misalnya perbincangan berkaitan seks dan peranan ahli keluarga yang berbeza
jantina. Ini sekaligus menunjukkan bahawa sifat malu turut mula terhakis di kalangan
kumpulan remaja Melayu hari ini. Namun, jika perbincangan adalah untuk tujuan akademik ia
boleh diterima, tetapi tidak bagi perbincangan terbuka yang tidak mempunyai tujuan
berfaedah melainkanuntuk keseronokan.
Penghujahan tentang isu-isu sosial remaja di negara ini sebenarnya mempunyai kaitan
dengan isu identiti budaya dan pengaruh industri media. Samsudin (1998)menjelaskan
bahawa untuk memahami pengaruh media dalam pembentukan identitibudaya remaja,
program media perlu dilihat bukan sahaja sebagai satu komoditi komersial tetapi juga
sebagai satu komoditi budaya. Berfungsi sebagai komoditi budaya,bererti lebih luas lagi
peranan yang dimainkan dan impaknya terhadap remaja jugasemakin kuat. Semakin kuat
impaknya terhadap remaja, maka jelaslah remaja itu sendiriperlu lebih bijak dan waspada
dalam memastikan impak buruk itu tidak terus merosakkan hidup yang sekali ini.
Sikap Keluarga
Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial
dalam kalangan remaja. Walaunpun tidak berlaku pada semua keluarga, tetapi keluarga
yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada
para remaja, boleh menjadi penyumpang kepada wujudnya masalah ini. Mereka menjadi ahli
keluaraga yang hanya hidup tapi tidak diperduli dan tidak diberi input kerohanian, kesedaran,
nilai-nilai mulia dan keagamaan yang cukup. Keluarga yang terlalu mengongkong ialah

keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah
menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga
tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika
berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di
fikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini
biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu
peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para
remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka.
Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik mungkin
mengakibatkan mudah terjerumus ke arah gejala sosial yang pelbagai kini.
Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan
gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama
yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak
baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada
anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal
anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang
berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi
dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak
remaja hendaklah menjadi rakan kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih
mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan
masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah
memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus
menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Ibu
bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan dalam kalangan ahli
keluarga.

3.

ANALISIS DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Kita sedar bahawa Negara Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan
agama. Justeri itu, bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti
di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti
dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat Malaysia atau keMalaysiaan.
Makanya,perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan
utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Oleh itu, kerajaan Malaysia telah mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Ini adalah
satu dasar yang digubal pada tahun 1971 sejak merdeka disebabkan tiada arah dalam
mewujudkan kebudayaan kebangsaan. Memang tidak dinafikan bahawa

Malaysia

merupakan sebuah negara yang telah dijajah sehinggalah kita mencapai kemerdekaan
tanpa melalui peperangan. Ini disebabkan kesedaran yang rendah dan kefahaman mengenai

kebudayaan, kepentingan politik yang menekankan kebudayaan kaum sahaja dan


penekanan yang lebih kepada kemajuan ekonomi. Tanpa kita sedari, penggubalan Dasar
Kebudayaan Malaysia digubal adalah untuk mengekalkan perpaduan. Sebenarnya ini
bertujuan sebagai garis panduan agar identiti negara itu dapat dikekalkan melalui perpaduan
dalam masyarakat.
Ada 3 prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan :
1.

Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini


Melaka merupakan pusat perkembangan, penyebaran dan warisan kebudayaan Melayu.
Kebudayaan serantau digambarkan dengan penggunaan Bahasa Melayu. Kebudayaan
rakyat asal rantau ini dijadikan teras dalam Kebudayaan Kebangsaan. Dari segi
pentadbiran, kerajaan Melayu Melaka ditadbir oleh seorang sultan yang mempunyai
kuasa penuh dalam urusan pentadbiran negara. Sultan juga berperanan sebagai ketua
dalam agama Islam dan ketua negara. Sultan juga bertanggungjawab mempastikan
pentadbiran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Buktinya, di zaman
pemerintahan Melayu Melaka, kerajaan amat maju dan stabil.
Menurut sejarah, Kerajaan Melaka telah menyediakan tapak yang subur bagi
perkembangan Islam di Tanah Melayu. Bukti-bukti sejarah menjelaskan bahawa Islam
bertapak di Tanah Melayu seawal kurun ke-9M dan selewat-Iewatnya pada kurun ke15M. Islam telah bertapak di Kelantan, Terengganu dan Kedah sebelum terbentuknya
Kerajaan Melaka. Keagungan Melaka mula terserlah apabila ia mengamalkan dasar luar
yang pragmatik iaitu dasar berbaik-baik dengan kuasa besar asing pada ketika itu
seperti Siam, Majapahit dan China. Dasar ini mampu menstabilkan politik Melaka serta
memberi peluang kepada perkembangan ekonomi dan pentadbirannya (Afifah Abu
Yazid, 2003).

2.

Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai.


Unsur-unsur budaya asing, Cina, Arab, India dan sebagainya. Dalam konteks sosial,
Islam mengajar tidak menerapkan atau mengaplikasikan sistem kasta dalam masyarakat
seperti yang terdapat dalam pengaruh Hindu-Buddha. Sebaliknya pembentukan
masyarakat mestilah diasaskan kepada agama Islam. Raja, rakyat sama ada tua atau
muda, kaya atau miskin semuanya mempunyai peranan dalam masyarakat (Mifah Abu
Yazid, 2003).

Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang
dilakukan sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari kematiannya. Islam telah
mengubah corak hidup masyarakat Melayu di dalam segala aspek kehidupan manusia.
Adat resam masyarakat Melayu diperkemaskan lagi dengan ajaran Islam. Walau
bagaimanapun, adat Melayu yang tidak bertentangan dengan Islam masih

boleh terus

diamalkan sehingga ke hari ini. Kesesuaian dan penerimaan dalam penyerapan


kebudayaan bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dalam Perlembagaan dan
prinsip-prinsip Rukun Negara
3. Islam menjadi unsur penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
Pengaruh islam dalam aspek kesenian sangat jelas yang kita boleh lihat sejak Islam mula
bertapak dari dahulu sehingga sekarang. Kesan-kesan ini jelas ditonjolkan pada ciptaan
bangunan-bangunan seperti reka bentuk masjid yang mempunyai bentuk kubah dan
kebiasaannya mempunyai lambing bulan dan bintang di atas kubah tersebut. Selain itu,
corak yang sering dipaparkan pada dinding masjid juga lebih tertumpu kepada corakcorak dari Arab yang simbolik dengan Islam.

Peringkat tertinggi- sepatutnya

menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam


Peringkat kedua- menerapkan budaya-budaya lain yang tidak bertentangan dengan
budaya Islam

Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan


a) Mengukuhkan perpaduan negara menerusi satu corak kebudayaan nasional.
b) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh dari satu kebudayaan
kebangsaan.
c) Memperkaya dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang
seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
Dua cadangan yang konstruktif bagi meneruskan usaha memartabatkan kebudayaan
kebangsaan
1. Cadangan pertama ialah Pengaruh kesenian barat juga boleh dilihat dari dua aspek iaitu
aspek seni bina dan persembahan muzik. Pengaruh barat sebenarnya secara jelas kita
boleh buktikan melalui aliran-aliran muzik yang mereka bawa ke alam kita. Melalui alitanaliran ini, maka terhasillah kumpulan-kumpulan artis yang beraliran rock, balada, pop, jazz,

dan lain-lain. Terlalu banyak aliran muzik yang dibawa masuk oleh barat ke dunia kita. Kesan
pengaruh muzik-muzik ini bukan sahaja ditonjolkan oleh negara kita, malah seluruh dunia
juga telah menerima kesan dan tempiasnya. Sedikit sebanyak, aliran-aliran muzik ini
sebenarnya mempelbagaikan lagi seni persembahan yang ada di negara kita. Namun,
disebabkan ini jugalah, seni tradisional kita mula dipinggirkan.
Dengan kedatangan pengaruh Islam dalam aspek kesenian sangat jelas yang kita boleh lihat
sejak Islam mula bertapak dari dahulu sehingga sekarang. Kesan-kesan ini jelas ditonjolkan
pada ciptaan bangunan-bangunan seperti reka bentuk masjid yang mempunyai bentuk
kubah dan kebiasaannya mempunyai lambing bulan dan bintang di atas kubah tersebut.
Selain itu, corak yang sering dipaparkan pada dinding masjid juga lebih tertumpu kepada
corak-corak dari Arab yang simbolik dengan Islam. Selain itu, kesan pengaruh paling jelas
yang kita boleh lihat adalah pada sistem tulisan masyarakat Melayu itu sendiri. Sebelum
kedatangan Islam, masyarakat Melayu menggunakan sistem tulisan nagiri, kawi dan lainlain. Namun, setelah tersebarnya Islam di Tanah Melayu, pengaruh Islam dan tulisan Arab
telah menyebabkan tulisan Melayu lama sudah tidak digunakan lagi. Penyerapan tulisan
Arab telah diasimilasikan ke dalam Melayu dan disesuaikan dengan cara penyebutan orangorang Melayu lalu menghasilkan tulisan yang dipanggil tulisan jawi.
Kemudian, tulisan jawi juga mempunyai kesenian tersendiri iaitu khat. Terdapat pelbagai
jenis khat yang telah didatangkan bersama tulisan arab antaranya khat nasakh, khat tsuluth,
khat kufi dan lain-lain lagi. Kesannya, kesenian khat ini seringkali boleh dilihat pada ukiranukiran di masjid-masjid ataupun dirumah-rumah kita sendiri. Seni khat kebiasaannya
bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan bentuk-bentuk geometrik. Selain itu, terdapat juga
pengaruh Islam dari segi seni persembahan. Pengaruh ini telah menciptakan identiti bangsa
sesuatu masyarakat itu sendiri. Contohnya, tarian zapin yang terkenal di negeri Johor. Seni
persembahan lain antaranya ghazal, qasidah, hadrah, gambus dan lain-lain lagi.
2. Cadangan kedua adalah Ekonomi yang mana barat mula mengembangkan sistem
ekonominya. Ini telah menyebabkan sistem ekonomi Islam yang telah diamalkan oleh
masyarakat Tanah Melayu sejak Islam bertapak sekian lama mula terhapus secara perlahanlahan. Penggunaan sistem mata wang kertas yang diperkenalkan oleh orang barat telah
menyebabkan matawang Melayu yang berasaskan emas dan perak mula dihapuskan.
Perkara ini sebenarnya bermula setelah kejatuhan Daulah Khilafah pada 1924. Semenjak
itu, sistem ekonomi dunia telah dikuasai oleh barat dan ini memberikan ruang kepada
mereka untuk memperkenalkan sistem matawang kertas kepada dunia tidak terkecuali
Tanah Melayu. Barat telah mengamalkan sistem ekonomi secara kapitalis yang sebenarnya
sistem ini adalah berasaskan riba. Dengan riba, para kapitalis menggunakan sistem

berhutang sebagai suatu perniagaan yang sangat menguntungkan pihak mereka sambil
memberikan tekanan kewangan kepada orang lain.
Walhal dalam Islam, berhutang bukanlah bertujuan untuk mengambil keuntungan, tetapi
untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan semata-mata. Sebenarnya, sistem
ekonomi yang diperkenalkan oleh barat ini telah banyak menghapuskan norma-norma
Islamik dalam masyarakat melayu sehingga hari ini. Namun, sekarang kita sudah
mempunyai pilihan untuk berurusan secara Islamik ataupun bukan. Hal ini kerana, kerajaan
telah mula memperkenalkan sistem urusniaga secara Islamik yang berlandaskan syariatsyariat Islam.
Selain itu, barat juga telah memperkenalkan sistem ekonomi secara sosialis. Sistem ini
menekankan pemilikan harta adalah hak negara. Semua faktor produksi dan sumber
pendapatan menjadi milik negara dan individu tidak ada hak pemilikan dan kebebasan untuk
mengambil manfaat hasil produk mereka. Dasar kesamaan ekonomi menentukan hak
individu dalam suatu bidang ekonomi. Konsumsi terhadap hasil produksi disediakan oleh
negara menurut keperluan individu. Untuk mencapai tujuan sistem kesamaan ekonomi
sosialis, undang-undang buruh menguasai segala peraturan aktiviti produksi dengan
mengamalkan kebebasan ekonomi dan hak pemilikan harta.
Justeru itu, kedatangan islam telah menghapuskan sistem riba yang sering diamalkan oleh
kebanyakan masyarakat di dunia. Hal ini kerana, dalam islam itu sendiri telah
mengharamkan amalan riba kerana dengan tegas menyatakan riba itu sebenarnya
menyusahkan dan menindas golongan-golongan yang susah sedangkan Islam bukan agama
yang menindas mana-mana golongan.
Kedatangan Islam telah membawa perubahan dalam sistem ekonomi kita dalam urusan
perniagaan dan jual beli. Islam adalah agama yang meletakkan keyakinan penganutnya
sebagai teras kepada keimanan kepada Allah S.W.T. Oleh itu, dalam urusan jual beli,
masyarakat islam bukan sahaja dikawal oleh undang-undang yang dicipta sendiri (Risalah
Hukum Kanun dan Undang-undang Luat Melaka), malah segala urusan dikawal dengan
keikhlasan hati umat Islam itu.
Dalam konteks yang lebih luas, kita boleh lihat Melaka yang telah mengamalkan dasar luar
pragmatik iaitu berbaik-baik dengan kuasa besar semasa melalui zaman kegemilangannya
telah menyebabkan sistem ekonomi Islam yang bersih dari riba dan penindasan itu telah
berkembang dengan pesat lalu menarik ramai pedagang-pedagang luar untuk berdagang di
negara kita. Dasar ini mampu menstabilkan politik Melaka serta memberi peluang kepada
perkembangan ekonomi dan pentadbirannya (Afifah Abu Yazid, 2003: 3).

Selain itu, zakat juga salah satu antara sistem perekonomian Islam yang wajib dilakukan
atau dikeluarkan oleh golongan yang mampu dengan syarat-syarat tertentu yang telah
ditetapkan. Zakat ini dipungut oleh amil zakat pada masa-masa tertentu bertujuan agar dapat
diagihkan kepada saudara-saudara seagama yang miskin, fakir, yatim, dan lain-lain. Untuk
mengagihkan zakat-zakat ini, maka baitulmal mula ditubuhkan bagi memudahkan urusan
pengagihan. Sistem muamalat (jual beli) secara Islam juga telah diperkenalkan dan
diamalkan. Sistem jual beli ini sebenarnya telah lama berlaku dalam masyarakat Melayu
namun, dengan kedatangan Islam, sistem jual beli masyarakat kita telah dimurnikan lagi dan
segala unsur-unsur syubhah atau meragukan telah dihapuskan agar kita mendapat hasil dari
urusan berjual beli yang bersih dan halal lagi baik.

Kesimpulan
Kesimpulannya, penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah
perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk
berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis
panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta
mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Justeru itu, cadangan yang
dibuat adalah isu yang semakin hangat pada masa kini iaitu tentang pengaruh kesenian
barat dan ekonomi. Kedua-dua isu ini memberikan impak yang negatif kepada rakyat
Malaysia jika dibiarkan berterusan.

Bibliografi :
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/110ekonomi/5698-sistem-sistem-ekonomi.html
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/1201demokrasi-berparlimen.html
http://redzuan-ridz.blogspot.com/2011/04/jenis-jenis-demokrasi.html
http://malaycivilization.ukm.my/idc/groups/portal_tenas/documents/ukmpd
/tenas_42879.pdf
http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/pengaruh-islam-dalampolitik.html

Azmah Abdul Manaf, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Selangor Darul


Ehsan : Utusan

Publication & Distributors Sdn Bhd : 2005

Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Selangor Darul Ehsan :


Dewan Bahasa dan

Pustaka : 1998

Kamus Pelajar, Terbitan Khas KBSM, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka : 2007
Suwardi Endraswara, Metode, Teori, Teknik Penelitian Kebudayaan :
Ideologi, Epistemologi, dan Aplikasi, Jogjakarta: Pustaka Widyatama, 2006
Vijai Balasubramaniam, Politik Nasionalisme dan Federalisme di Malaysia,
Shah Alam,

Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd: 1998

Anda mungkin juga menyukai