bersifat bakhil. Isterinya,Mariam seorang yang baik hati dan cantik. Mereka hidup mewah dengan rezeki yang melimpah-ruah.
Pada suatu hari, ketika mereka
hendak makan tengah hari, terdengar seseorang memberikan salam. Maka, taufiq pun membuka pintu dengan muka bengis.
wahai tuan, berilah saya sedikit
makanan. Saya sangat lapar, kata pengemis itu. menganggu sahaja. Pergi kamu dari sini! jerit taufiq.
Pengemis itu pun pergi dengan rasa
kecewa. Dia berdoa agar ALLAH membalas sifat angkuh saudagar kaya itu.
siapakah yang datang tadi? Tanya
isterinya. ah, pengemis meminta makanan! Aku sudah halau dia, jawab taufiq. kasihannya. Bukankah ada banyak makanan d sini, kata
Mariam yang kecewa dengan sifat
bakhil suaminya itu.
biarlah dia usahakan sendiri, jangan
hendak menghabiskan harta kita sahaja! kata taufiq dengan angkuh. Tiga bulan kemudian, perniagaan taufiq mengalami kerugian hingga dia muflis. Dia terpaksa menceraikan sterinya kerana tidak mampu memberi nafkah. Kehidupan taufiq semakin melarat. Dia terpaksa menjadi pengemis dan menagih simpati orang ramai untuk mendapatkan makanan.
Pada suatu hari, taufiq tiba di sebuah
rumah mewh. Dia memberikan salam sambil merayu meminta makanan. Rupa-rupanya, rumah mewah itu adalah milik Osman. Kebetulan, ketika itu Mariam sedang menghidangkan makanan untuk suaminya. wahai isteriku, berikan ayam panggang itu kepada pengemis itu. Kasihan dia, kata Osman kepada marim Mariam sangat terkejut kerana pengemis itu adalah bekas suaminya.
Maka, diapun memberikan ayam
panggang tadi kepada pengemis itu. Sementara itu, taufiq tidak perasan wanita itu adalah bekas isterinya. Marim menceritakan kepada Osman bahawa pengemis itu adalah bekas suaminya yang dahulunya kaya, tetapi bakhil dan angkuh terhadap seorang pengemis. Suaminya terkejut mendengar cerita Mariam itu. sesungguhnya akulah pengemis di rumah kamu dahulu. Tidak aku sangka, Allah telah menukar kekyaan dan kemiskinan antara kami. Olwh itu,
jadikanlah kejadian ini sebagai iktibar
hidup kita, ujar Osman. Mariam sangat terkejut mendengar kata2 suaminya itu. Dia bersyukur kerana bertemu jodoh dengan suami yang baik dan beriman.